My photo
Mencoret sekadar apa yang dirasakan perlu...

Rakan2 siber...

Saturday 31 December 2011

Kurangnya sivik dia...

Sebenonya aku dah lupa mende ni tapi tak tau mcmane tetiba datang teringat semula. Dah alang2 dia datang kat ingatan aku ni baik aku cite kan,hehe...

Kesah ni berlaku ari khamis lepas, aku pegilaa makan pagi ngan member2 kat sebuah warung tu. Warungnya biasa2 je tapi sebab makanan dia sedap makanya orang sentiasa ramailaa.

Lupakan pasal sedap tak sedap tu sebab apa yang aku nak cite ni adalah pasal sorang mamat tu. Orangnya aku rasa memang cerdik pandai sebab pakai baju batik. Kerja kerajaanlaa tu sebab ari khamis kan kakitangan kerajaan kena pakai baju batik.

Masa tu aku dah lepas makan cuma nak abihkan kuih je ckit lagi. Meja pulak betul2 belakang sinki. Datanglaa mamat sorang tu nak basuh tangan ke apa aku tak tau. Dalam duk kat sinki tu tetiba aku dengar bunyi dia buang hingus, srreeehhhhh!!!!... Kuat pulak tu.

Terus dalam hati aku berkata kuang asam betullaa mamat ni selambe je dia buat gitu. Orang tengah ramai kuat pulak tu. Aku tak taulaa orang lain dengar ke tak tapi yang pasti memang aku dengar dengan jelas perbuatan dia tu. Takde sivik betullaa kan...
 

Selamat datang 2012...

Selamat melabuhkan tirai tahun 2011 tepat jam 12 malam nanti dan selamat datang tahun baru 2012. Banyak sangat kenangan pahit yang aku alami dalam tahun 2011.

Apa2 pun segalanya telah berlalu dan akan aku jadikannya sebagai pengalaman dan pengajaran paling berguna dalam hidup aku. Orang kata pengalaman itu mematangkan, ye ke?.. Yelaa kot.

Akan aku cuba untuk membuang jauh2 segala kedukaan itu agar tidak mengganggu pikiran dan hidup aku ini. Sekarang aku rasa makin tenang, makin gembira dan makin selesa.

Dengan hadirnya tahun baru 2012 nanti diharap akan memberi sinar baru dalam hidup aku ini. Aku akan cuba baiki segala kekurangan diri agar aku dapat capai apa yang aku ingini,Amin....


Published with Blogger-droid v2.0.2

Friday 30 December 2011

Buat lagi,aku tutup lubang tu...

Ni kesah semalam tapi aku nak cite jugak. Bukan sebab nak tunjuk aku ni rajin walaupun aku tau aku memang rajin,kuikuikui...

Dalam banyak benda yang aku cuci, tang kipas atas meja guru nilaa yang aku lemah ckit. Mana taknya kipas ni memang jadi tempat kegemaran burung2 untuk bertenggek.

Klu setakat bertenggek saje takpe tapi ni dahlaa bertenggek siap buang taik lagi kat atas meja guru. Bila dah gitu yang susahnya sape?.. Akuuuuuu jugak.

So lepas aku cuci semalam, aku terus bagitau kat bos aku yang klu lepas ni ada lagi taik burung kat situ, aku nak mintak peruntukan untuk tutup lubang kat atas pintu makmal yang selalu jadi tempat burung tu kluar masuk.

Alhamdulillah bos aku pun setuju dengan permintaan aku tu. Dia cakap takpelaa klu pasni burung2 tu masih buat hal lagi, tutuplaa.hehe...


Published with Blogger-droid v2.0.2

Baru punya beb...

Cer korang nengok kat bahagian 'ruangan sembang' aku kat sebelah tu. Kosong je kan, yelaa tak kosong apanya benda baru. Aku tak taulaa betul ke tak tapi aku baca kat blog2 orang ada yang kata yang shoutbox lama tu dah nak ditamatkan perkhidmatan percumanya. Aku pun apa lagi dah ada peluang dan kesempatan ni teruslaa tukar pada yang baru ni. Ok gak kan,hehe...

Skolah anak...

Arini aku cuti sebab kena pegi skolah anak untuk majlis orientasi murid tahun satu. Masa anak sulung dulu oklaa jugak sebab dia punya fizikal besar ckit, ni adik. Aduuhhhh...

Tapi yelaa kan orang cakap jangan pandang sebelah mata kan, walaupun kecik setakat ni alhamdulillah anak kedua aku ni takde masalah untuk menyesuaikan diri dengan kawan2 baru.

Aku harap sangat anak kedua aku ni akan mengikut jejak anak sulung untuk menjadi yang terbaik dan cemerlang, amin...


Published with Blogger-droid v2.0.2

Tuesday 27 December 2011

Kita cbuk dieorg pun cbuklaa...

Minggu ni kan minggu akhir cuti skolah. Minggu ni jugaklaa aku ngan geng2 makmal lain akan cbuk untuk menyiapkan segala keje2 yang tak beres lagi.

Dengan stok yang tak setel2 lagi. Fail yang dua tu oklaa jugak setelnya tapi yang jadi masalah sekarang ni ialah fail bahan kimia, pening kepala aku.huhu....

Dengan cuaca yang hujan dan lembab ni, mood pun jadi lembab jugak. Nak buat blog lagilaa lembab rasanya sebab otak jadi tepu tak tau nak mengarang cite.

Jap lagi pulak dengar cite ada skolah nak buat lawatan kat makmal. Aduuhhhh.... Dieorg ni dah nak bukak skolah pun nak buat lawatan lagi. Orang duk cbuk nak mengemas/membersihkan makmal dieorg cbuk pulak datang nak melawat.

Yang aku jadi lagi serabut tu sebab makmal aku penuh dengan buku2 koperasi. Sekarang ni kan parent2 cbuk datang beli buku untuk anak2 so makmal aku sebelah ngan koperasi makanya jadi transit bukulaa sebab ruang koperasi sempit tak muat nak simpan buku dengan jumlah yang banyak.

Esok aku nak basuh makmal so nak tak nak arini aku akan bagitaulaa kat cikgu koperasi supaya clearkan semua buku2 tu. Tak kanlaa kerana dieorg aku nak biarkan makmal aku kotor. Skolah nak bukak dah minggu depan.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Friday 23 December 2011

Lama dah x main ni...

Malam semlm aku dapat mesej dari nombor yang aku tak kenal. Bila baca mesej tu dia nak ajak main bowling rupanya. Tanya punya tanya rupa2nya kerani pejabat.

Aku ni pun sebenonya dah lama tak main bowling so dah kebetulan pulak dia ajak, apa lagi setuju teruslaa. Lagipun member2 aku yang lain pun ada join gak, oklaa tu.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Thursday 22 December 2011

Sakitnya kepala...

Lama tak bersiaran bukan sebab saje2 tapi sebab sakit kepala. Memang sakit gua cakap lu. Sakit sangat2, tak penah lagi aku kena macam ni.

3 ari aku tak mampu nak bangun. Aku rasa puncanya ialah masa nak balik keje petang jumaat lepas. Waktu tu ujan lebat giler dengan angin kencang so mgkin akibat kena ujanlaa.

