Sempena ari jumaat yang mulia ni sama2laa kita bermuhasabah diri dan saling ingat mengingati sebab sebagai manusia kita tak dapat lari dari sifat lupa...
Rakan2 siber...
Friday, 30 March 2012
Thursday, 29 March 2012
Semua terkejut...
Selalunye rutin pagi aku dalam pukul 830am - 845am aku ke kantin untuk sarapan pagi ngan member2. Tapi semalam aku dah dengar ada suara2 yang berbunyi sebab katanya aku takde kat makmal waktu kedua.
Memang tak dinafikan dalam seminggu tu adalaa 2,3 ari dalam jadual ada kelas waktu kedua. Walau begitu sebelum pegi aku cakap dulu kat cikgu tu dan dia sendiri kata ok, ok.
Takpelaa yang tu tapi apa yang aku nak cite sekarang ialah pagi ni dalam jadual waktu kedua ada kelas. So pukul 815am tadi aku pegilaa kantin.
Masing2 bila tengok je aku ambik polistrin untuk bungkus, sume buat muka pelik. Ada yang cakap, aiii tak nak berkawan ngan orang dah ke sekarang. Ada yang perli buat2 tanya arini ari apalaa. Yang mengutuk usah cakaplaa,hahahaha.... Celakak betul dieorg.
Yelaa memang dieorg sume pelik sebab selama ni aku makan kat kantin, bersembang ngan dieorg tetiba arini aku bungkus pulak. Apa2 pun sebelum nama aku disebut dalam mesorat baik aku buat baik dulu...hehehe.
Wednesday, 28 March 2012
Puteri bongsuku...
Hai pakcik, makcik... Selamat ari rabu. Cantek tak saye?hehehe...
Tuesday, 27 March 2012
Saya tak merokoklaa...
Tadi lepas abih mesorat staf, aku balik makmal sebab nak kemas apa yang perlu ckit2 sebelum balik. Dah siap apa sume aku pegi opis nak jumpa member.
On de way ke opis aku dengar ada orang duk bersembang dalam satu bilik tu. Apa lagi aku pun masuklaa. Tengok2 ada dua orang tengah bersembang pasal mesorat tadi sambil merokok.
Aku pun tumpanglaa skali. Tumpang bersembang yek bukan tumpang merokok. Bilik tu pulak bertutup so korang paham jelaa. Ikutkan lemas memang lemas dengan asap rokok tu tapi sebab topik perbincangan hangat tahan gaklaa,hehehe...
Abih sembang je kluar dari bilik terus menusuk idung bau asap rokok melekat kat baju. Sampai kat opis adalaa dua orang makwe duk kat kaunter, sorang cikgu sorang juruteknik komputer.
Tak sempat lagi nak bukak mulut dieorg terus tegur aku, abg ayen isap rokok ke? Ish... Mane ada, abg ayen tak isap rokoklaa. Lepas aku cite apa sume barulaa dieorg paham.
Bukan apa, kan kawasan skolah kawasan larangan merokok so bila dah bau tu kang nampak sangat aku merokok padahal aku ni manelaa penah isap rokok. Selain dari rokok penahlaa jugak isapnye,kuang3......hahahaha.
Lewat giler...
Letih ke apa aku tak tau sebab yang pasti aku lambat sangat2 bangun pagi arini. Korang bayangkanlaa pukul 7 baru sedar. Takleh bayang? Takleh sudah...
Nasiblaa aku terdengar bunyi apa entah tadi yang membuatkan aku tersedar. Klu tak mampuslaa aku, dahlaa arini ada masa pertama kelas masuk makmal,huhuhu...
Tapi alhamdulillah berkat ketenangan yang ada dalam diri ni aku lewat 4 minit je,ihiks... Insyaallah aku akan pastikan pasni kejadian ni tak kan berulang lagi.
Mesti ada yang cakap, elleehhh yelaa tu.Takpe kita tunggu dan lihat jelaa nanti,hahahaha...
Friday, 23 March 2012
Apa kata korang...
"RM0.00 Perhatian kpd 013x1x6x9x, anda diminta tebus BONUS Servis SMS Kandungan Skrg! Sms ON KB ke 39977. Jgn Abaikan.
