My photo
Mencoret sekadar apa yang dirasakan perlu...

Rakan2 siber...

Saturday 30 April 2011

Cuti2 Melaka...

Mulai arini 30/04 - 02/05/11 aku kat melaka. So tak berkesempatanlaa nak mengupdate blog dan jugak menjenguk blog2 korang semua ek. Bukan tak bawak lappy. Walau kemana skalipun lappy tetap bawak.

Tapi paham2 jelaa kan walaupun bawak lappy namun tujuan aku kesini nak jalan2 sambil rilis tensyen maka masa nak bukak lappy pun kuranglaa ckit tapi tengoklaa klu ada kelapangan aku cuba2laa jenguk blog korang ok. Klu tak, tunggu balik kuantan nantilaa,hehehe....

Friday 29 April 2011

Ikut sedap dia je...

Klu ikutkan dialaa yang lambat ckitnya nak ilangkan pelat masa mula2 pandai cakap dulu tapi bila dah pandai dialaa yang loya buruknya. Aku balik tengahari tadi masih beruniform skolah, belum mandi.


Tengah2 aku duk kemas baju yang nak bawak pegi jalan2 esok dia masuk dengan buku kakak masa darjah satu dulu. Katanya adik pinjam jap sebab nak nengok kakak kaler macamana. Sambil dia nengok tu dia duk merepek tak henti2 pasal kakak dia. 


Aku buat tak tau jelaa tapi yang aku takleh tahan sampaikan tergelak tu dia boleh cakap apa korang tau, "apalaa kakak ni cakap dah besar nanti cita2 nak jadi guru ngan jurukamera tapi kaler pun hodoh macam ni"... 


Aku pun sambil tergelak cakaplaa kat dia, amboiii sedap je adik cakap kat kakak yek. Dia kata yelaa cuba abah nengok ni haaa hodoh sangat kakak kaler. Aku malaslaa nak tambah lagi kang makin panjang dia cakap,hehehe...

Naik bosan aku dengornya...

   
Antara yang aku suka dengor...
Korang jangan terasa pulak dengan tajuk n3 aku kali ni sebab bukan aku tuju kat korang 'bosan' tu yek. Korang semua memang ok sokmo pada aku. Sebenonya cerita ni pasal lagu yang selalu diputarkan oleh sebuah stesen radio tu. Memang aku dengor stesen radio tu dari dulu lagi.


Sebabnya aku sendiri tak tau kenapa aku suka sangat dengor dia. Dulu aku rasa ok jugaklaa tapi sejak akhir2 ni klu aku datang kerja pagi mesti aku on terus radio sampailaa aku balik petang. Klu dulu jugak aku tak kesah sangat sebab radio aku ni duk kat belakang aku tapi sekarang sejak pindah kedudukan ni radio betul2 tepi telinga.


Bila duk betul2 tepi telinga korang pahamlaa memang seronok, jelas boleh dengor. Tapi yang kurang seronoknya tu bila stesen radio tu asyik duk putar lagu yang sama je. Aku rasa dari pagi nak sampai ke petang berpuluh kali lagu yang sama aku dengor.


Dari dj ni tukar ke dj tu pun asyik duk main lagu yang sama. Aku rasa bukan stesen radio yang aku maksudkan tu je main lagu yang sama klu aku tukar stesen lain pun sama jugak kot kan so nak tak nak dengar jelaa lagipun dah biasa dengar dia kan. Jangan banyak soal,huhuhu....

Masin betul mulut dia...

Bukan aku pegi cium mulut dia yek, jangan salah paham pulak. Ni pasal bos akulaa. Aku kata macam tu sebab orang dulu2 kan selalu cakap gitu bila apa yang dia cakap tu betul.

Lagi pulak klu bos aku tu pompuan adalaa jugak rasanya aku nak pegi cium mulut dia, ni lelakilaa wehhh, giler... Ceritanya ni masa aku tengah sediakan bahan2 eksperimen tadi. Masa tu aku tengah nak masukkan tiub kapilari dalam lubang rubber stopper, sepatutnya isilaa air/minyak ckit kat tiub kapilari tu barulaa senang nak masukkan.