Start pagi sabtu sampailaa ke ari senin aku tak mampu nak buat apa2. Aku rasa macam nak cabut skejap kepala letak tepi. Malam tak boleh nak tido. Pegi klinik, lepas makan ubat apa sume pun tak jadi gak.

Last2 skali aku ambik air zam zam yang ayah/mak aku bawak balik dari tanah suci baru2 ni, sapu kat kepala sambil tu aku lekat pulak kool fever kat dahi. Alhamdulillah kesannya bertambah baik.

Sekarang ni dah ok dan aku rasa macam diri aku ni ibarat mati hidup semula,huhu...


Published with Blogger-droid v2.0.2

Thursday 15 December 2011

Jiwa kacau...

Tak penah lagi aku rasa macam ni sebelum2 ni. Betul2 aku rasa bengong 2 ari ni. Tapi alhamdulillah aku bersyukur kerana masih diberi kekuatan oleh Allah swt untuk aku terus tabah.

Orang kata setiap ujian yang diberi itu adalah untuk menguji sejauh mana kuatnya iman kita kan. Kegembiraan dan keseronokkan yang kita rasai bukannya akan terus dirasai sepanjang masa betul tak? Sampai masa dan ketikanya kita akan merasa juga saat duka dan kecewa.

Sebab tu ada orang cakap hidup di dunia ni ibarat putaran roda,ada masa kita kat atas ada masa kita kat bawah. Langit tak selalunya cerah, mungkin sekarang ni aku esok lusa kita tak tau sape pulak kan yang akan diuji oleh Allah swt. Oleh itu sama2laa kita redha dengan setiap ujian yang diberi olehNya...


Published with Blogger-droid v2.0.2

Tuesday 13 December 2011

Aku seronok tgk anak2 seronok...

Ni sambung kesah nak pegi kl semalam. Klu semalam setakat berenti kat r n r kan sebab ada batu tu tapi arini aku pendekkan cite setelah kiteorg sampai kat umah kakak aku.

Sebenonya umah kakak aku bukan kat kl tapi kat kg rantau panjang klang. Mula2 dia pindah situ dulu aku ingatkan kat kelantan je ada rantau panjang rupa2nya kat klang pun ada,hehe...

Aku sampai umah kakak aku dalam pukul 1 lebih. Rehat sambil baring2, tido2 sekejap, lepas asar aku suruh anak2 mandi. Bila cakap je nak pegi i-city masing2 punya suka hati usah cakaplaa. Mana tak sukanya sepanjang perjalanan asyik duk bertanya bila nak pegi i-city, bila nak pegi i-city.

Sampai je kat kawasan i-city tu kan dari jauh dah nampak pokok2 berlampu. Memang cantiklaa usahkan anak2, aku sendiri pun teruja nengoknya. Bestnya kat dalam tak boleh nak nafi nak2 lagi kat dalam tempat air salji. Yang tak tahannya nak masuk kat satu2 tempat tu beratur punyalaa lama maklumlaa orang ramai kan. Dahlaa malam minggu, cuti skolah pulak tu.

Dalam seronoknya pegi tu ada jugak yang aku betul2 tak puas hati. Sempat ambik tak sampai sepuluh keping je gambo sebab bateri galaxy tab aku abih. Aku dah kabo kat anak2 jangan main sebab bateri ni standby nak ambik gambo kat i-city tapi dieorg ni sementara nak pegi tu cbuk nak main game.

Skejap je nak main bukan lama abah, last2 ambik ko gambo kat pokok2 berlampu yang lawo pun tak sempat nak snap. Nasiblaa gambo dieorg main kat dalam tempat salji tu sempat jugak snap walau tak banyak.

Masuk pukul 8 kluar tak kluar pukul 1 lebih. Sampai kat umah dekat2 pukul 2 pagi. Ikutkan aku nak balik awal lagi sebab rasa nak tercabut pinggang duk beratur lama tapi anak2 duk memujuk kejap je lagi abah lepas main ni kita main tu pulak pastu baliklaa. Aku ni klu ngan anak2 memang kalah so layan jugaklaa,huhu... Apa2 pun insyaallah nanti klu ada rezeki aku akan bawak lagi dieorg pegi sebab nak ambik gambo kat pokok2 berlampu tu baru puas hati,ihiks...


Published with Blogger-droid v2.0.2

Monday 12 December 2011

Besornya batu dia...

Ari sabtu lepas aku pegi kl sebab nak anto kakak sulung aku balik. On de way pagi tu kiteorg singgahlaa kat satu r n r sebab nak sarapan pagi. Dah dekat2 nak abih makan tu ayah aku pun tunjuklaa kat anak2 aku yang dalam nasi lemak dia makan ada batu.

Malaslaa nak kecoh2 kan lagipun ckit lagi nak abih makan so biarkan jelaa. Mungkin tuan kedai tu tak perasan kot yang dalam masakan dieorg ada batu sebesor itu. Besor betul aku rasa klu tertelan mau tercekit,huhuhu...


Published with Blogger-droid v2.0.1

Thursday 8 December 2011

Dah lama potong rupanya ada baki lagi...

Aku rasa dah lama aku potong dan setelkan hutang kad kredit maybank aku. Lepas pada tu memang aku tak terima dah bilnya. Tup2 minggu lepas aku terima surat dari maybank yang mengatakan aku masih belum jelaskan baki.

Ugut pulak tu klu aku tak jelaskan dalam tempoh 7 ari, makanya akaun maybank aku pun akan diambik tindakan. Tarikh surat dia 17/11/11 dan surat tu pulak aku terima minggu lepas tapi smpai sekarang akaun aku masih ok je,hehe...

Tghari tadi aku pegilaa maybank yang aku potong kad tu dulu. Lepas aku tunjuk surat yang aku terima tu, dia pun check punya check katanya aku masih ada baki lagi. Dia suruh aku setel baki tu pastu dia akan tutup terus akaun tu.

Bengang betul aku, bukan takde duit nak bayar tapi duit yang ada ni stanby untuk smpai gaji nanti. Klu nak tunggu gaji baru bayar kang dia dah bagi tempoh 7 ari je. Nak tak nak, kena mengoreklaa jawabnya...huhu.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Wednesday 7 December 2011

Coli ngan sluar dalam berterabur...

Tghari tadi aku kluar makan ngan member2 aku. Balik dari makan tu member sorang tu ajak pegi ambik kain alas meja bilik gerakan skolah kiteorg kat dobi.

Masa kiteorg lalu kat sebatang jalan tu aku nengok beberapa helai coli dan sluar dalam berterabur kat atas jalan. Tak taulaa aku sape yang punya tu.

Ntah ada orang curi pastu dalam duk kelam kabut terjatuh kat situ ke apa, wallahhualam. Yang pasti klu tuan dia tu ada yang lain lagi kat umah takpelaa tapi buatnya sume ilang? Korang paham2 jelaa kan,huhuhu...


Published with Blogger-droid v2.0.1

Cepatnya dia kluar...

Beberapa bulan lepas aku beli samsung galaxy tab. Sepanjang aku guna ni memang aku sangat2 puas hatilaa. Mungkin pada sesetengah orang tak best sebab besar tapi pada ok je. Klu pada aku tak ok buat apa aku beli kan.

Ari yang mak/ayah aku balik haji baru2 ni, semua ahli keluarga berkumpul. Pastu kakak ipar aku berminat lepas dia belek2 tab aku ni. Apa lagi terus dia bagi duit suruh aku tolong belikan.