DTech8062707"
Aku selalu sangat dapat mesej gini tapi selama ni bentuk mesej dia tu biase2 je tapi kali ni lain ckit. Yang aku tak tahan tu siap pesan 'Jgn Abaikan',huhuhu...
Dia ingat aku ni bodoh sangat gamaknya. Andai betul skalipun takpelaa, sedekah jelaa kat orang yang memerlukan sebab aku memang tak kan caye mesej2 gini.....ihiks.
Tapi aku yakin klu dalam sehari dia anto seribu mesej gini sekurang2nya seorang dua pasti ada yang terjerat kan. Nak2 klu yang dapat tu budak2 tak ke suka dieorg.
Apa kata korang pulak tentang mesej2 gini...
Wednesday, 21 March 2012
HATI2 sebab manusia skrg makin menjadi2...
Kesah pasal culik menculik akhir2 ni makin menjadi2. Ada yang culik pastu mintak duit, ada yang culik pastu rogol. Ok lagi tu kan sebab walau duit abih, maruah diri tergadai tapi masih boleh bernafas.
Makin lama manusia jadi makin teruk sampailaa sekarang ni manusia sanggup culik pastu bunuh. Dia tak kira orang yang dia culik tu orang tua ke budak kecik ke.
Sebabnya kerana sakit hati, cemburu, dendam dan mcm2laa. Hidup kita sekarang ni sebenonya betul2 dah tak selamat sebab klu dulu kes culik ni berlaku bila seorang pompuan tu berjalan sorang2 kat tempat sunyi tapi sekarang ni berjalan ramai2 kat tempat orang ramai pun kena culik jugak.
Ada sesetengah kes tu orang duk dalam kawasan umah, kadang2 duk dalam umah sendiri pun kena culik. So kat mana selamatnya kita sekarang ni.
Aku sendiri pun kadang2 takut gak jalan sorang2. Yelaa buatnya tetiba datang pompuan 3,4 orang culik aku pastu dia cabul. Mcmane??? Dah klu ramai2 gitu nak tak nak terpaksalaa biarkan je diri dicabul kan,kahkahkahkahkahkah....
Apa2 pun dalam dunia yang semakin menakutkan ni kita kena sama2 memberi perhatian yang lebih pada diri sendiri, anak2 dan orang yang kita sayang sebab manusia sekarang sanggup buat apa saje. Klu dia nak dia tak kira hak orang ke apa, dia akan ambik jugak....huhuhu.
Monday, 19 March 2012
Main pasir kat Teluk Chempedak...
Sabtu lepas sebelum balik umah mak aku, anak2 cbuk ajak pegi pantai Teluk Chempedak nak main pasir. Dieorg dah pegi ngan ibunya pagi tu tapi biaselaa budak2 kan, mane puas so ajak pulak aku pegi sebelah petangnya.
Lama betul dah aku tak pegi ke pantai ni padahal tak jauh mane pun,ihiks... Klu dah duduk tepi pantai makanya macam2 mendelaa aku dapat nengok.
Ada yang main layang2, ada yang buat aktiviti macam aku ngan anak2 dan yang paling best nengok ialah pasangan kekasih yang bermesra2an kat tepian pantai. Main suap2an, cuit sini cuit situ, ada jugak yang main baring2 pendek kata macam2 ada.
Seronok kan maklumlaa sedang bercinta, segalanya indah belaka. Semuanya ni bukan aku intai tau tapi berlaku berhampiran dengan anak2 aku main. Kan salah satu tanda dunia nak kiamat ialah setiap perlakuan maksiat tiada lagi berselindung serta dilakukan di khalayak ramai tanpa rasa bersalah. Nilaa salah satu sebab aku jarang nak bawak anak2 ke tempat gini. Aku tak nak dieorg tengok perkara2 negatif untuk masa depan dieorg.
Klu yang cina usah cakaplaa, baju seksi yang biase orang pompuan kita buat tido dieorg selamba je pakai kat orang ramai. Dieorg takpelaa kan, tak kira dosa pahala.
