My photo
Mencoret sekadar apa yang dirasakan perlu...

Rakan2 siber...

Thursday 31 March 2011

Stop kejap...

Bermula arini sampailaa ari ahad aku terpaksa melupakan blog buat seketika. Seperti yang korang sedia maklum, pagi ni aku bersama peserta konvoi amal bermotosikal Jabatan Pelajaran Pahang akan bertolak ke Cameron Highland selama 4 ari.

Kepada yang tak maklum lagi tu, maklumlaa sekarang yek,ihiks... So selama 4 ari ni aku tak dapatlaa nak menjenguk blog korang. Takpelaa kan klu datang tiap2 ari kang korang bosan pulak nengok aku ni. Sekali sekala kenalaa jugak menyepi kan baru ada perasaan rindu, tu pun klu adalaa.....kuikuikui.

Apa2 pun aku harap korang semua doakanlaa semoga aku bersama rakan2 lain selamat dalam perjalanan pergi dan pulang ok. Amin.....

Wednesday 30 March 2011

Aik!!!..Biar betul...

Pagi2 tadi macam biasalaa aku datang kerja, memula sekali buka bilik aku pastu masuk lab buka pulak pintu dan last sekali baru buka tingkap. 

Yang membuatkan aku terkejut beruk sekejap pagi tadi ialah bila aku nak buka tingkap je.........

Aku nengok semua tingkap dah terbuka. Dah terbuka!!!..(terkejut beruk sekejap...). Nak kata ada orang buka dari luar mustahil sebab klu aku tutup tingkap ni maka orang dari luar tak kan boleh buka. Lagipun klu nak kata orang masuk nak curi barang mesti dia buka satu tingkap je tapi ni semua tingkap terbuka. 

Kesimpulannya aku rasa memang aku tak tutuplaa tingkap lab semalam,huhu... Pelik betul aku sebab biasanya setiap kali sebelum balik aku mesti check dulu. Aku harap abg jaga atau sapa2laa yang perasan tak report kat bos aku,hehe...

Tak reti betul aku...

Masalah nilaa yang paling aku lemah bila isteri takde. Bukan masalah nak anto anak pegi dan ambik bila balik dari skolah tapi pasal nak pakaikan tudung. Ari senin dan selasa ok lagi sebab dia pakai baju koko. Maknanya dia pakai tudung kecik/skaf, senanglaa sarung je...
Tapi arini dia pakai uniform so kenalaa pakai tudung kan maka mulalaa jadi masalah pada aku. Mula2 tu bibik yang pakaikan. 

Bila aku turun je aku nengok, aduuhhh... biasalaa klu bibik yang pakaikan mestilaa jadi stail indon punya,huhu... Bila nengok tu memanglaa aku tak berkenan tapi nak aku yang pakaikan, tak reti pulak. Bukan tak reti apa aku ni, bab nak kena lipat situ lipat sini pastu cucuk jarum lagi tu yang jadi masalahnya. 

Last2 senang kerja, aku pun cakap kat anak aku, kakak tak payah guna jarumlaa yek!!.. Dia pun kata ok jugak sebab ada jugak kawan2 kakak yang tak pakai jarum pun,kuikuikui...

Maka arini ginilaa rupa anak aku pakai tudung pegi skolah bila ibu takde. Tapi ok jugak kan.....ihiks.

Tuesday 29 March 2011

Konvoi ke Cameron Highland...

31/03/2011 - 03/04/2011 ni aku akan menyertai konvoi amal bermotosikal ke Cameron Highland. Disamping tu kitaorg akan menghadiri kursus "Jati Diri Pemangkin Budaya Kerja Cemerlang Dan Program Peningkatan Profesionalisme" Jabatan Pelajaran Pahang Tahun 2011 bertempat di Sk Tanah Rata, Cameron Highland.

Esok 30/03/2011 semua peserta konvoi akan diberi taklimat kat Jabatan Pelajaran Pahang berkenaan program tu. Klu ikutkan surat yang aku terima ni, jumlah peserta hampir 100 orang. Makin ramai klu nak banding dengan tahun lepas tapi yang naik motor lebih kurang 60 orang je selebihnya orang pompuan naik bas.

