My photo
Mencoret sekadar apa yang dirasakan perlu...

Rakan2 siber...

Monday 23 July 2012

Dia pun nak jugak...

Minggu lepas punya cite ni. Balik keje petang tu, tak tau nak buat apa pastu anak2 cbuk ajak main 'nenek2 si bongkok tiga'. Alaaa game yang sorang kena tutup mata pastu cari orang. Sapa yang kena tangkap dialaa yang jadi pulak. Ke tak betul?.. Hantam sajalaa labuuu,hehe...

Yang selalu jadinya mestilaa aku. Nak tangkap dieorg pulak bukan senang sebab masing2 tak duduk setempat. Macam baby, klu dia duk kat belakang aku dia cakaplaa 'baby kat siniii' pastu bila aku pegi situ dia lari tempat lain pulak. Aahhh sampai bila nak dapat gitu.

Dah puas tu tukar2 pulak tutup mata lepas aku, kakak pastu adik. Dah nengok orang sume tutup mata, last skali baby pun mintak jugak nak tutup mata. Tak bagi kang kecik ati pulak, ok tutuplaa mata dia pulak. 

Skejap je tutupnya, jalan selangkah dua terus bukak. Lemas agaknya kan,kahkahkah...

Ramadan datang lagi...

Rasanya masih belum terlambat untuk aku mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN dan SELAMAT BERPUASA buat korang sume. Pejam celik arini dah ari ke3 kita sume berpuasa dan Alhamdulillah aku bersyukur masih lagi diberi peluang oleh Allah swt untuk terus bersama korang sume menyambut puasa tahun ni.

Friday 20 July 2012

Nak rasa je...

Pokok mempelam ni betul2 dekat ngan bilik pekerja swasta kat blok sebelah makmal aku. Banyak buah kat pokok ni. Beberapa ari lepas aku nengok je makcik2 pekerja swasta duk menjolok buah2 mempelam ni.

Asyik menengok orang je duk makannya, aiii mana boleh jadi. Petang tadi aku nengok jaga skolah aku pulak duk menjolok buah mempelam ni. Pastu makwe kantin skolah pulak duk standby dengan plastik.

Apa lagi dari jauh aku pun soundlaa, bang... jolok banyak2 yek kwn pun nak merasa jugak,haha... Dia pun dari jauh,ok2.. Sebenonya aku bukan nak banyak sangat, nak merasa je maklumlaa esok dah nak puasa kan terliur pulak nengok masa puasa nanti....kui3.

Ambiklaa aku 5 bijik. Memang manis betul wehhh isi dia. Tapi sayang gambo buah tu tak ingat nak ambik. Yang adanya gambo kulit ngan bijik je. Oklaa kulit ngan bijik pun kan, sekurang2nya taklaa korang cakap aku tipu.....hahahaha. 

Budu punya pasal...

Makan tghari semalam memang catat rekodlaa buat diri aku sebab 3 kali tambah nasi. Memula tu ingatkan nak temankan member je pastu nengok ikan peberet aku, ikan kerisi ada. Ermmm apa lagi makanlaa ckit.

Dah ambik ikan kerisi tu nampak pulak budu. Makanlaa aku nasi berlaukkan ikan kerisi ngan budu. Abih makan nasi, ikan ngan budu pulak tak abih lagi. Membazir pulak rasanya so tambahlaa nasi ckit lagi.

Pastu ikan pulak abih, nasi ada ckit lagi ngan budu. Takkan nak makan nasi ngan budu sesaje, order pulak telur dadar. Sambung makan lagi pastu nasi pulak abih, telur dadar tak abih lagi. Tambahlaa nasi kali ketiga dan kali ni barulaa ngam2 abihnya. Nasi abih, telur dadar abih dan budu pun abih....kahkahkahkah. 

Jadual balik...

Nilaa dia jadual balik keje untuk aku dan jugak geng2 makmal aku dalam bulan puasa ni. Jadual ni akan bermula isnin depan. Tak nak bagi berdengki buatlaa dua kumpulan.

Satu kumpulan 'A' satu kumpulan 'B'. Arini kumpulan 'A' balik pukul 330pm, kumpulan 'B' balik pukul 430pm. Esok kumpulan 'B' pulak balik pukul 330pm, kumpulan 'A' balik pukul 430pm dan begitulaa seterusnya selama sebulan ni. Adil kan.....hehe.

Thursday 19 July 2012

Kurma sempena Ramadan...

Kurma ni aku dapat masa pegi makan tengahari tadi. Tokey kantin yang bagi. Memang tiap2 tahun dapat kurma free ni sempena nak menyambut Ramadan kan.


