My photo
Mencoret sekadar apa yang dirasakan perlu...

Rakan2 siber...

Monday 5 November 2012

Semalam paling letih...

Aku rasa selama aku buat keje part time bawak van ambik budak kolej dah hampir setahun, semlmlaa badan aku rasa paling letih. Mana taknya klu selama ni ari sabtu ngan ahad aku kluar tghari ckit lebih pukul 12 lebih tapi semlm pukul 9 dah jalan.

Kluar je terus ke Balok sebab nak ambik budak skolah Smk Paloh Hinai. Dieorg ada kejohanan paintball kat situ, pastu anto balik ke skolah dieorg. Dari sana terus aku masuk politeknik.

Mula dari situ smpailaa petang aku duk ulang alik kluar masuk politeknik. Petangnya stop kejap ambik budak politeknik sebab aku kena ambik pulak budak skolah Smk Sg Soi yang ada pogrem kat dalam politeknik tu bawak dieorg balik ke skolah dieorg.

Lepas anto dieorg balik ke sg soi sambung smule bawak van smpailaa malam,huhu... Memang letih giler aku rasa semlm dengan kepala berdenyut2. Sampai umah letak kepala je terus sedar tak sedar 615 pagi td.

Bayangkanlaa aku baring gitu semlm sedar pagi tadi gitu jugaklaa kedudukan baring aku. Nasib baik sedar klu tak mampus aku terlewat masuk keje arini sebab lupa nak kunci jam sebelum tido,hehe...

Friday 2 November 2012

Makan sambil lepak2...

Selalunya jika ada kelapangan masa setiap malam minggu aku ngan 2 orang member aku, Sazalie Lie dan Min Roy akan makan2 sambil melepak kat burger king pantai Teluk Chempedak. 

Yang duk cbuk mengajak sokmonya Sazalie Lie laa. Dia tu Cc skolah kat chini so ujung minggu dia balik kuantan tu yang dia ajak kiteorg makan2. Sebab gaji dia besor dari aku ngan Min Roy makanya dialaa yang selalu kena blanjer,hehe...

Oleh kerana malam esok team peberet aku (Man United) ada game pukul 8.45pm lawan Arsenal, kebetulan pulak masa aku duk keje part time tadi Sazalie Lie cbuk mesej ajak lepak kat restoren zam-zam.

Aku pun apa lagi perut memang tengah lapor giler2, ok jelaa tapi malam ni Min Roy tak dapat join sebab ada orang datang umah dia. Takpelaa berdua pun yang penting perut aku kenyang,kui3... 

Thursday 1 November 2012

Hari Anugerah Cemerlang 2012...

Ari selasa baru ni aku ke skolah kakak sebab ada Majlis Anugerah Cemerlang. Ikutkan memula tu aku nak ambik cuti tapi pk2 smule tak jadilaa so mintak kebenaran keluar je skejap.

Ikutkan aturcara akan tamat tghari tapi oleh kerana selepas ucapan Yb, Guru Besar sume terus diumumkan anugerah untuk kategori yang kakak terima.

Makanya skejap jelaa aku kat dewan tu sebab lepas kakak terima aku terus balik keje smule,hehe...
Photo: Tahniah syg mendapat Anugerah Murid Potensi.. Ibu doakan agar dirimu makin cemerlang dunia dan akhirat. Teruskan usahamu..
Alhamdulillah walaupun aku perasan keputusan peperiksaan kakak agak menurun sedikit berbanding sebelum ni tapi kakak masih terpilih untuk menerima Anugerah Murid Potensi.

Aku harap kakak akan terus berusaha untuk memajukan diri demi masa depan yang semakin mencabar...