Petang semalam aku pegilaa kat kedai yang aku beli tab aritu, cina tu cakap yang model aku dah tak kluar. Kan lepas model aku samsung kluar pulak model yang 10 inci dan sekarang ni kluar lagi model 7.0 plus macam gambo kat atas tu.

Memang kelasss gua cakap lu, mahal ckit je dari tab aku. Lagi nipis dan adalaa beberapa lebihnya dari yang aku punya ni. Cepat betullaa samsung ni kluar model baru.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Tuesday 6 December 2011

Korang sanggup tak?...

Para aktivis pembela haiwan daripada pertubuhan AnimaNaturalis mengadakan tunjuk perasaan dalam keadaan bogel di tengah dataran Plaza de Espana.

Aktivis-aktivis yang terdiri daripada wanita dan lelaki itu mengutuk perbuatan membunuh haiwan dengan tujuan untuk menghasilkan kot pakaian berbulu. Tubuh para aktivis itu mengandungi tompokan berwarna merah bagi menggambarkan darah.

Mereka berbaring dalam keadaan bogel dan menindih antara satu sama lain di dataran itu yang menempatkan beberapa buah pawagam, kafe dan restoran.


:> kesah kat atas tu bukan kat malaysia yek tapi nun jauh kat negara omputih. Agak2 orang kitalaa tak pun korang sendiri sanggup tak buat gitu,kuikuikui...


Published with Blogger-droid v2.0.1

Monday 5 December 2011

Selamat pulang...

Setelah hampir 45 hari mak ngan ayah aku berada di Tanah Suci Mekah, akhirnya hari sabtu lepas mereka berdua selamat kembali menjejakkan kaki di bumi Malaysia. Pertama skali aku bersyukur ke hadrat Ilahi.

Walaupun batuk ckit2 disebabkan cuaca yang terlampau sejuk kat sana tapi syukur alhamdulillah mereka berdua selamat pergi dan selamat pulang.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Friday 2 December 2011

Dah puas bising sekarang nak senyap pulak...

Ni bukan berkait ngan mulut yek. Ni pasal ekzos keta aku. Mula dari beli keta dalam tahun 2001 dulu terus tukar ekzos bising. Maklumlaa dulu muda lagi kan, sekarang ni bila umur dah meningkat rasa macam serabutlaa pulak telinga ni bila dengar ekzos bising,huhuhu...

Makanya pagi tadi aku pun pegilaa kedai ekzos, tukar semula yang standard. So ekzos keta aku sekarang kembali macam masa mula2 aku beli keta dululaa, senyaaapppp je. Barulaa rasa tenang ckit bila memandu,hehe...


Published with Blogger-droid v2.0.1

Wednesday 30 November 2011

I-city...

Aku rasa korang sume mesti dah penah pegi kat sini kan. Anak2 aku ni cbuk ngajak pegi sebab ada satu ari tu dieorg nengok dalam rancangan kanak2 apa entah yang buat penggambaran kat i-city ni. Dalam rancangan tu pulak ada tunjuk main salji apa sumelaa so dieorg pun apa lagi.

Untuk tidak menghampakan dieorg aku pun berjanjilaa nak pegi ke i-city kat shah alam nun. Berani berjanji tu sebab aku tau aku akan dapat elaun uniform yang jumlahnya hampir2 1k jugaklaa. Banyak tu sebab tahun lepas tak dapat so tahun ni doublelaa.

Ikutkan akan dapat sebelum raya puasa baru2 ni pastu senyap. Lepas raya pun senyap last2 dah berapa kali raya pun senyap jugak. Anak2 duk cbuk menuntut janji dan alasan aku nantilaa elaun abah tak dapat lagi.

Tup2 minggu lepas masa aku keluar makan ngan member sorang tu dia cakap sekolah dia baru dapat surat yang elaun tu mgkin tak dapat sebab bajet takde. Bengangnya aku masa tu usah cakaplaa maklumlaa dah janji kan pastu anak2 pulak mesti kecewa punya klu dapat tau.

Bukan tak boleh pegi klu takde duit tu tapi andai dapat duit tu sekurang2nya dapatlaa menampung ckit yang mana kurang. Tapi arini aku dapat berita gembira dari sumber yang boleh dipercayai yang mengatakan duit elaun tu akan dapat sebelum akhir tahun ni.

Dengar cite jugak duit elaun tu dah ada cuma tunggu masa je nak bagi. Alhamdulillah maknanya harapan aku untuk menunaikan impian anak2 yang beria2 nak pegi i-city kembali cerah,hehe...


Published with Blogger-droid v2.0.1

Tuesday 29 November 2011

Sakit kpale tak ilang2...

Dari petang semalam sampailaa ke petang tadi anak sulung aku duk merengek menangis sebab sakit kepala. Petang semalam aku letak minyak cap kapak, picit kepala dia tido. Oklaa sekejap pastu bila bangun menangis lagi.

Malam semalam pun takleh tido sebab sakit kepala tak ilang2. Last2 balik keje petang tadi aku bawak pegi klinik. Aku nengok lepas balik dari klinik tadi, lepas makan ubat yang diberi doktor nampak macam ok ckit dah boleh bercakap dan bergurau dengan adik2 dia.

Aku harap sangat2 dia makin ok sebab adik dia pun tadi bila dengar kakak dia bercakap je terus bersorak. Menandakan gembiranya sebab kakak dah sihat, inikan pulak aku kan sebagai bapak lagilaa nak anak sihat.


Published with Blogger-droid v2.0.1

N3 khas buat yang dah kawen sahaja...

Klu yang bujang nak baca jugak, aku takleh buat apalaa sebab komputer/laptop masing2 kan,hehe... Ni bukan aku yang cakap tapi paper arini yang tulis yek.

"Bersetubuh dalam keadaan bogel atau tanpa seurat benang membantu setiap pasangan suami isteri merasai kenikmatan dan kelazatan dalam hubungan seks..

Kelab Taat Suami (KTS) menyatakan sekiranya suami isteri itu sama2 berbogel, kepuasan dinikmati mereka ketika bersetubuh mencapai 100% sekaligus dapat menghindari si suami mencari perempuan lain dan si isteri berlaku curang. (Ye ke???...)

Selain itu, dalam mewujudkan keharmonian rumahtangga adalah digalakkan si isteri menyambut suami pulang ke rumah dalam keadaan tanpa seurat benang. Isteri juga perlu memenuhi permintaan suami untuk 'bersama' walaupun ketika itu sedang memasak, membasuh atau sedang melakukan apa juga pekerjaan"

:> Agak2 apa komen korang semua tentang ni sebab aku tak berani nak kata apa, takut tersalah cakap.huhuhu....


Published with Blogger-droid v2.0.1

Monday 28 November 2011

Perjalanan menakutkan...

Mak ngan ayah aku kan belum balik lagi dari haji so aku kenalaa pegi jenguk umahnya bergilir2 ngan adik beradik lain. Malam ni aku pegi lewat ckit sebab ada hal. Klu ikutkan memang bahaya tapi kerana terpaksa.

Dengan motor yang uzur, lampu signal kiri kanan depan belakang sumenya mampus. Lampu depan pulak orang kata hidup segan mati tak mau. Harapkan lampu belakang jelaa yang boleh tahan ok ckit. Aku rasa dekat kawasan gelap klu korang duk depan dengan jarak tak smpai 10 meter pun aku tak nampak.

