My photo
Mencoret sekadar apa yang dirasakan perlu...

Rakan2 siber...

Monday, 31 October 2011

Selesai jugak akhirnya...

Semalam aku buat majlis besday anak bongsu aku yang ke 2 tahun. Ikutkan tarikh sebeno dia lahir 13 ogos tapi oleh kerana bulan ogos baru2 ni kan kita puasa. Tangguh punya tangguh punya tangguh akhirnya sepakat ngan isteri, semalamlaa majlisnya.

Syukur Alhamdulillah walaupun majlisnya taklaa sebesar majlis kakak2 dia tapi segalanya berjalan lancar. Tambah pulak cuaca betul2 baik sebab sebenonya aku bimbang memandangkan sekarang ni kan musim tengkujuh.

Bukan apa andai kata ujan semalam aku takut member2 yang nak datang pun mesti susah ckit sebab nak bawak anak kecik kan. Oleh sebab cuaca baik semalam makanya kedatangan member2 aku ngan member2 isteri pun memang memuaskan hati kiteorglaa.

Buat yang sudi datang semalam aku ngan isteri mengucapkan ribuan terima kasih dan andai kata ada kekurangan harap maaflaa yek,hehe...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Selambanya mamat ni...

Rasa macam lama dah aku tak update blog aku ni, 3 4 ari kot. Sekarang ni sejak pakai galaxy tab ni mesti rasa nak update tiap2 ari, sehari tak update pun dah rasa lama. Konon2nyalaa kan padahal klu dulu seminggu sekali je updatenya.....hahaha.

Apa yang aku nak cite ni adalaa pasal ari sabtu kelmarin aku sekuarga pegi ke felda selancar, sempadan ngan segamat nunlaa sebab nganto rombongan pengantin lelaki(sepupu isteri aku).

Pendek cite lepas menunggu pengantin bersiap, masa nak berarak ke rumah pengantin pompuan adalaa sorang mamat yang duk kat depan aku tu pakai baju t-shirt putih, seluar slek itam pastu yang kelakonya pakai samping.

Gambo tak sempat nak snaplaa sebab aku dukung anak kecik. Sorang lagi sepupu isteri aku tanya, fesyen apa tu?.. Aku cakap ntahlaa dari tadi lagi aku duk pikir fesyen apa. Memula tu dari jauh aku ingatkan dia pakai seluar baju melayu, t-shirt putih tu dia pakai kat dalam.

Rupa2nya tak, memang sampai ke sudah gitulaa gayanya. Dalam hati aku, tak malu betullaa mamat ni selamba je dia pakai gitu. Tak taulaa kot2 korang penah nengok kat tempat korang tapi pada aku nilaa pertama kali aku nengok.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, 28 October 2011

Apalaa punya orang...

Cite ni pasal aku solat jumaat tadi. Seperti biasa sampai je kat masjid sebelum duduk macam orang lain jugak aku akan solat sunat tahiyatul masjid dulu. Selalunya aku masuk dalam tapi arini terasa nak ambik angin luar.

Luar pun bukannya jauh keluar sangat, betul2 kat tepi pintu masuk. Sebelum solat tu dalam hati aku klu solat jauh ke belakang kang susah pulak orang nak lalu lalang. Aku pun solatlaa betul2 rapat ckit ke dinding dengan harapan orang boleh lalu kat belakang.

Salah sangkaan aku. Dah rapat ke dinding tu pun ada lagi manusia yang lalu betul2 depan aku. Ya Allah..... Bukan dia je, lepas dia lalu tu ada pulak budak yang nak kata kecik tak keciklaa pun mengikut belakang dia. Astarafirullahalazim... Tak kan laa awak tak nampak aku.

Orangnya yang mana satu aku tak taulaa kan sebab kita solat pandang ke tempat sujud, bukan pandang tegak ke depan. Aku harap solat aku tadi tu diterima Allah swt laa sebab kita ni dahlaa tak berapa nak kuat imannya. Bila dah jadi gitu tak banyak, sikit pun pasti terdetik jugak dalam hati berkata kan walaupun 'ish3x'. Betul tak?...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, 27 October 2011

Klu korang,korang jawab apa...

Sekarang ni kan baik dalam tv ke surat kabo ke memang tak sah klu tak kluar berita pasal rogol. So baru2 ni anak sulung aku adalaa tanya, rogol tu apa ibu?.. Abah, rogol tu apa?.. Ibu dia adalaa jugak jawapannya, orang lelaki buat jahat kat orang pompuan.

Budak2 klu jawab gitu manalaa dia puas hati kan. Tak puas hati ngan jawapan ibu dia tanya pulak kat aku. Kena kat aku langsung tak reti nak jawab apa. Dalam hati aku klu aku jawab diperkosa kang lagilaa dia tak paham. Last2 ermmm...ermmm... sampai ke sudah duk ermmm gitu je,huhuhu...

Kakak ni lagi tak dapat jawapan lagilaa dia duk cbuk tanya. Ibu dia dah takde jawapan, aku pulak lagilaa tak reti nak jawab apa. Takkan laa nak kabo betul2, orang lelaki tu masukkan anu dia kat anu pompuan tu apa sume kan. Ish... tak sampai hatilaa aku nak kabo gitu lagipun klu kabo gitu kang mesti lagi bertambah banyak soklan lain yang timbul.

Akhirnya aku kabo nantilaa tunggu kakak dah beso nanti kakak akan faham. Kat skolah nanti pun insyaallah kakak akan belajar jugak bab2 yang berkaitan dengan tu. Klu korang agak2nya apalaa jawapan korang bila anak2 tanya soklan gitu yek...

Dapat jgk dieorg mandi...

N3 semalam kan aku kabo pagi tu tak jadi mandi sebab ujan, pastujanji klu tghari/petang tak ujan kita pegi semula. Masa duk kat umah tu asal ujan reda je skejap terus ajak pegi. Aduuhhh... Naik rimas aku jadinya.

Tapi memang rezeki dieorg berdualaa. Tghari tu lebih kurang lepas zuhur aku rasa memang cuaca betul2 baik. Nak kata panas tak panas, mendung sangat pun tak jugak. Baik sangat2 cuaca.

