Pertama skali aku nak ucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi memanjangkan umo aku dan terus memberi peluang untuk aku terus idup bersama isteri dan anak2 tersayang serta membuat amal dibumiNya ini. Kisahnya ni dua malam lepas tapi arini baru boleh cite maklumlaa kan berukbeng dan takde ni, paham2 jelaa.
Lepas maghrib tu macam biasalaa aku anto dua orang ni pegi ngaji. Aku dah pesan kat diaorg yang aku akan ambik lepas solat isyak nanti, klu lambat ckit tunggulaa skejap.
Pendek cite masuk je kat jalan utama masa tu lampu isyarat kaler ijau, aku terus ke lane tengah sebab nak masuk ke kanan. Lane kanan skali tu untuk yang nak buat u-turn. Masa dah dekat dengan simpang tu 2,3 kali aku nengok kat cermin sisi yang keta kat lane kanan skali ni cukup laju so aku pun slowlaa ckit sebab aku rasa lain macam je keta tu.
Rupa2nya memang ye keta yang duk kat lane kanan skali tu pegi terus. Punya laju dia bawak sampaikan batu2 kecik atas jalan abih terkena kat muka aku. Dengan berkain pelikat, helmet tak pakailaa sebab aku pakai kopiah. Korang dapat bayangkan tak andai aku dilanggar dari belakang masa tu.
Aku sendiri pun tak dapat nak bayangkan, melayang dengan kain2 pelikat. Klu pakai spender ok lagi, buatnya tak pakai lagilaa haru...huhuhu. Tapi aku pakai spender yek masa tu. Waktu tu otometik dalam hati aku terus cakap 'celake punya keta'. Padahal on de way nak ke masjid tu tapi dah geram punya pasal kan,ihiks....
Korang nak tau keta jenis apa tu......
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Keta yang aku impi2kan dulu tapi sekarang tidak lagi sebab tak mampu,huhuhu.... Aku rasa bukan orang kuantan sebab klu dia orang kuantan mesti dia tau kedudukan lorong jalan tu. Lagipun aku nengok plat keta tu plat johor. Apa2 pun aku harap pemandu keta tu akan lebih berhati2 lepas ni sebabnya pada aku cara pemanduan dia memang membahayakan orang lain....