My photo
Mencoret sekadar apa yang dirasakan perlu...

Rakan2 siber...

Monday 31 December 2012

Rajin tak aku...

klu diikutkan ari terakhir tahun 2012 ni aku cuti. Dah isi pun borang cuti minggu lepas tapi oleh sebab ada lagi keje yang belum setel makanya aku ubah pikiran dengan datang jugak keje.

Terkejut member2 tengok betapa rajinnya aku,haha... Smpai je skolah pagi tadi barulaa aku kabo kat akak kerani yang aku nak kensel cuti. Tapi bukan kensel sesaje, gantilaa pulak ngan ari lain awal tahun depan,ihiks...

Apa2 pun dah alang2 ni aku nak ucap teruslaa kat kawan2 semua, SELAMAT TAHUN BARU 2013 semoga tahun baru nanti akan lebih bermakna, lebih baik dari tahun 2012... Amin.

Sunday 30 December 2012

Port biasa...

Setiap ujung minggu seperti biasalaa aku ngan geng2 MUFC Pahang akan menyaksikan game yang membabitkan team kiteorg kat The Zone Ms Garden Hotel Kuantan. Tak kira game pukul brape kecuali pukul 130am dan jugak ari keje.


Yang seronoknya tu dahlaa tengok ramai2, makan free lak tu....hehe. Nape makan free? Sebabnya penaung MUFC Pahang ni ialah kerabat raja so dialaa yang supportnya.

Bila dah buat kat hotel kan, ujung minggu pulak tu so ada jelaa artis yang join nengok skali sebab kadang2 dieorg ada show ke apa kat kuantan pastu menginap kat hotel tu apa lagi joinlaa.

Klu sebelum ni jamal abdillah, khatijah ibrahim tapi semalam bro mat over.


Semalam team aku menang lagi wehhh 2-0 lawan West Brom....kui3

Thursday 27 December 2012

Dah tercabut...

Baru je jap tadi adik tunjuk kat aku gigi dia patah,ihiks... 
Sebenonya lama dah dia cakap yang gigi depan dia bergoyang pastu sejak tu dia asyik duk main je gigi tu dengan lidah. Akhirnya tercabut jugak. Elok pulak tu dah dekat nak bukak skolah, dia 'rongak'.....hahahaha.

Kejang kaki sesak nafas...

Ni bukan kejang dalam tido ke atau sebab kejang main bola tapi sebab kejang nengok bola. Team peberet akulaa Manchester United lawan Newcastle United jap tadi. Giler betul sesak nafas aku dibuatnya...


Mana taknya 3 kali kena liding 3 kali jugak dapat menyamakan kedudukan dan akhirnya pada minit ke 90 + 1 (masa tambahan) gol yang dinanti2kan muncul jugak,haha... Yeesss!!! Lega aku rasa. 

Keputusan akhir...
4   3


Wednesday 26 December 2012

Boleh caya ke???...

Baru2 ni cikgu skolah aku sorang tu pegi ke sabah. Lupa dah aku dia pegi berkursus ke atau pun bercuti tapi yang pasti balik dari sana adalaa ole2 untuk member2 kamceng. Aku pun termasuklaa dalam salah sorang yang kamceng tu,hehe...
Tu yang dapat jugak gelang ni. Katanya dengan memakai gelang ni akan melancarkan pergerakan darah dalam badan kita. Badan dan anggota2 lain kita akan jadi lebih itu dan lebih ini.

Aku ni klu benda2 gini nak caya tu 50/50 laa lagi pulak kan orang lelaki dah terang2 memang takleh pakai gelang. Ada member aku yang pakai tapi aku, simpan je dalam laci...huhu

Pada aku biarlaa darah tak berapa nak lancar pun janji aku tak menanggung dosa. Dahlaa dosa2 lain banyak dah nak kena tanggung, ni nak tambah lagi? Oh tidakkk... Tapi tulaa korang caya ke tak benda2 gini... 

Catat sejarah...

Sejak aku bertukar kat skolah ni pada tahun 2005, 24/12/2012 lepas mencatat sejarah sebab  pertama kali skolah aku ni naik air...
 Masa ni ujan tengah lebat mencurah. Air dah mula melimpah kluar longkang...

Nilaa dia kawasan sekitar depan makmal aku...

Makmal aku ni sebelah dengan koperasi pastu kebetulan pulak aritu merupakan ari pertama jualan buku untuk tahun baru nanti makanya keadaan pun jadi kelam kabutlaa. Air masa tu memang cepat betul naik. Nak tak nak terpaksalaa pindahkan buku2 tu masuk makmal aku...

 Minggu ni kan minggu akhir cuti dan ikutkan minggu nilaa aku nak kena basuh makmal dan kemas apa yang patut tapi klu dah gini keadaannya terpaksalaa aku tangguh dulu keje2 aku tu...
Member yang turut sama memindahkan buku2 dari koperasi ke makmal aku...

Tuesday 25 December 2012

Melepas rindu...

Assalamualaikum sahabat2 ku sume. Harap2 korang masih ingat lagilaa kat aku ni yek. Macam biasa ginilaa klu dah nama blogger tak tegar kan, bila rasa rindu kat blog muncullaa pastu hilang semula...haha. 

Muncul ni pun sebab musim sekarang ni kan musim ujan so banjir sana sini. Nak kluar berjalan pun terbatas ckitlaa, tu yang ada masa nak buat blog ni klu tak jangan haraplaa.

Kadang2 bila nengok blog korang aku kagum sebab ada je cite2 baru kluar tiap2 ari. Rajin betullaa korang. Aku ni bukannya takde cite tapi malas tulaa,huhu... 

Monday 5 November 2012

Semalam paling letih...

Aku rasa selama aku buat keje part time bawak van ambik budak kolej dah hampir setahun, semlmlaa badan aku rasa paling letih. Mana taknya klu selama ni ari sabtu ngan ahad aku kluar tghari ckit lebih pukul 12 lebih tapi semlm pukul 9 dah jalan.

Kluar je terus ke Balok sebab nak ambik budak skolah Smk Paloh Hinai. Dieorg ada kejohanan paintball kat situ, pastu anto balik ke skolah dieorg. Dari sana terus aku masuk politeknik.

Mula dari situ smpailaa petang aku duk ulang alik kluar masuk politeknik. Petangnya stop kejap ambik budak politeknik sebab aku kena ambik pulak budak skolah Smk Sg Soi yang ada pogrem kat dalam politeknik tu bawak dieorg balik ke skolah dieorg.

Lepas anto dieorg balik ke sg soi sambung smule bawak van smpailaa malam,huhu... Memang letih giler aku rasa semlm dengan kepala berdenyut2. Sampai umah letak kepala je terus sedar tak sedar 615 pagi td.