Maka aku pun bawaklaa dieorg pegi. Punya suka korang jangan cakaplaa. Dalam pukul 2 sampai sana sampailaa balik dalam pukul 5 lebih. Tu pun lepas puas aku marah, ikutkan dieorg tak nak balik lagi. Dieorg seronoklaa, aku ni yang duk menunggu tepi kolam tuhan saja yang tau betapa bosannya.

Aku tak mandi tu sebab sebelum solat zuhur aku dah mandi so malas dahlaa aku nak mandi kat sana lagi. Tapi yang aku pelik tu walaupun cuaca sepanjang kat sana tak keluar pun matahari tapi korang nengoklaa muka dieorg tu. Gelap kan....

Masa nak salin baju yang paling ketara kakaklaa kat bahagian peha, dia pakai seluar pendek fit so betul2 jelas berbelangnya. Adik pakai seluar panjang, tak nampaklaa. Sampai umah masing2 terus tertido keletihan. Usahkan dieorg, aku yang menunggu ni pun letih tapi takpelaa janji dieorg puas hati kan...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, 26 October 2011

Hasrat nak mandi terbantut...

Kolam cik google tu yek,ihiks...

Sempena cuti Deepavali arini, malam semalam isteri aku offer anak2 mandi kolam. Masing2 memang tak kan lepas peluang punyalaa klu dapat offer gitu. So pagi2 tadi masing2 bersiaplaa untuk pegi ke kolam kat Indera Sempurna Resort.

Elok dalam perjalanan ujan pun turun,huhu... Untuk tidak menghampakan harapan anak2 yang dah xcited nak mandi aku teruskan jugak menuju ke Resort tu tapi sambil2 tu cakap terus terang kat dieorg yang kita pegi dulu, tunggu dalam keta jap dan andai ujan tak berenti jugak kita balik semula. Masing2 cakap ok.

Sambil tunggu dalam keta tu sambil makan roti yang dibawa. Abih roti ujan masih tak berenti so masing2 sepakat balik semula dan skali lagi janji dibuat yang mana andai kata tghari/petang nanti tak ujan kita pegi semula. Skali lagi dieorg setuju ngan cadangan aku dan isteri.

Aku harap sangat2 cuaca akan baiklaa petang nanti. Bukan apa kesian pulak rasanya kat anak2 aku ni sebab hasrat dieorg nak mandi kolam terbantut.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, 25 October 2011

Tak terniat pun nak kata gitu...

Kata mcmane?... 'Kurang ajor punya orang tua'. Haaa... Gitulaa yang aku nak kata. Memang aku tau tak baik kata kat orang tua gitu tapi klu dah terang2 nampak aku duk tercegat kat situ tiba2 awak pegi potong Q, sape tak marah.

Aku nak tegur kang takut kasar pulak bunyinya nanti maklumlaa masa duk beratur tu pulak perut tengah lapar so korang paham2 jelaa kan. Yang jadi lagi nak marah tu sebab bukan bangsa kita tapi klu bangsa kita rasanya tak buat gitu...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Hepi Deepavali...

Buat semua rakan2 dan sahabat handai yang beragama hindu di seluruh malaysia, Ayen mengucapkan Hepi Deepavali dan semoga bergembira.

Ikutkan esok ada jugak member yang jemput beraya kat umah dia tapi tak berani nak janji, Insyaallah klu berkelapangan masa esok sampailaa yek.....hehe.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, 24 October 2011

Seriau betul aku...

Ni pasal mak mentua aku. Dia kan dah lama ada kencing manis dan dah cucuk insulin pun. Selama ni dia cucuk sendiri tapi tak tau nape tetiba arini jarum dia tu ketat ckit so tak berdayalaa dia nak menekannya.

Suruh bibik cucuk bibik takut. Isteri aku pulak kluar, ada hal. Mak mentua aku pun suruhlaa aku. Dah orang lain tak boleh, dia sendiri pun tak boleh nak tak nak terpaksalaa aku yang cucuknya.

Aku bukan apa sebenonya seriau korang tau tak. Bukan tak biasa menyucuk tapi cucuk guna jarum ni memang tak biasa,kuang3x...hahaha. Dalam seriau2 tu aku gagahkan jugak diri ni menyucuk perut mak mentua aku. Pengalaman pertama aku ni dan Alhamdulillah berjaya,hehe...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Kerana sebotol spray...

Tadi aku pegilaa ke terus maju sebab nak beli barang ckit. Sampai je kat tempat barang yang aku nak beli tu aku nengok 2 dua orang ni duk tengah asyik mengira duit.

Aku tanyalaa duit sape ni?.. Yang sorang tu cakap, duit saya ni saya korek tabung. Sebab nak beli spray tu ke?.. A'ah katanya...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, 23 October 2011

Aku betul2 kecewa malam ni...

Tak penah lagi aku rasa kecewa macam malam ni. Kecewa sebab apa?... Team peberet akulaa Man U kalah ngan Man City tadi,huhu... Kalah tu sebab pemain pertahanan, Jonny Evan kena buang padang.

Memang aku kecewa giler laa malam ni. Mana taknya, memang orang kata kalah menang tu adatlaa kan tapi klu kalah beso sampai 6-1 main pulak kat tempat sendiri, aduuhhhh!!!!... Klu 11 lawan 11 aku pasti keputusan tak kan jadi gini.

Apa2 pun nak tak nak, kecewa ke apa kenalaa terima dengan hati yang terbuka. Pada yang tak suka bola mungkin akan kata, alah klu menang pun bukannya dapat apa.

Betullaa tu tapi pada yang suka nengok bola walaupun tak dapat apa klu menang janji kepuasan tu yang penting. Aku harap pasni team MU aku ni akan kembali mendapat rentak kemenangan untuk kembali ke puncak liga...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Makan gelojoh berisiko diabetes...

Penemuan ini boleh menjadi ingatan buat mereka yang gemar makan secara gelojoh. Satu kajian di India baru2 ini mendapati seseorang yang makan dengan cepat berisiko untuk menghidap diabetes pada usia tua.

Ini kerana makanan yang kurang dikunyah tetapi ditelan dengan cepat akan meningkatkan kandungan gula dalam darah. Akibatnya tubuh mudah mengalami gangguan glukosa yang dikenali sebagai pradiabetes.

