My photo
Mencoret sekadar apa yang dirasakan perlu...

Rakan2 siber...

Friday 30 September 2011

Suami perkosa isteri???...

Akibat enggan mendengar cakap suami, seorang isteri diheret masuk ke dalam bilik di rumahnya sebelum suaminya memaksa melakukan hubungan seks.

Mangsa yang berusia 29 tahun di perlakukan sedemikian disebabkan kedegilannya yang berkeras untuk pergi ke jamuan makan malam anjuran pejabatnya biarpun ditegah suaminya.

Suami mangsa tidak membenarkan mangsa pergi ke jamuan itu kerana mahu membawanya pulang ke rumah ibunya bagi menghadiri majlis kenduri pada malam sama.

Kejadian bermula apabila suami mangsa melihat isterinya bersiap untuk pergi ke jamuan makan malam anjuran pejabatnya. Walaupun suaminya menghalang namun mangsa tetap berdegil untuk pergi disebabkan sudah membuat bayaran untuk majlis tersebut.

Suami mangsa yang naik angin lalu mencapai kain dan bergelut dengan mangsa sebelum mengikat kedua dua tangan mangsa ke belakang. Mangsa diheret masuk ke dalam bilik dan dipaksa melakukan hubungan seks. Selepas kejadian mangsa keluar rumah dan pergi ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan kejadian itu.

* Agak2 apa pendapat korang bila baca berita2 gini. Aku ni tak reti nak komen sebab klu aku komen kang takut jadi berat sebelah pulak. Korang tolonglaa komen kan yek,hehe...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday 29 September 2011

Spisis supermak ke apa budak ni...

Pagi2 tadi masa aku tengah kemas bilik aku tetiba cikgu masuk bagitau yang paip dalam makmal patah. Abih air melimpah. Masa aku pegi tengok tu budak2 duk kelam kabut tutup lubang paip dengan kain.

Klu tak tutup ngan kain, semestinya air tu memancut keatas. Lepas aku tutup kunci paip kat bawah meja aku dengar cikgu tu tanya mcmane boleh jadi patah gitu. Budak tu cakap tak taulaa saya pegang je.

Dalam hati aku, amboiii... Spisis supermak ke apa awk sampaikan pegang je pun boleh patah. Aku nak marah kang, sianlaa pulak kan lagipun mungkin dia tak sengaja. Takkanlaa tak pasal2 dia nak patahkan paip tu. Nak tak nak aku pun kabolaa kat bos aku pasal tu. Bos aku pun cakap takpelaa nanti dia cari orang suruh repair,hehe...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday 22 September 2011

Jangan salahkn saya yek...

Semalam adalaa sorang cikgu pompuan tu datang kat makmal aku nak beli topup. Dia nak beli mxis hot tiket 10. Bila aku cek hot tiket 10 habis, klu nak yang 15 ada. Xpe bolehlaa katanya.

Klu topup lain biasanya akan masuk terus dalam akaun tapi hot tiket ni dia akan bagi no pin. Dah dapat apa semua, masalah mula timbul bila dia tak ingat no kod lepas star(*). Yang buat lagi haru ialah aku pun tak tau jugak sebab aku tak penah guna yang gitu,huhu...

Lepas dia cuba beberapa kali, star 121 laa star 122 laa semua tak boleh. Pastu dia cakap xpelaa nanti saya tanya pelajar. Elok dia kluar je dari makmal aku ada budak india lalu, terus dia tanya budak tu. Budak india tu pun bagitaulaa no kod tu.

Bila dia taip je terus kluar 'tidak sah'. Aku rasa mungkin sebab terlalu banyak kali sangat taip kod yang salah. Aku jadi serba salahlaa sebab dia beli ngan aku kan walaupun hakikatnya itu bukan salah aku. Lepas tu dia tanya aku mcmana. Aku cakaplaa yang aku tak taulaa mcmana sebab aku cuma dapatkan kredit/no pin untuk kastemer pastu menjadi tanggungjawab kastemer sendirilaa lepas dapat tu.

Mungkin sebab segan kat aku kot, dia pun cakap xpelaa nanti saya cuba semulalaa. Walaupun aku tau aku tak salah tapi rasa serba salah tu tetap ada, dahlaa dia nak yang 10 takde pastu jadi pulak gini.

Alhamdulillah baru jap tadi dia jumpa aku dan bagitau dah boleh. Dia cakap balik umah semalam baru suami dia bagitau no kod yang betul, maknanya yang budak india tu bagi semalam pun tak betul jugak...kuikuikui.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday 19 September 2011

Aku orang pertama isi borang tu...

Sekarang ni kan sejak bos baru ni macam2 peraturan baru ada. Bermula arini baik staf atau cikgu, sape2 yang nak kluar mesti isi borang pastu jumpa dia sendiri mintak tandatangan.

Tak abih kat situ, borang yang dah ditandatangan tadi tu satu salinan kena tinggalkan kat pengawal keselamatan. Rasa macam budak hostel nak balik rumah hujung minggu pulak kan,huhu...

Pada borang tu jugak kena tulis masa kluar. Baliknya pulak pengawal keselamatan akan catat pukul berapa kita masuk pagar. Pastu kena masuk lagi skali opis sebab kita kena tulis pulak kat salinan yang kat pejabat pukul berapa kita balik. Tak ke cerewet tu...