Bayangkanlaa aku baring gitu semlm sedar pagi tadi gitu jugaklaa kedudukan baring aku. Nasib baik sedar klu tak mampus aku terlewat masuk keje arini sebab lupa nak kunci jam sebelum tido,hehe...

Friday 2 November 2012

Makan sambil lepak2...

Selalunya jika ada kelapangan masa setiap malam minggu aku ngan 2 orang member aku, Sazalie Lie dan Min Roy akan makan2 sambil melepak kat burger king pantai Teluk Chempedak. 

Yang duk cbuk mengajak sokmonya Sazalie Lie laa. Dia tu Cc skolah kat chini so ujung minggu dia balik kuantan tu yang dia ajak kiteorg makan2. Sebab gaji dia besor dari aku ngan Min Roy makanya dialaa yang selalu kena blanjer,hehe...

Oleh kerana malam esok team peberet aku (Man United) ada game pukul 8.45pm lawan Arsenal, kebetulan pulak masa aku duk keje part time tadi Sazalie Lie cbuk mesej ajak lepak kat restoren zam-zam.

Aku pun apa lagi perut memang tengah lapor giler2, ok jelaa tapi malam ni Min Roy tak dapat join sebab ada orang datang umah dia. Takpelaa berdua pun yang penting perut aku kenyang,kui3... 

Thursday 1 November 2012

Hari Anugerah Cemerlang 2012...

Ari selasa baru ni aku ke skolah kakak sebab ada Majlis Anugerah Cemerlang. Ikutkan memula tu aku nak ambik cuti tapi pk2 smule tak jadilaa so mintak kebenaran keluar je skejap.

Ikutkan aturcara akan tamat tghari tapi oleh kerana selepas ucapan Yb, Guru Besar sume terus diumumkan anugerah untuk kategori yang kakak terima.

Makanya skejap jelaa aku kat dewan tu sebab lepas kakak terima aku terus balik keje smule,hehe...
Photo: Tahniah syg mendapat Anugerah Murid Potensi.. Ibu doakan agar dirimu makin cemerlang dunia dan akhirat. Teruskan usahamu..
Alhamdulillah walaupun aku perasan keputusan peperiksaan kakak agak menurun sedikit berbanding sebelum ni tapi kakak masih terpilih untuk menerima Anugerah Murid Potensi.

Aku harap kakak akan terus berusaha untuk memajukan diri demi masa depan yang semakin mencabar...

Saturday 27 October 2012

Salam Aidiladha...

Walaupun dah masuk ari kedua aku rasa tak terlambat lagi untuk aku mengucapkan Selamat Ari Raya Aidiladha buat sahabat2 blog sume kan. Oleh kerana semalam cbuk ckit smpaikan nak bukak lappy pun tak sempat.

Bukan cbuk dengan majlis korban pun tapi cbuk melayan kerenah anak2. Budak2 klu dengan ari raya kan paham2 jelaa. Korang beraya kat mana tahun ni, mesti seronok kan?

Aku macam tahun lepas jugak, duk main pusing2 Kuantan ni jelaa. Nak pegi mana lagi dah memang asal sini,huhu...

Thursday 25 October 2012

Lama tak main,letih giler...

Dengar je aku buat tajuk gitu cepat je korang pikir ke lain yek,haha... Acah je alaaa korang ni cakap gitu pun nak marah terus, takkan nak gurau ckit pun takleh kot.

Sebenonye petang semlm aku ajak 3 orang puteri aku yang kat atas nun main badminton depan umah. Tapi yang mainnye aku, kakak ngan adik je, baby duk kayuh beskal dia sorang2. 

Oleh kerana dah lama tak main kan, aduuhhhh nyenyak giler tido malam semlm sebab letih yang amat...huhuhu.

Wednesday 24 October 2012

Baru reti...

Sebenonye antara sebab aku lama tak update blog ni selain kekurangan mood ialah aku tak reti dengan format baru blog skrg ni. Bukak tu bukak tapi tekan sini tak kena tekan sana tak kena last2 sign out,haha...

Tapi pagi tadi aku cuba skali lagi bukak blog ni. Aku tenung punya tenung dengan pandangan paling tajam aku ni (konon2,ihiks..) akhirnye baru aku paham dan reti. Punyalaa suka aku sampai terus update blog walau sejemput,kihkihkih...

Takpelaa walau sejemput pun janji kawan2 tau yang aku masih ada, betul tak?.. Lagipun sebelum ni ada jugak yang tnya aku nape dah lama tak update blog. Maknanya ada jugak orang yang sudi nak baca blog ntah apa2 aku ni. 

Apa pun time kasihlaa pada yang sudi baca blog aku ni. Dah reti dengan blog baru ni Insyaallah laa pasni bolehlaa berblog semula. Konon2nyelaa kan pastu senyap balik...kahkahkah. Insyaallah aku akan cuba tak senyap ok,hehe...

Cuti besday sultan...

Arini aku cuti,korang ade?hehe... Janganlaa marah, amboiii cepat benor nak marahnye. Aku ni kan dah lama giler tak muncul kat blog ni so skali skale gurau ape salahnye kan,ihiks...



Friday 3 August 2012

Kakak pulak kena...

Beberapa tahun lepas aku dimasukkan ke hospital sebab apendiks. Minggu lepas giliran anak sulung aku pulak masuk hospital sebab apendiks. Merasa jugaklaa kakak duk hospital 3,4 ari....huhu.
Photo: Berehat sementara menanti operate apendiks pkl 3pm nanti.Abah & ibu doakan semoga kakak selamat dan sihat,Amin...
Ni masa kat day care sementara menunggu nak masuk bilik. Ikutkan doktor kabor operate akan dijalankan pukul 3pm tapi sebab dewan bedah penuh so lebih kurang pukul 545pm baru masuk dewan bedah. 
Menanti dengan penuh debar sebelum masuk dewan bedah.
Yang kat dalam berdebar nak kena bedah perut, yang berdua kat luar ni pun berdebar klu tengok muka tu,hahahaha...
Masuk dewan bedah lebih kurang 545pm pastu kluar masa orang azan maghrib. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
Nilaa dia apendiks yang dibuang dari dalam perut kakak...huhu
Photo: Tukar shif..aku plk jaga kakak start pagi ni smpai pagi esok...
Ari kedua dah takde masalah. Boleh pakai seluar, baca buku apa sume. Tapi yang beza antara kakak ngan aku ialah masa aku operate dulu doktor belah tapi kakak ni doktor tebuk je.

Monday 23 July 2012

Dia pun nak jugak...

Minggu lepas punya cite ni. Balik keje petang tu, tak tau nak buat apa pastu anak2 cbuk ajak main 'nenek2 si bongkok tiga'. Alaaa game yang sorang kena tutup mata pastu cari orang. Sapa yang kena tangkap dialaa yang jadi pulak. Ke tak betul?.. Hantam sajalaa labuuu,hehe...