Pengkaji, Dr. Pradeep Ratnaparkhi menjelaskan bahawa keadaan pradiabetes yang tidak dikawal akan menjadi punca penyakit diabetes jenis dua. Dalam tempoh 10 tahun mereka berisiko untuk mendapat diabetes jenis dua iaitu dengan kebarangkalian sebanyak 50 peratus, kata Pradeep.

Tambah Pradeep, tabiat makan laju juga akan meningkatkan kandungan kalori yang diambil. Ini secara tidak langsung akan meningkatkan berat badan. Satu kajian di Jepun pula menunjukkan bahawa tabiat makan seperti itu akan meningkatkan risiko sindrom metabolik seperti tekanan darah tinggi, obesiti dan peningkatan tahap kolestrol.

Dalam pada itu banyak manfaat lain yang diperoleh sekiranya kita memperlahankan tempoh makan termasuk mencegah pertambahan berat badan. Tahukah anda bahawa bahagian penting pencernaan berlaku didalam mulut?

Proses pencernaan sebenarnya terjadi dibahagian itu kerana enzim pencernaan terdapat didalam air liur. Justeru makanan yang dikunyah sehingga hancur memudahkan lagi proses pencernaan oleh enzim yang seterusnya menyalurkan makanan tersebut ke usus untuk proses berikutnya.

:> Patutlaa berat aku tak naik2, sebab makan lambat rupanya....hehehe.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, 22 October 2011

Cerdik pandai pun boleh terlupa...

Pagi tadi aku nengok rancangan Liga Ilmu ni kat astro oasis. Aku rasa yang tadi tu siaran ulangan sebab klu tak silap aku dulu aku dah penah nengok episod ni. Rancangan yang dihoskan oleh ustaz peberet aku iaitu ustaz Dzulkarnain dan ahli panelnya pulak terdiri dari pendakwah yang berbaju biru tu, ustaz Norhisham kan klu tak silap aku. 2 orang lagi ahli panel ialah salah seorang darinya ustaz peberet aku jugak, ustaz Akhill Hayy dan seorang Pengarah IPT di selatan tanahair.


Tajuk dia tadi "Jaga tepi kain". Apa yang menarik yang aku nak cakap ni ialah apabila Pengarah tu tadi bercerita tentang dia yang mana bulan lepas dia dijemput memberi ceramah dalam pogrem lebih kurang macam Liga Ilmu nilaa jugak selama 2 jam di depan pelajar malaysia di Qatar.


Katanya, dah lama bercakap tu biasalaa bila dahaga dia pun ambik air atas meja depan dia dengan tangan kiri dan terus minum. Pendek cite lepas pada tu ada seorang pompuan datang jumpa dia dan tegur tentang minum dengan tangan kiri tadi sebab katanya kat rumah dia ajar anak2 dia ambik dan minum dengan tangan kanan tapi Pengarah tu buat yang sebaliknya di depan orang ramai.


Pengarah tu pun cakap yang dia tak marah kat pompuan tadi tapi mengucapkan terima kasih sebab tolong tegur. Yelaa cerdik dan bijak mcmane pun kita ni kadang2 ada jugak bab2 yang mgkin kita terlupa kan. Apa2 pun aku respeklaa kat Pengarah tu sebab walaupun berpangkat tinggi tapi masih boleh terima teguran.


:> Semoga menjadi pedoman buat yang tak berapa nak berpangkat macam kita dan yang berpangkat tinggi lain...

Friday, 21 October 2011

Tiba2 teringat...

Lepas beberapa hari ayah ngan mak aku berlepas ke tanah suci rasanya takdelaa aku teringat sangat kat dieorg sebab biasanya aku balik jumpa dieorg pun seminggu skali, hujung minggu. Tapi arini aku nengok adik aku kluarkan gambo ni kat fb dia...
Aku pun dengan tak semena2 terus datang perasaan sayu, sebak, teringat kat orang tua aku ni. Terus terasa rindu walaupun tak sampai lagi seminggu pemergian dieorg ke sana. Semoga  dieorg sihat walafiat dan dapat menjalankan ibadah dengan tenang dan tanpa sebarang masalah selama di sana,Amin...

Thursday, 20 October 2011

Sakit lagi...

Kisah pasal sakit perut lagi. Rasanya selagi tak ok sakit perut ni makanya tiap2 harilaa kisah sakit perut akan aku kluarkan,haha... Baru jap td aku pegi ambik kakak kat skolah. Selalunya masa aku sampai dia duk tengah bermain ngan member2 dia tapi tadi masa aku sampai tu aku tengok dia duk bersila menyandar pada dinding.

Dengan tudung tak pakai, tinggal anak tudung je kat kepala. Dari jauh dalam hati aku ni mesti ada yang tak kena ni. Sampai je kat dia memang betul sangkaan aku, dia cakap muntah lagi. Cakap pun lemah je.

Nak tak nak terus aku anto balik umah dan terus pesan kat bibik suruh bagi ubat kat dia. Pening dah aku ni duk mikir permasalahan yang kiteorg hadapi sekarang ni. Klinik dah pegi, dah makan ubat tapi gini jugak lagi. Harap2 janganlaa berlarutan...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tinggal kat luar...

Semalam kan isteri aku pegi kursus 3 ari kat genting so mula arini aku akan mengambil alih tugasan menganto kakak ke sekolah. Biasanya isteri aku yang anto pagi pastu tengahari aku pulak ambiknya.

Terpaksa buat gitu sebab pagi aku masuk keje 7.30 kan makanya berkejarlaa ckit klu aku yang anto. Isteri aku oklaa sebab dia masuk pukul 8, lepas anto kakak terus dia masuk keje.

Arini dahlaa aku kena anto kakak, ujan pulak pagi2 ni. Ikutkan memang dah keluar awal ckit dari biasa tapi bila dah ujan kan paham2 jelaa jalan pun sudah pasti akan jem.

Pendek cite skolah aku ni pulak sejak bertukar bos ni semua cikgu dan staf kena masuk ikut pintu belakang. Sebab???.. Ntahlaa aku pun tak tau. Pagi ni punya kelam kabut sebab dah lambat aku terpegi ikut pintu depan, bila tengok pagar tutup baru perasan yang kena masuk ikut belakang.

