My photo
Mencoret sekadar apa yang dirasakan perlu...

Rakan2 siber...

Tuesday 31 January 2012

Mintak dijauhkan anak2 aku...

"Ibu bapa diingatkan supaya mengawasi anak2 mereka dalam menggunakan telefon bimbit pintar selepas kajian terbaru menunjukkan sebahagian besar mereka menggunakannya untuk mengakses gambar dan video lucah.

Kajian itu yang dilakukan oleh YouGov menyelidik tingkah laku web telefon bimbit kanak2 berusia 8 hingga 15 tahun.

Ia mendapati seorang daripada lima atau 21% kanak2 pernah mengakses laman web tidak sesuai menerusi telefon bimbit mereka, meningkat sepertiga di kalangan mereka yang berusia 14 hingga 15 tahun.

Samada mereka tidak sengaja menemui laman web yang tidak sesuai itu, ramai kanak2 dikatakan membaca atau melihat perkara yang mereka tahu hanya untuk orang dewasa".

Aku harap anak2 aku dijauhkanlaa dari mende2 ni sume. Setakat ni Alhamdulillah klu dieorg main lappy/tab aku ni dieorg sekadar google game je walaupun kadang2 bimbang gak takut dieorg tersalah tekan, kluar pulak gambar yang bukan2....huhu.

Bukan apa sekarang ni pun zaman dah serba canggih kan, apetah lagi zaman membesar dieorg akan datang. So sama2laa kita yang ada anak2 ni jaga betul2 dan bagi didikan agama yang secukupnya, Insyaallah...


Published with Blogger-droid v2.0.3

Nasib dia baik...

Berdebarnya diri aku hanya Allah swt saje yang tau. Mana taknya cuaca dahlaa gelap, awak bawak motor takde lampu.

Mata aku ni pulak memang dah terang klu tak, takkan pakai cermin mata kan,hehe...

Kebetulan masa tu pulak datang motor dari depan so cahaya lampu dia tu lagi menyilaukan mata aku.

Ya Allah... Syukur aku sempat mengelak ckiiiiiiit je klu tak memang kompom dia akan terpelanting atas keta aku dan silap2 jadi arwah kot sebab masa tu aku memang laju.

Punyalaa sekelip mata kejadian tu sampaikan aku tak perasan yang bawak motor tu lelaki ke pompuan ke tua ke muda ke. Berdebarnya aku sampai kat skolah pun tak ilang lagi rasa.

Walaupun perasaan nak marah tu membuak2 tapi Alhamdulillah sebab dia selamat dan aku pulak takde nak kena pegi balai polis, report itu ini.


Published with Blogger-droid v2.0.3

Sunday 29 January 2012

Ganggu betul aku nak tengok bola...

Malam semalam aku lepak kat Coffee Street ngan geng2 MU sebab nak nengok game lawan Liverpool. Walaupun keyakinan menang tinggi tapi sayang team peberet aku kalah jugak, celakak sungguh.huhuhu...

Kalah tu kalahlaa kan tapi yang aku bengang tu sebab tiada kekusyukan nak menonton bila nengok gelagat budak pompuan ni. Budak skolah aku ni tapi dia tak perasan kat aku. Baru tingkatan 4 klu tak silap.

Dahlaa duduk betul2 depan aku, dekat pulak tu. Cuaca malamnya memang x dinafilaa sejuk dengan angin yang bertiup ala2 nak hujan gitu. Nasib aku pakai jersey MU lengan panjang,hehe...

Korang bayangkanlaa baju dia pakai tu jenis kain licin, nipis pulak tu tapi taklaa jarang. Bila dah sejuk tu dia kluarkan tangan dia dari lengan baju pastu masukkan dalam baju.

So jadilaa dia macam orang cacat yang takde tangan. Dah tangan semua duk dalam baju, pakwe kat sebelah pulak duk main gurau2. Ish3... malaslaa aku nak cite lebih2.

Memang tak kusyuklaa aku nengok bola semalam. Dahlaa tak kusyuk team peberet aku kalah pulak tu,huhuhu.... Kuang asam betul.


Published with Blogger-droid v2.0.3

Thursday 26 January 2012

Main ATV...

Beberapa bulan lepas geng2 cikgu skolah aku sepakat menubuhkan Kelab Kuantan Atv Experience. Pastu dieorg ajaklaa aku ngan geng2 pegi main.