Perjalanan aku tadi pulak dengan keadaan yang betul2 gelap klu takde keta/motor lain pastu kiri kanan jalan pokok kelapa sawit, tuhan sajelaa yang tau betapa takutnya aku.

Andai ada keta/motor maknanya adalaa cahaya lampu dieorg, aku lajulaa ckit tapi bila dieorg takde aku kena slowlaa sebab dibuatnya ada lembu duk melepak atas jalan jawabnya aku tidolaa skali dengan lembu2 tu,huhuhu...

Nasib aku baik walaupun dah standby pakai baju ujan tapi sepanjang perjalanan tadi tak ujan cuma jalan masih basah sebab kesan ujan petang tadi. Apa2 pun syukur alhamdulillah aku selamat sampai.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Thursday 24 November 2011

Mana lagi cantik?...

Masa tarikh 11 november baru2 aku nengok masing2 cbuk nak kawenlaa, klu boleh nak bersalin pada tarikh tulaa sebab konon2nya tarikh cantik. Cantik ke???...

Pada aku cantik lagi 20 november. Sebabnya klu 11.11.11 tu yang ringkasnya tapi klu buat yang penuh tak ke jadi 11.11.2011 kan. Cer korang nengok tarikh 20.11.2011, tak ke lagi cantik.

Pada akulaa tapi pada korang aku tak taulaa kan atas masing2...


Published with Blogger-droid v2.0.1

Wednesday 23 November 2011

Lama dah duk berair...

Jangan pikir yang bukan2 ok, amboiii korang ni dengar je tajuk gitu cepat terus nak koner2,hehe... Ni pasal aircond keta akulaa. Rasanya hampir sebulan dah asyik duk menitik smpai bertakung air kat bahagian kaki sebelah penumpang.

Bukan tak nak pegi baiki tapi memandangkan ongkos kureng aku pun kiv laa dulu. Pikir punya pikir, smpai bila nak biarkan bertakung dan berair gitu kan so balik keje semalam singgahlaa sekejap kat kedai aircond.

Niat tu sekadar nak bertanya, andai mahal tunggu gajilaa baru baiki tapi andai murah boleh buat terus. Smpai je cite segala masalah terus cina tu suruh bukak bonet depan. Dah nama special bahagian aircond memang cepatlaa boleh baca masalahnya, betul tak?...

Dia tarik je satu getah kat bahagian enjin tu terus keluar air. Banyak pulak tu. Dia kabo getah yang dia cabut tu tersumbat, sepatutnya air aircond kluar ikut getah tu tapi oleh kerana tersumbat makanya sebab tulaa air menitik ikut belah dalam keta aku. Rupa2nya...

Lepas dia sembur getah yang tersumbat tu dengan angin pastu pasang semula barulaa air aircond kluar ikut situ. Sekejap je dia buat dah siap so upah pun dia tak ambiklaa. Sekarang masalah menitik dan berair dalam keta aku pun selesailaa. Alhamdulillah jimat duit aku,hehehe...


Published with Blogger-droid v2.0.1

Klu nak kena,kena jugak...

Orang Jepun minat memelihara ikan emas kerana haiwan itu boleh mengesan gempa bumi dengan melompat keluar dari akuarium sebelum kejadian melanda.

:> Itu masing2 punya kepercayaanlaa kan tapi bagi kita yang beragama islam ni kena percaya bahawa setiap kejadian tu adalah ketentuan Ilahi. Kita hanya merancang Tuhan yang menentukan...

Tuesday 22 November 2011

Kenapa makin pendek?...

Nak kata lama, taklaa lama sangat tapi lamalaa jugak aku rasa aku tak makan roti krim ni. Alaa roti krim yang macam2 perisa tu, yang panjang lebih kurang sejengkal lebih ckit tulaa. Lebih ckit tu klu jari yang menjengkal tu pendeklaa,hahaha...

Arini oleh kerana member2 semua takde sebab cbuk dengan tugas masing2 so bila dah sorang2 diri ni macam biasalaa kemalasan pun datang.

Malas nak cari makan tengahari aku pun pegilaa kat kantin beli roti. Kantin bukak minggu ni sebab cikgu2 ada miting pastu budak2 pulak tengah peksa spm kan.

Ok pendek cite lepas beli roti tu dan masa bukak nak makan, alangkah terkejutnya aku bila nengok roti tu bapoklaa pendeknya. Dahlaa harga sekarang makin mahal. Mahallaa seposen sebab dulu aku rasa 60sen je tapi sekarang dah 70sen. Orang makin mahal makin panjang, ni tak makin pendek.

Gambo aku tak snaplaa pulak sebab kesian kat roti tu malu nanti korang nengok diri dia yang pendek sangat tu,huhuhu... Tapi yelaa kan rezeki, pendek ke pendeklaa perut dah lapor makan jelaa...


Published with Blogger-droid v2.0.1

Berani ke x si yahudi bedebah tu...

Arini aku malas nak cite pasal kemenangan pasukan bola kita semalam sebab klu aku cite pun rasanya sama je bunyi macam yang korang cakap. Bangga, gembira dan padan muka indonesia, betul tak...

Apa yang aku cite ni ialah pasal berita dunia. Orang kapir laknat nak serang orang islam. Israel vs Iran. Perkara ni dah lama kan cuma yang jadi aku senang hati ckit tu bila dalam paper arini kluar berita gini...

'Iran cabar Israel lancar serangan'... (Taheran : Iran semalam mencabar Israel untuk menyerangnya dan berkata, tindak balasnya akan mencampakkan negara Yahudi itu ke dalam tong sampah sejarah.

Sudah sekian lama kami memiliki kekuatan yang tersembunyi yang kami harap dapat digunakan untuk menghantar musuh islam itu ke dalam tong sampah sejarah untuk selama2nya.)

Sebenonya klu boleh tak naklaa perang2 ni kan tapi andai kata yahudi tu betul2 serang aku harap sangat Iran buat betul apa yang dieorg cakap tu.

Bukan apa takut jadi macam Iraq dulu je, sebelum kena serang cakap bukan main saddam hussein tu tapi bila kena serang langsung tak berbalas. Apa2 pun sama2laa kita berdoa semoga dunia ni akan terus kekal aman tanpa perang. Peaca no war...


Published with Blogger-droid v2.0.1

Friday 18 November 2011

Dosa buat hati jadi keras dan degil...

Melakukan dosa membuatkan seseorg merana di dunia dan akhirat. Ada orang kata dosa adalah soal peribadi. Masing2 buat masing2 tanggung, jaga kubur masing2.

Tidak betul kata2 itu kerana kubur kita nanti orang lain gali sementara kubur orang lain kita juga kena uruskan. Maknanya dosa yang kita lakukan boleh menyusahkan orang lain.

Contohnya peminum arak, penzina atau sumbang mahram, lihatlaa perlakuan dosa itu amat keji. Berikut adalah kesan bahaya kepada seseorg jika banyak melakukan dosa antaranya :-

1 - Dicabut drpdnya cahaya dan seri keimanan terutama apabila melakukan dosa besar.(Muka yang tidak pernah dibasahi air wuduk boleh hilang serinya. Wajah itulah yang bakal menerangi anggota wuduk di akhirat nanti).

