My photo
Mencoret sekadar apa yang dirasakan perlu...

Rakan2 siber...

Monday 14 January 2013

Banyaknya 8...

Tghari tadi tepon aku berbunyi. Masa aku nak jawab tu aku tengok dulu skrin tepon aku tu sape yang call kan. Manelaa tau kot2 ada makwe call ke,hehe...

Terkejut beruk aku bila tengok kat skrin tepon aku tu. Mana taknya korang ingat sape yang call?.. No ni haa +888888888888

Pergghhh!!! Aku nak jawab pun takut. Aku kira2 ada 12 digit no 8,huhu... Giler betul. So sorilaa aku terpaksa abaikan sebab aku ni memang dari dulu lagi klu terima no yang pelik2 aku tak kan jawab...


Sinonim dengan dieorg...

Korang perasan tak bila keje yang berkaitan dengan baiki/buat jalanraya mesti kebanyakannya dimonopoli oleh kaum india. Nape ek???

Selama ni aku tak terpikir sangat tapi baru2 ni bila ada orang baiki dan tarkan jalan depan umah makanya aku ngan anak2 pun jakunkan diri tengok dieorg buat keje,hehe...

Masa tulaa baru aku terpikir sebabnya hampir 10 orang yang buat keje tu semuanya kaum india. Adakah sebab kulit dieorg yang gelap tu dieorg tak kesah keje tengah panas? Ataupun dieorg memang minat sangat2 dengan keje gitu?

Takpelaa tu kan yang penting sekarang ni keje kat tengah panas ke keje dalam tempat sejuk berekon ke janji keje tu halal. Oklaa daripada duk cbuk pegi mencuri sana sini, betul tak...

Tengok dua2 belah...

Sejak akhir2 ni aku tengok baik dalam surat kabo ke tv ke duk cbuk kluarkan cite pasal orang ni kata kat orang tu pastu orang tu pulak cbuk kata kat orang ni. Bagi aku, dua2 belah aku tengok.

Selain aku dengar berita dalam tv, baca surat kabo sini, aku jugak baca surat kabo sana so disitu aku akan nilai sendiri. Kadang2 aku tengok apa yang kluar kat yang sebelah sini semuanya buruk pasal yang sebelah sana.

Betullaa orang tu musuh. Kan kata negara kita ni sebuah negara yang demokrasi so sepatutnya bagilaa ruang untuk masing2 bercakap pastu biar rakyat jelata nilai sendiri mana baik mana buruk.

Barulaa dikatakan demokrasi kan. Ni tak, segala berita yang di kluarkan tu semuanya cite pasal buruk orang. Tu yang kadang2 aku sendiri pun pikir macam tak logik je, tak kanlaa orang lain takde baik langsung. Tak kanlaa apa yang kita buat ni betul je sepanjang masa.

Apa2 pun masanya akan tiba jugak nanti dan masa tu kita pikirlaa sendiri mana yang kita rasa terbaek kan...  

Thursday 10 January 2013

Sahut cabaran...

Lama dah sebenonya aku tak turun main futsal dengan geng2 skolah aku. Rasanya setahun lebih ada kot. Sebab tak turun main?.. Banyak sangatlaa,huhu...

Semalam masa duk makan pagi kat kantin, geng2 cikgu cabar aku ajak main. Macam2 dieorg kutuk aku. Ada yang cakap klu betul anak jantan malam nanti turun main.

Dieorg tu ingat aku ni sape. Sebagai anak jantan aku pun sahutlaa cabaran dieorg dan malam semalam aku pun turunlaa main. Kecohlaa semalam masa aku smpai kat gelanggang. Ada yang cakap banjir besarlaa kuantan minggu ni sebab aku turun main,hahaha... Kuang ajor betul.

Oleh kerana lama dah tak main futsal, tak smpai 10 minit berlari dah rasa macam nak tercabut jantung, semput....huhu. Kesannya arini aku terlewat bangun sebab badan terlalu letih. 

Tapi yang pasti seronoklaa sebab badan berpeluh kan dan lepas ni Insyaallah aku akan turun selalulaa. Sekurang2nya dapat cergaskan kembali badan ni, klu tak lesu je rasa sebab badan jarang keluarkan peluh.

