My photo
Mencoret sekadar apa yang dirasakan perlu...

Rakan2 siber...

Tuesday, 31 May 2011

Nekad potong...

Tengahari tadi aku pegi ke celcom. Tujuannya sebab nak potong line. Line apa???...
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Bukan berukbeng aku ni cuma kaler  je sama,hehe...
Line berukbeng ni. Bukan tak ok... Ok sangat2 tapi oleh kerana ada sebab yang tak dapat aku elak maka terpaksalaa aku potong,huhuhu...

Nak tau jugak sebabnya?.. Takyahlaa korang tau. Cukuplaa sekadar tau yang aku dah pegi potong, sebabnya biarlaa aku sorang je yang tau yek. Mesti korang cakap, ek eleh mcmlaa orang nak tau sangat, betul tak?...kihkihkih. Celakak betul korang ni...

Monday, 30 May 2011

Terkedu aku dgn kata2 kakak...

Petang semalam isteri aku pegi umah member dia kat kampung belakang sebab katanya member dia nak buat bubur apa entah nak bagi kat mak mentua aku. Aku pulak tetiba je terasa nak pekena cendol ngan rojak.

Sound kat anak2, masing2 kata jom. Apa lagi suruh dieorg mandi pastu dah siap semua kiteorg pun pegilaa ke Mustafa Cendol. Walaupun pegi bertiga tapi aku order dua je sebab tau dah tak kan abih punyalaa.
Kakak nak rojak mee dengan abc aiskrim...
Adik pun sama macam kakak, rojak mee ngan abc aiskrim. Tapi yang aku tak boleh blah ngan adik ni, dia buat muka mengada bila bergambo....hahaha. Sebelum terlupa terus order sebungkus cendol yang mak mentua aku pesan.

Sebenonya bukan tak nak order untuk orang2 kat umah tapi dah kiteorg pegi tu petang, hari ahad pulak tu maka yang aku order tu memang dah yang baki2 je. Alhamdulillah ada jugak rezeki aku ngan anak2.

Ramai lagi yang sampai lepas aku nak bungkus, nak makan kat situ pun semuanya hampa. Aku dengar pekerja dia cakap klu hari jumaat sabtu ahad memang cepat habis sebab orang cuti kan. 

Punya lama kiteorg lepak kat situ sampaikan orang yang baru sampai pun dah balik, kiteorg masih kat situ lagi,hehe... Tapi yang buat aku betul2 terkedu ngan kakak ialah masa orang duk tengah ramai datang nak makan tu, adalah satu keluarga duk kat meja sebelah aku.


Tiba2 kakak boleh cakap kat aku, abah kakak rasa macam kakak ni anak yatim pulak. Aku tanyalaa kenapa? Dia cakap orang lain semua datang ngan abah dan ibu tapi kita ni ibu tak ikut pun... Aku buat2 suka je depan dia tapi dalam hati aku hanya tuhan yang tau. Pastu aku cakap semula kat kakak, kan ibu ada hal kat umah kawan dia,huhuhu... 


Nasib baik order 2 je sebab aku tau dah tak kan abih. Walaupun aku sendiri makan untuk cuba habiskannya tapi tak abih jugak. Selebihnya melayan dieorg bergambo jelaa...
Tengok adik tu klu bergambo, tak penah nak elok muka. Macam2 gaya dia buat,hehe...
Kakak biasa je bila bergambo cuma 'peace' memang takleh tinggal, mesti kena buat...
Hahahaha.... Klu tengah mood elok seronoklaa masing2 bergambo.
Sebab nak buat muka gitu sangat, nahhh ambik aku buat tanduk kat atas kepala tu....kuikuikui.

Aku jadi takut...

Bukan aku ni yek...
Sebenonya aku sendiri dah tau bahawasanya diri aku sekarang ni dah betul2 kurus. Muka pun cengkung semacam je. Dahlaa tak berapa nak ensem pastu muka pulak cengkung, korang bayangkanlaa....huhu.

Klu selama ni bila aku nengok muka sendiri kat cermin dan tau kurus, aku buat biasa je tapi bila pagi tadi tetiba ada member tegur aku, kenapa nampak makin kurus sekarang ni???... Ada masalah ke? Jawapan dari aku macam biasa, 'taklaa...takde selera makan'.

Soklan tu seolah2 membagitahu kat aku bahawa aku sekarang memang dah betul2 kurus sebab sampaikan orang lain pun dah perasan dengan kekurusan yang aku alami. Bimbang betul aku sekarang ni, bukan tak nak makan tapi takde seleralaa...