Dah elok nak siap dah sebenonya tetiba dia datang. Takde apa pun dia saja datang sebab nak baca metro. Bila dia nengok aku macam susah nak masukkan benda tu dia pun cakaplaa kenapa tak isi air/minyak bagi senang ckit. Klu patah tiub kapilari tu bahaya tercucuk tangan.

Masa tu aku rasa aku tengah nak buat yang last skali. Aku cakap malaslaa lagipun dah nak siap ni. Tak sampai seminit kot lepas dia cakap gitu terus je 'pap' tiub kapilari tu patah dan tercucuk kat jari aku. Aduuuhhh!!!! 
                                          

Walaupun ckit je tapi dia punya sakit Tuhan saja yang tau.
Banyaklaa jugak darah kat tisu ni....
Walaupun dah pakai hendiplas ni tapi denyutan dia masih terasa. Bos aku cakap apa korang ingat lepas tu. Haaaa tulaa orang cakap tak nak dengar. Aku suka jelaa dah nak cakap apa lagi, memang salah aku kan.

Dalam hati aku kata masin betul mulut orang tua ni baru je cakap terus jadi. So moral dari kesah aku ni ialah lain kali dengar nasihat/pandangan dari orang yang lebih tua dan berpengalaman, jangan degil...hehe.

Thursday 28 April 2011

Betul ke ni???...

Aku sebenonya jarang atau memang tak penah dapat ke aku tak pasti tapi yang aku pasti aku musykil dengan mende alah ni. 
Memula tu aku ingat nak tutup mata mamat ni biar macam yang surat kabo selalu buat kan tapi bila pikir2 balik biar jelaa bagi dia glemer skali skale kat blog aku yang tak glemer ni,hehehe...

Aku ambik ni kat Fb orang umah aku sebab aku nengok dia selalu je dapat mende alah ni. Tak taulaa pulak kot2 orang umah aku pun terjoin jugak ngan mende alah ni, lupa nak tanya dia.

Cuba korang baca apa yang diaorg anto kat bawah tu pastu korang bagitau aku agak2 korang, betul/boleh percaya ke tak sebab aku sendiri pun tak tau nak percaya ke tak....huhu.


ADE JER DUIT MASUK..HUTANG DAH SELESAI..GAJI TAK USIK !
SETIAP HARI DUIT MASUK !
BAYARAN TERUS KE AKAUN KITA !
TAK PERLU TUNGGU GAJI !

Setiap orang yg kita daftarkan ke Website InfinityDownline.com, kita dapat RM100..Ada yg dapat RM100..Ada yg dapat RM500..ada juga yg dpt RM800 setiap hari…Promosi kita buat kat Facebook….berjuta orang ada…tu yg jadi mudah…

Bukan MLM !...Bukan SKIM CEPAT KAYA..!!!....Ianya WEBSITE REFERRAL Bayaran 100% trus kpd kita….Sangat mudah…Senang dapat..

BAGAIMANA DAPAT INCOME ??

Setiap ahli menjana income secara terus ke akaun bank mereka…RM100 dari setiap ahli baru yg di daftarkan ke website InfinityDownline.com. Kalau minggu ni ada 5 org jadi ahli maka RM500 trus ke akaun kita..kalau bulan ni 30 org..maka RM3000 akan tertera masa kita semak baki di ATM kita…

PRODUCT DLM WEBSITE ??

- Pendidikan Marketing Secara Online
- Kesihatan
- Pendidikan Teknologi Maklumat

Call/SMS : 012-603 9023 Sekarang…

Hak Ekslusif dari Multiplex System Corporation pengasas InfinityDownline. Kita gunakan kelebihan konsep referal yg ditawarkan oleh Website jika kita refer 1 ahli baru kita akan dapat RM100 segera ke akaun bank kita. Dengan pengunjung yg amat ramai di Facebook & teknik yg betul yg akan haris tunjukkan, amatlah mudah utk mendapat income yg infiniti. Haris akan guide anda sehingga berjaya !

CALL / SMS : 012-603 9023 ( Haris ) / PM utk penerangan lanjut....

Untuk pendaftaran secara online, klik link di bawah :
http://www.infinitydownline.com/?id=okcc2u

Aku suka nengok isteri aku gini...