Aduuhhhh... Nak pusing masuk ikut belakang semula kang satu keje pulak, dahlaa lambat last2 aku tinggal jelaa kete aku tu kat luar pagar dulu. Ujan ke ujanlaa terpaksalaa aku masuk jalan kaki je. Makanya arini aku thumb print kat mesin tu pukul 7.42am, lewat 12 minit......huhu.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, 19 October 2011

Tiba2 lesu...

Tak taulaa kenapa tetiba je dari petang tadi badan aku ni jadi lesu. Rasa seram sejuk, kepala berdenyut2. Perut pulak macam biasalaa masih lagi tak selesa. Nak kata aku tersalah makan, aku rasa takde pun aku makan yang bukan2.

Esok nak keje ni, harap2 kepala aku ni hilanglaa denyutnya. Anak aku yang kecik ni pulak duk sakit perut jugak tapi taklaa sampai menangis beria sangat. Sekejap2 je datang sakit perutnya tu. Aduhai... Padahal malam semalam dah pegi klinik, ubat dah makan tapi still gini lagi.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Pegi menganto...

Ni adalah sambungan dari n3 aku yang aritu so sekarang ni aku kat airport kuantan sebab arini kedua2 orang tua tersayang akan berangkat ke tanah suci mekah.

Sebagai kenangan gambo nilaa akan jadi pengubat rindu. Ikutkan gambo banyak sebab dengan kawan2 ada, dengan adik beradik ada, dengan keluarga anak2 semestinyalaa ada kan tapi aku cuma kesorangan sebab anak2 pegi skolah, isteri pulak kena pegi kursus kat genting highland.

Suasana yang pada awalnya penuh dengan gelak tawa tetiba menjadi sedih apabila tiba masa untuk kedua2 orang tua aku masuk ke balai berlepas.

Apa2 pun aku doakan semoga kedua2 orang tua aku selamat pegi dan balik dan diberi kesihatan yang baik agar dia dapat mengerjakan tanggungjawab disana dengan tenang....Amin.

:> Ayen sayang kalian berdua...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, 18 October 2011

Kasornya soklan...

Ada sorang cikgu pompuan ni nak kata baru bersalin pun taklaa baru jugak tapi yang pasti anaknya masih menyusu badan. Ibu2 berkerjaya biasalaa kan masa keje takkan nak balik tiap kali nak susukan anak so nak taknak kenalaa curi masa untuk pegi perah susu letak dalam botol.

Cikgu yang aku maksudkan ni pulak memang tiap2 hari susu dia tu dia akan tumpang kat peti makmal aku. Memula tu aku cakap jugak yang dalam peti makmal aku ni ada bahan kimia tapi dia cakap takpelaa. Dah dia cakap gitu aku pun nak cakap apa lagi kan tapi klu dia tutup betul2 insyaallah takpe.

Biasanya dia datang letak pagi pastu masa nak balik petang dia ambiklaa semula. Arini dia takde datang letak so tadi kebetulan masa aku nak tutup makmal aku nampak dia dari jauh. Tak sayang mulutnya aku ni selamba je tanya dia dari jauh,' arini takde susu ke? '...hehe.

Dia sambil2 senyum cakap ada tapi letak kat bilik guru je. Mgkin tak berkesempatan nak datang letak kot(dlm hati aku). Lepas aku tanya tu barulaa aku perasan dan berkata sorang2, ish!!!..kasor betul soklan aku tadi yek. Ke pada korang tak kasor?.....huhu.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Cer tengok betul2...

Semalam aku isi borang cuti sebab esok kan ayah ngan mak aku nak berlepas ke tanah suci mekah. Klu ikutkan lepas isi borang tu aku kena jumpa cc aku dulu suruh dia t/tangan pastu baru anto kat pejabat.

Tapi dah semalam aku tak jumpa dia pastu kak kerani pulak cakap takpelaa tinggal kat dia nanti cc aku datang dia suruhlaa t/tangan terus.

Tup2 pagi ni masa aku on de way ke tempat keje cc aku anto mesej tanya yang aku ni cuti semalam ke arini. Aku balaslaa yang aku isi borang semalam tapi cuti esok. Dia anto skali lagi mesej, katanya klu tak silap macam aku tulis cuti 17hb...

Dalam hati aku biar betul cc ni. Aku pun kabolaa kat dia, cer tengok betul2...17hb tu kan tarikh isi borang, bukan tarikh cuti. Sampai sekarang terus senyap tak balas2 mesej aku,hehehe... Maknanya akulaa yang betul kot....ihiks.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, 17 October 2011

Tulaa ikut lagi rapat2...

Selalunya lepas ambik anak balik skolah aku bawak dia kat skolah aku dulu tapi arini sebab dia kabo sakit perut so kesian kat dia aku terus anto balik umah. On de way pegi keje semula adalaa sebuah van tu potong aku.

Sebelum dia potong tu aku dengar dia bunyikan hon dan aku tau dia bukan bunyikan kat aku. Mungkin kat member dia kot sebab masa dia potong aku tu aku nengok dia duk tengah suka ngan member dia dalam van tu.

Dahlaa duk suka berdua kat dalam van pastu bawak punyalaa laju, rapat pulak ikut keta kat depan dia. Dalam hati aku, mengada betul dua orang ni. Tak lama lepas tu sampai je kat jambatan yang berbukit ckit kat depan aku nengok jalan tetiba sesak.

Sampai dekat aku nengok van tadi tu dah sondol belakang iswara sorang pompuan,kahkahkahkah... Jahat betul aku ni kan orang dah xciden aku boleh gelak. Sebenonya bukan nak gelak sangat tapi bila teringat masa dieorg duk suka sebelum tu dengan muka kesian masa kejadian tu memang berbeza sangat2,ihiks...

Tulaa lain kali jangan bergalak sangat masa memandu. Tumpukan pada pemanduan dan lagi satu janganlaa follow rapat sangat keta kat depan sebab kan pepatah ada kata malang tak berbau. Ingatan ni aku tujukan buat diri aku sendiri dan jugak korang semua ok. Sama2laa kita berhati2 dijalan raya, ingatlaa orang tersayang...
Published with Blogger-droid v1.7.4

1,2,3 sume muntah...