Sunday, 29 May 2011

Nape awal2 xnak pikir...

Aku pelik kenapa manusia ni bila dah terjadi/terkena baru nak rasa menyesal. Sebelum kena tak nak pulak pikir baik buruknya. Aku harap aku ni tak termasuklaa dalam golongan2 yang buat dulu, seronok dulu pastu dah kena baru nak menyesal,Amin....

Contohnya macam dalam paper arini, Ameng spring menyesal dengan atas segala apa yang dah dia buat sampai kena penjara dan sebat. Sekarang nilaa baru nak kesian kat isteri, kesian kat anak. Sebelum ni kenapa tak pikir kan?...

Aku sebenonya suka dengan lagu2 kumpulan dia dulu. Apa2 pun aku doakan semoga Ameng tabah menghadapi hukuman dan ujian dari Yang Maha Esa...

Friday, 27 May 2011

Memang wajib bukan harus lagi...

Arini merupakan ari terakhir perskolahan sebab mula esok sesi perskolahan akan bercuti selama 2 minggu. Maka bersuka rialaa anak2 dan adik2 kita kan. 
Pada dieorg seronoklaa, pada aku tak sebab walaupun aku keje kat skolah tapi bila skolah cuti aku tetap kena keje jugak.

Klu kebiasaannya bila cuti skolah je aku seronok, fikiran akan jadi tenang ckit sebab budak2 takde, keje pun dah tentu takde kan tapi kali ni banyak sangat keje yang sedang menanti.

Banyak disebabkan keje2 yang tertangguh. Tapi banyak mana skalipun aku takleh nak marah sebab segala fail2 stok, fail2 makmal yang tertangguh tu adalah hasil dari 'kesengajaan' aku sendiri,huhuhu....

Janji aku kat diri aku sendiri, Insyaallah selama cuti skolah 2 minggu ni aku akan cuba siapkan. Bukan apa, tak naklaa nanti bila bos nak nengok barulaa kelam kabut nak buat kan.....ihiks. 
  

Rezeki pagi jumaat...

Alhamdulillah pagi tadi member2 pejabat jemput aku makan kat pejabat sebab dieorg ada buat jamuan ckit. Dieorg masak kat umah dan bawak untuk makan sama2, aku pulak datang bawak mulut jelaa.

Ada nasi minyak, kuih pulak tu macam2 jenis pendek kata memang kenyang betullaa aku. Makanya sarapan pagi arini aku jimatlaa sebab takyah kluarkan duit, cuma kluarkan ucapan terima kasih je......hehe.

Apa2 pun aku nak ucapkan ribuan terima kasih buat semua member2 pejabat sebab sudi jemput aku untuk sama2 habiskan makanan tu. Memang sedaplaa, nanti klu buat lagi jangan lupa jemput yek,hahaha...

Thursday, 26 May 2011

Janganlaa ia jadi kenyataan...

Orang kata mimpi tu mainan tido kan. Aku harap betul2laa mainan tido sebab mimpi yang tak seronok, klu yang seronok tu jadi kenyataan pun takpe......kuikuikui.

Malam kelmarin dah sebenonya aku mimpi ni. Rasa2 akulaa tak berapa lama lepas aku tido tu aku macam terbangun semula pastu bila aku nengok kat bawah melalui tingkap aku nampak pintu pagar terbuka.

Apa lagi terus aku turun siasat kot2 ada orang masuk nak mencuri. Masa turun tulaa aku duk menjerit sekuat hati konon2nya nak bagi pencuri tu takut dan larilaa. Kelako pulak rasanya, nak bagi pencuri takut padahal awak yang takut,hahaha...

Masa aku menjerit tu aku dapat rasa yang suara aku ni kluar tak kluar je. Bangun esok tu terus tanya isteri aku, semalam ada tak dengar abang menjerit2. Dia cakap takde pun, 'legaaa'... aku kata dalam hatilaa,hehe.... Tapi tak taulaa memang takde ke atau isteri aku yang 'tido mati',kahkahkah...

Dah elok2 jantan nak jd pompuan pulak...

TIDAK KESAMPAIAN...hasrat Mohd Ashraf Hafiz untuk menukar jantina ditangguhkan keputusannya pada 
18 Julai depan.
Klik Sini untuk baca kisahnya...
Aku betul2 tak paham dengan manusia akhir zaman sekarang ni. Allah swt dah elok2 cipta jadi manusia dengan cukup sifatnya, ada rupa apa semua tapi masih tak bersyukur.