Program ke Cameron Highland ni merupakan program konvoi amal kali ke-4. Tahun lepas aku ke Kuala Lipis. Sebelum tu ke Rompin. Memang seronok maklumlaa pegi ramai2 naik motor kan.

Aku harap seperti tahun2 sebelum ni perjalanan untuk program kali ni juga akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah baik pergi maupun pulang...

Keadaan yang akan menentukan...

Aku tak tau kenapa sejak akhir2 ni aku sering di timpa masalah demi masalah. Apakah ini merupakan ujian dari yang Maha Esa?.. Andai ye, aku terima seadanya dengan hati yang ikhlas. Mungkin apa yang berlaku ini juga disebabkan oleh balasan diatas segala kesalahan aku dulu2.

Benar kata orang, setiap yang bermula pasti akan berakhir. Perjalanan hidup seseorang memang tak sama kan. Mungkin ada yang menghadapi kesukaran di awal dan senang di akhir. Ada yang senang di awal dan susah di akhir. Mungkin ada yang senang dari awal sampailaa akhir dan sebaliknya.

Pada aku sekarang ni aku akan cuba untuk menerima segala ujian ini dengan tenang dan sabar walaupun kekadang tu segala yang berlaku cukup2 menguji kesabaran aku. Memang tak dinafikan semua manusia di muka bumi Allah ini tidak sempurna begitu juga dengan aku tapi kesabaran seseorang itu ada hadnya.

Walaupun perjalanan hidup aku ni tidak diketahui masih lama lagi atau sudah sampai ke penghujungnya sebab itu semua bukan ketentuan kita tapi Allah swt. Aku hanya mampu berdoa dan mengharapkan semoga apa yang aku hadapi sekarang ni akan menemui jalan penyelesaian yang terbaik,Amin.....

Monday 28 March 2011

Cerita pasal wanita/perempuan...

Sehari dua ni bila aku pegi jenguk blog rakan2, aku nengok semuanya buat n3 pasal wanita/perempuan. Kat sini aku bagilaa beberapa contoh blog yang buat n3 tu dan aku mintak maaflaa kat tuan tanahnya sebab oleh kerana aku tertarik dengan beberapa ayatnya so aku curilaa. Harap2 jangan marah yek,hehehe....

Kat blog http://www.notamionline.com/  dengan tajuk n3nya - Duhai Wanita...Hiasilaa Dirimu dengan Taqwa. aku suka dengan kata2 ni, Insaflah semasa kita semua masih lagi 'dipinjamkan' nyawa oleh Allah untuk hidup di dunia yang sementara ni..

Kat blog  http://www.greenappleku.com/ tajuk n3nya - Perempuan adalah senjata syaitan?!! aku suka kat kata2 ni, Untuk pengetahuan korang wahai orang perempuan sekalian, korang kena jaga betul betul bila berurusan dengan orang lelaki, mereka orang lelaki ni, dengar suara orang perempuan dah naik stim, belum lagi bab tengok, tak tengok, just imagine pun boleh stim, kalau korang bagi peluang pada lelaki untuk pegang korang, bersedialah untuk masuk neraka dunia dan neraka jahanam!! Dan ada orang lelaki yang boleh inzal just dengar suara perempuan dalam telepon.., so korang orang perempuan bila dah bergayut lama lama dengan lelaki apa akan jadi? Huh bila masuk cerita bab dalam kain, jadi senjata setanlah korang-naduzubillah..)

Dan kat blog http://farisadli.via.my/ pulak, tajuk n3 dia - Titipan untuk Wanita... aku suka kat kata2 ni, Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah.

Apa yang aku buat ni bukannya bermaksud orang lelaki tak bermasalah dan tak bersalah tapi dah diaorg duk cerita pasal wanita/perempuan kan, aku copy paste jelaa.....kuikuikui. 

Grrrrr...