Bukan aku sorang je dapatnya tapi sume cikgu dan jugak staf. Alhamdulillah... Orang kata tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima kan. Apa2 pun aku doakan semoga orang yang memberi dimurahkan rezeki...

Dah puas yang ni...

Tengok punya tengok punya tengok apalaa yang buat blog aku ni nampak buruk. Bila tenung dan renung betul2, rupa2nya kaler dia daaa... Lama dah aku rasa blog aku ni guna kaler putih gini. Nak tukar kaler lainlaa pulak.


Biasalaa kan manusia mana penah puas dengan benda sama je. Betul tak?.. Apa, tak betul?.. Owh maknanya aku jelaa yang jenis gini yek?..huhuhu... Takpe, mana2laa tapi pada koranglaa kan kaler apa yang patut aku cat untuk blog aku ni haa.


Cer bagi idea ckit. Idea yang ikhlaslaa, jangan pulak nak mintak hadiah ke apa ke. Dekat2 nak masuk bulan puasa yang mulia ni buatlaa keje dengan ikhlas skali skale. Cari pahala, ni tak asyik nak mintak upah je,ihiks...

Awal seminit arini...

Ni pasal waktu datang keje. Klu beberapa tahun lepas mesin perakam waktu skolah aku ni guna kad je, senang. Agak2 esok lambat ckit sampai skolah, arini dah kirim kat member mintak tolong slashkan. Agak2 arini nak balik awal ckit sebab ada hal, mintak tolong member tolong slashkan.


Tapi sekarang ni, kennot3 ok sebab mesin sekarang guna thumb print so andai ada yang nak balik awal ke nak masuk lambat ke, kena sendirian berhad. Nak mintak tolong member boleh tapi kena potonglaa jari tu skejap. Ada brannn,hahaha...


Baru2 ni aku kena tegor ngan Cc aku pasal datang lewat. Sebenonya takdelaa lewat sangat2 pun cuma seminit ke tiga minit je tapi yang menjadi masalahnya sebab hampir tiap2 ari. Dia cakap bos besar dah macam perasan dan sebelum bos besar tegor biar dia tegor dulu.


Yelaa aku tak nafikanlaa yang aku memang selalu thumb print antara pukul 730am - 733am. Walaupun begitu aku masih lagi sempat bukak makmal, sempat menyapu dan buat yang patut kat makmal sebelum pelajar2 masuk setiap ari. Namun begitu lambat tetap lambat kan. Mengaku jelaa,kui3...


Semalam aku bertekad pada diri sendiri yang aku akan cuba untuk sampai ke skolah sebelum pukul 730am dan arini aku berjaya. Pagi tadi aku thumb print pukul 729am, maknanya awallaa seminit. Walaupun seminit tetap awal jugak namanya tu kan dan aku berharap akan terus sampai awal pada ari esok dan ari2 seterusnye,hehehe...  

Wednesday 18 July 2012

Hilang...

Adoiii... Bengang betullaa aku. Rasanya arini banyak aku ambik gambo guna henset, konon2nya nak buatlaa n3 baru. Tup tup baru je berhajat nak mengarang kat blog ni, nengok2 henset langsung takde gambo.


Aikkkk!!!!...(terkejut ala2 beruk) Biar betul, mana pegi sume gambo2 dalam henset ni? Pikir punya pikir, ingat punya ingat rupa2nya petang tadi henset ni tetiba 'heng' skejap. Aku pun offkan, cabut bateri pastu on smule.


Lepas on smule tu aku tak nengoklaa kot2 ada yang hilang ke apa sebab sebelum ni ok je takde apa2 pun. Aduuhhhh terus hilang segala idea nak buat n3. Tapi nak buat mcmane kan, takpe nanti aku carilaa smule idea lain untuk buat n3 baru,huhuhu...

Sarapan free lagi...

Allah itu Maha Mengetahui, Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Setiap apa yang kita buat, setiap apa yang berlaku atas kita sume Dia tau kan. Yelaa tak tau mcmane dah setiap kejadian di atas muka bumi ni telah di tentukan olehNya. Betul tak?hehe... Macam ustaz pulak rasanya.


Bulan ni merupakan antara bulan yang paling aku sesak nafas nak menunggu datangnya 25hb iaitu tarikh kluarnya gaji. Bajet betul2 tergelincir bulan ni, mana tak sesak nafasnya.