Yang selalu jadinya mestilaa aku. Nak tangkap dieorg pulak bukan senang sebab masing2 tak duduk setempat. Macam baby, klu dia duk kat belakang aku dia cakaplaa 'baby kat siniii' pastu bila aku pegi situ dia lari tempat lain pulak. Aahhh sampai bila nak dapat gitu.

Dah puas tu tukar2 pulak tutup mata lepas aku, kakak pastu adik. Dah nengok orang sume tutup mata, last skali baby pun mintak jugak nak tutup mata. Tak bagi kang kecik ati pulak, ok tutuplaa mata dia pulak. 

Skejap je tutupnya, jalan selangkah dua terus bukak. Lemas agaknya kan,kahkahkah...

Ramadan datang lagi...

Rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN dan SELAMAT BERPUASA buat korang sume. Pejam celik arini dah ari ke3 kita sume berpuasa dan Alhamdulillah aku bersyukur masih lagi diberi peluang oleh Allah swt untuk terus bersama korang sume menyambut puasa tahun ni.

Friday 20 July 2012

Nak rasa je...

Pokok mempelam ni betul2 dekat ngan bilik pekerja swasta kat blok sebelah makmal aku. Banyak buah kat pokok ni. Beberapa ari lepas aku nengok je makcik2 pekerja swasta duk menjolok buah2 mempelam ni.

Asyik menengok orang je duk makannya, aiii mana boleh jadi. Petang tadi aku nengok jaga skolah aku pulak duk menjolok buah mempelam ni. Pastu makwe kantin skolah pulak duk standby dengan plastik.

Apa lagi dari jauh aku pun soundlaa, bang... jolok banyak2 yek kwn pun nak merasa jugak,haha... Dia pun dari jauh,ok2.. Sebenonya aku bukan nak banyak sangat, nak merasa je maklumlaa esok dah nak puasa kan terliur pulak nengok masa puasa nanti....kui3.

Ambiklaa aku 5 bijik. Memang manis betul wehhh isi dia. Tapi sayang gambo buah tu tak ingat nak ambik. Yang adanya gambo kulit ngan bijik je. Oklaa kulit ngan bijik pun kan, sekurang2nya taklaa korang cakap aku tipu.....hahahaha. 

Budu punya pasal...

Makan tghari semalam memang catat rekodlaa buat diri aku sebab 3 kali tambah nasi. Memula tu ingatkan nak temankan member je pastu nengok ikan peberet aku, ikan kerisi ada. Ermmm apa lagi makanlaa ckit.

Dah ambik ikan kerisi tu nampak pulak budu. Makanlaa aku nasi berlaukkan ikan kerisi ngan budu. Abih makan nasi, ikan ngan budu pulak tak abih lagi. Membazir pulak rasanya so tambahlaa nasi ckit lagi.

Pastu ikan pulak abih, nasi ada ckit lagi ngan budu. Takkan nak makan nasi ngan budu sesaje, order pulak telur dadar. Sambung makan lagi pastu nasi pulak abih, telur dadar tak abih lagi. Tambahlaa nasi kali ketiga dan kali ni barulaa ngam2 abihnya. Nasi abih, telur dadar abih dan budu pun abih....kahkahkahkah. 

Jadual balik...

Nilaa dia jadual balik keje untuk aku dan jugak geng2 makmal aku dalam bulan puasa ni. Jadual ni akan bermula isnin depan. Tak nak bagi berdengki buatlaa dua kumpulan.

Satu kumpulan 'A' satu kumpulan 'B'. Arini kumpulan 'A' balik pukul 330pm, kumpulan 'B' balik pukul 430pm. Esok kumpulan 'B' pulak balik pukul 330pm, kumpulan 'A' balik pukul 430pm dan begitulaa seterusnya selama sebulan ni. Adil kan.....hehe.

Thursday 19 July 2012

Kurma sempena Ramadan...

Kurma ni aku dapat masa pegi makan tengahari tadi. Tokey kantin yang bagi. Memang tiap2 tahun dapat kurma free ni sempena nak menyambut Ramadan kan.


Bukan aku sorang je dapatnya tapi sume cikgu dan jugak staf. Alhamdulillah... Orang kata tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima kan. Apa2 pun aku doakan semoga orang yang memberi dimurahkan rezeki...

Dah puas yang ni...

Tengok punya tengok punya tengok apalaa yang buat blog aku ni nampak buruk. Bila tenung dan renung betul2, rupa2nya kaler dia daaa... Lama dah aku rasa blog aku ni guna kaler putih gini. Nak tukar kaler lainlaa pulak.


Biasalaa kan manusia mana penah puas dengan benda sama je. Betul tak?.. Apa, tak betul?.. Owh maknanya aku jelaa yang jenis gini yek?..huhuhu... Takpe, mana2laa tapi pada koranglaa kan kaler apa yang patut aku cat untuk blog aku ni haa.


Cer bagi idea ckit. Idea yang ikhlaslaa, jangan pulak nak mintak hadiah ke apa ke. Dekat2 nak masuk bulan puasa yang mulia ni buatlaa keje dengan ikhlas skali skale. Cari pahala, ni tak asyik nak mintak upah je,ihiks...

Awal seminit arini...

Ni pasal waktu datang keje. Klu beberapa tahun lepas mesin perakam waktu skolah aku ni guna kad je, senang. Agak2 esok lambat ckit sampai skolah, arini dah kirim kat member mintak tolong slashkan. Agak2 arini nak balik awal ckit sebab ada hal, mintak tolong member tolong slashkan.


Tapi sekarang ni, kennot3 ok sebab mesin sekarang guna thumb print so andai ada yang nak balik awal ke nak masuk lambat ke, kena sendirian berhad. Nak mintak tolong member boleh tapi kena potonglaa jari tu skejap. Ada brannn,hahaha...


Baru2 ni aku kena tegor ngan Cc aku pasal datang lewat. Sebenonya takdelaa lewat sangat2 pun cuma seminit ke tiga minit je tapi yang menjadi masalahnya sebab hampir tiap2 ari. Dia cakap bos besar dah macam perasan dan sebelum bos besar tegor biar dia tegor dulu.


Yelaa aku tak nafikanlaa yang aku memang selalu thumb print antara pukul 730am - 733am. Walaupun begitu aku masih lagi sempat bukak makmal, sempat menyapu dan buat yang patut kat makmal sebelum pelajar2 masuk setiap ari. Namun begitu lambat tetap lambat kan. Mengaku jelaa,kui3...


Semalam aku bertekad pada diri sendiri yang aku akan cuba untuk sampai ke skolah sebelum pukul 730am dan arini aku berjaya. Pagi tadi aku thumb print pukul 729am, maknanya awallaa seminit. Walaupun seminit tetap awal jugak namanya tu kan dan aku berharap akan terus sampai awal pada ari esok dan ari2 seterusnye,hehehe...  