Biar betul anak2 aku ni. Ari jumaat minggu lepas adik asyik duk sakit perut sampai muntah2. Malam semalam baby pulak 2,3 kali muntah.

Tadi masa aku ambik kakak balik skolah dia cakap dia muntah 2 kali sebab sakit perut. Skali dalam kelas, skali dalam tandas. Pelik betul ni sampai lepas sorang, sorang muntah...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Air terbaik di dunia...

Tidak kiralah sehaus mana pun kita, sekiranya dapat secawan air zamzam pasti dapat menghilangkan dahaga dan memberi tenaga serta merta. Setelah melakukan banyak kajian mengenai sifat kimia dan fizikal dalam air zamzam, Dr Hamdi Saif dari Universiti Iskandariah membuat kesimpulan bahawa air zamzam adalah air terbaik di dunia.

Dia menemui yang air itu mempunyai keseimbangan sempurna dalam elektrolit dan mineral surih yang penting untuk kesihatan tubuh badan. Di samping itu air zamzam adalah semulajadi, bersih dan tulen serta bebas dari semua mikroorganisme patogenik.

Kata Dr Hamdi, air zamzam sangat bagus digunakan untuk membantu mengubat penyakit buah pinggang, jantung dan pelbagai penyakit kronik yang lain. Air zamzam telah dianalisis di makmal di dunia Arab dan Eropah dan dibandingkan dengan air botol biasa daripada negara lain.

Mendedahkan hasil analisis itu, Dr Hamdi berkata, tidak seperti air lain air zamzam mengandungi jumlah kalsium, magnesium dan florida yang cukup. Ia adalah sifat unik yang dapat menyegarkan jemaah yang kepenatan.

Kami dapati air zamzam selamat diminum dan tiada tarikh luput. Air ini 100% tulen dan tidak mengandungi klorin atau bahan kimia lain, katanya...

:> Memang x boleh nak sangkal laa kan sebab cuba kaji balik dari mana asalnya air zamzam ni, betul x?...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tengah mengantuk ni...

Mengantuk sangat2 aku rasa sekarang ni. Mana taknya baby ni biasanya malam2 akan tido ngan aku dulu kat bawah. Bila dia dah tido barulaa aku angkat bawak naik atas sebab klu bawak naik masa dia belum tido memang takkan tidonya dia.

Akhir2 ni waktu standard aku bawak naik lebih kurang pukul 1-3 pagi. Tu termasuklaa kekadang aku sendiri yang tertido dulu pastu sedar2 dah pukul 2,3 pagi....kuang3x. Tapi semalam mgkin sebab sebelum tu aku bawak anak2 balik umah mak aku so dia letih main ngan sepupu dia makanya awallaa ckit tidonya. Aku rasa dalam pukul 12.30 gitulaa baru je aku nak bawak naik atas dengan tak semena dia batuk terus muntah.

Banyak jugaklaa abih 2,3 kusyen yang kena. Nasib baik dia tak nangis. Aku bawak ke bilik air lap2 badan dia apa sume, tukar baju pastu sementara aku nak bersihkan kusyen tadi dia pun tido semula.

Dah siap tu aku pun bawaklaa dia naik atas. Sedap punya tido dalam pukul 3 pagi lebih ke 4 lebih ke aku tak pasti, dia muntah lagi tapi tak banyaklaa. Cuci2 ckit tilam pastu tido semula. Eh3x!!!.. Tak lama pastu lebih kurang dekat2 pukul 5 muntah lagi. Kali ni sama banyak ngan yang mula2 tadi,huhu...

Aku rasa punca muntah tu sebab dia banyak sangat makan sumi(macam jeli tu). Tak tau sumi tu apa? Korang tanyalaa sape2 yang tau yek sebab aku nak kabo pun tak reti jugak,hahaha...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, 16 October 2011

Apa beza dieorg ngan kiteorg?...

Kali ni aku nak cite pasal bola ckit sebab aku rasa lama dah tak cite pasal bola kan. Tapi yang aku nak cite ni bukan tentang pemain tapi tentang penyokong setia pasukan masing2. Aku ambik contoh klu kat liga luar negara sana, dia punya stadium kebanyakkannya jarak antara tempat duduk penonton dengan padang rapat sangat2, betul tak... 

Klu nak banding stadium kat negara kita ni korang mesti tau kan walau tak penah masuk stadium tapi boleh tengok jugak bila ada siaran langsung kat tv. Punyalaa jauh sebab dijarakkan dengan trek lumba lari. Yang aku pelik tu dalam2 jarak yang jauh tu pun masih ada lagi mercun, botol mineral dan macam2laa yang boleh sampai kat tepi padang.

Bila aku nengok siaran langsung kat tv perlawanan luar negara sana, nak marah mcmane skalipun kat pemain pasukan lawan aku tak penah lagi nengok penyokong dieorg sampai baling benda dalam padang. Nak kata takde langsung tipulaa kan tapi takdelaa sampai setiap kali perlawanan, setuju?...

So sekarang ni apa yang membezakan antara penyokong dia dengan penyokong kita?.. Tak samakah kawalan keselamatan kat pintu masuk stadium dia dengan stadium kita?.. Sapa boleh jawab....

Untung jgk yek klu idung kembang...

Malam semalam masa duk syok nengok tv tetiba isteri aku terbau sesuatu yang kurang menyenangkan. Bila aku hidu punya hidu punya hidu rupa2nya bau tu datang dari sambungan plak tv. Aku alih je kerusi pastu bila pegang sambungan plak tu, mak aiii bapoklaa panasnya.

Bila aku cabut je soket tu nah kau, dah cair sebab terlalu panas sampaikan lekat satu kaki soket dalam sambungan plak tu. Syukur Alhamdulillah isteri aku perasan klu tak, buatnya shot ke apa lagi haru kan tapi mintak jauhlaa.

Nilaa ada untungnya jugak kan klu idung kembang, mudah hidu bau. Maksud aku ni untuk semua yek, bukan ditujukan buat isteri aku....kuikuikui. Sebab klu nak kata idung dia je kembang takleh jugak sebab idung aku pun lebih kurang jugak kembangnya,haha...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, 15 October 2011

Keluar peluh jantan...