Aku pulak lepas sehari sehari kononnya nak legi main lepas balik keje tapi tak jadi sokmo. Nak buat mcmane kadang2 aku jadi, orang ni tak jadi. Bila orang tu jadi, aku pulak tak jadi.

Last2 ari sabtu minggu lepas aku pakat 3 orang ngan member pegilaa. Bukan apa tak larat nak dengar geng2 cikgu duk marah sebab janji nak datang tapi tak datang.

Sebenonya aku penah main dah Atv ni dulu masa pegi rombongan skolah ke Melaka. Masa pelajar2 pegi masuk zoo melaka, aku ngan geng2 lain pegi main mende alah ni,hehe...


Published with Blogger-droid v2.0.3

Monday 23 January 2012

Aku akan cuba buat...

Orang kata lebih baik diam dari bercakap sebab makin banyak kita bercakap akan menyebabkan makin banyak salahnya,betul?...

Oleh itu sempena tarikh 23hb arini maka aku akan cuba untuk lebih banyak diam dari bercakap.

Boleh ke tak boleh ke tu belakang kira yang pasti aku akan cuba sedaya upaya melakukannya demi kebaikan aku dan orang2 lain.


Published with Blogger-droid v2.0.3

Friday 20 January 2012

Jangan ingat aku takut yek...

Masih lagi cite kat skolah anak2 aku. Pasal ape lagi klu tak pasal jem. Jalan tu jalan masuk tapi dieorg pegi kluar. Aku dahlaa nak cepat sebab dah dua minggu tak sempat nak solat jumaat.

Bersusun2 keta kluar ikut jalan masuk. Kononnya nak shortcut laa sebabnya jalan kluar dah jem. Bila dah gitu makanya aku pun sangkutlaa nak masuk.

Jangan dieorg ingat dieorg je nak cepat, aku pun nak cepat gak. Dengan perasaan yang membuak nak marah sebab kebodohan dieorg tu aku pun jolok je masuk (eh macam lucahlaa pulak bunyinya ek,hahahaha....).

Maksud aku, aku masuk jugak biar sama2 sangkut takleh nak jalan. Dieorg bersusun nak kluar, yang nak masuknya aku ngan keta yang ngikut belakang aku je.

Aku tak kira, aku jolok sampai rapat depan ngan depan. Aku buat tak tau je. Aku tunggu je nak tengok dieorg marah ke tak. Klu dieorg marah memang aku kluar ketalaa.

Last2 dah sama2 tak bergerak tu akhirnya dieorg undur,hahaha... Baru dieorg tau ek. Jangan ingat aku takut. Bukan aku tak boleh timbang rasa, masalahnya disebabkan jem tu arini skali lagi aku tak sempat nak solat jumaat. Sampai umah dekat pukul 2, orang dah abih solat. Geram betul aku...


Published with Blogger-droid v2.0.3

Thursday 19 January 2012

Marahnya dia...

Anak2 aku kan skolah kat Mgs (Methodist Girls School). Kat skolah dia tu jugak adanya anak2 Tengku Mahkota Pahang, anak Tengku Muda Pahang.

Bila dah ada anak2 dieorg tu makanya guru besor ngan guru2nya pun akan serabut kepalalaa bila mak bapaknya datang. Paham2 jelaa kan orang besor2 ni. Banyak ngat protokol2nya.

Pendek cite sebelah skolah anak2 aku ni pulak selain Mgs menengah, terdapatlaa skolah Saint Thomas. Dah Mgs sume pompuan Saint Thomas pulak sume lelaki.

Bila tghari masa dieorg balik skolah selain abang2 kat Saint Thomas yang masuk nak ambik adik kat Mgs, ada jugak yang takde kena mengena pun masuk jugak. Bukan masuk nak buat apa, masuk nak main kejar2 kat dalam skolah Mgs.

Biasalaa kan orang lelaki memang akan pegi cari orang pompuan, betul tak?...hehe. Nak jadi ke citenye arini Tengku Puan Pahang datang buat sport check.

Ikutkan skolah Mgs ni memang melarang sama skali budak2 lelaki skolah lain masuk main dalam kawasan skolah dia. Yelaa lelaki masuk skolah pompuan kan, paham2laa korang pun.

Masa tu aku duk tunggu anak2 aku kat kantin. Aku nampak dah guru besor berjalan ngan sorang pompuan, tak perasan dia (Tengku Puan Pahang).

Elok pulak sampai je depan aku dia berenti sambil cakap ngan guru besor sambil marah2. Aku pasang telinga je,hehe... Yang aku dengar dia marah pasal budak2 lelaki masuk kawasan skolah main kejar2.

