My photo
Mencoret sekadar apa yang dirasakan perlu...

Rakan2 siber...

Saturday 31 December 2011

Kurangnya sivik dia...

Sebenonya aku dah lupa mende ni tapi tak tau mcmane tetiba datang teringat semula. Dah alang2 dia datang kat ingatan aku ni baik aku cite kan,hehe...

Kesah ni berlaku ari khamis lepas, aku pegilaa makan pagi ngan member2 kat sebuah warung tu. Warungnya biasa2 je tapi sebab makanan dia sedap makanya orang sentiasa ramailaa.

Lupakan pasal sedap tak sedap tu sebab apa yang aku nak cite ni adalah pasal sorang mamat tu. Orangnya aku rasa memang cerdik pandai sebab pakai baju batik. Kerja kerajaanlaa tu sebab ari khamis kan kakitangan kerajaan kena pakai baju batik.

Masa tu aku dah lepas makan cuma nak abihkan kuih je ckit lagi. Meja pulak betul2 belakang sinki. Datanglaa mamat sorang tu nak basuh tangan ke apa aku tak tau. Dalam duk kat sinki tu tetiba aku dengar bunyi dia buang hingus, srreeehhhhh!!!!... Kuat pulak tu.

Terus dalam hati aku berkata kuang asam betullaa mamat ni selambe je dia buat gitu. Orang tengah ramai kuat pulak tu. Aku tak taulaa orang lain dengar ke tak tapi yang pasti memang aku dengar dengan jelas perbuatan dia tu. Takde sivik betullaa kan...
 

Selamat datang 2012...

Selamat melabuhkan tirai tahun 2011 tepat jam 12 malam nanti dan selamat datang tahun baru 2012. Banyak sangat kenangan pahit yang aku alami dalam tahun 2011.

Apa2 pun segalanya telah berlalu dan akan aku jadikannya sebagai pengalaman dan pengajaran paling berguna dalam hidup aku. Orang kata pengalaman itu mematangkan, ye ke?.. Yelaa kot.

Akan aku cuba untuk membuang jauh2 segala kedukaan itu agar tidak mengganggu pikiran dan hidup aku ini. Sekarang aku rasa makin tenang, makin gembira dan makin selesa.

Dengan hadirnya tahun baru 2012 nanti diharap akan memberi sinar baru dalam hidup aku ini. Aku akan cuba baiki segala kekurangan diri agar aku dapat capai apa yang aku ingini,Amin....


Published with Blogger-droid v2.0.2

Friday 30 December 2011

Buat lagi,aku tutup lubang tu...

Ni kesah semalam tapi aku nak cite jugak. Bukan sebab nak tunjuk aku ni rajin walaupun aku tau aku memang rajin,kuikuikui...

Dalam banyak benda yang aku cuci, tang kipas atas meja guru nilaa yang aku lemah ckit. Mana taknya kipas ni memang jadi tempat kegemaran burung2 untuk bertenggek.

Klu setakat bertenggek saje takpe tapi ni dahlaa bertenggek siap buang taik lagi kat atas meja guru. Bila dah gitu yang susahnya sape?.. Akuuuuuu jugak.

So lepas aku cuci semalam, aku terus bagitau kat bos aku yang klu lepas ni ada lagi taik burung kat situ, aku nak mintak peruntukan untuk tutup lubang kat atas pintu makmal yang selalu jadi tempat burung tu kluar masuk.

Alhamdulillah bos aku pun setuju dengan permintaan aku tu. Dia cakap takpelaa klu pasni burung2 tu masih buat hal lagi, tutuplaa.hehe...


Published with Blogger-droid v2.0.2

Baru punya beb...

Cer korang nengok kat bahagian 'ruangan sembang' aku kat sebelah tu. Kosong je kan, yelaa tak kosong apanya benda baru. Aku tak taulaa betul ke tak tapi aku baca kat blog2 orang ada yang kata yang shoutbox lama tu dah nak ditamatkan perkhidmatan percumanya. Aku pun apa lagi dah ada peluang dan kesempatan ni teruslaa tukar pada yang baru ni. Ok gak kan,hehe...

Skolah anak...

Arini aku cuti sebab kena pegi skolah anak untuk majlis orientasi murid tahun satu. Masa anak sulung dulu oklaa jugak sebab dia punya fizikal besar ckit, ni adik. Aduuhhhh...