2 - Tertutup drpd kebenaran.(Maknanya seseorg yang melakukan dosa tau mana baik dan buruk tapi tak ikut kebaikan. Dia tau yang buruk tapi tak dapat meninggalkannya).

3 - Hilang rasa spontan terhadap amal kebaikan dan ganjaran serta tawaran pahala.(Mereka tidak menginginkan syurga dan apabila disebut neraka mereka tidak merasa takut malah mengejek pula mereka masuk neraka bukan seorang).

4 - Berat dan payah beramal sebaliknya mudah apabila diajak melakukan dosa dan maksiat.(Menurut ibnu al-Qayyim, sesiapa yang melakukan dosa ketika malam, dia amat berat untuk melakukan amal pada siang kerana dosa yang dilakukan pada malam menghalangnya beramal dan begitulah sebaliknya).

5- Dosa membuatkan hati jadi keras dan degil.(Mereka amat susah untuk mendengar nasihat. Mereka boleh menasihati dan menegur orang tapi sangat berat apabila ditegur. Suka berbalah dan tidak menghormati orang lain dan bahasa yang digunakan kasar dan tidak menghormati perasaan orang lain).

6 - Dosa derhaka kepada orang tua boleh berjangkit kepada anak2.(Allah pasti membalas dengan tindakan anak yang menyakitkan hatinya sebagaimana dia menyakiti ibu dan bapa suatu ketika dulu).

7 - Dosa menjadi hijab doa payah diterima Allah.(Ada riwayat menyatakan sesiapa makan makanan haram, doanya tidak diterima Allah selama 40 hari).

8 - Terkadang dosa menjadi penghalang drpd mendapat dan menemui jalan penyelesaian.

9 - Dosa penyebab turunnya bala Allah.(Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya, apabila nampak sangat zina dan riba sesungguhnya mereka mengizinkan Allah menurunkan azab).


Published with Blogger-droid v2.0.1

Last day...

Arini kan aku rasa semua orang dah tau iaitu merupakan ari terakhir persekolahan sesi 2011. Nengok pada muka pelajar2 memang terpancar wajah kegembiraan. Tak gembira apanya, cuti panjang.

Usahkan pelajar, cikgu2 pun turut ceria arini. Aku jugak tidak terkecuali dari merasa tempias kegembiraan dieorg tu sebab dapat jugaklaa 'berehat' sepanjang cuti persekolahan ni walaupun hakikatnya kena datang keje macam biasa,hehe...


Published with Blogger-droid v2.0.1

Thursday 17 November 2011

Tak kuat mana pun dia...

Tahniah aku ucapkan buat pasukan bola sepak Malaysia atas kejayaan menewaskan Indonesia 1-0 tadi. Dia ingat main kat depan lautan penyokong dia, kemenangan dalam tangan......huhu.

Memanglaa baru perlawanan dalam peringkat kumpulan tapi sekurang2nya dengan kemenangan tu akan membuatkan moral pemain2 Malaysia akan terus meningkat menjelang perlawanan separuh akhir nanti.

Selamba je aku...

Arini kan skolah aku nak bagi duit bantuan rm100 tu yang macam aku cakap dalam n3 sebelum ni so tadi Cc ngan Gpk mntak aku temankan dieorg pegi bank nak ambik duit tu.


Nampak je aku ni kurus kering tapi dah banyak kali tau aku jadi bodyguard bila skolah nak kluarkan duit dalam jumlah yang banyak. Korang jangan pandang sebelah mata kat aku ni,kuikuikui...


Tapi arini aku kena tunggu kat keta jelaa sebab takde parking kan lagipun aku cakap dah klu lepas kluar dieorg kluar bank pastu kena rompak ke apa memang aku tekan minyak lari teruslaa,hahaha... Selain kiteorg ada sorang anggota polis yang eskot, maklumlaa bukannya seratus dua nak kluar tapi dekat2 100k beb.


Sebenonya bukan pasal tu yang aku cite ni tapi pasal lepas dah balik skolah apa semua, polis tu sape pulak yang anto balik ke balai?.. Jawabnya AKUlaa.


Gpk skolah aku mintaklaa tolong aku yang pegi anto polis tu balik. Pegi ngan keta dia dan yang kelakonya dah smpai separuh jalan dalam duk bersembang ngan polis tu baru perasan yang aku tak pakai tali pinggang keledar.


Benda dah jadi kebiasaan kan smpaikan naik keta ngan anggota polis sendiri pun dengan selamba je aku tak pakai. Klu kena saman ke apa aku cakaplaa yang polis sebelah aku tu pun tak pakai jugak,hahaha...


Published with Blogger-droid v2.0.1

Wednesday 16 November 2011

Orang memberi kita merasa...

Dalam bajet baru2 kan PM kesayangan 1Malaysia kita (uhuk3x...sori yek terbatuk pulak,hehe...) ada umumkan akan memberikan 'bantuan khas persekolahan' sebanyak rm100 pada setiap anak yang bersekolah.


Maknanya klu satu kuarge tu ada sorang anak yang bersekolah, dapatlaa rm100 dan klu ada 5 orang anak yang bersekolah makanya dapatlaa rm500. Anak aku sorang je yang sekolahnya tapi klu dia buat tahun depan mungkin aku akan dapat rm200laa.....hahaha.


Sekolah anak aku bagi arini. Ada sekolah yang dah bagi semalam dan sekolah tempat aku keje ni pulak akan bagi esok. Orang memberi kita merasa, betul tak?


Nengok pada nilai memang ckit kan tapi bersyukurlaa dari takde langsung. Lagipun manusia macam kita ni bagi banyak mana pun memang tak cukup punya kan...


Published with Blogger-droid v2.0.1

Kacang...

Hahahaha... Klu cakap itu ini kang lagi banyak soklan lain yang akan diajukan, betul tak?...


Published with Blogger-droid v2.0.1

Tuesday 15 November 2011

Sakit tekak...

Lama dah tak jadi, sekarang dia datang balik. Orang kata klu sakit tekak ni banyakkan minum air masaklaa, minum air asam jawalaa kan. Air asam jawa dah minum, air masak pulak dah berulang2 jugak minumnya.


Sekarang ni kan musim ujan, minum pulak banyak makanya tak laratlaa aku nak berulang alik ke tandas. Tapi tulaa nak tak nak terpaksa jugak aku minum banyak air sebab aku memang tak nak sakit tekak ni.


Bukan apa bila dah sakit tekak, nak telan air liur pun sakit. Pastu pulak yang paling tak naknya bila nak gosok gigi pagi2 kan mesti terasa nak muntah sangat2. So sebelum melarat betul2 sakitnya ni aku kena sekat dulu,huhuhu....


Published with Blogger-droid v2.0.1

Saturday 12 November 2011

Dari mee goreng jadi pizza hut...

Petang tadi cuaca kat kuantan ni mendung2 ujan gitu. Masing2 malas dah nak makan nasi so isteri aku mintaklaa aku kluar beli mee goreng untuk makan malam. Dalam duk aku siap nak pegi anak2 pulak cbuk mintak nak makan pizza.

Untuk tidak menghampakan harapan anak2 aku pun suruh isteri bersiap. Bukan apa klu nak beli mee goreng tu aku kluar kat depan ni je tapi dah klu nak beli pizza terpaksalaa kluar ke bandar kuantan, tu yang ajak isteri skali pegi. Makanya malam ni ilang nak makan mee goreng jadi makan pizza hut laa kiteorg,hehe...