Yang kejar2 tu satu dah, yang dia lagi marah tu sebab ada antaranya duk kacau anak dia...kui3. Dia cakap pasni klu dia tau lagi dia akan makeup budak2 tu sume. Tak taulaa aku makeup mcmane,ihiks...

Dia cakap lagi klu mak bapak budak2 tak puas ati suruh datang jumpa dia. Sape berani nak jumpa dia?.. Cuba cakap kat aku, nak sakit pegilaa.hahahaha...


Published with Blogger-droid v2.0.3

Ckit lagi nak sampai kemuncak (2)...

Sambungan dari kesah 1. Balik dari ambik anak2 kompomlaa lewat kan sebab tu tertinggal ni tertinggal. Bila sampai skolah slalunya aku suruh dieorg buat keje skolah dulu baru pegi makan kat kantin.

Tapi oleh kerana dah lambat, dekat2 pukul 3 baru smpai skolah mau tak lapor. Adiklaa duk cbuk nak makan, nak makan. Aku pun ajaklaa pegi makan dulu.

Klu dah kat kantin tu bukan setakat makan nasi je, lepas tu nak pulak rotilaa, sneklaa, keklaa. Ambik tak pandai satu sorang, sekurang2nya 2,3 sorang.

So sekarang ni standard makan tghari aku rm10/rm11 tu tak masuk lagi yang bila balik petang nak beli aiskrimlaa, cekelatlaa ape sume. Botak aku gini,huhu...

Sampai kat kantin dah lewat pastu orderlaa sup  campur je sebab adik ngan kakak nak makan sup campur ngan nasi putih. Haaa kat sinilaa yang aku punya suhu panas badan meningkat smule.

Dahlaa tunggu lama, dekat2 pukul 4 baru dapat. Sampai2 mee sup. Aku pun tanyelaa nape pulak mee sup ni, kan order sup campur. Nak marah lebih2 kang mende biasa duk gurau dengan tokey kantin tu, sabor jelaa yang bolehnya..

Adik pulak duk abah lapor abah lapor sampaikan dia makan nasi putih gitu je dulu sementara tunggu sup siap. Makanya semalam kiteorg siap makan dekat2 pukul 4.30...

Dah waktu aku balik keje pukul 4.30 so kenalaa lewat ckit sebab tunggu kakak siapkan keje skolah dia dulu,huhuhu...


Published with Blogger-droid v2.0.3

Ckit lagi nak sampai kemuncak (1)...

Ni bukan cite biru/blue ok. Aku bgtau dululaa kang ada pulak yang cakap, hamboiiii akhir2 ni asyik kluar cite ala2 biru/blue je...hehehe.

Kesah 1 :-

Masa aku pegi ambik anak2 aku balik skolah semalam. Kakak takde lagi sebab dia ada perjumpaan kelab kat dewan. So sementara tu adik pun bodeklaa aku ajak pegi kedai buku.

Aku pun sebagai bapak yang sentiasa kalah ngan pujuk rayu anak2 ngikutlaa. Dia kata nak beli pembaris melekat rupa2nya penanda buku bermagnet. Tapi memang belakangnya ada pembaris pun, patutlaa.

Lepas kakak abih perjumpaan tu masa berjalan dari kantin nak ke keta kakak bgtaulaa dia beli pemadam ngan pelekat magnet(sambil tunjuk kat aku).

Aku kabo ermmm eloklaa tu, adik pun baru je beli tadi. Kakak cakap dia beli dua sebab nak bagi adik satu,huhu... Takpelaa tu kan, baguslaa kakak ingat kat adik.

Masuk je dalam keta, kakak cakap pemadam yang dia tunjuk kat aku tadi tercicir. Pegilaa cari semula pemadam yang tercicir tu sampai kat dalam kawasan skolah dan alhamdulillah jumpa.

Nak kluar dari area skolah tu memang jem teruk sokmo pastu dah elok jauh ckit kakak bunyi lagi bgtau yang dia tertinggal bekas pensil ngan buku kat kedai buku masa pegi beli tadi.

Suhu kemarahan aku mula naik. Dia nak pujuk aku, katanya takpelaa abah nanti kakak tepon kawan kakak mntak tolong dia ambik. Aku cakap takkannyalaa member awak nak ambiknya.(tak penah lg suara aku tinggi gitu, sian pulak kat kakak.huhuhu...). Dia senyap je.