Kenangan dulu2...
Aku suka sangat nengok bila orang umah aku dalam keadaan gini. Ikhlas aku cakap ni sebab pada aku nampak seksi,hahaha... Takdelaa mgkin sebab seri muka orang mengandung kot. Rindu pulak nak nengok dia gini lagi tapi takde arahlaa kilang dah tutup.
Puteri2 kesayanganKu...
Kenapa kilang dah tutup?.. Bangkrap?.. Tak aiihh!!!.. Operator pengeluaran masih aktif bekerja, kilang je terpaksa tutup.Kahkahkah... Gurau jelaa. Tutupnya tu sebab 3 beradik ni semuanya keluar ikut tingkap,huhuhu...

Takpelaa kan walaupun dah tak dapat nak nengok lagi dia dalam keadaan gini secara realiti, dapat nengok gambo pun jadilaa. Sebab tu gambo2 masa dia berbadan dua gini aku simpan dengan rapi, takut terdelete......kuikuikui. 

Wednesday 27 April 2011

Tak malu langsung dia...

Aku nak tanya, agak2 apa yang korang nampak dalam gambo kat atas tu. Tak nampak???.. Takpe biar aku bagitau, kesan seluar dalam. Gambo tu bukan aku snap sendiri yek tapi curi kat google,hehe... Giler apa aku nak snap sendiri kang tak pasal2 kena ketuk.

Jangan marah yek sebab aku tak bermaksud nak 'melucah' kali ni tapi aku pelik dengan sikap sesetengah orang pompuan yang suka berpakaian gini di khalayak ramai. Bukanlaa semua pompuan gini sebab tu aku cakap 'sesetengah' lagipun aku tau korang yang baca blog aku ni tak termasuk pompuan yang jenis suka pakai gini kan.

Aku kluarkan cerita ni sebab masa aku pegi ambik anak aku balik dari skolah tadi. Korang bayangkanlaa masa budak2 balik skolah, yang skolah rendah tu satu hal, budak2 skolah menengah pun ada, mak bapak yang tunggu anak masing2 usah cakaplaa. 

Awak dengan selamba je datang melenggang lengguk dengan baju ketat pastu pakai seluar ala2 nipis kaler pink pulak tu. Ikutkan gambo kat atas tu teballaa jugak klu nak banding ngan seluar pompuan yang aku nengok tadi, lagi nipis. 

Aku rasa seluar tu macam seluar tido je sebab orang umah aku pun ada jugak tapi dia pakai kat umah je tu pun pakai buat tido,hehe... Aku ni bukan nak nengok sangat sebenonya tapi klu dah duk depan mata kan, orang kata klu tak nengok kang terasa rugi pulak........kuang3x.

Tuesday 26 April 2011

Nengok serina...

Ujung minggu ni aku ngan family akan pegi bercuti ke melaka. Oleh kerana nak bawak skali mak mentua so terpaksalaa cari keta yang beso ckit sebab nak letak kerusi roda dia. Nak pegi ngan iswara/wira kitaorg mana muat. Dalam boot belakang klu letak kerusi roda, beg pakaian semua nak campak mana kan.

So sepakat ngan orang umah aku, sewalaa serina tapi bukan yang kat atas tu. Yang kat atas tu tak taulaa aku serina siapa punya tapi maksud aku serina yang aku nak sewa nanti memang macam yang kat atas tulaa. Kaler pun sama,hehe...

Petang tadi aku ngan orang umah aku pun pegilaa nengok serina tu. Setakat yang kitaorg nengok tadi memang puas hatilaa dan harap2 tak ada apa2 masalahlaa nanti,Amin.....

Baru aku tau...

Arini aku belajar apa yang selama ni aku tak penah buat iaitu memasukkan gas oksigen dan karbon dioksida ni kedalam tabung uji. Nak buat mcmana kan dah sebelum ni aku kat lab fizik, semua alatradas dan barang2 kering je tapi kat lab sains sekarang ni aku terpaksa bermain dengan gas dan jugak bahan kimia. So pada aku memang sangat2 berbeza.
Nilaa orang yang bertanggungjawab mengajar aku arini, cik zura... Kenapa dia? Sebab dia masih cik? No..no..no.. Sebabnya dia antara staf lab paling lama kat skolah aku pastu dia penah jaga lab ni so memang dia pakarlaa dari aku,ihiks...
Sebelum masukkan gas2 tu rupa2nya kena rendam dulu tabung uji dalam air... Dan Alhamdulillah hanya dengan skali dua je ditunjuk ajor terus aku pandai buat sendiri. Lepas ni bereslaa.... 
 