Ok dah lahir jadi lelaki tetiba nak tukar jantina jadi pompuan pulak,huhuhu.... Subhanallah.

Betul salah no 2 janji laku...

Apa yang aku nak cite ni adalah pasal surat kabo kat negara 1Malaysia kita ni.
Memang dah jadi kewajipan pada aku sebelum sampai tempat keje mesti beli surat kabo. Dari dulu sampai baru2 ni harian metrolaa jadi pilihan aku. Tapi sekarang tetiba je aku terpikir yang paper ni asyik duk kluarkan cite yang tak tau sape betul sape salah.


Contohnya arini kluar cite pasal orang ni kata kat orang tu pastu esoknya orang tu balas balik, last2 mintak maaf. Begitulaa aku perhatikan sokmo pun. Selain tu berita pasal khalwat, rogol, bunuh, culik pastu selebihnya iklan2 termasuklaa iklan ubat kuat...ihiks.

Maka sekarang ni aku cuba pulak untuk beli surat kabo kosmo. Murahlaa 50 sen,hehe... Yang ni adalaa jugak cite pasal aktiviti orang kampung ckit2 pastu cite pasal perkembangan semasa kan. Pasal rogol merogol tu ad jugak tapi taklaa banyak sangat.

Kadang2 klu kosmo tak sampai lagi, aku beli jugak surat kabo sinar harian ni. Ok jugaklaa yang ni pun.
 
Dua surat kabo ni memang aku tak penah beli lebih2 lagi utusan malaysia. Sebab???... Terlalu banyak sangat politiknya. Sesama islam kita tapi mu kata kat aku, aku kata kat mu. Tak abih2...
 
Surat kabo omputih ni dulu penah jugak aku beli tapi sekarang dah jarang sangat. Bukan tak reti nak baca cuma nak abihkan satu2 muka surat tu je makan masa ckit,kihkihkih....

Tapi yelaa kan walaupun kadang2 berita yang surat kabo bagi kat kita tak berapa betul jugak faktanya, nak buat mcmana kan dah jadi tabiat membaca maka beli jugaklaa.

Wednesday, 25 May 2011

Hasil jualan meningkat...

Oleh kerana dari semalam lagi penduduk sekitar kuantan di landa masalah bekalan air maka arini kat skolah aku ni jualan air mineral kat koperasi pun meningkat secara mendadak.

Mana taknya masing2 baik pelajar, cikgu dan cikgi semuanya bawak air mineral bila nak ke tandas termasuklaa aku sendiri,hahaha...

Harap2 cepatlaa masalah ni dapat diselesaikan sebab aku dengar kabo angin klu tak malam ni mungkin esok baru ada air. Mampus gini,huhu... Orang kata baik takde api dari takde air kan tapi pada aku, air ke api ke klu takde memang susah sangat2. Nak2 yang ada anak kecik.

Tuesday, 24 May 2011

Tak tahan sangat dah...

Sorilaa yek sebab tak dapat nak menjenguk blog korang seketika waktu disebabkan mata aku ni dah tak tertahan lagi kemengantukkannya,huhu...

Biarlaa orang nak kata apa pun yang pasti aku kena 'Zzzzzzzz'.... skejap. Walaupun cikgu duk tengah mengajor tu tapi oleh kerana takde eksperimen yang dibuat so bereslaa,hehe... Blog korang nanti2laa aku pegi jenguk ok, Ariosssssss.....

Faceblog pulak...

Edit
Sebenonya sebelum2 ni aku dah lama nengok kat blog member2 logo gini. Memula tu ingatkan apa so aku buat tak taulaa,hehe... Ntah nape arini bila aku masuk blog Telagaputih, tetiba rasa nak join pulak.

Yang buat aku rasa nak join tu sebab dia kata "TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTI FACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMA FACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA. TERIMA KASIH"...

So sape2 yang terasa nak join jugak jom klik SINI...

Giler betul,takut aku baca...

Siapa Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara ni???... Betul2 ISLAMkah dia?.. Tak sanggup aku nak baca sampai abih segala apa yang dia tulis tu. Tak takutkah dia?.. Dengan balasan/hukuman yang bakal dia terima di dunia ni tak kisah lagi, abih kuat pun mungkin penjara je tapi balasan dari tuan empunya dunia ni iaitu ALLAH swt... Aku rasa dia ni mungkin MENTAL kot.

