My photo
Mencoret sekadar apa yang dirasakan perlu...

Rakan2 siber...

Friday 20 April 2012

Takut sangat2...

Arini baru aku tau bahawasanya ada jugak budak2 yang takut nak guna mancis. Selama ni bila nak buat eksperimen yang menggunakan bunsen bunner, dalam satu kumpulan ada 4,5 orang so yang berani jelaa nyalakan bunsen bunner tu.

Tapi tadi cikgu budak2 ni mengajar cara2 nak nyalakan bunsen bunner dan untuk dapatkan nyalaan api kaler biru. So dalam satu2 kumpulan tu setiap orang mesti kena cuba.

Yang kelakonya tu sampai ada yang nak menangis hentak2 kaki sebab takut nak nyalakan mancis. Abih separuh kotak mancis pun takleh jugak nyalakan mancis tu. Nak nyalakan bunsen bunner apetah lagi,huhuhu...

Yelaa kan nak kata tak penah masak kat umah takleh jugak sebab kat umah sekarang ni sume dah guna dapur gas. Kesian punya pasal last skali aku pun tolonglaa nyalakan mancis tu. Barulaa senyum semula, klu tak sedih nengok muka...hehe.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday 18 April 2012

4 abang botak...

Memula tadi yang pakai baju ijau tu duk bersembang ngan aku kat makmal. Lepas dia keluar tu dia datang balik sambil cakap nak ambik gambo. Dia cakap, kena ambik gambo ni bukan senang nak tengok 3 orang botak macam ni sambil ejas kamera henset dia.

Bila aku kluar aku tengoklaa member 3 orang tu duk tengah bersembang depan tandas. Aku cakap kat baju ijau tu suruh dia pegi kat sana pastu biar aku yang ambik gambo.

Dia tanya balik nape pulak. Aku cakap klu awak join skali kat sana lagi ok sebab jadi 4 orang botak. Gampang betul dia cakap kat aku,kahkahkahkah....


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday 17 April 2012

Cbuk amat2 sekarang ni...

Dah beberape ari aku tak update blog aku ni kan. Bukan sengaja sebenonya tapi disebabkan bermula ari jumaat lepas aku dah mula buat keje part time.

Keje apa? Tu yang korang tengok dalam gambo kat atas tu. Van tu member aku punya, drebar lama dia dah dapat keje tetap kat kelantan so terpaksalaa berenti. Nak jadi rezeki aku, satu ari tu dia datang skolah aku. Masa duk sembang kat kantin dalam cite2 tu aku pun tawar diri nak bawak dan dia pun setuju. Alhamdulillah...

'Bas sekolah' tapi aku tak bawak budak2 skolah yek. Aku ambik budak2 politeknik dan kolej shahputra. Kekuatan iman amat penting kat sini sebab klu bawak budak skolah memang sah2 dah dieorg pakai uniform tapi bila bawak budak kolej ni korang paham2 jelaa.

Muka dahlaa cantek, ada yang tak bertudung tu dengan seluar paras lutut, baju pulak ketat nampak ketiak. Sabor jelaa... Tapi setakat 4,5 ari ni kekuatan iman abg Ayen ni masih lagi kukuh,hahahaha...

Masa untuk aku berblog sekarang ni agak terhad ckit sebab isnin sampai jumaat aku start bawak dieorg lepas aku balik keje petang sampailaa malam. Ari sabtu ngan ahad pulak aku bawak dari pagi sampailaa malam. Walau begitu aku tetap akan cuba gaklaa update blog ni untuk tatapan korang semua,hehe...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday 13 April 2012

Belum apa2 dah kena...

Seorang wanita berusia 28 tahun terpaksa menempuh detik hitam apabila dia bukan saja dilibas dengan tali pinggang oleh kekasihnya malah belakangnya turut ditekap dengan seterika panas.

Lebih kejam, mangsa yang menggelupur kesakitan di ruang tamu rumah kemudian disimbah air panas oleh lelaki berusia lewat 20-an itu.

Kekejaman teman lelaki mangsa dikatakan berlaku ketika mangsa bertengkar dengan teman lelaki itu bagi menebus semula barang kemas miliknya yang digadai.

Mangsa mendesak teman lelakinya supaya menebus semula barang kemas miliknya itu menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka. Lelaki itu yang hilang pertimbangan bertindak memukul mangsa.

Bagai dirasuk lelaki terbabit kemudian melibas mangsa dengan menggunakan tali pinggang. Mungkin tidak puas hati, lelaki itu kemudian menekap pula seterika panas ke atas belakang mangsa.

Akibatnya mangsa menggelupur kesakitan di ruang tamu rumah. Sebaik menggelupur lelaki terbabit bertindak lebih kejam dengan menyimbah pula air panas ke atas badan mangsa. Melihat teman wanitanya menggelupur kesakitan, lelaki itu terus meninggalkan rumah.

:--> Apa pendapat korang dengan kejadian ni?..Tu baru berkasih kan dah kena gitu, klu dah kawen nanti?huhuhuhu...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday 12 April 2012

Banyak sangat ke aku makan?...