Tapi yelaa kan orang cakap jangan pandang sebelah mata kan, walaupun kecik setakat ni alhamdulillah anak kedua aku ni takde masalah untuk menyesuaikan diri dengan kawan2 baru.

Aku harap sangat anak kedua aku ni akan mengikut jejak anak sulung untuk menjadi yang terbaik dan cemerlang, amin...


Published with Blogger-droid v2.0.2

Tuesday 27 December 2011

Kita cbuk dieorg pun cbuklaa...

Minggu ni kan minggu akhir cuti skolah. Minggu ni jugaklaa aku ngan geng2 makmal lain akan cbuk untuk menyiapkan segala keje2 yang tak beres lagi.

Dengan stok yang tak setel2 lagi. Fail yang dua tu oklaa jugak setelnya tapi yang jadi masalah sekarang ni ialah fail bahan kimia, pening kepala aku.huhu....

Dengan cuaca yang hujan dan lembab ni, mood pun jadi lembab jugak. Nak buat blog lagilaa lembab rasanya sebab otak jadi tepu tak tau nak mengarang cite.

Jap lagi pulak dengar cite ada skolah nak buat lawatan kat makmal. Aduuhhhh.... Dieorg ni dah nak bukak skolah pun nak buat lawatan lagi. Orang duk cbuk nak mengemas/membersihkan makmal dieorg cbuk pulak datang nak melawat.

Yang aku jadi lagi serabut tu sebab makmal aku penuh dengan buku2 koperasi. Sekarang ni kan parent2 cbuk datang beli buku untuk anak2 so makmal aku sebelah ngan koperasi makanya jadi transit bukulaa sebab ruang koperasi sempit tak muat nak simpan buku dengan jumlah yang banyak.

Esok aku nak basuh makmal so nak tak nak arini aku akan bagitaulaa kat cikgu koperasi supaya clearkan semua buku2 tu. Tak kanlaa kerana dieorg aku nak biarkan makmal aku kotor. Skolah nak bukak dah minggu depan.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Friday 23 December 2011

Lama dah x main ni...

Malam semlm aku dapat mesej dari nombor yang aku tak kenal. Bila baca mesej tu dia nak ajak main bowling rupanya. Tanya punya tanya rupa2nya kerani pejabat.

Aku ni pun sebenonya dah lama tak main bowling so dah kebetulan pulak dia ajak, apa lagi setuju teruslaa. Lagipun member2 aku yang lain pun ada join gak, oklaa tu.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Thursday 22 December 2011

Sakitnya kepala...

Lama tak bersiaran bukan sebab saje2 tapi sebab sakit kepala. Memang sakit gua cakap lu. Sakit sangat2, tak penah lagi aku kena macam ni.

3 ari aku tak mampu nak bangun. Aku rasa puncanya ialah masa nak balik keje petang jumaat lepas. Waktu tu ujan lebat giler dengan angin kencang so mgkin akibat kena ujanlaa.

Start pagi sabtu sampailaa ke ari senin aku tak mampu nak buat apa2. Aku rasa macam nak cabut skejap kepala letak tepi. Malam tak boleh nak tido. Pegi klinik, lepas makan ubat apa sume pun tak jadi gak.

Last2 skali aku ambik air zam zam yang ayah/mak aku bawak balik dari tanah suci baru2 ni, sapu kat kepala sambil tu aku lekat pulak kool fever kat dahi. Alhamdulillah kesannya bertambah baik.

Sekarang ni dah ok dan aku rasa macam diri aku ni ibarat mati hidup semula,huhu...


Published with Blogger-droid v2.0.2

Thursday 15 December 2011

Jiwa kacau...

Tak penah lagi aku rasa macam ni sebelum2 ni. Betul2 aku rasa bengong 2 ari ni. Tapi alhamdulillah aku bersyukur kerana masih diberi kekuatan oleh Allah swt untuk aku terus tabah.

Orang kata setiap ujian yang diberi itu adalah untuk menguji sejauh mana kuatnya iman kita kan. Kegembiraan dan keseronokkan yang kita rasai bukannya akan terus dirasai sepanjang masa betul tak? Sampai masa dan ketikanya kita akan merasa juga saat duka dan kecewa.

Sebab tu ada orang cakap hidup di dunia ni ibarat putaran roda,ada masa kita kat atas ada masa kita kat bawah. Langit tak selalunya cerah, mungkin sekarang ni aku esok lusa kita tak tau sape pulak kan yang akan diuji oleh Allah swt. Oleh itu sama2laa kita redha dengan setiap ujian yang diberi olehNya...