Ke skolah adik...

Minggu lepas isteri aku ke skolah kakak nengok result periksa dia, alhamdulillah dapat nombor 4. Pagi ni aku ngan isteri ke skolah adik pulak. Dan memang betullaa apa yang dia cakap selama ni yang dia dapat nombor 3.

Bila pegi dan nengok sendiri result dan bila dengar sendiri dari mulut cikgu dia, alhamdulillah aku bersyukur sangat2. Bukan apa, anak aku yang nombor 2 ni sebelum masuk skolah dulu memang kosong betul.

Maksud aku usahkan nak membaca nak mengeja pun tak pandai tapi lepas 3 bulan pertama, aku nampak ada peningkatan yang begitu memberangsangkan.

Dan dengan apa yang cikgu bagitau pasal dia dari segi pembelajaran, komunikasi dengan kawan2/cikgu, pergaulan apa semua membuatkan aku lega. Aku harap apa yang dia capai sekarang akan berterusan hingga ke peringkat yang tinggi ckit lagi iaitu skolah rendah mulai tahun depan...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday 11 November 2011

Orang ajak makan,apa lagi...

Malam ni aku dapat jemputan ke Majlis Tahunan Briged Bestari Smart (skolah akulaa tu)...ihiks. Bertempat kat Restoran East Coast Steamboat, jalan Beserah.

Dah dijemput makan, orang kata rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari. Lagipun bos Badan Briged Bestari ni cikgu aku masa aku skolah dulu2,hehe...

Aku rasa tak semua staf yang dijemput dan yang pasti geng2 aku semua dapat jemputan. Maknanya taklaa aku kesorangan nanti. Klu tak segan jugak aku sebab orang lain semua cikgu2 dan pelajar2 kan. Apa2 pun terima kasih banyak2laa kepada yang sudi jemput Ayen makan malam nanti...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday 10 November 2011

Sedap sekejap...

Seorang lelaki tergamak mengambil kesempatan mencabul rakan sekerjanya yang pengsan dalam pejabat mereka di Pandan Indah kelmarin.

Difahamkan lelaki berusia 30-an itu mengambil kesempatan kononnya mahu memberi rawatan kepada mangsa yang pengsan. Menurut sumber dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa yang berusia 23 tahun sedang bekerja apabila tiba2 pengsan.

Ketika kejadian mangsa bersama seorang lagi rakan sekerjanya berada dalam pejabat. Rakan mangsa yang menyedari insiden itu panik lalu menghubungi seorang lagi rakan sekerja.

Lelaki terbabit datang menghulurkan bantuan. Bagaimanapun dia mengambil kesempatan sebaik menyedari rakannya itu keluar dari pejabat berkenaan meninggalkan dia dan mangsa. Sebaik mangsa tersedar dia menyedari lelaki itu melakukan perbuatan tidak senonoh dengan meraba dada dan kemaluannya.

Beliau berkata, mangsa kemudian menghalang perbuatan lelaki itu dengan menolak tangannya namun tidak berdaya kerana masih lemah. Lelaki itu hanya berhenti meraba dan beredar dari pejabat selepas menyedari rakan mangsa masuk semula.

Tindakan mangsa menangis menimbulkan kehairanan rakannya itu yang kemudian bertanyakan apa yang berlaku sebelum mangsa memberitahu insiden berkenaan.

:> Tulaa tak pasal2 dapat sedap sekejap je pastu sah2laa tido lokap tu... NAFSU punya pasal tapi yelaa tak boleh nak cakap kat dia jugak sebab klu kena kat aku pun belum tentu lagi apa jadi nak2 pulak yang pengsan tu pakai seksi. Maklumlaa kita ni manusia biasa kan,hehehe...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Penangan game...

Selama ni anak2 cbuk duk berebut nak main game kat galaxy tab aku. Dah bosan, berebut pulak kat laptop isteri aku. Serabut sangat sebab kadang2 yang ni merajuk kadang2 yang tu merajuk last2 malam semalam isteri aku ajak keluar cari psp.

Malas nak pening kepala selain nak cepat aku terus je pegi kuantan parade. Pusing2 sampai tingkat atas akhirnya jumpa satu kedai yang harganya memikat hati kiteorg berbanding ngan kedai2 lain.

Memula isteri aku ingat nak beli 2 bijik psp skali sebab senang satu sorang tapi pikir2 balik hanya untuk anak2 kan, budak2 kang main sekejap bosan dah. Pulak tu bendanya bukan seratus dua beb. Makanya beli jelaa psp 1 pastu yang satu lagi 'pxp 2' yang harganya jauhlaa lebih murah dari psp tu.

Balik tu dalam keta ok lagi main sorang satu tapi sekejap jelaa sebab dah psp gambo real, yang pxp 2 tu pulak gambo kartun biasa je. Merajuk jugak sampai aku bagi main tab aku pun tak nak,huhuhu...

Alhamdulillah lepas aku ngan isteri pujuk barulaa masing2 boleh terima. Baru nak bergilir2 sekejap main psp sekejap main pxp 2. Anak2 kan nak tak nak klu tak kuat semangat memang kalah kita dengan kerenah dieorg.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday 9 November 2011

Susah nak percaya dah sekarang ni...

Sekarang ni jangan ingat badan ketak2, sasa tak lembut yek. Macam2 dah manusia zaman sekarang ni. Tapi yang pasti aku ni walaupun kurus kering, original keras tau.........huahuahua.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday 8 November 2011

Harap berterusan...

Isteri aku pegi ke skolah kakak td sebab arini ada sesi permuafakatan. Klu kat skolah aku ni dipanggil sesi runding cara laa. Mak bapak datang jumpa cikgu nengok keputusan periksa sambil2 tanya prestasi anak2.

Keputusannya alhamdulillah sebab masih boleh maintain. Dapat nombor 4 dalam kelas dan untuk keseluruhan darjah 2 dia nombor 29. Aku perhatikan dari dia darjah 1 dulu sampailaa sekarang dia masih tak mampu nak gapai nombor 1 dalam kelas. Nombor 2,3,4... 2,3,4...

Bukan bermakna aku tak bersyukur dengan apa yang dia kecapi sekarang cuma aku saje je nak dia bersaing dengan member baik dia yang maintain dapat nombor 1. Lagipun aku ngan isteri takdelaa sampai paksa dia untuk kejar nombor 1 tu cuma sekadar bagi semangat untuk dia terus berusaha.

Aku harap untuk tahun depan dia maintain dengan prestasi sekarang ataupun berusaha untuk mempertingkatkan lagi prestasi agar menjadi yang lebih baik demi masa depan dia jugak kan.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Macamlaa cbuk sangat...

Seperti biasa 3,4 ari tak bersiaran dah rasa lama sekarang ni konon2nya,ihiks... Nak kata cbuk sangat tak pun tapi ntahlaa tetiba je rasa takde mood nak mengarang blog.

Raya pun macam sebelum ni jugak takde ke mana2 sebab sebagai majikan yang berperikemanusiaan(masuk bakul angkat sendiri,kuikuikui...) bagi bibik pegi beraya, awak duk melepek kat umah....huhu.