Nak tak nak pusinglaa semulaa pegi ambik. Terpaksalaa berjem semula aku. Aku dahlaa tak boleh lambat sebab masa aku nak kluar tu pelajar2 ada dalam makmal. Ikutkan aku tak boleh tinggal dieorg tu sebab klu jadi apa2 makanya akulaa yang akan dipertanggungjawabkan.

Tapi demi anak2 aku pegi jugaklaa. Andai jadi apa2 ke, aku kena tukar ke terpaksalaa kan nak buat camne.

--> Kesah 2 akan menyusul,hehe...


Published with Blogger-droid v2.0.3

Wednesday 18 January 2012

Orang sekarang suka menipu?...

Ramai yang kata nak idup kena pandai menipu tapi boleh ke kita idup dengan asyik menipu???...


Published with Blogger-droid v2.0.3

Tuesday 17 January 2012

Tugasan aku sekarang

Sebelum ni kakak sorang je aku bawak ke skolah aku tapi tahun ni bertambah sorang lagi sebab adik dah masuk darjah satu.

Pagi ibu dia anto sebab aku kena masuk keje pukul 7.30am kan. Anak2 aku masuk pukul 7.45am so eloklaa pegi ngan ibu dia sebab ibu dia masuk keje pukul 8am.

Tenghari baru tiba giliran aku pulak untuk ambik dieorg ni balik dari skolah. Ikutkan aku nak anto balik umah terus, biar dieorg berehat kan tapi masalahnya dieorg tak nak.

Nak pegi skolah abah jugak. Yelaa klu kat skolah abah, boleh main conteng2 kat papan putih dalam makmal. Sebelum nak menyonteng tu kenalaa dulu setelkan keje skolah.

Pasal apa?.. Klu balik nanti dalam keta sah2 dah tido. Sampai umah nak main pulak ngan baby, nak tengok tv pastu malam nak pegi mengaji lagi.

Balik mengaji memang liatlaa nak buat keje skolah kan so buat dulu siap2 ok...


Published with Blogger-droid v2.0.3

Monday 16 January 2012

Susah nak kontrol...

Apa yang aku nak cite ni mungkin agak tak brape nak bersih ckit sebab kesah dalam tandas yek so kepada yang sedang makan tu jangan bace.

Bukan apa aku takut korang loye je pastu tak pasal2 termuntah pelangi pulak kang,hehe... acah jelaa, takdelaa kotor sangat pun cite aku ni sebenonya.

Pasal member aku ni, baru sekarang aku tau yang sebab dia selalu pegi tandas pelajar bila nak buang air kebelakangan ni.Rupa2nya pasal paip kat tandas guru/staf.

Sebelum ni paip kat tandas guru/staf ni pakai yang jenis shower maknanya air yg kluar tu taklaa laju kan.

Pastu patah, aku tak taulaa sape punya keje. Bila patah tu tukar letak kepala paip so senanglaa boleh kontrol tapi sekarang ni tukar baru pulak. Macam pistol, tekan kat atas.

Susah betul sesape yang tak reti nak kontrol, laju dan tajam pulak tu air yang kluar. Andai tersalah picit masa nak basuh, terkena pulak kat bahagian yang tak sepatutnya mau menjerit.

Sakit gua cakap lu, dahlaa laju air dia. Tajam pulak tu. Tapi aku tak penah kena lagi ok sebab aku pandai kontrol,kuang3....hahahaha...


Published with Blogger-droid v2.0.3

Melekat kat belakang...

Hahaha... Korang ni nampak tajuk semacam je terus bulat mata2 nak tengok. Ni cite sedihlaa bukan cite sedap,hehe... Pagi tadi kesian betul aku kat mamat motor sorang tu.

Melekat belakang toyota unser. Kejadian tu baru sangat lagi sebab masa aku sampai tadi dia ada lagi kat belakang toyota unser tu.

Agaknya toyota unser tu brek mengejut ke ape aku tak pastilaa. Yang pasti masing2 cbuk nak masuk kejekan so paham2 jelaa jalan masa tu.

Kesian aku nengok dengan kepala berdarah pastu nak bangun sah2laa tak boleh. Mungkin patah kaki kot. Adelaa beberapa orang penunggang motor lain yang berenti tolong angkat dia sementara tunggu ambulans datang.

Aku tak berentilaa sebab nak cepat lagipun aku takleh tengok darah, pitam. Tapi klu tengok dara bolehlaa,hahahaha....