Published with Blogger-droid v2.0.2

Tuesday 13 December 2011

Aku seronok tgk anak2 seronok...

Ni sambung kesah nak pegi kl semalam. Klu semalam setakat berenti kat r n r kan sebab ada batu tu tapi arini aku pendekkan cite setelah kiteorg sampai kat umah kakak aku.

Sebenonya umah kakak aku bukan kat kl tapi kat kg rantau panjang klang. Mula2 dia pindah situ dulu aku ingatkan kat kelantan je ada rantau panjang rupa2nya kat klang pun ada,hehe...

Aku sampai umah kakak aku dalam pukul 1 lebih. Rehat sambil baring2, tido2 sekejap, lepas asar aku suruh anak2 mandi. Bila cakap je nak pegi i-city masing2 punya suka hati usah cakaplaa. Mana tak sukanya sepanjang perjalanan asyik duk bertanya bila nak pegi i-city, bila nak pegi i-city.

Sampai je kat kawasan i-city tu kan dari jauh dah nampak pokok2 berlampu. Memang cantiklaa usahkan anak2, aku sendiri pun teruja nengoknya. Bestnya kat dalam tak boleh nak nafi nak2 lagi kat dalam tempat air salji. Yang tak tahannya nak masuk kat satu2 tempat tu beratur punyalaa lama maklumlaa orang ramai kan. Dahlaa malam minggu, cuti skolah pulak tu.

Dalam seronoknya pegi tu ada jugak yang aku betul2 tak puas hati. Sempat ambik tak sampai sepuluh keping je gambo sebab bateri galaxy tab aku abih. Aku dah kabo kat anak2 jangan main sebab bateri ni standby nak ambik gambo kat i-city tapi dieorg ni sementara nak pegi tu cbuk nak main game.

Skejap je nak main bukan lama abah, last2 ambik ko gambo kat pokok2 berlampu yang lawo pun tak sempat nak snap. Nasiblaa gambo dieorg main kat dalam tempat salji tu sempat jugak snap walau tak banyak.

Masuk pukul 8 kluar tak kluar pukul 1 lebih. Sampai kat umah dekat2 pukul 2 pagi. Ikutkan aku nak balik awal lagi sebab rasa nak tercabut pinggang duk beratur lama tapi anak2 duk memujuk kejap je lagi abah lepas main ni kita main tu pulak pastu baliklaa. Aku ni klu ngan anak2 memang kalah so layan jugaklaa,huhu... Apa2 pun insyaallah nanti klu ada rezeki aku akan bawak lagi dieorg pegi sebab nak ambik gambo kat pokok2 berlampu tu baru puas hati,ihiks...


Published with Blogger-droid v2.0.2

Monday 12 December 2011

Besornya batu dia...

Ari sabtu lepas aku pegi kl sebab nak anto kakak sulung aku balik. On de way pagi tu kiteorg singgahlaa kat satu r n r sebab nak sarapan pagi. Dah dekat2 nak abih makan tu ayah aku pun tunjuklaa kat anak2 aku yang dalam nasi lemak dia makan ada batu.

Malaslaa nak kecoh2 kan lagipun ckit lagi nak abih makan so biarkan jelaa. Mungkin tuan kedai tu tak perasan kot yang dalam masakan dieorg ada batu sebesor itu. Besor betul aku rasa klu tertelan mau tercekit,huhuhu...


Published with Blogger-droid v2.0.1

Thursday 8 December 2011

Dah lama potong rupanya ada baki lagi...

Aku rasa dah lama aku potong dan setelkan hutang kad kredit maybank aku. Lepas pada tu memang aku tak terima dah bilnya. Tup2 minggu lepas aku terima surat dari maybank yang mengatakan aku masih belum jelaskan baki.

Ugut pulak tu klu aku tak jelaskan dalam tempoh 7 ari, makanya akaun maybank aku pun akan diambik tindakan. Tarikh surat dia 17/11/11 dan surat tu pulak aku terima minggu lepas tapi smpai sekarang akaun aku masih ok je,hehe...

Tghari tadi aku pegilaa maybank yang aku potong kad tu dulu. Lepas aku tunjuk surat yang aku terima tu, dia pun check punya check katanya aku masih ada baki lagi. Dia suruh aku setel baki tu pastu dia akan tutup terus akaun tu.