Wednesday 18 July 2012

Hilang...

Adoiii... Bengang betullaa aku. Rasanya arini banyak aku ambik gambo guna henset, konon2nya nak buatlaa n3 baru. Tup tup baru je berhajat nak mengarang kat blog ni, nengok2 henset langsung takde gambo.


Aikkkk!!!!...(terkejut ala2 beruk) Biar betul, mana pegi sume gambo2 dalam henset ni? Pikir punya pikir, ingat punya ingat rupa2nya petang tadi henset ni tetiba 'heng' skejap. Aku pun offkan, cabut bateri pastu on smule.


Lepas on smule tu aku tak nengoklaa kot2 ada yang hilang ke apa sebab sebelum ni ok je takde apa2 pun. Aduuhhhh terus hilang segala idea nak buat n3. Tapi nak buat mcmane kan, takpe nanti aku carilaa smule idea lain untuk buat n3 baru,huhuhu...

Sarapan free lagi...

Allah itu Maha Mengetahui, Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Setiap apa yang kita buat, setiap apa yang berlaku atas kita sume Dia tau kan. Yelaa tak tau mcmane dah setiap kejadian di atas muka bumi ni telah di tentukan olehNya. Betul tak?hehe... Macam ustaz pulak rasanya.


Bulan ni merupakan antara bulan yang paling aku sesak nafas nak menunggu datangnya 25hb iaitu tarikh kluarnya gaji. Bajet betul2 tergelincir bulan ni, mana tak sesak nafasnya.


Tapi tulaa macam aku cakap tadi Allah itu Maha Mengetahui, Maha Pengasih dan Maha Penyayang so Dia tau yang hamba Dia yang sorang ni wallet tengah mengempis makanya Dia pun murahkanlaa ckit rezeki buat hambaNya tu,huhu...


Murahkan mcmane?.. Masa sarapan pagi semalam, biasanya aku ni sebelum makan akan bayar dulu sebab malas dah nak masuk kantin smule untuk bayar. Tengah syok makan, tokey kantin datang bagi balik duit yang dah bayar sebab katanya ada orang nak blanjer. Alhamdulillah syukur...


Pagi tadi pulak bilik guru atas ada buat potluck so dieorg jemputlaa aku n de geng untuk sama2 menghabiskan segala makanan yang dieorg bawak. Macam biasalaa orang cakap rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari kan.


Makanya free lagilaa sarapan aku arini. Syukur kehadrat Ilahi di atas rezeki yang diberi dan terima kasih banyak2 pada yang sudi blanjer aku pagi semalam dan jugak pagi tadi,Amin... Lain kali klu buat lagi jamuan ke apa jangan lupa jemput aku sebab aku ni bukanlaa makan banyak sangat pun,kuang3....hahaha.

Sape kata tak rindu...

Bukannya baru 2,3 n3 aku kluarkan betul tak. Dah beratus rasanya n3 yang aku kluarkan kat blog buruk aku ni so sape kata aku tak rindu nak menaip smule. Klu 3,4 ari tak update pun aku dah rasa lama inikan pulak berminggu2.


Tapi tulaa masalah yang sentiasa membelenggu diri aku ni iaitu MALAS selain masa yang tak berapa nak ada tu membuatkan aku terlepas sokmo nak merepek kat sini,huhu...


Rasanya dah berapa kali aku cakap aku akan cuba untuk merepek kat sini sekerap mungkin tapi tak jugak kan,kui3... Takpe2 korang jangan bimbang sebab aku rasa sekarang ni semangat aku dah betul2 datang smule untuk aku merepek kat blog buruk aku ni.


Pasni jangan pulak bosan yek nak singgah sini sebab aku akan cite segala aktiviti harian yang aku buat. Tak kiralaa samada pasal berapa kali aku kentut ke, berapa kali aku berulang ke tandas ke sume aku akan cite. Ok? Agak2 korang setuju tak?..


Alaaa korang setuju ke tak setuju ke ada aku kesah, betul tak? Hahahaha... Blog aku kan so lantak akulaa nak cite apa pun klu rasa sakit mata ke loye tekak nak muntah ke nak baca, janganlaa singgah sini lagi yek....huhu.

Sunday 8 July 2012

Bila orang besar datang...

Semalam ari sabtu kan tapi aku, rakan2 staf dan cikgu2 kena datang skolah sebab ada Majlis Anugerah Cemerlang dan Alumni. Majlis semalam jadi cbuk sebab tetamu yang datang tu bukan sebarang orang.


Biaselaa bila orang besar nak datang, orang yang tak berapa nak besar ni pun kelam kabutlaa. Sampaikan dengan aku sendiri yang duk kat makmal ni pun berpeluh2 mengemas itu dan ini. Kononnya dibimbangi orang besar tu nak nengok makmal aku.


Apa yang hebatnya makmal aku ni sampai orang tu nak nengok? Owh sebabnya makmal aku ni merupakan makmal paling lama dan orang besar tu pulak penah belajar kat makmal aku ni.


Walaupun begitu dalam hati dan pikiran aku yang tak berapa nak cerdik ni mengatakan orang besar tu tak kan masuknya makmal aku. Mana taknya, orang tu datang untuk majlis anugerah cemerlang dan alumni dieorg so mana ada masenya dia nak nengok makmal apa sume kan.


Dan sangkaan aku tepat sebab orang besar tu sempat pegi satu dua makmal yang dekat dengan dewan je. Aku lega sangat2 bila dapat tau yang orang besar tu tak sempat nak masuk makmal aku,hehehe...


Sape orang besar tu?.. A'ahlaa aku tak bagi tau pun kan,kahkahkah... Lupalaa bukan sengaja pun,kui3... Orang besar tu ialah Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia(KPPM), Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud. Alhamdulillah majlis semalam berlangsung dengan jayanya dan tahniahlaa buat semua yang terlibat.

Friday 6 July 2012

Aktiviti ujung minggu...

Ni kat pantai sepat...
Ni pulak kat pantai area balok, belakang hotel de rhu beach resort... Pasni tak tau lagi nak mane pulak,hehehe...

Monday 25 June 2012

Aku lapor...

Bola punye pasal aku sanggup tak tido, berjaga sampai pagi padahal esok keje. Sebenonye bukan pasal bola yang aku nak merepek ni tapi pasal meggi. Tengah syok duk tengok bola, perut pulak terasa lapor.
Ape lagi teruslaa pegi ke dapur. Ambik periuk isi air pastu letak atas dapur, ambik telur dalam peti. Ambik mangkuk, sudu garfu sume pastu sementara air menggelegak aku tengok bola jap.
Tak lama pastu aku pegi semula ke dapur, sedang elok air dah menggelegak. Dah tengok menggelegak tu, apa lagi bukaklaa laci nak ambik meggi.
Sekali tengok.... Sebungkus pun takde. Ya Allah kecewanya aku, dahlaa perut lapor giler2. Selalunye memang aku ambik meggi dulu tapi kali ni tak tau nape tak terpikir nak tengok ada ke takde meggi tu,huhu...