Arini akulaa orang pertama yang rasmi borang tu sebab pagi2 tadi isteri aku call bgtau kakak tertinggal barang. Nak tak nak aku kenalaa kluar anto barang yang tertinggal tu. Maka ramailaa yang mengucapkan tahniah kat aku sebab merasmikan borang kluar tu, celakak betul....
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday 18 September 2011

Aku bukan mcm mu,taksub!!..

Ni sebenonya pasal bola. Kadang2 aku nak suka dengar bila member2 cakap gitu kat aku. Memang aku tak nafi yang aku dari dulu lagi adalah peminat team Manchester United.

Nak kata aku fanatik giler rasanya tak. Jersi pun tak penah beli yang ori. Masa MU datang buat friendly kat KL pun tak pegi nengok tapi yang bangun tak kira masa nengok kat tv tu biasalaa kan.

Yang aku kelako tu masa team dieorang menang, team aku seri/kalah usah cakaplaa kutuk aku tak ingat ke apa tapi bila team aku memanjang je menang pastu team dieorang pulak seri/kalah mulalaa cakap itu ini.

Konon2nya selama ni bukannya beria sangatlaa, saja2 jelaa. Masa korang kutuk aku takpe tapi bila time aku kutuk korang terus cakap aku ni taksublaa apalaa,hahaha... Tak kelako ke tu.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday 13 September 2011

Janganlaa gaduh2 my friend...

Sehari dua ni kan antara cite yang hangat kat negara kita ni ialah pasal cukai 6% yang akan dikenakan pada pengguna prabayar.

Aku sendiri tak kesah sangatlaa sebab guna postpaid. Walaubagaimanapun aku tetap jugak resah sebab aku ni antara yang menjalankan bisnes topup secara kecil2lan. Resah sebab main dengan sen2 ni kan susah, orang beli rm10 nak kena bayor rm10.60 laa...

Pendek cite semalam aku kluarkan status kat fb aku pasal tax ni. Yang tak syoknya tu dieorang ni duk bertekak, orang ni kata yang tu betul orang tu kata yang ni betul. Makanya aku yang malas nak masuk campur ni idaklaa membalas sebarang komen dieorang semua tu,huhuhu...

Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday 11 September 2011

Makan tak beringat pastu mengidap...

Tadi masa aku tengah duk syok baca paper tetiba isteri aku turun sambil menggaru seluruh badan ajak aku pegi klinik. Setahu aku dia baru lepas mandi.

Bila aku nengok, Ya Allah memang teruk betul kesan gatal tu. Rupa2nya dia kena gegate,huhu... Pikir punya pikir baru ingat yang masa pegi temerloh siang tadi dia ada makan sotong kering bergula.

Selama ni makan sotong yang masak itu ini ok je tapi bila makan yang kering ni tetiba jadi gatal badan. Masa kat klinik dan bila tiba giliran jumpa doktor, ingatkan lepas check doktor terus bagi ubat je.

Meleset sangkaan tu sebab doktor kata kena cucuk. Klu cucuk kat bahu ok lagi, ni kat pung****...kuikuikui. Patutlaa aku rasa nak teman dia masuk bilik jumpa doktor. Selama ni aku tunggu kat luar je. Dah cucuk, ambik ubat apa semua balik sampai umah terus aku sapu ubat tu seluruh badan. Aku harap akan segera baik,Amin...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday 8 September 2011

Nak sebenonya,bukan tak nak...

Nengok pada lama dah tak update blog macam sakan giler aku beraya, padahal tak pun. Sebenonya nak update blog tapi aduhaiii susah nak cakaplaa.

Macam2 yang bermain dalam kepala otak ni dan yang paling banyaknya selain cbuk ngan takde masa ialah malas,huhuhu...

Klu malas nak update blog sendiri saja takpe jugak, ni nak pegi melawat blog korang pun aku malas. Aduuhhh... Sorilaa yek kawan2. Insyaallah laa pasni aku akan cuba rajinkan diri aku ni,hehe...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday 1 September 2011

Hantar mak mentua balik kampung...

Jahat je bunyi tajuk aku tu kan,hehe... Sebenonya semlm adik beradik mak mentua aku ada datang beraya kat umah aku ni. Dalam duk dieorg bersembang2 tu aku dengarlaa dieorg cakap pasal nak cuba bawak mak mentua aku ni berubat cara kampung pulak.

Mak mentua aku ni sbb yang mengajak tu adik beradik dia maka cepat jelaa setujunya. Aku ni tak kisah mana2 pun janji boleh buat dia sihat semula, Alhamdulillah. Ikutkan mak mentua aku nak pegi lepas dia temujanji ngan doktor 5/9/11 tapi aku cakap klu nak pegi baik pegi cepat sbb klu nak tunggu jumpa doktor lambat lagi pulak tu rasanya duk gitu jugak lepas jumpa
doktor pun.

Alhamdulillah masing2 setuju ngan pandangan aku makanya arini aku ngan isteri pun pegilaa anto dia balik kampung. Aku harap sangat2 lepas berubat kat kampung nun nanti akan ada perubahan yang positif pada diri dia. Mudah2an dia boleh berjalan sendiri supaya senang dia nak ke bilik air, takyahlaa nak kena berangkat dan berusung lagi. Bukannya aku dah tak mampu nak buat mende tu semua tapi klu dah ok nanti dia jugak yang senang dan aku tumpang gembira je..