Bengang betul aku, bukan takde duit nak bayar tapi duit yang ada ni stanby untuk smpai gaji nanti. Klu nak tunggu gaji baru bayar kang dia dah bagi tempoh 7 ari je. Nak tak nak, kena mengoreklaa jawabnya...huhu.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Wednesday 7 December 2011

Coli ngan sluar dalam berterabur...

Tghari tadi aku kluar makan ngan member2 aku. Balik dari makan tu member sorang tu ajak pegi ambik kain alas meja bilik gerakan skolah kiteorg kat dobi.

Masa kiteorg lalu kat sebatang jalan tu aku nengok beberapa helai coli dan sluar dalam berterabur kat atas jalan. Tak taulaa aku sape yang punya tu.

Ntah ada orang curi pastu dalam duk kelam kabut terjatuh kat situ ke apa, wallahhualam. Yang pasti klu tuan dia tu ada yang lain lagi kat umah takpelaa tapi buatnya sume ilang? Korang paham2 jelaa kan,huhuhu...


Published with Blogger-droid v2.0.1

Cepatnya dia kluar...

Beberapa bulan lepas aku beli samsung galaxy tab. Sepanjang aku guna ni memang aku sangat2 puas hatilaa. Mungkin pada sesetengah orang tak best sebab besar tapi pada ok je. Klu pada aku tak ok buat apa aku beli kan.

Ari yang mak/ayah aku balik haji baru2 ni, semua ahli keluarga berkumpul. Pastu kakak ipar aku berminat lepas dia belek2 tab aku ni. Apa lagi terus dia bagi duit suruh aku tolong belikan.

Petang semalam aku pegilaa kat kedai yang aku beli tab aritu, cina tu cakap yang model aku dah tak kluar. Kan lepas model aku samsung kluar pulak model yang 10 inci dan sekarang ni kluar lagi model 7.0 plus macam gambo kat atas tu.

Memang kelasss gua cakap lu, mahal ckit je dari tab aku. Lagi nipis dan adalaa beberapa lebihnya dari yang aku punya ni. Cepat betullaa samsung ni kluar model baru.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Tuesday 6 December 2011

Korang sanggup tak?...

Para aktivis pembela haiwan daripada pertubuhan AnimaNaturalis mengadakan tunjuk perasaan dalam keadaan bogel di tengah dataran Plaza de Espana.

Aktivis-aktivis yang terdiri daripada wanita dan lelaki itu mengutuk perbuatan membunuh haiwan dengan tujuan untuk menghasilkan kot pakaian berbulu. Tubuh para aktivis itu mengandungi tompokan berwarna merah bagi menggambarkan darah.

Mereka berbaring dalam keadaan bogel dan menindih antara satu sama lain di dataran itu yang menempatkan beberapa buah pawagam, kafe dan restoran.


:> kesah kat atas tu bukan kat malaysia yek tapi nun jauh kat negara omputih. Agak2 orang kitalaa tak pun korang sendiri sanggup tak buat gitu,kuikuikui...


Published with Blogger-droid v2.0.1

Monday 5 December 2011

Selamat pulang...

Setelah hampir 45 hari mak ngan ayah aku berada di Tanah Suci Mekah, akhirnya hari sabtu lepas mereka berdua selamat kembali menjejakkan kaki di bumi Malaysia. Pertama skali aku bersyukur ke hadrat Ilahi.

Walaupun batuk ckit2 disebabkan cuaca yang terlampau sejuk kat sana tapi syukur alhamdulillah mereka berdua selamat pergi dan selamat pulang.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Friday 2 December 2011

Dah puas bising sekarang nak senyap pulak...

Ni bukan berkait ngan mulut yek. Ni pasal ekzos keta aku. Mula dari beli keta dalam tahun 2001 dulu terus tukar ekzos bising. Maklumlaa dulu muda lagi kan, sekarang ni bila umur dah meningkat rasa macam serabutlaa pulak telinga ni bila dengar ekzos bising,huhuhu...

Makanya pagi tadi aku pun pegilaa kedai ekzos, tukar semula yang standard. So ekzos keta aku sekarang kembali macam masa mula2 aku beli keta dululaa, senyaaapppp je. Barulaa rasa tenang ckit bila memandu,hehe...


Published with Blogger-droid v2.0.1