Wednesday 20 June 2012

Satu kelas je...

Arini ari rabu kan. Esok ari kamis, luse jumaat, semalam pulak ari selase...hahaha. Aku taulaa korang pun tau pasal ari kan tapi ade yang korang tak tau nape aku suka arini. Awal minggu ni aku dapat jadual waktu baru.
Bila aku tengok jadual waktu tu, aku senyum sebab dalam jadual tu menunjukkan arini aku betul2 rilek. Mane taknye, arini hanya satu kelas je yang masuk makmal aku. Tu pun waktu last skali,hehehe...
Tapi walaupun tak cbuk aku arini, tetap tak mampu nak update blog. Dah malam gini jugak baru berkesempatan update blog. Abih tu, kat skolah tadi aku buat ape? Biarlaa rahsia ...hahahaha.

Tuesday 19 June 2012

Sunyilaa pulak rasenye...

Kan setiap ari petang2 aku ambik kakak ngan adik balik skolah pastu bawak ke makmal aku. Selalunya jugak satu skolah dengar suara dieorg berdua. Berlari sane sini, menjerit macam kat umah sendiri.
Bila tegur, senyap skejap pastu bising smule. Tapi arini suasana bertukar menjadi sepi sebab masa aku ambik dieorg tadi aku nengok kakak monyok semacam. Rupa2nya pening kepala.
Ikutkan kakak nak balik umah terus tapi adik pulak cbuk nak pegi skolah abah. Oleh kerana makmal aku ada kelas akhir masuk, terpaksalaa ikut kata adik. Smpai skolah aku, dia makan mee goreng ckit pastu terus tido.
Adik pun tinggallaa sorang2 patah kaki sebab takde member nak bergalak. Makanya suasana makmal aku arini sunyilaa dari kebiasaannya...


 akarini,huhuhu.

Monday 18 June 2012

yesss...

Hahaha...boleh rupenya, ingatkan tak boleh. Sebelum  ni kan aku buat blog guna galaxy tab tapi sejak guna blackberry ni aku gagal dalam cubaan untuk buat blog,huhu...
Gagal bukan sebab tak jumpa blog ke ape tapi tak jumpa cari cara2 nak taip n3. Puas tanya member akhirnya  jumpa gak cara2nya. So pasni bolehlaa aku sambung buat blog yang tak seberapa ni kan,kui3...

Tuesday 29 May 2012

Member baru...

Semalam aku dapat sorang member baru lelaki. Pembantu makmal yang baru dilantik. So masih kosong lagilaa dalam selok belok makmal ni.

Dia masuk tu sebab ganti pembantu makmal pompuan yang bertukar ke skolah lain. Kebetulan masa dia datang lapor diri semalam Cc aku takde sebab dia ada hal kat tempat lain.

Brader makmal sorang lagi pulak ada keje makanya akulaa yang terpaksa bawak member baru ni nengok2 makmal dan kenalkan dia dengan staf2 makmal lain.

Klu sebelum ni dalam ramai2 staf makmal, aku sekerat dua je lelaki tapi dengan masuknya member ni maka bertambahlaa ckit kaum yang nak pupus ni,hehehe...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday 27 May 2012

Ada jugak yek gitu...

Mase aku duk isi minyak kat shell tadi datanglaa sebuah keta viva klu tak silap aku, berenti depan pam aku sebab nak isi minyak jugak.

Yelaa kan dah singgah shell mestilaa nak isi minyak tak kan nak beli ikan pulak,betul tak?hehe... Dalam keta tu aku nengok cuma ada dua orang dewasa.

Pemandunya lelaki dan penumpang sebelah pulak pompuan. Tak taulaa aku mereka tu sepasang kekasih ke sepasang suami isteri. Menengokkan gayanya muda lagi.

Yang pelik dan janggal pada aku ialah masa dia berenti pastu matikan enjin keta, pemandu (sang lelaki) rilek je duk menyandar dalam keta. Sang pompuan je yang turun pegi kaunter bayar pastu datang kat keta bukak tempat minyak dan isi minyak. Dalam hati aku, amboiii ada jugak lelaki macam ni yek...huhuhu.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday 26 May 2012

Nampak mcm cerdik sangat...

Ari sabtu yang tenang ni aku nak merepek pasal politik ckit, ok tak? Klu yang tak nak dengar takpe, korang jangan bacalaa ek. Bukan apa kang tak pasal2 korang menyampah pulak kat aku,huhuhu...

Aku ni bukanlaa nak salahkan orang tu, nak betulkan orang ni. Tapi pada aku kadang2 tu kelako gak aku nengok orang2 tua yang berpelajaran duk bertekak. Ko kata aku, aku kata ko. Buat malu je kan.

Ok stop. Tu mukadimah je, yang betul2nye ni. Pagi tadi aku on9laa fb skejap. Kat dalam banyak2 status yang aku baca adalaa sorang hamba Allah tu. Setahu aku dia tu antara orang kuat dalam sebuah pertubuhan NGO.

Yang aku kelakonya tu ialah status dia pagi tadi yang berbunyi lebih kurang macam ni " Selamat pagi rakyat malaysia. Hari ini buka mata negara sudah aman. Kita tak perlu lagi bangun pagi menoreh getah "...

Senyum aku bila baca status dia tu. Ko tu duk kat bandar memanglaa bangun pagi tak perlu menoreh getah tapi sedare2 kita kat kampung yang rezeki dieorg hanya bergantung ngan pokok getah mcmane? Perhatikanlaa dulu kiri kanan sebelum bercakap or menaip kan...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday 25 May 2012

Apa faedahnya...

"Nombor pendaftaran WWW 1 mencipta rekod baru apabila bidaan tertinggi yang diterima bagi nombor siri tersebut bernilai RM520,000 mengatasi nombor pendaftaran MCA 1 yang dijual dengan harga RM300,100"...


Aku tak taulaa pada korang ada faedahnya tapi pada aku yang tak berapa nak ada duit ni memang sangat2 membazirlaa. Berhabis sampai setengah juta lebih pastu letak kat depan sekeping, kat belakang sekeping.

Silap2 plat keta lagi mahal dari harga keta agaknya kan. Klu ye pun duit habis nak makan, andai yang kaya tu beragama islam baiklaa setengah juta lebih tu buat benda yang lagi berfaedah. Bina masjid ke, derma kat umah anak2 yatim ke kan banyak pahala tu. Apa pendapat korang?...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday 24 May 2012

Aku akan balas balik...