Pagi ni sarapan aku pulut kuning, karipap dan jemput2. Masa nak bayar tu tokey kantin tanya, tak ngantuk ke makan pulut banyak2 gini? Banyak sangat ke aku makan tu haa? Pada aku biasa je kan,ihiks..

Aku pun cakaplaa kat dia, laaa apa susahnya klu ngantuk tido jelaa. Mana ada ubat lain lagi selain tido,kui3... Korang klu makan pulut ni ngantuk ke?..

Lagipun klu dah nak ngantuk makan apa pun akan ngantuk jugak kan. Makanlaa mee goreng ke nasi beriani ke tapi dah tido malam pukul 3am/4am memanglaa akan ngantuk,hehehe...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday 10 April 2012

Aku lulus...

Aku rasa arini merupakan ari yang cukup gembira buat diri aku. Tak dapat aku gambarkan betapa gembiranya aku arini. Gembira sebab apa?...

Sebabnya aku dah lulus. Lulus apa tu takyahlaa korang tau yek, cukuplaa sekadar aku cakap aku dah lulus....hehehe.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday 9 April 2012

Aku ingat dia giler...

On de way nak balik skolah aku lepas ambik anak2 dari skolah dia tadi aku lalu depan sebuah bank tu. Jalan takdelaa sesak sangat masa tu.

Dalam duk mengikut belakang keta lain tu aku tengoklaa ada sorang mamat duk tengah bercakap sorang2 kat celah keta. Pakaian smart, muda lagi orangnya dan ensem pulak tu.

Dalam hati aku, Ya Allah hai kesiannyalaa kat dia ni muda2 lagi dah giler. Masa tu aku nampak dia dari sebelah kanan. Dalam2 duk bercakap tu dia pun berpusing ke arah aku pastu aku nampak sesuatu kat telinga kiri dia.

Rupa2nya dia tengah bercakap henset guna earphone daaaa. Suka aku sorang2 masa tu, tak pasal2 aku kata dia giler...hahahaha.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Kencing berdiri tepi jalan...

Memang tak malu betullaa manusia 3 ekor tu. Semalam masa aku lalu kat highway jerangau jabor adalaa aku tengok sebuah pajero tu berenti tepi jalan.

Sampai je dekat aku tengok dieorg bertiga duk tengah memuntahkan burung dia. Biasalaa kan macam manusia jugak, kekadang tu ada yang jenis takleh jalan jauh. Rasa nak muntah, gitulaa burung dieorg tu.....hahahahaha.

Nak kencing tu kencinglaa tapi biarlaa jauh ckit dari pandangan orang yang lalu lalang. Ni tak, masa aku lalu tu memang terang terang nampaknya. Bagus lagi kambing dalam gambo tu haa, nak kencing lari masuk dalam semak takut orang nampak.

Berdiri bertiga tu pulak rapat2 kedudukannya cuma hala pancutan tu je arahnya lain2,kahkahkahkah.... Giler betul dieorg tu. Aku pun buat tak berapa nak pandanglaa sebab spesis aku jugak. Tapi cer yang buat tu spesis yang lain dari aku, memang sah2 aku slowkan keta aku,hehehe...

Nasiblaa anak2 aku duk main sesama dia so dieorg tak nampaklaa. Klu dieorg nampak pening pulak kepala aku nak menjawabnya.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday 6 April 2012

Lawak betullaa korang ni...

Salam pagi jumaat dari aku buat rakan2 blogger sume. Pagi ni cuaca kat kuantan sejuk ckit sebab sekarang ni hujan renyai2. Bila sejuk2 gini korang paham2 jelaa kan apa aktiviti yang menyeronokkan,hehe...

Selain tu otak pun semestinya beku ckit so takleh laa nak berN3 yang berat2 sangat. Oleh itu aku nak citelaa pasal yang ringan2 je. Semalam masa aku tak tau nak buat apa aku pun jenguk2laa beberapa blog tu.

Dalam duk membaca blog korang tu aku gelak sorang2. Mana taknya, ayat2 yang korang taip tu kelako sangat pada aku. Dari ayat2 korang tu aku dapat rasa yang korang ni berbakat jadi pelawak. Klu pegi uji bakat raja lawak memang sah2 luluslaa aku rasa,ihiks...

Seronok sangat aku baca. Ada yang berlawak secara selamba, ada yang secara blur dan ada jugak secara sinis. Pendek kata macam2laa. Apa2 aku mintak korang teruskanlaa ayat2 lawak korang masa buat n3 sebab barulaa seronok aku nak baca, tak jemu....kui3.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday 5 April 2012

Harap2 tak dapat surat...

Arini aku cuti sebab sekarang ni aku kat temerloh, ada hal ckit. Penting betul halnya ni yek dah klu pagi2 gini dah ada kat temerloh,ihiks...

Jadualnya aku kena ada kat sini pukul 8. Ikutkan standard perjalanan kuantan temerloh dalam 1 jam setengah tapi tadi masa aku kat tol gambang, aku tengok jam dah pukul 705am.