Dan inilaa hasilnya. Memanglaa nampak kosong, korang ni pun nama lagi gas kan memanglaa tak nampak apa2. Yang atas tu ada gas karbon dioksida dan gambo bawah pulak tabung uji yang mengandungi gas oksigen... 

Makan kat luar...

Cuba korang bagitau aku apa maksud tulisan jawi tu. Ceh..ceh..ceh... belagok je bunyinya aku ni macamlaa korang tak tau kan,hehe... Alaa saja je tak kan tu pun nak marah. Sebenonya lepas ambik anak aku balik skolah tadi dia cbuk nak beli kaler.

Nak tak nak pegilaa aku ngan dia kat kedai buku hamid bros, cari2 takde. Dah takde tu teruslaa aku ajak dia makan kat kedai ni. Selalunya aku balik makan kat kantin skolah je. 
Sampai masa ambik order bila tanya nak makan apa, tak nak makan nak minum je. Betul ni?.. Betul kakak nak minum je, katanya. Dalam hati aku ni takde selera nak makan mesti sebab kpale cbuk nak beli kaler.
Aku pun orderlaa makan untuk aku sorang, nasi papriks(peberet aku ni,ihiks...). Dia pulak nak minum air peberet dialaa, milo ais. Masalahnya bila sampai je nasi ni aku sempat rasa ckit je selebihnya dia sapu.....huhu.
Sambil makan kat sini boleh jugak layan cite kan,kuikuikui... Asyik makan kat kantin je tak boleh jadi jugak, pagi kantin tengahari kantin pulak tu menu lebih kurang sama je tiap2 ari...

Hujan oh hujan...

Pagi ni klu ikut dalam jadual ada kelas yang akan masuk lab aku waktu pertama. Aku pulak elok dari umah tadi nengok cuaca ok je tak ujan tapi sampai separuh jalan ujan.

Nak tak nak kena jugaklaa berhenti kat bus stop jap sebab nak pakai baju ujan. Nasib baik ada baju ujan klu tak kenalaa tunggu sampai ujan reda.

Dahlaa bertolak dari umah tadi lewat dah ckitnya(mcmlaa arini je bertolak lewatnya,kuikuikui.....) pastu kena pulak berhenti tukar baju ujan maka sampai skolah pun lambatlaa. Tak penah lagi sebelum2 ni aku sampai kat lab budak2 dah tunggu,huhu...

Sampai je kat skolah aku nengok henset ada miskollaa, ada mesej tanya samada arini keja ke cutilaa. Oleh itu pasni pagi2 sebelum pegi keja kena pakai siap2laa baju ujan kan,hehe....

Monday 25 April 2011

Pegi ambik gambo je...


Pagi semalam skolah anak aku ada buat pogrem senamrobik. Dah dia beria sangat nak pegi so untuk tak menghampakan dia aku pegilaa. 
Aku pegi tu bukannya bersenamrobik pun, sebagai jurukamera je. Yang berpeluhnya 3 beranak ni je,kihkihkih... Ok apa bagus untuk kesihatan kan.  
Nengok pulak yang incharge senamrobik tu lelaki lagilaa tak bersemangat nak bersenam aku ni. Klu pompuan tu sedaplaa ckit nak ngikutnya kan,hahaha...
Dasyat betul isteri aku ni, bersenamrobik pun siap dengan henbag lagi tu.......ihiks.
Dah abih acara dan sebelum balik menjadi satu kemestian iaitu bergambo... 

Macam pencuri?...

Cuaca sekarang ni memang panas giler. Klu dah panas tu habuk, asap keta/motor usah cakaplaa. Mende tu semua akan menjadi masalah buat penunggang2 motosikal terutamanya akulaa sebab aku pegi keja naik motor. Korang yang naik keta oklaa duk dalam ekon kan.

Walaupun jarak perjalanan tak berapa jauh tapi klu berhenti kat lampu isyarat tengah2 panas terik, memang perit jugaklaa muka. Tangan pulak mesti berbelang.
 