Nak kata tak penah kopek durian, tipulaa sebab banyak kali dah aku kopek raja buah ni tapi aku rasa yang nilaa paling susah. Selalunya senang je. Susah tak susahnya korang tengoklaa tu haaa sampai hampir2 nak hancur kulit dia aku kejekan,hahaha...

Korang bayangkanlaa puas buat gitu, buat gini pastu buat gitu pastu buat gini. Macam2 posisi tukar tak boleh jugak. Dah letih berenti kejap pastu sambung semula. Punyalaa susahnya tu sampaikan keluar abih peluh2 jantan aku. Tapi tulaa orang kata usaha tangga kejayaan kan, akhirnya boleh jugak. Patutlaa susah nak kopek rupa2nya kureng masak,huhu...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Eeee...tak malunya dia.

Baru jap aku pegi kedai depan nak beli surat kabo. Selalunya aku pegi kedai yang spisis al-arqam tu tapi oleh kerana surat kabo yang aku nak takde, aku pegilaa kedai yang ala2 24jam pulak. Bukan 7e yek tapi kedai ni sebelah ngan 7e,ihiks...

Masuk je kedai tu adalaa sorang budak pompuan yang bertugas kat kaunter. Dengan baju leher bulatnya, rambut pulak diikat rapi ke belakang so bila aku nengok je kat dia aku nampak dengan jelas sesuatu yang pada aku memang peliklaa sebab klu aku memang aku malu. Nampak apa?...

Love bite atau dalam bahasa yang senang paham gigitan cinta. Kiri kanan pulak tu, nasib dia tak buat macam rantai sampai keliling leher ada,hahaha... Tak taulaa dia tu dah kawen ke belum tapi kot ye dah kawen skalipun takyahlaa sampai nak tunjuk kat orang.

Eeee... Malaslaa aku nak cakap lebih2. Sepatutnya dialaa yang malu kat aku, ni aku pulak malu kat dia. Dahlaa duk kat kaunter makanya sah2laa orang yang datang membeli akan jumpa ngan awak. Ish!!!.. Ntahlaa orang zaman sekarang, macam2....
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, 14 October 2011

Tutuplaa ckit ketiak tu wehh!!!..

Baru balik dari pasar malam tadi. Aku ni klu ngan pasar malam memang suka sangat. Kekadang tu takde nak beli apa pun tapi nak jugak pegi sebab saje je nak nengok2,hehe... Tapi klu dah pegi tu tipulaa tak beli apa2 kan, sekurang2nya beli jugaklaa keropok/goreng pisang.

Pendek cite, bila cakap tentang pasar malam ni yang aku cukup tak suka nengoknya ialah anak2 pompuan makcik yang berniaga tu. Klu yang jual kain baju ke jual selipar ke aku tak kisah sangat.

Tapi yang aku kisahnya sekarang ni yang duk jual makanan dan kuih muih. Anak2 dara dieorg dengan pakai baju yang berlengan pendek sampaikan nampak ketiak sesetengahnya. Aduhai korang bayangkanlaa, pulak tu klu berniaga kat tempat berhawa dingin oklaa jugak kan.

Ni dengan orang yang ramai, bahang kepanasan usah cakaplaa. Aku rasa kat tempat korang pun mesti ada gak kan jenis gini. Yang aku peliknya tu pihak berkuasa tak ambik tindakan pulak dengan dieorg ni. Ermmm....ntahlaa.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Jangan ajor diri buat gitu...

Dua perkara yang buat aku sakit hati sekarang ni. Dua perkara tu jugak datangnya dari dua orang, sorang lelaki sorang pompuan. Dua2nya menipu. Yang lelaki tu ada ambik topup ngan aku rm30 klu tak silap aku akhir bulan lepas. Janji nak bayar 7hb tapi sekarang dah 14hb. Sebabnya sekarang ni dia dah kena tukar sebab masalah disiplin. Biasanya sebelum ni klu dia janji, betul dia akan bayar.

Baru2 ni aku mesej tanya bila nak bayar sebab dah lebih dari tarikh janji nak bayar, dia jawab ok. Semalam aku call dia tak jawab, call skali lagi terus mailbox. Dia taulaa tu nombor aku mesti nak mintak hutang punya,huhu... Klu rm10 aku halalkan, ni rm30 beb... Aku dah bgtau kat incharge dia semalam dak dia janji akan potong lebihan gaji dia yang sebelum ni.

Kes yang pompuan pulak ialah pasal video aku kat dia. Bukan video lucah aku ek. Agak2laa korang pun,hahaha... Aku nak cite kang panjang sangat so aku pendekkan. Video anak2 aku dalam C7, aku nak pindahkan ke galaxy tab aku ni so klu nak blutuh lambat makanya aku mintak tolong dia sebab kebetulan dia ada depan laptop masa tu. Lepas tu aku suruh dia masukkan dalam pendrive aku tapi tak muat so yang lebih tu letak dalam laptop dia dulu, esok ambik semula memandangkan dah nak balik keje masa tu.

Start dari aritu aku rasa ada dah 2 minggu lepas sehari, sehari lepas sehari, sehari. Macam2 alasan. Bila aku tanya, ok2 nanti dotdotdot(bukan nama sebenor) call abg ayen yek. Aku takleh bagi nama sebenor sebab blog aku ni rupa2nya ramai gak silent readers dari skolah aku ni. Yang aku tau tu sebab salah sorangnya ialah cikgu yang dah bertukar penah cakap yang dia selalu baca blog aku ni.

Takpelaa aku nak tengok sampai bila dia nak main janji2 ngan aku gini. Ingat... Jangan ajor diri kita ni menipu sebab bila dah jadi hebit nanti susah. Awk tu muda lagi. Klu dah jadi kebiasaan nanti mulalaa bila tak menipu orang je rasa tak senang hidup.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, 13 October 2011

Surat kabo 'porno' tu...

Hahahahaha.... Aku gelak sorang2 bila dengar ada member cakap gitu. Surat kabo tu ngan aku ibarat macam sarapan pagi akulaa sebab setiap pagi on de way ke tempat keje mesti beli dia dulu. Klu tak rasa macam tak lengkap pagi tu.