Apa2 pun bagi aku terpulanglaa pada diri masing2 nak menentukan cara idup masing2 kan. Siapalaa aku nak menegur, kuasa pun tiada lagipun zaman sekarang silap tegur tak pasal2 kita yang kena balik.
Makanya dengan iman yang serba kurang ni, tengok jelaa yang mana boleh buat penyedap mata....hahahaha. Yang pasti aku bahagia bila nengok anak2 gembira.
Sunday, 18 March 2012
Korang boleh???..
Aku ni klu bab makan sayur memang gagal, tak taulaa nape. Sebab tak diajar dari kecik kot. Tapi tak jugak kan sebab kadang2 ada orang tu masa kecik dulu tak makan tapi dah besar makan pulak.
Macam aku ni klu masakan yang aku nak makan tu ade banyak sayur, ginilaa selalunye aku buat. Klu tak memang slowlaa ckit mood nak makan tu,huhuhu....
Thursday, 15 March 2012
Adoiiilaaa Ayen...
Malam semlm aku ngan adik beradik lain kluar makan sebab nak sambut besday kakak aku. Pendek cite on de way balik tu aku singgah kat shell, nak isi minyak.
Yelaa kan singgah shell mesti nak isi minyak, tak kan singgah shell nak beli kasut.....kui3. Aku klu tengah2 bulan gini biaselaa cash mesti dah kureng.
So apa lagi kad kreditlaa jawabnya. Sampai je, pegi kat pam kluarkan kad bonus link apa sume terus jolok.
Skali jolok dia cakap transaksi gagal. Aku jolok skali lagi pun sama gagal. Dalam kepala aku mesin kad pam ni poblem kot. Pegi kat kaunter dalam, akak kesyer tu cakap ok mesin tu tapi klu takleh tak taulaa.
Aku pun sebab malas nak lama2 terpaksalaa guna cash jugak. Balik semula kat pam dan masa nak masukkan balik kad dalam wallet tu baru aku perasan.
Rupa2nya bukan kad kredit yang aku jolok tadi tapi kad bank daaaaa. Anak sulung aku punya gelak bukan main lagi, apalaa abah ni dia cakap.
Aku sendiri pun memang takleh tahan. Duk gelak sorang2 dalam perjalanan tu. Apalaa bengong sangat aku malam semlm pun aku tak tau,hahahaha...
Monday, 12 March 2012
Kita kena ambik perhatian...
Suka aku baca salah satu tajuk dalam paper metro arini. Fenomena "Ternak anak"... Ramai ibu bapa hanya tahu sedia makan dan minum tetapi gagal beri ilmu keagamaan.
Kita (ibu bapa) sekarang ini hanya tahu 'ternak anak' tetapi yang lain kurang. Mampu memberikan duit belanja tetapi dalam soal asuhan ramai yang lepas tangan. Kata Pegawai Psikologi Kanan UiTM, Sulaiman Selamat.
Beliau berkata, walaupun tanggungjawab ibu bapa menyediakan keperluan fizikal seperti makan dan minum tetapi peranan lebih besar perlu dipikul golongan berkenaan termasuk melengkapkan anak2 dengan ilmu agama.
Tujuannya sudah pasti untuk membimbing kehidupan mereka supaya tidak lari dari tanggungjawab dan terjebak dengan aktiviti kurang sihat.
Suka atau tidak ibu bapa perlu main peranan dan bukan hanya 'menternak anak', katanya.
Oleh itu aku sebagai bapa, korang jugak wahai bapa2 dan ibu2 serta bakal2 bapa dan bakal2 ibu kenalaa sama2 ambik berat perkara ni supaya zuriat keturunan kita kelak tidak terjerumus dengan perkara yang kurang sihat, Amin.....
Friday, 9 March 2012
Beza antara abah ngan ibu...
Macam yang korang taulaa kan setiap pagi jadual menganto anak2 ke skolah akan digalas oleh ibunya sebab anak2 masuk skolah pukul 745am.
Ibunya masuk keje pukul 8am makanya elok sangatlaa lepas anto anak2 terus dia masuk keje. Aku bukan takleh nak anto tapi aku masuk keje pukul 730am.