Ni bukan kesah nak gaduh sebab balas dendam yek,hehe... Gaduh2 tu zaman dulu punye cite. Konon2nye sape kuat dielaa jadi ketua tapi sekarang ni dah tak gitu lagi dah.

Zaman sekarang ni orang yang berbadan kecik pun ada yang jadi ketua/bos. Slalu kita dengar orang cakap orang pompuan ni kaum yang lemah kan, pun ramai yang jadi ketua/bos. Ok stop merepek.

Apa yang aku nak cite sekarang ialah pasal balas komen korang. Klu dulu2 setiap komen korang aku akan balas satu persatu tapi sejak akhir2 sebelum ni aku jadi malas nak balas.

Bila aku pikir semula klu tak balas kang aku rasa macam tiada komunikasi antara kita walaupun tak semua antara korang yang baca semula komen yang aku balas tu kan.

Sekarang ni aku tak kira korang nak baca semula ke tak yang pasti aku akan cuba balas semula setiap komen korang kat blog aku...ihiks.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Paksa mandul...

Korea Selatan akan 'memandulkan' seorang lelaki menggunakan kimia minggu ini kerana beberapa kali didakwa atas jenayah serangan seksual terhadap kanak2.

Lelaki itu akan diberi suntikan setiap tiga bulan untuk tiga tahun akan datang untuk mengurangkan nafsu seksnya dengan memanipulasi hormonnya tidak kiralaa samada dia suka atau tidak.


--> Agak2 koranglaa klu dilaksanakan kat malaysia undang2 ni, kurang ke tak kes rogol.....huhuhu.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday 23 May 2012

Saya tak berat pun...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Hai...

Takde ape sebenonye yang aku nak merepek arini, cuma nak ucap 'hai' je kat korang sume. Maklumlaa dah lama tak berblog, takut gak korang dah lupa kat aku ni.

Nak buat mcmane kan nama lagi blogger amatur lainlaa korang blogger tegar tiap2 ari ada je cite,hehehe...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday 7 May 2012

Teruknya aku ni...

Itu salah aku, ini pun salah aku. Buat itu tak kena, buat ini pun tak kena. Betul2 tak gunanya aku ni kan.

Kadang2 aku tersenyum sorang2 bila mengenangkan nasib diri aku ni. Kadang2 jugak aku sedih sebab segala apa yang aku buat serba serbi salah, serba serbi tak kena dan seolah2 tak dihargai.

Kesimpulannya sekarang aku tak kesah walaupun segala apa yang aku buat serba tak kena dan seolah2 tak dihargai, pada aku sekarang aku akan cuba buat yang terbaik. Itu aje...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday 4 May 2012

Dia berubah sekelip mata...

Ni kesah keje part time aku. Terjadinya mende ni beberapa ari lepas tapi oleh kerana tak berkesempatan maka arini baru boleh aku citekan.

Satu petang tu ada sorang budak tepon aku cakap mintak tolong ambik dia kat megamall sebab dia nak balik politeknik. Masa tu seingat aku dah malam lebih kurang lepas magrib, hampir2 pukul 8.

Masa aku sampai tu aku tengok dia bertiga ngan member dia berjalan ke arah aku. Dari segi berpakaian aku nampak dua orang berbaju kurung, bertudung manakala sorang berseluar jeans dengan rambut pacaknya atau senang cakap macam jantanlaa.

Lepas dieorg naik dan duk kat belakang tu aku pun antolaa ke politeknik. Nak pandang belakang pun tak guna sebab tak nampak, cuma aku sembang2 gitu jelaa ngan dieorg.

Perjalanan ambik masa dalam 10 ke 15 minit jugaklaa. Dieorg bayar sebelum turun van lagi. Sampai je dan yang buat aku terkejutnya tu bila dieorg nak melintas depan aku, aku tengok tiga2 berbaju kurung dan bertudung.

Aku pandang kat belakang dalam van, takde orang. Dalam hati aku kata, rasanya tadi dua orang je macam pompuan dan sorang macam jantan tapi sekarang tiga2 macam pompuan,huhuhu....

Cepat betul dia bertukar karektor kan. Pada aku inilaa manusia zaman sekarang, sanggup buat apa saje demi memenuhi kepuasan diri. Apa2 pun mintak dijauhkanlaa dari diri aku dan jugak zuriat keturunan aku,Amin...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday 3 May 2012

Tiba2 teringin...

Rasa macam baru je lagi tapi dah seminggu rupanya aku tak berblog,hehe... Bukan sengaja taknak jalan2 blog korang tapi korang paham2 jelaa kan aku sekarang ni cbuk giler2.

Sekarang ni je baru terlepas skejap dari cbuk yang giler2 tu so sempatlaa jugak jenguk blog kawan2. Tu pun tak sempat jugak nak jenguk semua blog.

Takpe jangan bimbang yek kawan2 sume yang mane aku tak sempat nak jenguk blog korang arini aku akan cuba jenguk bila ada masa nanti ok.

Yang aku peliknya ni bila aku pegi blog kawan tu, ada cite pasal kek pastu pegi pulak blog kawan lain cite pasal kek jugak. Oleh sebab itu tetiba je aku terasa nak makan kek sekarang ni,huhuhu...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday 20 April 2012

Takut sangat2...

Arini baru aku tau bahawasanya ada jugak budak2 yang takut nak guna mancis. Selama ni bila nak buat eksperimen yang menggunakan bunsen bunner, dalam satu kumpulan ada 4,5 orang so yang berani jelaa nyalakan bunsen bunner tu.

Tapi tadi cikgu budak2 ni mengajar cara2 nak nyalakan bunsen bunner dan untuk dapatkan nyalaan api kaler biru. So dalam satu2 kumpulan tu setiap orang mesti kena cuba.

Yang kelakonya tu sampai ada yang nak menangis hentak2 kaki sebab takut nak nyalakan mancis. Abih separuh kotak mancis pun takleh jugak nyalakan mancis tu. Nak nyalakan bunsen bunner apetah lagi,huhuhu...

Yelaa kan nak kata tak penah masak kat umah takleh jugak sebab kat umah sekarang ni sume dah guna dapur gas. Kesian punya pasal last skali aku pun tolonglaa nyalakan mancis tu. Barulaa senyum semula, klu tak sedih nengok muka...hehe.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday 18 April 2012

4 abang botak...

Memula tadi yang pakai baju ijau tu duk bersembang ngan aku kat makmal. Lepas dia keluar tu dia datang balik sambil cakap nak ambik gambo. Dia cakap, kena ambik gambo ni bukan senang nak tengok 3 orang botak macam ni sambil ejas kamera henset dia.

Bila aku kluar aku tengoklaa member 3 orang tu duk tengah bersembang depan tandas. Aku cakap kat baju ijau tu suruh dia pegi kat sana pastu biar aku yang ambik gambo.