Untuk mengelakkan dari panas tu aku pun pakailaa penutup muka ni bila pegi ambik anak aku balik dari skolah. Sarung tangan kadang2 je aku pakai. Bila aku sampai tu aku nengok member2 anak aku panggil dia, Farisya... Pastu sambil bisik2 diaorg ketawa.

Dah abih tu aku tanyalaa member kakak bisik apa tadi?.. Dengan senyum dia bagitau aku, member kakak cakap abah ni macam pencurilaa pakai gitu....kuang3x.

Macam pencuri kah aku pakai gini?.. Pencuri ke pencurilaa janji kesihatan tu penting, betul tak....ihiks.

Sunday 24 April 2011

Sepasang kekasih yg kecewa...

Tghari tadi aku, isteri dan anak2 pegilaa jalan2 kat Pantai Teluk Chempedak. Jalan2 tu sebenonya no 2 sebab tujuan utama ke situ nak cari baju mandi anak2 aku yang belum jumpa aritu kan.

Alhamdulillah akhirnya arini jumpa jugak. Dah alang2 pegi kat pantai kan teruslaa ambik kesempatan melihat keindahan pantai disamping cuci mata ckit2 lagipun dah lama aku tak ke situ. 
Pantai Teluk Chempedak ni dekat dengan hutan simpan so masalah yang tak abih2 dari dulu ialah menatang ni... Selain hutan simpan tu terdapat jugak batu2 beso yang cantik dan pengunjung2 yang datang pasti suka melepak kat atas batu tu terutama pasangan kekasih.

Aku pun masa bercinta dulu2 penah jugak rasanya melepak kat atas batu tu,kihkihkih.... Punya besonya batu2 tu usahkan boleh duk melepak kat atas dia, pasangan yang berani mati siap duduk 'mengawan' lagi kat celah2 batu tu.

Aku..??? Sori yek!!!.. Oleh kerana aku ni takut mati masa tu so aku tak sampailaa ke tahap nak duduk mengawan kat celah2 batu tu. Giler apa jangan cari pasal,huhu... 

Berbalik semula pasal tadi, anak2 aku ajaklaa aku pegi kat batu2 tu. Aku ni terus terang cakaplaa rasanya dah berbelas tahun ada dah aku tak pegi kat batu2 beso tu. Pemandangan kat situ klu nak banding ngan dulu memang jauh bezalaa sebab sekarang pihak berkuasa dah perindahkan lagi tempat tu.

Dah anak2 beria sangat nak pegi aku pun bawaklaa. Sampai je separuh jalan kat atas jambatan yang menghala ke tempat batu2 beso ada 2,3 keluarga duk tengah melayan monyet kat situ. Aku pun berhentilaa jugak menengoknya. Yang duk kat situ semuanya tak bawak makanan so monyet tu rileklaa tak buat apa2. 
Tak lama lepas tu datanglaa sepasang kekasih. Kat tangan dia penuh dengan bekal makanan dan minuman yang konon2nya nak pegi menyantap kat batu2 beso tulaa. Sedang elok sampai je kat kitaorg, monyet tu terus terpandang makanan dan minuman yang dia bawak apa lagi teruslaa monyet tu kejar nak ambik.

Kitaorg ni pun apa lagi larilaa jugak kang tak pasal2 kena gigit lagipun yang 2,3 keluarga tadi tu bawak anak kecik. Aku pun bawak anak2 jugak. Makanya hampa dan kecewalaa pasangan kekasih tadi tu nak pegi memadu asmara kat batu beso,hehehe....

Saturday 23 April 2011

Kena datang jugak...

Sebelum ni member aku ada tanya nak tolong jual air tak masa pogrem SmartNiaga arini. Ikutkan memang tiap2 tahun bila ada pogrem ni aku akan tolong jual air untuk kelab staf tapi tak tau kenapa tetiba je aku rasa tak nak datang tahun ni.

Tahun ni pulak pogrem lagi besar sebab diadakan skali dengan karnival form 6 (11 buah skolah terlibat), pastu minggu Sains dan Matematik pun hari ni jugak.

Pendek cerita tak lama lepas cakap kat member yang aku tak nak datang tu dapat pulak berita yang bos panggil staf makmal miting dan hasilnya aku kena bertugas untuk karnival form 6. Tugas aku ialah kena jaga acara 'Rocket Launcher'...
Maknanya aku kena datang jugaklaa bertugas,huhuhu.... Tapi aku tak kesorangan sebab aku akan dibantu oleh rakan setugas, brader Michael ni...