Gurau jelaa, amboiii marah terus korang ni. Gurau ckit pun takleh ke,huhu... Nasiblaa dia sorang je, buatnya bawak anak isteri tak ke lagi teruk kan.

Apa2 pun kepada korang semua dan diri aku sendiri, sama2laa kita berhati2 semasa dijalan raya. Ingatlaa orang yang tersayang walaupun orang tersayang tak ingat kat kita....ihiks.


Published with Blogger-droid v2.0.3

Sunday 15 January 2012

Tak boleh merempit lagi...

Sebelum2 ni aku pegi keje naik motor je sebab selain jimat minyak, senang bagi aku untuk cilok sane sini. Xyah dah nak bersesak masa nak pegi ngan balik keje.

Keta, aku akan bawak bila ari ujan sahaja ataupun bila keadaan memerlukan. Andai sebulan tak ujan maka sebulanlaa aku tak bawak keta.

Tapi takdelaa tak bergerak langsung keta aku tu sebab kadang2 aku panaskan gak enjin kadang2 bawak anak2 pusing taman untuk elak enjin lesu sebab lama tak gerak kan,hehe...

Lagipun sebelum ni aku ambik kakak sorang je balik skolah so dia duk belakang, beg letak depan. Tahun ni tak boleh dah sebab tambah sorang lagi, adik.

Klu bawak motor beg skolah dieorg nak letak mane kan. Dia berdua boleh duk belakang tapi masalahnya beg2 dieorg tu punyalaa besar.

Makanya tahun ni dah tak boleh lagi aku nak merempit sebab motor aku banyak duk kat umah. Ketalaa pulak yang banyak bawak aku ke sane dan ke mari,huhu...


Published with Blogger-droid v2.0.3

Friday 13 January 2012

Jadi cikgu ganti skejap...

Pagi tadi cikgu ni mintak tolong aku jaga pelajar2 dia jap kat makmal. Katanya dia nak pegi jumpa suami dia sebab nak tukar kasut.

Mungkin sebab nak cepat pagi tadi sampaikan tersalah pakai sendel je datang skolah. Biasalaa kan malam semalam malam jumaat tu yang pagi ni kelam kabut ckit agaknya,kui3...

Tapi dalam duk aku jaga pelajar2 tu ada pulak paparazi tak bertauliah yang ambik gambo aku secara curi, kuang asam betul...hehe.


Published with Blogger-droid v2.0.3

Ketinggalan betullaa aku ni...

Sebelum ni klu nak masuk blog ke nak search laman web apa sume aku akan masuk melalui google search.

Tapi  malam kelmarin lepas aku ngan geng2 cikgu main futsal memang menjadi kebiasaan kiteorg akan minum2 dulu.

Dalam duk minum tu adalaa sorang cikgu tu baru beli galaxy notes pastu sorang kaunselor tu baru beli galaxy tab. Aku pun apa lagi kongsi2laa apa yang patut ngan dieorg.

Pastu dia pun citelaa pasal Opera Mobile. Katanya klu masuk guna google search berat ckit tapi klu guna Opera Mobile ni ringan dan laju. Dengar je gitu terus aku download kat market,hehe...

Memang terbuktilaa sebab klu guna google search sebelum ni bila masuk blog korang yang banyak gambo kadang2 sampai terlelap skejap sebab lamanya tunggu dia loading.

Sekarang ni yang banyak gambo ke ape ke skejap je. Bukak je terus boleh tengok, memang lajulaa. Mcmanelaa aku tak tau sebelum ni kan.

Malu betullaa aku, guna galaxy tab dulu dari dieorg tapi ketinggalan jugak dalam bab2 gini.....huhu.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Thursday 12 January 2012

Giler betul pakcik tu,malu aku...

Ni kesah dalam paper...

"Tidak malu mengulangi perbuatannya menunjukkan kemaluan kepada seorang pelajar kolej swasta berusia 19 tahun, seorang warga emas berusia 61 tahun didenda rm500 atau penjara 5 hari oleh Mahkamah Majistret semalam.

Tertuduh, Rahmat Mohamed Yasin mengaku bersalah melakukan perbuatan itu dalam bas Rapid KL dalam perjalanan dari bandar Sunway ke Kelana Jaya pada jam 4.30 petang.

Mengikut fakta kes ketika mangsa menaiki bas di hadapan pusat membeli belah Sunway Pyramid dia ternampak seorang lelaki yang sebelum ini pernah menunjukkan kemaluan kepadanya.

Mangsa cuba mencari tempat duduk yang berjauhan dengan tertuduh namun lelaki itu datang kepadanya dan menukar tempat duduk dengan penumpang di sebelah.