Dia tanya balik nape pulak. Aku cakap klu awak join skali kat sana lagi ok sebab jadi 4 orang botak. Gampang betul dia cakap kat aku,kahkahkahkah....


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday 17 April 2012

Cbuk amat2 sekarang ni...

Dah beberape ari aku tak update blog aku ni kan. Bukan sengaja sebenonya tapi disebabkan bermula ari jumaat lepas aku dah mula buat keje part time.

Keje apa? Tu yang korang tengok dalam gambo kat atas tu. Van tu member aku punya, drebar lama dia dah dapat keje tetap kat kelantan so terpaksalaa berenti. Nak jadi rezeki aku, satu ari tu dia datang skolah aku. Masa duk sembang kat kantin dalam cite2 tu aku pun tawar diri nak bawak dan dia pun setuju. Alhamdulillah...

'Bas sekolah' tapi aku tak bawak budak2 skolah yek. Aku ambik budak2 politeknik dan kolej shahputra. Kekuatan iman amat penting kat sini sebab klu bawak budak skolah memang sah2 dah dieorg pakai uniform tapi bila bawak budak kolej ni korang paham2 jelaa.

Muka dahlaa cantek, ada yang tak bertudung tu dengan seluar paras lutut, baju pulak ketat nampak ketiak. Sabor jelaa... Tapi setakat 4,5 ari ni kekuatan iman abg Ayen ni masih lagi kukuh,hahahaha...

Masa untuk aku berblog sekarang ni agak terhad ckit sebab isnin sampai jumaat aku start bawak dieorg lepas aku balik keje petang sampailaa malam. Ari sabtu ngan ahad pulak aku bawak dari pagi sampailaa malam. Walau begitu aku tetap akan cuba gaklaa update blog ni untuk tatapan korang semua,hehe...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday 13 April 2012

Belum apa2 dah kena...

Seorang wanita berusia 28 tahun terpaksa menempuh detik hitam apabila dia bukan saja dilibas dengan tali pinggang oleh kekasihnya malah belakangnya turut ditekap dengan seterika panas.

Lebih kejam, mangsa yang menggelupur kesakitan di ruang tamu rumah kemudian disimbah air panas oleh lelaki berusia lewat 20-an itu.

Kekejaman teman lelaki mangsa dikatakan berlaku ketika mangsa bertengkar dengan teman lelaki itu bagi menebus semula barang kemas miliknya yang digadai.

Mangsa mendesak teman lelakinya supaya menebus semula barang kemas miliknya itu menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka. Lelaki itu yang hilang pertimbangan bertindak memukul mangsa.

Bagai dirasuk lelaki terbabit kemudian melibas mangsa dengan menggunakan tali pinggang. Mungkin tidak puas hati, lelaki itu kemudian menekap pula seterika panas ke atas belakang mangsa.

Akibatnya mangsa menggelupur kesakitan di ruang tamu rumah. Sebaik menggelupur lelaki terbabit bertindak lebih kejam dengan menyimbah pula air panas ke atas badan mangsa. Melihat teman wanitanya menggelupur kesakitan, lelaki itu terus meninggalkan rumah.

:--> Apa pendapat korang dengan kejadian ni?..Tu baru berkasih kan dah kena gitu, klu dah kawen nanti?huhuhuhu...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday 12 April 2012

Banyak sangat ke aku makan?...

Pagi ni sarapan aku pulut kuning, karipap dan jemput2. Masa nak bayar tu tokey kantin tanya, tak ngantuk ke makan pulut banyak2 gini? Banyak sangat ke aku makan tu haa? Pada aku biasa je kan,ihiks..

Aku pun cakaplaa kat dia, laaa apa susahnya klu ngantuk tido jelaa. Mana ada ubat lain lagi selain tido,kui3... Korang klu makan pulut ni ngantuk ke?..

Lagipun klu dah nak ngantuk makan apa pun akan ngantuk jugak kan. Makanlaa mee goreng ke nasi beriani ke tapi dah tido malam pukul 3am/4am memanglaa akan ngantuk,hehehe...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday 10 April 2012

Aku lulus...

Aku rasa arini merupakan ari yang cukup gembira buat diri aku. Tak dapat aku gambarkan betapa gembiranya aku arini. Gembira sebab apa?...

Sebabnya aku dah lulus. Lulus apa tu takyahlaa korang tau yek, cukuplaa sekadar aku cakap aku dah lulus....hehehe.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday 9 April 2012

Aku ingat dia giler...

On de way nak balik skolah aku lepas ambik anak2 dari skolah dia tadi aku lalu depan sebuah bank tu. Jalan takdelaa sesak sangat masa tu.

Dalam duk mengikut belakang keta lain tu aku tengoklaa ada sorang mamat duk tengah bercakap sorang2 kat celah keta. Pakaian smart, muda lagi orangnya dan ensem pulak tu.

Dalam hati aku, Ya Allah hai kesiannyalaa kat dia ni muda2 lagi dah giler. Masa tu aku nampak dia dari sebelah kanan. Dalam2 duk bercakap tu dia pun berpusing ke arah aku pastu aku nampak sesuatu kat telinga kiri dia.

Rupa2nya dia tengah bercakap henset guna earphone daaaa. Suka aku sorang2 masa tu, tak pasal2 aku kata dia giler...hahahaha.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Kencing berdiri tepi jalan...

Memang tak malu betullaa manusia 3 ekor tu. Semalam masa aku lalu kat highway jerangau jabor adalaa aku tengok sebuah pajero tu berenti tepi jalan.

Sampai je dekat aku tengok dieorg bertiga duk tengah memuntahkan burung dia. Biasalaa kan macam manusia jugak, kekadang tu ada yang jenis takleh jalan jauh. Rasa nak muntah, gitulaa burung dieorg tu.....hahahahaha.

Nak kencing tu kencinglaa tapi biarlaa jauh ckit dari pandangan orang yang lalu lalang. Ni tak, masa aku lalu tu memang terang terang nampaknya. Bagus lagi kambing dalam gambo tu haa, nak kencing lari masuk dalam semak takut orang nampak.

Berdiri bertiga tu pulak rapat2 kedudukannya cuma hala pancutan tu je arahnya lain2,kahkahkahkah.... Giler betul dieorg tu. Aku pun buat tak berapa nak pandanglaa sebab spesis aku jugak. Tapi cer yang buat tu spesis yang lain dari aku, memang sah2 aku slowkan keta aku,hehehe...

Nasiblaa anak2 aku duk main sesama dia so dieorg tak nampaklaa. Klu dieorg nampak pening pulak kepala aku nak menjawabnya.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday 6 April 2012

Lawak betullaa korang ni...