Kat bawah ni aku tunjukkan beberapa keping gambo yang sempat aku rakam masa pogrem pagi tadi untuk tatapan korang semua. Nengoklaa klu rasa nak nengok...
Antara beberapa acara yang dilangsungkan kat padang selain Rocket Launcher. Kat tempat lain banyak lagi tapi dah aku bertugas kat padang so acara lain tu tak dapatlaa aku nak snap gambonya...
Nilaa dia sebahagian daripada Rocket yang telah siap sedia untuk dilancarkan...
Tapak pelancaran rocket2 tadi...
Tahun ni lain ckit peraturannya sebab klu sebelum2 ni Rocket paling jauh akan dikira sebagai pemenang tapi tahun ni Rocket yang jatuh paling hampir dengan tiang kayu belang2 ni akan dikira sebagai pemenang. Jarak tempat pelancaran dengan tiang kayu belang2 ni ialah 50 meter...
Cikgu2 yang bertugas sebagai juri untuk acara ni...
Beberapa Rocket yang sempat aku rakam masa tengah terbang kat udara...
Yang ni pulak yang dah selamat mendarat kat bumi cuma tak tau lagi menang ke tak,huhu...
Dah abih semua Rocket dilancar bermulalaa tugas juri untuk mencari pemenang2 tempat 1-3...
Akhirnya Rocket ni dinobatkan sebagai pemenang sebab dia yang jatuh paling hampir dengan tiang kayu belang2 tu...
 Dah dia nak sangat bergambo kenangan dengan Rocket yang dapat tempat 1 tu so aku layan jelaa,kihkihkih... Abih dan siap kemas2 apa semua dalam lebih kurang pukul 11am aku terus balik sebab tak larat dah berpanas kat padang...

Gangguan masa baca doa...

Gambo contoh je ni sbb aku kurus lg dr imam tu,hehe...
Kisah ni pasal solat maghrib semalam. Dah abih solat macam biasalaa kan wajiblaa baca doa ckit. Apa yang aku nak cerita ni ialah berlaku perkara yang agak melucukan pada aku sehinggakan aku terberhenti baca doa sekejap.
Yang buat aku terberhenti baca doa seketika tu ialah sebabnya dalam keadaan yang agak sunyi sepi tu tetiba je terdengar bunyi 'pruuutttt'... Pastu aku dengar kih kih kih kat belakang. Nak kata aku ni tak kusyuk sebab boleh terganggu dengar kentut tu tak jugak. Bunyi tu betul2 jelas dan nyaring, macamana tak terganggu......hehe. 

Nasiblaa masa bunyi tu doa yang aku baca dah hampir abih. Klu tak mau aku baca skali lagi,ihiks... Abih je aku baca doa tu terus aku tanya siapa yang kentut?.. Cepat je kakak cakap adik yang kentut abah.
Reaksi adik, senyum dengan muka selamba dia. Nak marah pun tak boleh kan, nama lagi budak2 maka ketawa jelaa aku pun....kahkahkahkah.

Friday 22 April 2011

Ubah lagi...

Kedudukan meja aku sekarang... Rasa bosan je ubah, bilik aku kan ikut akulaa. Takpelaa klu korang cakap ada aku kesah? Sebabnya memang aku tak kesah pun klu korang tak kesah,ihiks...
Kedudukan asal masa aku mula pindah kat lab ni meja ni memang kat sini cuma mengadap ke dinding tu je. Lepas aku masuk aku buat macam ni, mengadap ke pintu.
 Dah puas kat situ aku ubah pulak kat sudut ni. Tempat peti tulaa duduknya meja aku. 2,3 bulan kat sini aku ubah semula kat tempat asal. Abih semua cikgu2 yang lalu terkejut, aikkk!!!.. tukar ke situ pulak?.. Aku cakap taklehlaa lama2 kat satu2 posisi nanti bosan pulak,hehe.... 
Untuk menampakkan lagi luasnya bilik aku ni sebenonya almari kayu tempat letak barang2 kat ujung nun ade 2 tapi aku masukkan barang2 dalamnya kat 1 almari so jadilaa gini. Almari yang 1 lagi tu aku sumbat dalam stor,huhu...