Tapi tulaa macam aku cakap tadi Allah itu Maha Mengetahui, Maha Pengasih dan Maha Penyayang so Dia tau yang hamba Dia yang sorang ni wallet tengah mengempis makanya Dia pun murahkanlaa ckit rezeki buat hambaNya tu,huhu...


Murahkan mcmane?.. Masa sarapan pagi semalam, biasanya aku ni sebelum makan akan bayar dulu sebab malas dah nak masuk kantin smule untuk bayar. Tengah syok makan, tokey kantin datang bagi balik duit yang dah bayar sebab katanya ada orang nak blanjer. Alhamdulillah syukur...


Pagi tadi pulak bilik guru atas ada buat potluck so dieorg jemputlaa aku n de geng untuk sama2 menghabiskan segala makanan yang dieorg bawak. Macam biasalaa orang cakap rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari kan.


Makanya free lagilaa sarapan aku arini. Syukur kehadrat Ilahi di atas rezeki yang diberi dan terima kasih banyak2 pada yang sudi blanjer aku pagi semalam dan jugak pagi tadi,Amin... Lain kali klu buat lagi jamuan ke apa jangan lupa jemput aku sebab aku ni bukanlaa makan banyak sangat pun,kuang3....hahaha.

Sape kata tak rindu...

Bukannya baru 2,3 n3 aku kluarkan betul tak. Dah beratus rasanya n3 yang aku kluarkan kat blog buruk aku ni so sape kata aku tak rindu nak menaip smule. Klu 3,4 ari tak update pun aku dah rasa lama inikan pulak berminggu2.


Tapi tulaa masalah yang sentiasa membelenggu diri aku ni iaitu MALAS selain masa yang tak berapa nak ada tu membuatkan aku terlepas sokmo nak merepek kat sini,huhu...


Rasanya dah berapa kali aku cakap aku akan cuba untuk merepek kat sini sekerap mungkin tapi tak jugak kan,kui3... Takpe2 korang jangan bimbang sebab aku rasa sekarang ni semangat aku dah betul2 datang smule untuk aku merepek kat blog buruk aku ni.


Pasni jangan pulak bosan yek nak singgah sini sebab aku akan cite segala aktiviti harian yang aku buat. Tak kiralaa samada pasal berapa kali aku kentut ke, berapa kali aku berulang ke tandas ke sume aku akan cite. Ok? Agak2 korang setuju tak?..


Alaaa korang setuju ke tak setuju ke ada aku kesah, betul tak? Hahahaha... Blog aku kan so lantak akulaa nak cite apa pun klu rasa sakit mata ke loye tekak nak muntah ke nak baca, janganlaa singgah sini lagi yek....huhu.

Sunday 8 July 2012

Bila orang besar datang...

Semalam ari sabtu kan tapi aku, rakan2 staf dan cikgu2 kena datang skolah sebab ada Majlis Anugerah Cemerlang dan Alumni. Majlis semalam jadi cbuk sebab tetamu yang datang tu bukan sebarang orang.


Biaselaa bila orang besar nak datang, orang yang tak berapa nak besar ni pun kelam kabutlaa. Sampaikan dengan aku sendiri yang duk kat makmal ni pun berpeluh2 mengemas itu dan ini. Kononnya dibimbangi orang besar tu nak nengok makmal aku.


Apa yang hebatnya makmal aku ni sampai orang tu nak nengok? Owh sebabnya makmal aku ni merupakan makmal paling lama dan orang besar tu pulak penah belajar kat makmal aku ni.


Walaupun begitu dalam hati dan pikiran aku yang tak berapa nak cerdik ni mengatakan orang besar tu tak kan masuknya makmal aku. Mana taknya, orang tu datang untuk majlis anugerah cemerlang dan alumni dieorg so mana ada masenya dia nak nengok makmal apa sume kan.


Dan sangkaan aku tepat sebab orang besar tu sempat pegi satu dua makmal yang dekat dengan dewan je. Aku lega sangat2 bila dapat tau yang orang besar tu tak sempat nak masuk makmal aku,hehehe...


Sape orang besar tu?.. A'ahlaa aku tak bagi tau pun kan,kahkahkah... Lupalaa bukan sengaja pun,kui3... Orang besar tu ialah Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia(KPPM), Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud. Alhamdulillah majlis semalam berlangsung dengan jayanya dan tahniahlaa buat semua yang terlibat.

Friday 6 July 2012

Aktiviti ujung minggu...

Ni kat pantai sepat...
Ni pulak kat pantai area balok, belakang hotel de rhu beach resort... Pasni tak tau lagi nak mane pulak,hehehe...