My photo
Mencoret sekadar apa yang dirasakan perlu...

Rakan2 siber...

Tuesday 29 May 2012

Member baru...

Semalam aku dapat sorang member baru lelaki. Pembantu makmal yang baru dilantik. So masih kosong lagilaa dalam selok belok makmal ni.

Dia masuk tu sebab ganti pembantu makmal pompuan yang bertukar ke skolah lain. Kebetulan masa dia datang lapor diri semalam Cc aku takde sebab dia ada hal kat tempat lain.

Brader makmal sorang lagi pulak ada keje makanya akulaa yang terpaksa bawak member baru ni nengok2 makmal dan kenalkan dia dengan staf2 makmal lain.

Klu sebelum ni dalam ramai2 staf makmal, aku sekerat dua je lelaki tapi dengan masuknya member ni maka bertambahlaa ckit kaum yang nak pupus ni,hehehe...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday 27 May 2012

Ada jugak yek gitu...

Mase aku duk isi minyak kat shell tadi datanglaa sebuah keta viva klu tak silap aku, berenti depan pam aku sebab nak isi minyak jugak.

Yelaa kan dah singgah shell mestilaa nak isi minyak tak kan nak beli ikan pulak,betul tak?hehe... Dalam keta tu aku nengok cuma ada dua orang dewasa.

Pemandunya lelaki dan penumpang sebelah pulak pompuan. Tak taulaa aku mereka tu sepasang kekasih ke sepasang suami isteri. Menengokkan gayanya muda lagi.

Yang pelik dan janggal pada aku ialah masa dia berenti pastu matikan enjin keta, pemandu (sang lelaki) rilek je duk menyandar dalam keta. Sang pompuan je yang turun pegi kaunter bayar pastu datang kat keta bukak tempat minyak dan isi minyak. Dalam hati aku, amboiii ada jugak lelaki macam ni yek...huhuhu.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday 26 May 2012

Nampak mcm cerdik sangat...

Ari sabtu yang tenang ni aku nak merepek pasal politik ckit, ok tak? Klu yang tak nak dengar takpe, korang jangan bacalaa ek. Bukan apa kang tak pasal2 korang menyampah pulak kat aku,huhuhu...

Aku ni bukanlaa nak salahkan orang tu, nak betulkan orang ni. Tapi pada aku kadang2 tu kelako gak aku nengok orang2 tua yang berpelajaran duk bertekak. Ko kata aku, aku kata ko. Buat malu je kan.

Ok stop. Tu mukadimah je, yang betul2nye ni. Pagi tadi aku on9laa fb skejap. Kat dalam banyak2 status yang aku baca adalaa sorang hamba Allah tu. Setahu aku dia tu antara orang kuat dalam sebuah pertubuhan NGO.

Yang aku kelakonya tu ialah status dia pagi tadi yang berbunyi lebih kurang macam ni " Selamat pagi rakyat malaysia. Hari ini buka mata negara sudah aman. Kita tak perlu lagi bangun pagi menoreh getah "...

Senyum aku bila baca status dia tu. Ko tu duk kat bandar memanglaa bangun pagi tak perlu menoreh getah tapi sedare2 kita kat kampung yang rezeki dieorg hanya bergantung ngan pokok getah mcmane? Perhatikanlaa dulu kiri kanan sebelum bercakap or menaip kan...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday 25 May 2012

Apa faedahnya...

"Nombor pendaftaran WWW 1 mencipta rekod baru apabila bidaan tertinggi yang diterima bagi nombor siri tersebut bernilai RM520,000 mengatasi nombor pendaftaran MCA 1 yang dijual dengan harga RM300,100"...


Aku tak taulaa pada korang ada faedahnya tapi pada aku yang tak berapa nak ada duit ni memang sangat2 membazirlaa. Berhabis sampai setengah juta lebih pastu letak kat depan sekeping, kat belakang sekeping.

Silap2 plat keta lagi mahal dari harga keta agaknya kan. Klu ye pun duit habis nak makan, andai yang kaya tu beragama islam baiklaa setengah juta lebih tu buat benda yang lagi berfaedah. Bina masjid ke, derma kat umah anak2 yatim ke kan banyak pahala tu. Apa pendapat korang?...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday 24 May 2012

Aku akan balas balik...

Ni bukan kesah nak gaduh sebab balas dendam yek,hehe... Gaduh2 tu zaman dulu punye cite. Konon2nye sape kuat dielaa jadi ketua tapi sekarang ni dah tak gitu lagi dah.

Zaman sekarang ni orang yang berbadan kecik pun ada yang jadi ketua/bos. Slalu kita dengar orang cakap orang pompuan ni kaum yang lemah kan, pun ramai yang jadi ketua/bos. Ok stop merepek.