Semasa dalam perjalanan lelaki itu sekali lagi menunjukkan kemaluannya kepada mangsa. Apabila tiba di stesen transit aliran ringan (LRT) Kelana Jaya, mangsa bergegas turun dari bas dan melaporkan kejadian itu kepada polis bantuan di sana."

--> Apelaa pakcik tu kan, aku ni sebagai lelaki rasa malu pulak dengan tindakan dia tu. Nak tunjuk skalipun, bincanglaa elok2 kan......huahuahuhua. Dah aku malu, korang yang pompuan pulak rasa mcmane???hehe...


Published with Blogger-droid v2.0.2

Harga ikut sedap mulut...

2,3 hari lepas masa ambik anak aku yang dua orang tu kat skolah dia cakap, abah boleh tunggu jap tak sebab kakak ngan adik nak pegi kedai buku nak beli barang.

Macam biasalaa aku ni klu ngan anak2 memang susah nak membantah walaupun ikutkan masa tu aku nak cepat sebenonya,huhu...

Balik balik aku tengok kakak beli papan tulis kat atas tu, adik pulak beli kartun angry bird yang boleh gores.

Pendek cite semalam masa aku pegi ambik dieorg, adik dah ada tapi kakak masih kat dewan sebab ada perjumpaan apa ntah. So sementara tunggu kakak tu adik ajak pulak aku pegi beli papan tulis macam kakak beli aritu kat kedai buku.

Yang aku peliknya masa kakak beli baru2 ni rm1.80 tapi aku beli semalam rm1.50... Tak kanlaa harga berubah ubah dalam seminggu. Bende yang sama, besarnya sama, gambo kartunnya pun sama.

Aku pulak taklaa tanya sebab yang kakak aritu aku tak tau. Dah lepas tu baru adik bgtau, kakak beli aritu baki 20 sen tapi adik ni baki 50 sen. Takpelaa kan biarlaa dia nak berniaga gitu pun, nanti dia tanggunglaa sendiri akibatnya,huhu...


Published with Blogger-droid v2.0.2

Tuesday 10 January 2012

Rugi klu tak pegi ni...

Tengah aku duk buat keje tadi tetiba dengar orang bagi salam kat tingkap belakang. Tengok2 rupanya member makmal aku datang nak bagi baucer dalam gambo tu.

Dia cakap suami dia bawak balik semalam. Tak taulaa suami dia dapat dari mana tapi yang pasti bukan yang curi punya,hehehe...

Korang tengoklaa dia punya diskaun tu, rugi klu tak pegi kan. Memanglaa aku dah penah pegi tapi rezeki orang bagi free siap dengan diskaun lagi tak kan nak tolak, betul tak?.. Satu baucer tu boleh tukar dengan 6 keping tiket.

Insyaallah laa klu jadi aku akan bawak anak2 aku pegi nanti. Dieorg mesti seronok punya nak2 pulak tempat gini kan...


Published with Blogger-droid v2.0.2

Takpe cikgu,ayen tak marah...

Pagi ni mood aku ok walaupun masih lagi kena cuci taik burung sebab lubang tu tak tutup2 lagi,huhu... Lupakan pasal taik burung tu sebab yang aku nak cite ni pasal arini budak2 start masuk makmal.

Untuk permulaan ni macam biasalaa tak buat eksperimen lagi cuma sesi kenal alat radas je. Sebelum pelajar2 datang cikgu ni nak standbylaa dulu alat radas untuk pelajar2 yang nak masuk nanti.

Nak jadi ke malang dia pagi ni, bila dia buka je almari yang ada alat radas tu tetiba almari tu nak terbalik ke depan. Nasib dia cepat pegang tapi segala barang kaca dalam almari tu tetap jugak terkeluar.

Dalam banyak2 yang terkeluar tu nasib dia masih baik sebab hanya boiling tube ngan pipet je yang pecah. Yang lain alhamdulillah masih selamat. Dia macam rasa bersalah je tapi aku cakap takpe2, nak buat mcmane dah nak jadi. (baik kan aku arini,kui3....)

Tapi demi tugas aku terpaksa gaklaa bagi fail rekod alat radas pecah kat dia untuk ditandatangani,huhu... Bukan apa klu aku tak buat gitu nanti akan menyusahkan diri aku jugak untuk rekod dalam stok makmal.