Dalam hati aku mampuslaa sempat tak sampai ni. Takpelaa tawakkal jelaa. Layan diri sorang2 sesambil ngantuk ckit2 sedar tak sedar sampai kat temerloh.

Terkejut jugak aku sebab bila aku smule tengok jam tangan menunjukkan pukul 750am. Pergghhh boleh tahan jugak yek, tak sampai sejam tuuuu,hehehehe...

Boleh tahan memanglaa boleh tahan tapi aku harap takdelaa sampai sebarang surat lepas ni,kui3...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday 4 April 2012

Tunggu dan lihat jelaa nanti mcmane...

Kabo sudah, pesan pun sudah tapi nampaknya macam masih tak paham bahasa gak. Entahlaa kekadang aku rasa sedih sangat2 sebab aku dah kabo, pesan secara baik dah tu tapi takleh nak ikut jugak.

Takpelaa selagi aku boleh dan mampu bersabar aku akan terus bersabar. Apa2 pun aku tetap bersyukur ke hadrat ilahi sebab masih memberi aku kekuatan untuk aku menghadapinya.

Masih mampu bertenang walaupun dalam hati hanya Allah saje yang tau. Budak2 dengan cara budak2, orang tua pulak dengan cara orang tuanya....adoiyaiii.

Takpelaa aku redha sebab pada aku setiap dugaan dan ujian yang Allah turunkan kat kita tu ada sebab2nya. Lagipun kan orang selalu cakap sabar itu separuh daripada iman. Betul tak???... Haaa time kasih sebab setuju,hehehe...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Terkasar ckit...

Sekarang ni aku cbuk dengan eksperimen yang menggunakan air batu. So mase cikgu nak guna air batu tadi aku pun ambiklaa dalam peti. Nama lagi batu kan mestilaa keras.

Tarik punya tarik, ambik kau...... patah,huhuhu... Walaupun patah terpaksa jugaklaa guna bekas tu sebab klu tak guna kang takut tak cukup pulak ais.

Tunggu aku order bekas baru nanti baru boleh buang yang patah ni. Biaselaa nak buat mcmane kan,hehehe...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday 3 April 2012

Orang boleh buat macam2...

Kelako betullaa aku rasa. Sebab tulaa aku nak nasihatkan sahabat2 pompuan sume yang mana suka ngat kumpul/tayang gambo kat internet terutamanya facebook sekarang ni.

Buang atau simpanlaa kat tempat yang lebih selamat. Bukan aku nak dengki ke apa tapi dengan gambo2 tu macam2 orang boleh buat kat kita.

Aku cakap ni pada yang nak dengarlaa yek, klu yang tak nak dengar tu terpulanglaa sebab aku tak paksa ni. Masing2 dah besor belake, boleh pikir baik buruknye kan.

Berbalik smule pasal gambo kat atas tu. Sebab apa aku kabo kelako sedangkan pada korang tak kelako pun kan,hahaha...

Kelako pada aku sebab nama dia tu lagipun aku rasa ni mesti kes dengki maklumlaa bro tu kan ramai pompuan yang tergila2kan dia. Yelaa orang ensem katakan tapi tulaa susah gak klu muka ensem sangat, betul tak?

Nasiblaa aku ni Allah kurniakan rupa yang 'ala2' ensem je (sape yg rasa nak muntah,silakan.....kahkahkahkahkah). Klu Allah kurniakan rupa yang ensem kat aku, entahlaa apa jadi kat aku kan.....hehehe.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday 2 April 2012

Pakcik duda dapat anak dara...

Akhirnya pada usia 61 tahun, Aminah Alias menamatkan zaman anak daranya semalam selepas selamat diijabkabulkan dengan duda beranak 6 serta mempunyai 40 cucu dan 13 cicit.

Pesara Pembantu Jabatan Kemajuan Masyarakat(Kemas) sejak empat tahun lalu itu kini bukan saje bergelar isteri malah ibu, nenek dan moyang segera, sesuatu yang tak pernah dijangka olehnya namun bersyukur kerana hatinya terbuka untuk menerima Shahrin Dais, 83 tahun sebagai suami.

Aminah berkata masih sukar untuknya menerima kenyataan sebagai isteri pada usia sekarang namun percaya jodohnya sudah ditetapkan bersama Shahrin.

Dia mengaku mempunyai ramai kawan lelaki ketika muda namun sikap anti lelaki yang menebal menyebabkan hatinya tidak terbuka untuk berkahwin.

Namun selepas bertemu Shahrin, saya terus bersetuju untuk menjadi isterinya. Mungkin inilaa jodoh, katanya. Sementara Shahrin berkata dia juga tidak menyangka pertemuan kali pertama dengan Aminah di sebuah warung kopi membawa kepada perkahwinan.

Menurutnya ketika pertemuan kali pertama itu dia terus jatuh hati kepada Aminah sebelum sepakat membuat keputusan mendirikan rumahtangga.


:--> Tahniah dari Ayen buat pakcik Shahrin. Pakcik memang hebat,kui3...


Published with Blogger-droid v2.0.4