Tapi pagi ni aku terpaksa anto anak2 sebab ibunya mc, tak sihat. Bila abah menganto paham2laa kan memang nak kena awallaa ckit. Dalam duk kelam kabut tu sampai je kat skolah tengok2 beg makanan tertinggal,huhuhu...
Rupa2nya masa aku pegi skejap tu bibik dah tepon banyak kali nak bagitau beg tu tertinggal tapi aku tak dengar sebab tepon aku duk dalam beg keje kat belakang.
Nasib arini ari jumaat, dieorg balik pukul 12 lebih. Yelaa memang dieorg boleh beli kat kantin tapi sekurang2nya klu ada bekal tu bolehlaa buat alas perut sementara waktu kan.
Tapi mende dah nak jadi nak buat mcmane, betul tak? Nilaa beza antara abah ngan ibu. Takde arahlaa dah abah anto skali skale je,ihiks...
Thursday, 8 March 2012
Dengan aku senang je...
Arini tghari aku tak cbuk sangat walaupun dalam jadual ada kelas smpai pukul 415pm. Ari lain smpai pukul 240pm je. Pulak tu tghari tadi aku tak ambik anak2 sebab ibunya ambik.
Lepas makan kat kantin tadi, mata ngantuk pastu dalam kepala bolehlaa tido pasni kat makmal sebelum solat asar. Sampai kat makmal aku tengok kat papan putih ada macam latihan.
Sambil tutup pintu makmal terdetik gak dalam hati, sape pulak yang tulis sebab rasanya sebelum aku pegi makan tadi takde cikgu yang masuk.
Rupanya masa aku makan kat kantin ada cikgu datang tulis awal2 sebab dia ada keje lain. Aku baru je nak lelap mata datang pelajar ketuk pintu. Aduuuhhhhh kacau betullaa budak2 ni dalam hati aku.
Dieorg cakap cikgu suruh salin dan jawab latihan kat papan putih tu. Aku cakap ok masuklaa. Tak lama pastu aku pun cakaplaa sapa yang dah siap anto pada aku kat depan.
Dah sume anto tu aku cakap ok boleh balik padahal masa ada lagi 15minit,hehe... Masing2 dengar boleh balik sukalaa. Terus je ketua kelas cakap, banguuunnn.... terima kasihhh cikgu. Baca doa apa sume pastu balik. Sukanya dieorg boleh balik awal tadi.
Dieorg suka boleh balik awal tapi dieorg tak tau yang 'cikgu' ni lagi suka sebab boleh sambung tido ckit lagi. Main ngan aku senang je,hahaha...
Tiada motif...
Guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari... Ye ke? Tapi yang pasti aku memang jarang sangat2 kencing berdiri. Aku suka kencing sambil duduk mencangkung,ihiks...
Eh apa motif aku buat n3 ni? Ntahlaa takde apa2 pun tapi mungkin sebab aku ni baru balik dari tandas kot. Jangan marah yek sahabat2 sume,hahahaha....
Wednesday, 7 March 2012
Gambo berceloteh...
Pagi2 gini mood nak mengarang memang kureng ckitlaa. Walaupun aku ni tak mengalami masalah period macam orang pompuan kan,hehehe...
Tapi korang paham2 jelaa mood pagi so korang bace jelaa lawak dalam gambo kat atas tu yek,hehehe...
Monday, 5 March 2012
Sape setuju angkat tangan...
Sebenonya cadangan yang nak dibuat ni bukan kat Malaysia yek tapi kat Indonesia nun. Cadangan apa?...
"Gaji beribu-ribu penjawat awam lelaki dimasukkan ke akaun isteri mereka sebagai langkah kerajaan tempatan untuk menghentikan mereka daripada menjalinkan hubungan dengan perempuan lain.
Pejabat Pentadbir Gorontalo di utara Sulawesi mengeluarkan saranan itu dan berkata ia akan dapat membantu mengawal wang yang biasanya dibelanjakan untuk wanita simpanan.