Apa yang aku nak cite sekarang ialah pasal balas komen korang. Klu dulu2 setiap komen korang aku akan balas satu persatu tapi sejak akhir2 sebelum ni aku jadi malas nak balas.

Bila aku pikir semula klu tak balas kang aku rasa macam tiada komunikasi antara kita walaupun tak semua antara korang yang baca semula komen yang aku balas tu kan.

Sekarang ni aku tak kira korang nak baca semula ke tak yang pasti aku akan cuba balas semula setiap komen korang kat blog aku...ihiks.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Paksa mandul...

Korea Selatan akan 'memandulkan' seorang lelaki menggunakan kimia minggu ini kerana beberapa kali didakwa atas jenayah serangan seksual terhadap kanak2.

Lelaki itu akan diberi suntikan setiap tiga bulan untuk tiga tahun akan datang untuk mengurangkan nafsu seksnya dengan memanipulasi hormonnya tidak kiralaa samada dia suka atau tidak.


--> Agak2 koranglaa klu dilaksanakan kat malaysia undang2 ni, kurang ke tak kes rogol.....huhuhu.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday 23 May 2012

Saya tak berat pun...

Published with Blogger-droid v2.0.4

Hai...

Takde ape sebenonye yang aku nak merepek arini, cuma nak ucap 'hai' je kat korang sume. Maklumlaa dah lama tak berblog, takut gak korang dah lupa kat aku ni.

Nak buat mcmane kan nama lagi blogger amatur lainlaa korang blogger tegar tiap2 ari ada je cite,hehehe...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday 7 May 2012

Teruknya aku ni...

Itu salah aku, ini pun salah aku. Buat itu tak kena, buat ini pun tak kena. Betul2 tak gunanya aku ni kan.

Kadang2 aku tersenyum sorang2 bila mengenangkan nasib diri aku ni. Kadang2 jugak aku sedih sebab segala apa yang aku buat serba serbi salah, serba serbi tak kena dan seolah2 tak dihargai.

Kesimpulannya sekarang aku tak kesah walaupun segala apa yang aku buat serba tak kena dan seolah2 tak dihargai, pada aku sekarang aku akan cuba buat yang terbaik. Itu aje...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday 4 May 2012

Dia berubah sekelip mata...

Ni kesah keje part time aku. Terjadinya mende ni beberapa ari lepas tapi oleh kerana tak berkesempatan maka arini baru boleh aku citekan.

Satu petang tu ada sorang budak tepon aku cakap mintak tolong ambik dia kat megamall sebab dia nak balik politeknik. Masa tu seingat aku dah malam lebih kurang lepas magrib, hampir2 pukul 8.

Masa aku sampai tu aku tengok dia bertiga ngan member dia berjalan ke arah aku. Dari segi berpakaian aku nampak dua orang berbaju kurung, bertudung manakala sorang berseluar jeans dengan rambut pacaknya atau senang cakap macam jantanlaa.

Lepas dieorg naik dan duk kat belakang tu aku pun antolaa ke politeknik. Nak pandang belakang pun tak guna sebab tak nampak, cuma aku sembang2 gitu jelaa ngan dieorg.

Perjalanan ambik masa dalam 10 ke 15 minit jugaklaa. Dieorg bayar sebelum turun van lagi. Sampai je dan yang buat aku terkejutnya tu bila dieorg nak melintas depan aku, aku tengok tiga2 berbaju kurung dan bertudung.

Aku pandang kat belakang dalam van, takde orang. Dalam hati aku kata, rasanya tadi dua orang je macam pompuan dan sorang macam jantan tapi sekarang tiga2 macam pompuan,huhuhu....

Cepat betul dia bertukar karektor kan. Pada aku inilaa manusia zaman sekarang, sanggup buat apa saje demi memenuhi kepuasan diri. Apa2 pun mintak dijauhkanlaa dari diri aku dan jugak zuriat keturunan aku,Amin...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday 3 May 2012

Tiba2 teringin...

Rasa macam baru je lagi tapi dah seminggu rupanya aku tak berblog,hehe... Bukan sengaja taknak jalan2 blog korang tapi korang paham2 jelaa kan aku sekarang ni cbuk giler2.

Sekarang ni je baru terlepas skejap dari cbuk yang giler2 tu so sempatlaa jugak jenguk blog kawan2. Tu pun tak sempat jugak nak jenguk semua blog.

Takpe jangan bimbang yek kawan2 sume yang mane aku tak sempat nak jenguk blog korang arini aku akan cuba jenguk bila ada masa nanti ok.

Yang aku peliknya ni bila aku pegi blog kawan tu, ada cite pasal kek pastu pegi pulak blog kawan lain cite pasal kek jugak. Oleh sebab itu tetiba je aku terasa nak makan kek sekarang ni,huhuhu...


Published with Blogger-droid v2.0.4