Maknanya untuk tahun baru 2012 ni cikgulaa yang merasmikan buat pecah alat radas, biasanya klu tahun sebelum2 ni pelajar yang buat,ihiks...


Published with Blogger-droid v2.0.2

Monday 9 January 2012

Sarung baru...

Sebelum ni galaxy tab aku ni pakai sarung itam pastu body dia pulak cuma dipegang kiri, kanan dan bahagian bawah je. Mula2 memanglaa ketat tapi bila dah lama longgarlaa dia.

Dahlaa makin longgar pemegang body dia, galaxy tab aku ni pulak memang menjadi rebutan puteri2 kesayangan untuk main game.

So sebelum dia terhempas aku pun tukarlaa sarung yang bertutup penuh. Ikutkan aku nak yang kaler itam jugak tapi takde stok, merah je ada.

Merah ke merahlaa lagipun merah memang kaler peberet aku sebenarnya. Padanlaa dengan aku punya wallpaper kat galaxy tab tu kan,hehehe...


Published with Blogger-droid v2.0.2

Geram betul dia kat aku,hehe...

Makan pagi kat kantin pagi tadi, macam biasalaa kat bahagian luar tu penuh ngan geng2 cikgu lelaki, cikgu pompuan duk dalam. Bila malam sebelumnya ada game bola maka akan bertambah kecohlaa klu aku sampai.

Mana taknya antara dieorg tu ramai yang sokong chelsea. Aku pulak dah semestinya Manchester Unitedlaa. Malam semalam kan MU menang ngan Man City.

Masa aku sampai tu dieorg macam biasalaa kecoh kononnya menang nasiblaa ape sume. Aku pulak walau dieorg ramai, jawab tetap aku jawab,kui3...

Pastu adalaa sorang tu punya geram sampai dia mencarut kat aku. Dahlaa mencarut BUxxT.. BUxxT.. BUxxT.., kuat pulak tu. Giler betul.

Nape aku eja tiga kali?.. Sebab memang dia sebut tiga kali pastu tulisan beso tu menandakan kuatnya dia cakap. Geng2 lain sume gelak termasuklaa dia sendiri. Geram betul dia kat aku kan,hahaha...


Published with Blogger-droid v2.0.2

Sunday 8 January 2012

Naik keta beso tapi otak kecik...

Keta exora... Besolaa kan klu nak banding ngan keta iswara buruk aku,ihiks... Masa aku nak balik umah mak aku tadi aku followlaa belakang sebuah keta ezora.

Dalam aku duk ikut belakang dia tu tetiba dia buangnya satu plastik yang dalamnya ada kotak kfc. Klu kotak ciki meal tu oklaa jugak tapi ni kotak yang klu korang tapau 9-12 ketul tu. Kan bapak kotak tu.

Buang pulak tu bukannya sebelah kiri tapi sebelah kanan jalan, mujurlaa takde keta datang dari depan. Giler betul orang ni dalam hati aku.

Tak taulaa orang mana tapi plet keta dia TBE xxxx. Tak abih situ lepas pada tu dia buang pulak bekas air ikut tingkap sebelah kiri. Ya Allah geram betullaa aku menengoknya. Nasib baik tak kena mamat motor kat belakang dia,huhuhu...

Taulaa sepanjang jalan nak pegi umah mak aku tu kiri kanan jalannya pokok kelapa sawit tapi janganlaa buat gitu kan. Aku ni nak buang tisu pun segan klu ada keta kat belakang tapi dieorg sebeso2 barang dia boleh buang. Tak paham betul aku dengan dieorg punya pemikiran.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Friday 6 January 2012

Cer teka... Cer teka...

Letihnyalaa anak aku sorang ni. Ni masa aku on de way balik dari umah mak aku. Tengah duk bersembang, main ngan kakak dia tetiba je senyap.

Nengok sebelah rupanya dah keras kejung,hahahaha... Agak2 koranglaa apa yang anak aku tengah makan kat mulut dia tu?.. Cer teka cer teka,ihiks...


Published with Blogger-droid v2.0.2

Thursday 5 January 2012

Polis oh polis...

Ni semalam punya cite. Oleh kerana semalam tak sempat nak mengarang maka lambatlaa kluarnya cite ni.

Semalam kan ari pertama sesi perskolahan so paham2 jelaa jalan raya pasti akan sesak gile punya. Tghari tu masa aku pegi ambik anak2 aku balik skolah, nak boleh sampai kat skolah korang tau jelaa mcmane. Malas aku nak cite dia punya jem.