Tapi takdelaa melepek sangat sebab aku ngan anak2 dapat gaklaa beraya umah abang dan kakak aku, cuma isteri aku jelaa terpaksa duk kat umah jaga mak dia.

Masa bibik ada takpelaa nak berblog ke apa sebab masa banyak, segala benda dia buat. Ni bila dia takde segala benda kena buat sendiri so paham2 jelaa kan. Tu yang jadi masa nak berblog terbatas.

Lagi satu sebabnya sekarang anak2 aku ni duk cbuk main game kat tab aku ni. Pantang nengok aku letak je atas meja terus cbuk nak main. Kekadang charge bateri tak penuh pun lagi dah booking klu penuh nanti nak main game.

Nak tak nak, marah2 pun anak2 kan bagilaa jugak main. Kita charge bateri penuh dia bagi habis pastu kita charge pulak, gitulaa sekarang ni aku,hehe...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday 4 November 2011

Makin tak malu...

Tak paham betul aku dengan orang zaman sekarang. Bukan apa, makin tak malu. Klu dulu kita biasa nengok orang berkemban ni masa nak pegi mandi je kan tapi sekarang ni merata2 tempat kita boleh nengok. 

Tak malu ke dieorg ni haaa???.. Aku yang nengok ni pun rasa malu. Dengan nampak ketiaknya apa sume,eeeee... Korang malu tak?.. Ke biasa je...

Thursday 3 November 2011

Memang sah sebab earphone...

Masa aku mula2 beli galaxy tab ni dulu, dapatlaa earphone standard dia ni. Dekat2 seminggu guna tu tetiba datang rasa serabut pulak dengan earphone tu sebab panjang sangat wayarnya.

Ingatkan naklaa guna yang tanpa wayar kan, senang ckit taklaa nampak serabut sangat. Pegilaa cari kat kedai, yang ni tak berkenan yang tu pun tak berkenan jugak. Bila ada yang berkenan mahal sangat pulak,huhu... Last2 isteri aku offer earphone dia. Rupa2nya dalam senyap dia pun tukar tepon baru jugak. Dengki ngan akulaa tu, kuang3x.....ihiks.

Nengok yang dia punya ok, aku pun gunalaa yang dia punya. Jimatlaa kan takyah beli baru lagipun klu yang aku kena sambung kat tab tapi yang isteri aku punya tu tak perlu sambung kat tab. Lepas guna yang dia tu masalah mula timbul. Mana taknya tetiba je member2 call, woiii ada apa tepon aku banyak kali tadi?.. Bila aku check rupa2nya ada berbelas2 panggilan keluar dalam satu masa. Banyak kali gaklaa jadi gitu.

Hantar ke samsung, dieorg pun terkejut sebab katanya tak penah lagi dieorg terima masalah macam aku ni. Lepas dieorg check apa semua 3,4 ari oklaa pastu jadi lagi. Pikir punya pikir aku rasa kot2 earphone ni yang bermasalah. Mgkin tak ngam ke apa kan.

Aku pun ambik keputusan guna balik earphone asal dia. Panjang ke panjanglaa. Alhamdulillah mula dari tu sampailaa sekarang dah tak jadi lagi masalah 'tetiba call sendiri'. Maknanya sah2laa earphone punya angkara...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday 2 November 2011

Sampai hati kau wahai burung...

Seumur idup aku bawak motor rasanya tak penah lagi aku mengalami pengalaman macam semalam. Ada ke tengah elok aku duk melayan perasaan atas motor masa balik keje petang semalam tiba2 pelepek ada benda jatuh kat jaket aku.

Ingatkan apa, tengok2 rupa2nya taik burung. Bertuah punya burung seluas2 alam ni kat atas aku jugak dia buang dia punya taik. Nasib baik kena kat lengan bersempadan ngan bahu, klu buatnya tepat kat muka aku tak ke haru....ihiks.

Memula tu aku ingat nak berenti basuh kat shell pastu bila pikir2 smule aku terus je balik umah. Sampai je kat umah terus bagi kat bibik suruh dia basuh. Nak marah kang burung, takde arahlaa jawabnya bersabor jelaa kan...hehe.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday 1 November 2011

Tak kira sape dah sekarang ni...

Zaman sekarang ni dah tak kira siapa, saman tetap saman. Banyak dah kan berita yang kita dengar/baca yang member saman member, anak saman ayah, adik saman abang dan sabagainyalaa.

Macam yang dalam gambo kat atas tu. Sama2 artis/pelakon takkan laa tak penah berjumpa, bukannya sorang berlakon kat malaysia sorang berlakon kat holiwood kan. Bukan beso mana pun dunia artis malaysia ni, pusing2 jumpa jugak.

Walaupun begitu asal salah cakap ckit je saman terus. Betullaa orang kata kerana mulut badan binasa. Rm50 ribu beb, bukan rm500. Aduuhhh... Puas pulaklaa nak cari duit yang kena saman tu,huhuhu...

:> Pasni Ayen pun nak kena jaga jugaklaa mulut, tak nak cabul sangat sebab takut kena saman....ihiks.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Info minda...

Tahukah anda purata sebatang pensel boleh menulis sebanyak 50,000 patah perkataan atau melakar sejauh 56 kilometer. Tak tau???.. Aku pun ni baru tau,hehe...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday 31 October 2011

Selesai jugak akhirnya...

Semalam aku buat majlis besday anak bongsu aku yang ke 2 tahun. Ikutkan tarikh sebeno dia lahir 13 ogos tapi oleh kerana bulan ogos baru2 ni kan kita puasa. Tangguh punya tangguh punya tangguh akhirnya sepakat ngan isteri, semalamlaa majlisnya.

Syukur Alhamdulillah walaupun majlisnya taklaa sebesar majlis kakak2 dia tapi segalanya berjalan lancar. Tambah pulak cuaca betul2 baik sebab sebenonya aku bimbang memandangkan sekarang ni kan musim tengkujuh.

Bukan apa andai kata ujan semalam aku takut member2 yang nak datang pun mesti susah ckit sebab nak bawak anak kecik kan. Oleh sebab cuaca baik semalam makanya kedatangan member2 aku ngan member2 isteri pun memang memuaskan hati kiteorglaa.

Buat yang sudi datang semalam aku ngan isteri mengucapkan ribuan terima kasih dan andai kata ada kekurangan harap maaflaa yek,hehe...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Selambanya mamat ni...

Rasa macam lama dah aku tak update blog aku ni, 3 4 ari kot. Sekarang ni sejak pakai galaxy tab ni mesti rasa nak update tiap2 ari, sehari tak update pun dah rasa lama. Konon2nyalaa kan padahal klu dulu seminggu sekali je updatenya.....hahaha.

Apa yang aku nak cite ni adalaa pasal ari sabtu kelmarin aku sekuarga pegi ke felda selancar, sempadan ngan segamat nunlaa sebab nganto rombongan pengantin lelaki(sepupu isteri aku).

Pendek cite lepas menunggu pengantin bersiap, masa nak berarak ke rumah pengantin pompuan adalaa sorang mamat yang duk kat depan aku tu pakai baju t-shirt putih, seluar slek itam pastu yang kelakonya pakai samping.

Gambo tak sempat nak snaplaa sebab aku dukung anak kecik. Sorang lagi sepupu isteri aku tanya, fesyen apa tu?.. Aku cakap ntahlaa dari tadi lagi aku duk pikir fesyen apa. Memula tu dari jauh aku ingatkan dia pakai seluar baju melayu, t-shirt putih tu dia pakai kat dalam.