Tapi ntahlaa nak kata tak betul kang memang betul. Sebabnya hari2 ada je kluar berita pasal rogol. Khalwat, bunuh membunuh tu usah cakaplaa. Yelaa surat kabo lain pun ada gak cite2 gitu tapi taklaa banyak sangat. Agak2 korang surat kabo apa tu....hehe.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, 12 October 2011

Hajat tercapai...

Syukur Alhamdulillah sebab hajat kedua2 orang tua aku untuk pergi ke tanah suci dan menjadi sebahagian daripada tetamu Allah dimakbulkan olehNya.

Ikutkan ayah aku dah penah pegi dulu dalam tahun 2002 tapi masa tu pegi sorang2 je. Pemergian kali ni lebih bermakna sebab ditemani oleh isteri tercinta yang teringin sangat2 nak pegi,hehe...

Jadual penerbangannya adalah pada ari rabu bersamaan 19/10/2011. Sebagai anak aku doakan semoga kedua2nya diberi kesihatan yang baik, selamat sepanjang perjalanan pegi dan balik serta mendapat haji yang mabrur......Amin.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Aku doakan kau takkan selamat...

Tadi adalaa member pejabat isteri aku datang ngan member dia. Aku asalnya tak tau tujuan kedatangan dieorg tu. Rupa2nya pasal nak ubatkan mak mentua aku.

Itu bukan topik yang aku nak cite ni. Yang aku nak cite ni ialah pasal basikal dicuri orang. Basikal tu kepunyaan isteri aku tapi oleh kerana dia dah lama tak kayuh makanya puteri sulung akulaa yang duk kayuh tiap2 petang.

Dalam keriuhan kiteorg duk bersembang tu sempat lagi dia masuk dalam pagar, ambik basikal tu. Basikal tu aku letak depan keta sebelah motor aku. Bukannya aku letak dekat2 ngan pintu pagar ke tapi berani betul dia masuk ambik, memang celaka betullaa pencuri tu.

Yang aku sedar ilang tu lepas member isteri aku balik, aku tutup pagar pastu aku cari papan yang aku selalu letak atas motor. Seingat aku papan tu aku sandar pada basikal. Cari punya cari papan tu jatuh atas lantai tanpa adanya basikal. Pusing keliling cari basikal tak jumpa, sahlaa kena curi. Takpelaa takde rezekilaa namanya tu kan tapi yang pasti aku doakan sape yang curi tu takkan selamatlaa idupnya.....Amin.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, 11 October 2011

Tak selesa wehhh!!!...

Dua tiga ari ni tak taulaa nape perut aku ni rasa tak berapa selesa je. Nak kata makan yang mengarut2 rasanya tak. Klu dah tak selesa gini korang paham2laa kan dia datang bukannya menentu.

Andai datang masa duk rileks kat tempat keje takpe lagi, buatnya datang masa duk atas motor tak ke haru. Takkan nak buang kat tepi jalan kan,huhu...

Lagipun korang sendiri bukannya tak biasa dengan keadaan ni betul tak. Klu dia nak kluar tu memang takde stop2 dah,huahuahua... Dahlaa aku malas nak sambung panjang2 kang korang cakap aku ni suka cakap yang mengarut2 pulak. Yang pasti sekarang ni pun masih tak selesa lagi,huhu...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, 10 October 2011

Pegi tak pegi kena bayor!!!...

Amboiiii macam paksa je. Macam2 betullaa dieorg ni. Nak buat jamuan pastu cakap pulak pegi ke tak pegi ke kena bayor jugak. Memanglaa tak mahal mana, rm35 je tapi dah klu kebetulan bulan ni banyak pulak penggunaan duitnya, nak buat camne kan. Yelaa ni bukan kali pertama tapi sebelum ni aku berkemampuan ckit,hehe...

Yang pasti tengoklaa dulu. Klu aku pegi, aku ada duitlaa tu nak bayor tapi sekarang ni kemungkinan beso aku tak pegi kot. Maknanya aku takde duitlaa tu, tak paham ke?.. Bukanlaa takde duit langsung tapi duit yang ada ni aku nak guna untuk keperluan yang lebih penting lagi. Harap maklumlaa yek...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, 8 October 2011

Kedai kena serbu...

Semalam kan mata/telinga semua rakyat malaysia tertumpu kat tv sebab nak nengok belanjawan 2012 yang dibentangkan oleh PM. Makanya pagi ni orang ramai pun pakat duk serbu kedai2 sebab nak cari paper. Arini pulak cuti so klu lambat paham2laa kan.

Tapi ramai yang hampa sebab paper yang nak dibeli tak sampai lagi. Yelaa nak sampai awal mcmane, semalam kan banyak bajet yang dibentang makanya orang2 yang kerja kat kilang surat kabo pun cbuklaa ckit sebab banyak mende nak kena cetak. Betul tak?...

Paper yang sampai awal pagi ni cuma harian metro ngan sinar harian je. Berita harian, utusan malaysia, nst, star dll semuanya lewat tuan kedai tu cakap. Pada korang yang nengok/dengar semalam, apa pendapat korang tentang bajet yang dibentangkan oleh PM tu?...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, 7 October 2011

Info minda...

Manusia mengandung sembilan bulan tetapi tahukah korang yang gajah bunting paling lama kerana haiwan itu mengambil masa 22 bulan sebelum melahirkan anaknya.

Klu manusia pun lama gitu jugak aku tak taulaa mcmane kan,huhu... Tapi tulaa sebenonya segala apa yang telah ditetapkan dan dianugerahkan di dunia ni oleh Allah swt merupakan yang terbaik buat semua makhluknya...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sampai masa pasti pergi jua...

Pengasas Apple Computer, Steve Jobs meninggal dunia pada usia 56 tahun semalam akibat kanser pankreas. Antara sumbangan Jobs kepada dunia ialah melahirkan iPad dan iPhone.

Semalam, Jobs meninggal dunia di kelilingi ahli keluarganya. Kematian Jobs turut dirasakan di seluruh dunia dengan peminat Apple membanjiri laman sesawang sosial dengan menyatakan ucapan dan penghargaan masing2.