Salam pagi jumaat dari aku buat rakan2 blogger sume. Pagi ni cuaca kat kuantan sejuk ckit sebab sekarang ni hujan renyai2. Bila sejuk2 gini korang paham2 jelaa kan apa aktiviti yang menyeronokkan,hehe...

Selain tu otak pun semestinya beku ckit so takleh laa nak berN3 yang berat2 sangat. Oleh itu aku nak citelaa pasal yang ringan2 je. Semalam masa aku tak tau nak buat apa aku pun jenguk2laa beberapa blog tu.

Dalam duk membaca blog korang tu aku gelak sorang2. Mana taknya, ayat2 yang korang taip tu kelako sangat pada aku. Dari ayat2 korang tu aku dapat rasa yang korang ni berbakat jadi pelawak. Klu pegi uji bakat raja lawak memang sah2 luluslaa aku rasa,ihiks...

Seronok sangat aku baca. Ada yang berlawak secara selamba, ada yang secara blur dan ada jugak secara sinis. Pendek kata macam2laa. Apa2 aku mintak korang teruskanlaa ayat2 lawak korang masa buat n3 sebab barulaa seronok aku nak baca, tak jemu....kui3.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday 5 April 2012

Harap2 tak dapat surat...

Arini aku cuti sebab sekarang ni aku kat temerloh, ada hal ckit. Penting betul halnya ni yek dah klu pagi2 gini dah ada kat temerloh,ihiks...

Jadualnya aku kena ada kat sini pukul 8. Ikutkan standard perjalanan kuantan temerloh dalam 1 jam setengah tapi tadi masa aku kat tol gambang, aku tengok jam dah pukul 705am.

Dalam hati aku mampuslaa sempat tak sampai ni. Takpelaa tawakkal jelaa. Layan diri sorang2 sesambil ngantuk ckit2 sedar tak sedar sampai kat temerloh.

Terkejut jugak aku sebab bila aku smule tengok jam tangan menunjukkan pukul 750am. Pergghhh boleh tahan jugak yek, tak sampai sejam tuuuu,hehehehe...

Boleh tahan memanglaa boleh tahan tapi aku harap takdelaa sampai sebarang surat lepas ni,kui3...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday 4 April 2012

Tunggu dan lihat jelaa nanti mcmane...

Kabo sudah, pesan pun sudah tapi nampaknya macam masih tak paham bahasa gak. Entahlaa kekadang aku rasa sedih sangat2 sebab aku dah kabo, pesan secara baik dah tu tapi takleh nak ikut jugak.

Takpelaa selagi aku boleh dan mampu bersabar aku akan terus bersabar. Apa2 pun aku tetap bersyukur ke hadrat ilahi sebab masih memberi aku kekuatan untuk aku menghadapinya.

Masih mampu bertenang walaupun dalam hati hanya Allah saje yang tau. Budak2 dengan cara budak2, orang tua pulak dengan cara orang tuanya....adoiyaiii.

Takpelaa aku redha sebab pada aku setiap dugaan dan ujian yang Allah turunkan kat kita tu ada sebab2nya. Lagipun kan orang selalu cakap sabar itu separuh daripada iman. Betul tak???... Haaa time kasih sebab setuju,hehehe...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Terkasar ckit...

Sekarang ni aku cbuk dengan eksperimen yang menggunakan air batu. So mase cikgu nak guna air batu tadi aku pun ambiklaa dalam peti. Nama lagi batu kan mestilaa keras.

Tarik punya tarik, ambik kau...... patah,huhuhu... Walaupun patah terpaksa jugaklaa guna bekas tu sebab klu tak guna kang takut tak cukup pulak ais.

Tunggu aku order bekas baru nanti baru boleh buang yang patah ni. Biaselaa nak buat mcmane kan,hehehe...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday 3 April 2012

Orang boleh buat macam2...

Kelako betullaa aku rasa. Sebab tulaa aku nak nasihatkan sahabat2 pompuan sume yang mana suka ngat kumpul/tayang gambo kat internet terutamanya facebook sekarang ni.

Buang atau simpanlaa kat tempat yang lebih selamat. Bukan aku nak dengki ke apa tapi dengan gambo2 tu macam2 orang boleh buat kat kita.

Aku cakap ni pada yang nak dengarlaa yek, klu yang tak nak dengar tu terpulanglaa sebab aku tak paksa ni. Masing2 dah besor belake, boleh pikir baik buruknye kan.

Berbalik smule pasal gambo kat atas tu. Sebab apa aku kabo kelako sedangkan pada korang tak kelako pun kan,hahaha...

Kelako pada aku sebab nama dia tu lagipun aku rasa ni mesti kes dengki maklumlaa bro tu kan ramai pompuan yang tergila2kan dia. Yelaa orang ensem katakan tapi tulaa susah gak klu muka ensem sangat, betul tak?

Nasiblaa aku ni Allah kurniakan rupa yang 'ala2' ensem je (sape yg rasa nak muntah,silakan.....kahkahkahkahkah). Klu Allah kurniakan rupa yang ensem kat aku, entahlaa apa jadi kat aku kan.....hehehe.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday 2 April 2012

Pakcik duda dapat anak dara...

Akhirnya pada usia 61 tahun, Aminah Alias menamatkan zaman anak daranya semalam selepas selamat diijabkabulkan dengan duda beranak 6 serta mempunyai 40 cucu dan 13 cicit.

Pesara Pembantu Jabatan Kemajuan Masyarakat(Kemas) sejak empat tahun lalu itu kini bukan saje bergelar isteri malah ibu, nenek dan moyang segera, sesuatu yang tak pernah dijangka olehnya namun bersyukur kerana hatinya terbuka untuk menerima Shahrin Dais, 83 tahun sebagai suami.

Aminah berkata masih sukar untuknya menerima kenyataan sebagai isteri pada usia sekarang namun percaya jodohnya sudah ditetapkan bersama Shahrin.

Dia mengaku mempunyai ramai kawan lelaki ketika muda namun sikap anti lelaki yang menebal menyebabkan hatinya tidak terbuka untuk berkahwin.

Namun selepas bertemu Shahrin, saya terus bersetuju untuk menjadi isterinya. Mungkin inilaa jodoh, katanya. Sementara Shahrin berkata dia juga tidak menyangka pertemuan kali pertama dengan Aminah di sebuah warung kopi membawa kepada perkahwinan.

Menurutnya ketika pertemuan kali pertama itu dia terus jatuh hati kepada Aminah sebelum sepakat membuat keputusan mendirikan rumahtangga.


:--> Tahniah dari Ayen buat pakcik Shahrin. Pakcik memang hebat,kui3...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday 30 March 2012

Ingat 5 sebelum datang 5...

Sempena ari jumaat yang mulia ni sama2laa kita bermuhasabah diri dan saling ingat mengingati sebab sebagai manusia kita tak dapat lari dari sifat lupa...


Published with Blogger-droid v2.0.4