Monday, 23 May 2011

Omputih punya cara...

Sebuah wad bersalin di sebuah hospital di Kosice, Slovakia menemui satu kaedah bagi mententeramkan bayi yang baru lahir melalui terapi muzik klasik.
Wad bersalin di hospital itu meletakkan fon kepala di telinga bayi2 supaya mereka mendengar muzik ciptaan Mozart atau Vivaldi sebanyak lima hingga enam kali sehari.
Selain muzik klasik, bunyian hutan semulajadi turut digunakan malah jururawat turut menggunakan kaedah itu untuk menjaga bayi pramatang bagi menstabilkan pernafasan serta mengekalkan denyutan jantung.
* Rasenya klu bagi dengar azan/bacaan Al-Quran lagi bagus kan,ihiks...

Saturday, 21 May 2011

Sesi jumpa cikgu tadika...

Pagi tadi pegi ke Tadika Little Iman Kids. Skolah puteri kedua aku (berbaju kurung gelap) untuk sesi bertemu cikgu dan berbincang serta menyoal selidik prestasi setengah tahun. 

Ikutkan dalam jadual turn aku jumpa cikgu pukul 10.15am tapi biasalaa klu cakap kan terasa hati pulak,huhu... Dekat2 pukul 11 jugaklaa baru dapat jumpa. Sementara tu bergambolaa dulu.
 
Klu kaum bapa rasanya sekejap je tapi bila dah yang datang menemuramah cikgu tu kaum ibu maka paham2 jelaa kan. Mana cukup 15 minit je nak menanye soklan.
Kena pulak cikgu2nya pompuan jugak, ermmm... lagilaa pot pet pot pet. Oleh kerana isteri aku tak ikut sebab kebetulan dia ada kenduri apa entah kat pekan ngan member dia maka bapak mithali nilaa yang bawak anak2.


Bila tiba time aku, maklumlaa pemalu katakan,kuang3x... Tanya pun tak banyak mana so cikgulaa yang banyak bercerita pasal prestasi anak aku gitu dan gini.


Dan aku bersyukur sangat2 sebab cikgu kata prestasi anak aku ni cukup memberangsangkan. Dia jugak antara pelajar yang paling cepat siap buat kerja. Membaca pun ok dan memang tak banyak buat masalah dalam kelas.


Alhamdulillah... Aku berharap sangat2 semoga anak aku ni akan terus meningkat dengan cemerlang demi mencapai cita2nya yang ingin menjadi seorang doktor,Amin.... 

Pokok buah kawen pokok bunga...

 
Pokok ni kat depan umah aku sebenonya. Dalam rimbunan celah daun dan buah pokok mempelam tu ada pokok bunga kaler kuning,hehe... Tak klier???.. 0k aku zoom ckit lagi.
Haaaa tu, nampak... Tak pelik pun?.. Takpelaa aku pun rasa tak pelik jugak, saja je nak tunjuk kat korang......hahaha.

Friday, 20 May 2011

Dia ingat dia tu sape...

"Berbekalkan kemeja-T, brosur, buku dan poster seorang paderi bersama rakan2nya tekun memberi amaran ketika berceramah kepada orang ramai di New York bahawa dunia akan kiamat esok.


Menggunakan perkiraan daripada Bible, Manny mendakwa akan berlaku gempa bumi di seluruh dunia pada 21 mei tetapi dia sendiri tak pasti sama ada kejadian itu berlaku serentak atau tidak.


Katanya, dia tak pasti bagaimana 'bencana' itu berlaku atas faktor perbezaan masa sesuatu tempat di seluruh dunia. Mereka juga mendakwa orang ramai mempunyai beberapa jam saja untuk bertaubat"...


Hahahaha.... kepala hotak dia, suka2 dia je nak main ramal2 gitu. Segala kejadian di dunia ni adalah ketentuan Allah swt. Lu sape nak tentukan esok ke lusa ke kiamat... 

Thursday, 19 May 2011

SEGMEN BLOGLIST ABGTEROR | TANAH TUMPAH DARAHKU


Jalan punya jalan tetiba termasuk dalam umah abgteror ni pastu nampak pulak ada segmen 'Tanah tumpah darahku'. Pikir2 cubalaa skali join sambil2 cari member kan apa salahnya...