Jobs hanya berusia 21 tahun ketika dia mengasaskan Apple Computer bersama rakannya, Steve Wozniak. Daripada syarikat sederhana, Apple berkembang menjadi satu daripada firma paling bernilai di dunia ketika ini. Lebih menyedihkan Jobs meninggal dunia sehari selepas Apple melancarkan produk terbarunya, iPhone 4S...

* Kesimpulannya... Hebat mana skalipun kita di dunia ni sampai masa akan pergi jua. Setuju???... Apa2 pun takziah dari Ayen buat Steve Jobs...

Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, 6 October 2011

Kondom utk mangsa banjir...

Thailand bergegas menghantar bekalan kondom bersama barangan keperluan lain untuk mangsa banjir di wilayah Lop Buri semalam bagi mengelak berlaku kehamilan tidak terancang.

Jurucakap Institut Perubatan Kecemasan Thailand berkata, mangsa banjir tiada aktiviti ketika ini. Justeru, untuk menghalang peningkatan kelahiran, kami turut membekalkan mereka kondom.

* Macam2 betullaa kan. Takkanlaa duk kat penempatan banjir yang ramai orang dengan tempat yang terbuka tu pun ada yang sanggup nak ehem2 kot,hahaha.... Tapi tak taulaa kan kot2 penempatan banjir kat tempat dieorg ada bilik setiap keluarga. Klu gitu memang seronoklaa dan memang patut kena bekal kondom,kuikuikui...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, 3 October 2011

Hakktuiihhh!!!..

Sebalik cerita aku semalam (lain cari lain yg dapat) tu kan, aku nak cerita ckit pasal seorang muda yang boleh kata kurang ajorlaa. Kurang ajorlaa namanya kan klu kita buat perkara tak senonoh kat orang yang lebih tua dari kita.

Sementara aku tunggu isteri aku pegi toilet aku nengoklaa gelagat puteri2 aku main kat depan pintu utama nak masuk megamall tu. Yang kakak ngan adik main jauh ckit dari baby.

Baby main betul2 depan pakcik guard depan pintu tu. Pastu tiba2 datang sorang mamat berdiri sebelah aku mengadap kat pakcik guard tu. Pakcik tu pulak mengadap ke luar so tak perasanlaa kat mamat tu. Aku ingatkan dia saje je berdiri yunggu orang kat situ, rupa2nya tak.

Lepas je anak aku yang baby tu lari jauh ckit dari pakcik guard tu mamat tadi tiba2 'hakktuiihhh!!!'.. Dia ludahnya pakcik tu tapi tak kenalaa cuma sipi2 kat kaki. Lepas ludah tu terus dia blah dari situ. Terkejut jugak aku masa tu sebab tiba2 je kan. Pastu aku nengok pakcik guard tu terus guna walkie talkie dia kontek member lain kot.

Aku rasa mungkin adalaa benda yang pakcik guard tu buat sampai dia marah sangat tu. Tapi pada aku memang kurang ajorlaa apa yang awak buat tu. Kot ye pakcik tu tegur ke marah ke kat awak takkanlaa awak balas dengan meludah gitu, betul tak?... Dalam mall pulak tu, penuh dengan orang.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, 2 October 2011

Lain cari lain yang dapat...

Sebenonya tadi hajat keluar tu nak cari sarung ngan beg galaxy tab aku. Arini kan ari last pc fair kat megamall so kiteorg pun pegilaa usha kot2 ada kat sana. 2 kali pusing nengok macam takde je kiteorg pun pegilaa makan.

Tanya puteri2 aku, masing2 cakap nak makan kfc. Pegilaa kat teluk chempedak, mak aiii punyalaa ramai manusia maklumlaa arini kan ujung minggu. Tak larat nak beratur kiteorg sepakat pegi kfc lain pulak. Alhamdulillah mula2 sampai tu takde orang lagi tapi lepas pada tu 3,4 barisan seramai2 manusia......hehe.

Lepas makan tu isteri aku cakap nak blanjer jam tangan, dalam hati aku takyah cakaplaa korang pun mesti tau kan apa perasaan aku,haha... Sampai je kedai jam, pilih punya pilih 'Casio Edifice' nilaa pilihan aku.
Isteri aku pun beli jugak 'BabY G' untuk dia. Aku rasa ni jam yg ketiga dah kot dia ada. Jam dia ni aku dapat snap kotak jelaa sebab jamnya dia dah pakai.
Dah suka hati dapat jam baru pastu melintas pulak kat kedai beg. Terpikir pulak beg galas aku dah uzur, sambar terus 'Converse All Star' kaler itam ni.
Ingatkan nak ke Kuantan Parade pulak sebab puteri sulung ngan puteri kedua cbuk nak keychain tapi menengokkan puteri bongsu aku dah ngantuk maka kiteorg pun ambik keputusan untuk balik. Sampai je kat umah baru perasan yang rasanya hajat masa nak keluar tadi nak beli sarung ngan beg galaxy tab, last2 benda lain yang dapatnya....huhu. Takde arahlaa kan ginilaa klu keluar tanpa perancangan yang betul. Lain yang cari, lain yang beli...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, 1 October 2011

Tau pun takut kena saman...

Pagi tadi bibik mintak tolong aku pegi beli barang. Aku pun pegilaa kat kedai depan sekejap. Biasalaa kan klu taman perumahan ni dah semestinya parking kena bayor. Tengah masing2 duk asyik membeli tetiba tuan kedai menjerit 'parking dah sampai'....

Masing2 yang duk dalam kedai tu termasuklaa aku ni terus lari pegi kat keta. Buat2 idupkan enjin ketalaa konon2nya,haha... Padahal saman parking tu rm5 je tapi yelaa dari bagi kat dieorg baik kita beli makanan untuk anak2 kita kan dengan rm5 tu. Ada jugak faedahnya...

Lagipun kiteorg yang pegi kedai tu bukannya lama sangat pun. So tak berbaloi rasanya parking tak sampai 5 minit tetiba kena saman. Lepas dieorg pegi barulaa aku masuk semula dalam kedai untuk bayor barang yang aku beli tu. Apa2 pun time kasih tuan kedai sebab 'menjerit' bagitau, klu tak memang dah kena saman aku tadi...ihiks.