Wednesday 9 January 2013

Sesat...

Dah hampir 2 minggu sesi persekolahan 2013 bermula, arini baru budak2 form 1 masuk makmal aku. Tu pun bukannya buat eksperimen lagi, sekadar sesi pengenalan dan pemberitahuan undang2 serta etika berada dalam makmal.

Yang buat aku geli hati tu, ada jugak yang dah tinggal 10 minit nak abih kelas baru sampai. Bila tanye nape lambat?.. Dieorg jawab sesat tak jumpa cari makmal,kahkahkah...

Padahal masa orientasi minggu lepas aku tengok pengawas2 dah bawak masing2 ke setiap makmal. Kenalkan ni makmal apa tu makmal apa. Adoiiii sakit betul aku dengan budak2 ni...haha.

Tuesday 8 January 2013

Liga Super Malaysia...

Memang puas ati betul aku nengok bola tadi. Team negeri aku Pahang lawan dengan team yang dikatakan peberet untuk menjulang semua piala yang ada kat malaysia tahun ni iaitu Johor Darul Takzim. 

Mana taknya hampir keseluruhan pemain bintang yang penah main untuk team negara semua dia beli. Tambah pulak lagi dengan pemain2 import yang hebat. Tapi tu semua belum menjamin dapat membentuk sebuah pasukan yang hebat dan menang dalam setiap perlawanan. 

Nak banding dengan pasukan negeri aku Pahang yang mana dibarisi oleh pemain2 yang kurang dikenali namun dengan semangat juang untuk menang tu yang menjadikan keputusan perlawanan tadi begitu menakjubkan. 

Betullaa ni baru perlawanan pertama kan tapi sebagai sebuah pasukan dengan pemain2 yang hebat sepatutnya mudahlaa untuk menang, betul tak?..hehe. Korang bayangkanlaa separuh masa pertama team negeri aku ketinggalan 2 gol tapi akhirnya......

Hehehe... Bukan aku nak takbur or bangga diri tapi aku betul2 teruja dengan semangat juang yang ditunjukkan oleh team negeri aku tadi dan aku mengharapkan semoga semangat tadi tu akan berterusan sehingga akhir musim...

Monday 7 January 2013

Luah perasaan...

Betullaa orang kata, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Masalah yang dihadapi, orang luar hanya boleh cakap or bagi pendapat...

Tak dinafikan orang luar hanya nak yang terbaek buat yang menghadapi masalah tapi tak semua orang boleh paham dengan masalah yang dihadapi tu, betul tak?...

Agak2 korang paham tak maksud gambo kat atas tu. Ada kena mengena dengan n3 ni ke?kuang3,hehe...

Wednesday 2 January 2013

Selamat kembali...

Arini merupakan ari pertama sesi persekolahan 2013. Bagi negeri akulaa Pahang tapi negeri terengganu, kelantan, kedah sume dah start awal kan.

Bagi aku untuk tahun ni tugasan anto anak2 ari pertama aku serahkan kat ibu dieorg. Sebelum ni kitaorg pegi sama2 tapi oleh kerana tahun ni anak2 aku bukannya baru nak masuk tahun satu makanya ibunya jelaa pegi. Kakak dah masuk tahun 4, adik pulak tahun 2 so masing2 dah biasa dengan suasana persekolahan.

Pagi2 tadi ibu dieorg wasap kat aku bgtau yang masing2 takde masalah. Alhamdulillah kelas masing2 pun dekat dengan pintu pagar. Kelas pun bersebelahan je so menambahkan lagi kesenangan kitaorg nak ambik dieorg,hehe...

Macam aku ni yang bertugas kat skolah, kenalaa datang awal smule. Klu masa cuti boleh datang lambat sebab masuk keje pukul 8am tapi arini kembali masuk 730am. Jalan pulak punyalaa jem maklumlaa ibubapa cbuk nak nganto anak masing2.

Kepala pun kembali serabut sebab klu masa cuti suasana tenang je, takde pelajar kan tapi sekarang dieorg kembali bising....huhuhu. Apa2 pun serabut ke tak nak serabut ke keje tetap kena teruskan. Semoga tahun 2013 ni akan lebih baik dari tahun 2012 buat diri aku,Amin...