My photo
Mencoret sekadar apa yang dirasakan perlu...

Rakan2 siber...

Wednesday, 2 November 2011

Sampai hati kau wahai burung...

Seumur idup aku bawak motor rasanya tak penah lagi aku mengalami pengalaman macam semalam. Ada ke tengah elok aku duk melayan perasaan atas motor masa balik keje petang semalam tiba2 pelepek ada benda jatuh kat jaket aku.

Ingatkan apa, tengok2 rupa2nya taik burung. Bertuah punya burung seluas2 alam ni kat atas aku jugak dia buang dia punya taik. Nasib baik kena kat lengan bersempadan ngan bahu, klu buatnya tepat kat muka aku tak ke haru....ihiks.

Memula tu aku ingat nak berenti basuh kat shell pastu bila pikir2 smule aku terus je balik umah. Sampai je kat umah terus bagi kat bibik suruh dia basuh. Nak marah kang burung, takde arahlaa jawabnya bersabor jelaa kan...hehe.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, 1 November 2011

Tak kira sape dah sekarang ni...

Zaman sekarang ni dah tak kira siapa, saman tetap saman. Banyak dah kan berita yang kita dengar/baca yang member saman member, anak saman ayah, adik saman abang dan sabagainyalaa.

Macam yang dalam gambo kat atas tu. Sama2 artis/pelakon takkan laa tak penah berjumpa, bukannya sorang berlakon kat malaysia sorang berlakon kat holiwood kan. Bukan beso mana pun dunia artis malaysia ni, pusing2 jumpa jugak.

Walaupun begitu asal salah cakap ckit je saman terus. Betullaa orang kata kerana mulut badan binasa. Rm50 ribu beb, bukan rm500. Aduuhhh... Puas pulaklaa nak cari duit yang kena saman tu,huhuhu...

:> Pasni Ayen pun nak kena jaga jugaklaa mulut, tak nak cabul sangat sebab takut kena saman....ihiks.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Info minda...

Tahukah anda purata sebatang pensel boleh menulis sebanyak 50,000 patah perkataan atau melakar sejauh 56 kilometer. Tak tau???.. Aku pun ni baru tau,hehe...
Published with Blogger-droid v1.7.4