Jurucakap kerajaan berkata, lelaki biasanya tidak dapat mengawal perbuatan mereka sekiranya mempunyai banyak wang dalam poket.
Saya yakin ia dapat mengurangkan hubungan dengan perempuan lain yang akan menjatuhkan institusi kekeluargaan".
:-> Agak2 blogger lelaki setuju tak? Blogger pompuan takyah tanyelaa kan, mesti sume setuju aku rasa....huhuhu.
Saturday, 3 March 2012
Makan gaji butakah aku?...
Arini aku keje sebab skolah aku ganti cuti aritu. Ikutkan klu aku tak datang pun takpe sebab budak2 bukannya masuk makmal pun.
Geng2 makmal lain sumenya tak datang. Aku sorang je datangnya....hehe. Nape aku rajin sangat? Takde yang pelik pun.Sebabnya ialah skolah anak2 aku pun skolah jugak arini.
So klu aku duk melepek kat umah nanti dieorg balik skolah aku kena pegi ambik jugak kan. Dari itu baiklaa aku pegi keje. Lagipun arini guna jadual ari jumaat so pukul 12 dah balik. Bukannya cbuk pun, datang pagi bukak pintu makmal bace paper sambil dengar radio.
Pastu pegi sarapan kat kantin lepak, sembang ngan cikgu2 dah pukul brape dah....ihiks. Abih kat kantin pegi pulak merayap sane sini sedar2 dah nak balik,kui3...
Tapi korang tak boleh cakap aku makan gaji buta kan sebab klu ikutkan aku tak datang pun takpe tapi aku sendiri yang ikhlas nak datang, so? So what? Whats up bro. Lu pikirlaa sendiri,hahaha...
Friday, 2 March 2012
Malunye akuuuu...
Tadi lepas solat jumaat, aku singgah kat Cimb bank jap sebab nak bayor kad kredit. Orang taklaa brape ramai sangat masa tu.
Masuk je pintu aku tengok suasane dalamnya dah berubah. Lagi nampak luas dari kebiasaannya. Dengan bangganya aku terus pegi kat mesin nak bayor tu.
Orang kat mesin sebelah adelaa tapi kat mesin tu takde so dengan romentiknya aku sambil lewa bukak beg duit pastu bukak pulak tab sebab nak tengok nombor kad.
Pakcik jaga bank tu ada kat belakang duk menengok orang kluar masuk. Mgkin kat aku pun dia tengok jugak kot,ihiks...
Dah lama duk berdiri kat situ, dah stanby nak tekan butang2 kat mesin tu skali aku tengok lain macam je mesinnya. Rupa2nya tu mesin nak kluarkan duit daaaaa,huhuhu...
Dengan buat muka tak salah aku pun pegilaa kat mesin sebelah pulak. Pakcik jaga tu tengok je kat aku tapi aku buat macam takde ape yang berlaku sebab malu kan,hahahaha....
Thursday, 1 March 2012
Li Tua Di Langkawi...
Salah sorang pelumba bergambo dengan peminat,hahaha...
Arini pelumba2 beskal Li Tua Di Langkawi sampai ke kuantan. Masa aku nak kluar ambik anak2 balik skolah tadi aku terserempak ngan Cc. Dia baru balik dari kluar ke mane entah.
Dia tanya aku nak ke mane. Aku bagitau nak pegi ambik anak. Dia cakap haaa siaplaa bertape dalam keta sebab beskal dah nak sampai tu. Sume jalan dah start tutup.
Penamat dieorg dalam bandar, skolah anak2 aku pun dalam bandar makanya korang paham2 jelaa. Memula aku ikut jalan dekat, puas menunggu sebab polis asyik lepas keta yang kat jalan utama je.
Aku pun apa lagi pusing balik pastu pegi ikut jalan lain pulak. Alhamdulillah ok. Tapi bila nak balik yang tak oknya. Hampir satu jam aku duk bertape dalam keta ngan anak2. Jalan dah mula tutup sepenuhnya sebab pelumba2 dah hampir tiba.
Walaupun lama duk menunggu tapi aku puas sebab anak2 suka hati dapat nengok dari dekat pelumba2 beskal tu...