Rupa2nya tak, memang sampai ke sudah gitulaa gayanya. Dalam hati aku, tak malu betullaa mamat ni selamba je dia pakai gitu. Tak taulaa kot2 korang penah nengok kat tempat korang tapi pada aku nilaa pertama kali aku nengok.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday 28 October 2011

Apalaa punya orang...

Cite ni pasal aku solat jumaat tadi. Seperti biasa sampai je kat masjid sebelum duduk macam orang lain jugak aku akan solat sunat tahiyatul masjid dulu. Selalunya aku masuk dalam tapi arini terasa nak ambik angin luar.

Luar pun bukannya jauh keluar sangat, betul2 kat tepi pintu masuk. Sebelum solat tu dalam hati aku klu solat jauh ke belakang kang susah pulak orang nak lalu lalang. Aku pun solatlaa betul2 rapat ckit ke dinding dengan harapan orang boleh lalu kat belakang.

Salah sangkaan aku. Dah rapat ke dinding tu pun ada lagi manusia yang lalu betul2 depan aku. Ya Allah..... Bukan dia je, lepas dia lalu tu ada pulak budak yang nak kata kecik tak keciklaa pun mengikut belakang dia. Astarafirullahalazim... Tak kan laa awak tak nampak aku.

Orangnya yang mana satu aku tak taulaa kan sebab kita solat pandang ke tempat sujud, bukan pandang tegak ke depan. Aku harap solat aku tadi tu diterima Allah swt laa sebab kita ni dahlaa tak berapa nak kuat imannya. Bila dah jadi gitu tak banyak, sikit pun pasti terdetik jugak dalam hati berkata kan walaupun 'ish3x'. Betul tak?...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday 27 October 2011

Klu korang,korang jawab apa...

Sekarang ni kan baik dalam tv ke surat kabo ke memang tak sah klu tak kluar berita pasal rogol. So baru2 ni anak sulung aku adalaa tanya, rogol tu apa ibu?.. Abah, rogol tu apa?.. Ibu dia adalaa jugak jawapannya, orang lelaki buat jahat kat orang pompuan.

Budak2 klu jawab gitu manalaa dia puas hati kan. Tak puas hati ngan jawapan ibu dia tanya pulak kat aku. Kena kat aku langsung tak reti nak jawab apa. Dalam hati aku klu aku jawab diperkosa kang lagilaa dia tak paham. Last2 ermmm...ermmm... sampai ke sudah duk ermmm gitu je,huhuhu...

Kakak ni lagi tak dapat jawapan lagilaa dia duk cbuk tanya. Ibu dia dah takde jawapan, aku pulak lagilaa tak reti nak jawab apa. Takkan laa nak kabo betul2, orang lelaki tu masukkan anu dia kat anu pompuan tu apa sume kan. Ish... tak sampai hatilaa aku nak kabo gitu lagipun klu kabo gitu kang mesti lagi bertambah banyak soklan lain yang timbul.

Akhirnya aku kabo nantilaa tunggu kakak dah beso nanti kakak akan faham. Kat skolah nanti pun insyaallah kakak akan belajar jugak bab2 yang berkaitan dengan tu. Klu korang agak2nya apalaa jawapan korang bila anak2 tanya soklan gitu yek...

Dapat jgk dieorg mandi...

N3 semalam kan aku kabo pagi tu tak jadi mandi sebab ujan, pastujanji klu tghari/petang tak ujan kita pegi semula. Masa duk kat umah tu asal ujan reda je skejap terus ajak pegi. Aduuhhh... Naik rimas aku jadinya.

Tapi memang rezeki dieorg berdualaa. Tghari tu lebih kurang lepas zuhur aku rasa memang cuaca betul2 baik. Nak kata panas tak panas, mendung sangat pun tak jugak. Baik sangat2 cuaca.

Maka aku pun bawaklaa dieorg pegi. Punya suka korang jangan cakaplaa. Dalam pukul 2 sampai sana sampailaa balik dalam pukul 5 lebih. Tu pun lepas puas aku marah, ikutkan dieorg tak nak balik lagi. Dieorg seronoklaa, aku ni yang duk menunggu tepi kolam tuhan saja yang tau betapa bosannya.

Aku tak mandi tu sebab sebelum solat zuhur aku dah mandi so malas dahlaa aku nak mandi kat sana lagi. Tapi yang aku pelik tu walaupun cuaca sepanjang kat sana tak keluar pun matahari tapi korang nengoklaa muka dieorg tu. Gelap kan....

Masa nak salin baju yang paling ketara kakaklaa kat bahagian peha, dia pakai seluar pendek fit so betul2 jelas berbelangnya. Adik pakai seluar panjang, tak nampaklaa. Sampai umah masing2 terus tertido keletihan. Usahkan dieorg, aku yang menunggu ni pun letih tapi takpelaa janji dieorg puas hati kan...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday 26 October 2011

Hasrat nak mandi terbantut...

Kolam cik google tu yek,ihiks...

Sempena cuti Deepavali arini, malam semalam isteri aku offer anak2 mandi kolam. Masing2 memang tak kan lepas peluang punyalaa klu dapat offer gitu. So pagi2 tadi masing2 bersiaplaa untuk pegi ke kolam kat Indera Sempurna Resort.

Elok dalam perjalanan ujan pun turun,huhu... Untuk tidak menghampakan harapan anak2 yang dah xcited nak mandi aku teruskan jugak menuju ke Resort tu tapi sambil2 tu cakap terus terang kat dieorg yang kita pegi dulu, tunggu dalam keta jap dan andai ujan tak berenti jugak kita balik semula. Masing2 cakap ok.

Sambil tunggu dalam keta tu sambil makan roti yang dibawa. Abih roti ujan masih tak berenti so masing2 sepakat balik semula dan skali lagi janji dibuat yang mana andai kata tghari/petang nanti tak ujan kita pegi semula. Skali lagi dieorg setuju ngan cadangan aku dan isteri.

Aku harap sangat2 cuaca akan baiklaa petang nanti. Bukan apa kesian pulak rasanya kat anak2 aku ni sebab hasrat dieorg nak mandi kolam terbantut.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday 25 October 2011

Tak terniat pun nak kata gitu...

Kata mcmane?... 'Kurang ajor punya orang tua'. Haaa... Gitulaa yang aku nak kata. Memang aku tau tak baik kata kat orang tua gitu tapi klu dah terang2 nampak aku duk tercegat kat situ tiba2 awak pegi potong Q, sape tak marah.

Aku nak tegur kang takut kasar pulak bunyinya nanti maklumlaa masa duk beratur tu pulak perut tengah lapar so korang paham2 jelaa kan. Yang jadi lagi nak marah tu sebab bukan bangsa kita tapi klu bangsa kita rasanya tak buat gitu...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Hepi Deepavali...

Buat semua rakan2 dan sahabat handai yang beragama hindu di seluruh malaysia, Ayen mengucapkan Hepi Deepavali dan semoga bergembira.

Ikutkan esok ada jugak member yang jemput beraya kat umah dia tapi tak berani nak janji, Insyaallah klu berkelapangan masa esok sampailaa yek.....hehe.
Published with Blogger-droid v1.7.4