1. Dimana anda dilahirkan?
- Lahir kat umah mak/ayah kwnlaa,Kuantan...hehe.
2. Dimana anda dibesarkan?
- Kuantan,Pahang Darul Makmur...
3. Negeri pilihan anda untuk dimasukkan ke dalam senarai bloglist abgteror.
- Semestinya Pahang Darul Makmur...
4. Ceritakan sedikit mengapa anda memilih negeri tersebut.
- Dah dilahirkan dan dibesarkan di negeri Pahang Darul Makmur maka sebab tulaa kwn pilih Pahang Darul Makmur...

Orang pompuan takpelaa...

Blog berlagu?.. A'ah blog ada lagu. Aku tau tak sume blog ada lagu tapi banyak jugaklaa blog2 yang aku penah jenguk ada lagu termasuklaa blog isteri aku sendiri,kuang3x... Memula tu aku menyampah klu masuk blog yang ada lagu2 ni sebab aku rasa serabut.

Tapi tulaa orang kata jangan terlalu benci/menyampah nanti kita akan jadi suka. Memang ye tetiba je malam semalam aku rasa nak letak lagu kat blog aku. Bukan rasa saja2 tapi memang aku siap letak pun,hehe...

Pastu arini tetiba hati aku berubah pulak sebab aku rasa blog aku ni macam blog orang pompuan pulak bila bukak je kluar lagu. Maklumlaa kebanyakkan blog yang berlagu ni blog orang pompuan je kan.

Maka tadi dengan rasa tak berat hati langsung, belum sampai lagi 24 jam aku pun deletelaa lagu yang ada kat blog aku tu,kuikuikui....

Org lain nak org lain dapat...

Sebenonya dah lama aku buat bisnes ni. Memula tu saja suka2 je sebab untungnya berapa sen  sangat pun tapi bila dah lama2 ni jadi seronok pulak. Bukan apa, nak menolong kawan2 sebab kadang2 pukul 11/12 malam dieorg malas nak ke kedai so dieorg mintaklaa ngan aku. 


Walaupun gitu ada jugak yang tak reti bahasa, dahlaa aku ni untung ciput je tapi nak boleh ke bayar tu ambik masa berbulan2. Klu adik beradik aku tu tak kisahlaa sangat, ni yang tak berapa nak adik beradik. 


Macamana aku nak pusing modal gini?.. Lambat bayar tu satu dah, macam tadi pulak ada sorang member datang nak topup celcom rm5. Sambil ambik nombor tepon dia tu aku duk bercakap ngan member sorang lagi last2 'terhantar' kat orang lain sebab salah nombor,huhuhu.... 


Dah rugi tapi takpelaa mungkin bukan rezeki akulaa tu kan lagipun nasib baiklaa rm5 je. Klu buatnya dia mintak rm50 tadi tak ke mampus aku.

Konon2nya...

Ni bukan mata aku yek sbb mate aku kaler coklat,hehe...
Konon2nya... Orang kata klu mata belah kiri berkelip lain macam je ada perkara yang kurang baik nak jadi kan. Orang katalaa bukan aku yang kata tapi tak taulaa betul ke tak. Konon2nya... Masalah sekarang ni mata belah kiri aku ni dari pagi semalam lagi duk berkelip2...
Ni pun bukan sbb bulu mata aku lagi lentik,kuikuikui....
Aku harap mata aku ni tak kan mengeluarkan air macam mata kat atas tulaa,huhu.... Sebabnya aku ni tak berapa nak percaya sangat dengan 'konon2nya' tu.

Saja nak tau...

Menara berkembar petronas... Sume orang tau usahkan budak2/orang tua malah mat indon ngan mat bangla pun tau kan. Silap2 kita yang lahir kat negara 1Malaysia ni pun tak penah lagi jejak kaki kat sini tapi mat indon ngan mat bangla tiap2 ari duk shopping kat sini.

Usahkan orang lain, aku sendiri pun tak penah jugak,huahuahuahua... Sebenonya aku ni penah jejak kat sini cuma kat puncak dia je tak sampai lagi tu yang aku nak tanya korang yang penah daki menara ni, apa yang ada kat puncak menara ni ek? 

Dari dulu lagi aku duk tertanya2. Yang pejabat ngan restoren sume tu aku taulaa tapi yang aku nak tau ialah yang kat atas skali nun. So sape2 yang penah sampai/tau bolehlaa tolong bgtau aku yek semoga segala persoalan yang ada dalam kepala aku selama ni terjawab,hehehe... 

Wednesday, 18 May 2011

Nak kaji harga RON95 plk...