Klu dah jem, sampai pun lewatlaa ckit. Parking pulak penuh makanya bila dah nampak ada je ruang yang boleh aku selit aku pun selitlaa skejap. Tak ganggu pun orang lain nak lalu.

Lepas ambik anak2 apa sume datang kat keta je nah kau elok berkibar2 kat viper. Tengok keliling adelaa 2,3 orang polis traffik duk tengah menyaman keta2 lain.

Tapi yelaa klu kita pertikai kan mesti dia akan cakap dah tugas dan tanggungjawab dia. Memanglaa tugas dan tanggungjawab kan tapi timbang rasalaa ckit, orang park pun bukannya lama.

Sekarang ni surat saman pun dah dapat so takyahlaa nak cakap banyak, bayar jelaa kan....huhu.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Wednesday 4 January 2012

Anto pastu tinggal...

Nampak tak budak yang pakai baju kurung putih tu. Yang tak pakai tudung yek, yang pakai tudung tu anak aku,hehe... Aku tak taulaa mak bapak dia ni jenis mcmane.

Bukan apa klu anak tu dah darjah 2,3 tak kesahlaa sangat sebab dah biasa ngan alam perskolahan kan. Ni baru darjah satu pulak tu ari pertama perskolahan ada ke patut dia anto anak pastu terus tinggal gitu je.

Dari dalam kelas lagi duk nangis, cikgu pujuk pun tak jalan gak. Rehat makan kat kantin lagilaa nangis. Mana tak nangisnya dah orang lain semua ada mak bapak teman makan, dia tak tau nak makan apa.

Aku offer roti yang anak aku bawak sementara tunggu mak bapak dia datang tapi dia tak nak. Last2 sampai ke sudah tak makan budak tu. Kesian betul aku nengok.

Mak bapak dia pulak memang tak nampak batang idung. Mungkin datang ambik masa balik pukul 1.30 kot,huhuhu...


Published with Blogger-droid v2.0.2

Selamat kembali ke skolah...

Setelah sebulan lebih bercuti, duk seronok kat umah dan ada yang seronok bercuti2 malaysia maka arini bermula sesi perskolahan bagi tahun baru 2012.

Bila bermula musim skolah ni jalan raya pun akan otometiklaa jadi sesak. Arini aku cuti sebab nak anto anak kedua masuk darjah satu dan yang sulung masuk darjah tiga.

Keje aku pulak untuk seminggu ni aku rileks lagi sebab pelajar2 tingkatan satu ada sesi orientasi so bolehlaa aku setelkan ckit2 lagi yang tak berapa nak setel.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Tuesday 3 January 2012

Baru dapat masuk...

Pagi tadi datang keje macam biasa. Sampai kat tempat keje aku nengok pelajar2 duk tengah susun kerusi ngan meja kat luar makmal aku untuk pendaftaran pelajar tingkatan 1.

Aku ni lepas bukak makmal apa semua macam biasalaa kluar sarapan pagi dulu. Ari lastlaa ni boleh makan kat luar, esok start skolah kena makan kat kantin jelaa.

Balik je dari sarapan aku nengok orang dah penuh. Pintu makmal aku memang takde ruang langsung untuk membolehkan aku masuk.

Nak tak nak nak terpaksalaa aku tunggu sampai dieorg abih urusan pendaftaran tu. Dahlaa nak kene setel taik burung lagi, aduuhhhh... Tunggu punya tunggu sekarang ni baru dapat masuk.

Bila dah petang gini paham2 jelaa kan mood nak buat keje pun otometik jadi kuranglaa,huhu... Tapi kurang tak kurang pun terpaksa jugak aku buat sebab esok aku cuti lagi nak anto anak kedua aku masuk tahun satu.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Sakitnya hati aku...

Ni pasal taik burung yang aku cite minggu lepas. Kan ari khamis minggu lepas aku dah cuci kipas ni. Ari jumaat aku cuti pegi skolah anak untuk ari orientasi pastu terus sambung smpai semalam.

Datang pagi tadi, bukak je makmal nengok2 ada lagi taik burung tu. Nasib baiklaa burung klu orang memang aku sule lubang punggung tu.

Oleh kerana itu makanya jap lagi aku akan jumpa bos aku dan mintak peruntukan untuk tutup lubang2 yang menjadi laluan burung tu kluar masuk.

Bengang betullaa pagi2 dah spoilkan mood aku. Jawabnya kenalaa panjat skali lagi untuk cuci kipas tu,huhuhu...


Published with Blogger-droid v2.0.2