Blahlaa lu...
"Walaupun minggu lalu saya mengatakan tidak ada kenaikan (RON95) buat masa ini, namun ia tidak menjamin harga minyak akan kekal selama-lamanya kerana tanggungan SUBSIDI KERAJAAN terhadap produk petroleum pada masa sekarang adalah tinggi"...
Kata Datuk Seri Menteri Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan 1Malaysia...

Mintak jauhlaa...

Sambungan pasal sakit jari kaki aku semalam. Masa makan kat kantin tadi, aku tanyalaa beberapa orang member pasal kesakitan yang aku alami ni. Ada yang cakap 'Gout'. Betul ke ni. Aduuhhhh!!!!... Tapi aku cakap kat dieorg yang aku rasa bukan kot(ayat nak sedapkan hati sendiri,huhu...). Dieorg cakap klu sakit kat sendi sahlaa tapi mungkin minor gout.

Ada yang suruh aku pegi klinik/hospital tapi paham2 jelaa aku ni kan, selagi aku boleh tahan sakit tu memang aku tak kan pegi. Sebab???............. 

Takut nak kena ambik darah,kuikuikui... Walau mcmana pun hati aku kuat mengatakan bukan gout dan aku harap betullaa kata hati aku ni,ihiks...

Tuesday, 17 May 2011

Sakit giler ko...

Aku sekarang tengah duk tahan air mata dari mengalir kluar sebab jari kaki aku yg ditunjukkan kat atas tu sedang berdenyut2. Nampak macam sedikit bengkak, sakitnya takleh nak cite sekarang ni.

Minyak panas dah sapu, minyak kayu kapur putih pun dah sapu tapi masih lagi sakit giler,huhu... Dari pagi tadi aku duk pikir puncanya sebab aku sendiri tak tau kenapa tetiba je jari kaki aku ni sakit gini....

Dia ingat bagus sgtlaa tu...

Malam penentu kejuaraan EPL baru2 ni antara team peberet aku Glory2 MU lwn Blackburn, ada member ajak aku nengok skrin besar kat Coffee Street. Aku pun ok jelaa sebab nengok ramai2 lagi seronok kan.

Tapi yang aku nak cite ni pasal kemeluatan aku nengok sorang pompuan yang duk kat meja sebelah kitaorg.
Boleh jadi paparazi tak aku,hehe...
Dia duduk tu bertiga tapi tak kisahlaa dia nak duduk berapa orang pun kan tapi yang aku pelik tu dahlaa duduk meja yang agak depan dengan skrin, maknanya meja2 kat belakang yang penuh dengan orang ni duk mengadap kat dialaa.

Dengan selamba je dia isap rokok. Tak malu langsung kata hati aku. Pada aku pelik tapi korang aku tak taulaa. Klu muka tu cantik seronoklaa jugak nak nengoknya, ni aduuuhhhh!!!.. kesian pulak aku rasa,huhu...

Sepanjang kat situ bukan sebatang tapi berbatang2laa dia isap. Aku sebagai lelaki yang tak merokok ni jadi segan nengoknya. Apa2 pun itu masing2 punya stail laa kan...

Aku yang rasmi...

Tengok tajuk memang gempak. Takpelaa kan walaupun citenya hampasss janji tajuk nampak gempak oklaa tu,hehe...

Korang nak tau apa yang aku rasmi?.. Skroll bawah lagi...
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Bukan gambo curi yek tp gambo real punya bilik air dlm bilik aku,kihkihkih...
Masa duk tengah pasang penutup mangkuk ni memang aku dah terasa nak 'termenung'. Pastu dah elok siap pasang je maka akulaa orang pertama yang merasmikan majlis termenung tu,huahuahuahua...

Monday, 16 May 2011

16 Mei...

 
SELAMAT HARI GURU buat semua cikgu2 kat Malaysia ni terutama skali cikgu yang ada kat blog ni dan tak lupa jugak yang penah mengajar aku masa skolah rendah dan menengah dulu.

Yang aku seronoknya sekarang ni sebab aku keje kat skolah so dapatlaa jumpa semula cikgu2 yang penah ngajar aku masa aku skolah rendah dan skolah menengah dulu. 

Memula tu memang aku rasa peliklaa kan dah dulu dia ngajar aku tetiba sekarang ni satu tempat keje pulak ngan dieorg...ihiks. Apa2 pun terima kasihlaa atas segala ilmu dan tunjuk ajar yang dberikan selama ni buat aku...