Dahlaa mood tak berapa nak ok lagi ni pastu nak kena sediakan bahan2/alatradas yang cikgu mintak pulak. Tapi yelaa aku tak boleh nak salahkan cikgu tu jugak sebab dia mintak ujung minggu lepas lagi dan nak guna minggu ni tapi aku je yang tak berkesempatan nak sediakan. 

Ye ke tak sempat nak sedia ataupun saja2 buat tak sempat,kihkihkih.... Nasiblaa kelas cikgu yang mintak tu takde arini. Kelas dia esok tu pun waktu last sekali,ihiks... Pasal nak sediakan bahan2/alatradas tu satu dah, satu lagi aku duk mikir bila nengokkan cuaca kat luar ni haa. 

Dari pagi tadi lagi mendung semacam je, pukul 1.30pm kang nak kena pegi ambik anak kat skolah pulak klu bawak kereta takpe tapi aku bawak motor arini. Dah klu ujan nanti tak ke lenjun aku dua beranak. Apa2 pun aku harap masa aku nak pegi ambik anak aku nanti cuaca baik dan tak ujanlaa...

Tak bestnyeee...

Gambo cik Google...

Pagi ni isteri tersayang pegi kursus kat Genting Highland selama 3 ari sampai ari rabu. So mood pagi ni kurenglaa ckit maklumlaa kena tinggal,huhu..

Saturday 26 March 2011

Siang malam nak...

Ambooiiii korang ni cepat je klik yek bila aku buat tajuk n3 gini,haha... Sebenonya aku takde idea nak buat blog masa ni tapi dalam duk tengah melantak roti celup telur tetiba je terpikir baik aku bagitau kat korang semua pasal roti celup telur yang aku makan ni,ihiks...

Tak kiralaa korang menyampah ke tak tapi memang tak dinafikan sejak akhir2 ni keinginan aku membuak2 kat roti celup telur ni. Bila keinginan datang yang jadi mangsa siapa lagi klu tak isteri tersayang. Klu isteri sibuk bibiklaa yang kena buat,hehehe...

Yang pasti roti celup telur ni memang sedap dimakan klu tak percaya cubalaa buat yek tapi aku rasa korang mesti penah buat punya roti celup telur ni kan...  

Ikut koranglaa nak panggil apa pun...

Terharu sangat aku rasa sebab masih ada lagi orang ingat kat aku ni. Cehhh!!!.. Macamlaa glemer sangat kan,hahaha... Sebab apa sebenonya aku kata gitu. Sebabnya blog 'AkuAnakMuda' ni merupakan blog kedua aku. 


Blog pertama dulu aku guna nama 'Ayen Giggs' ni tapi disebabkan terdapat sedikit masalah yang tak dapat nak elak aku pun buatlaa blog baru ni.


Walaupun aku dah buat blog baru dan menggunakan nama baru tapi masih ada lagi yang ingat dan masih lagi panggil aku dengan nama lama. Ada yang panggil Ayen Giggs, ada yang panggil Ayen, AG pun ada... Biarlaa korang nak panggil apa pun yang pasti aku memang Ayen.


Yang lebih pasti bukannya bin 'Giggs' yek. Aku memang anak 'Muda'... Siapa yang penah nengok/baca blog lama aku dia akan tau siapa 'Giggs' tu dibelakang nama aku,(konon2nyalaa,ihiks...) 


Tak kisahlaa siapa aku ni, bukannya artis pun. Nak kata glemer jauh skali tapi yang penting aku nak ucap ribuan terima kasih sebab korang sudi nak berkawan ngan aku dan aku pun memang suka nak berkawan ngan korang...

Friday 25 March 2011

Kena despatch...

Masa makan kat kantin pagi tadi Pengetua ada bgtau kat aku yang nanti klu ada surat nak kena hantar ke Jabatan, tolong hantarkan yek. Oleh sebab bos yang suruh, aku pun terus je ok boleh...ihiks.

Tugas ni beralih kat aku sebab staf yang buat kerja ni pegi cuti2 malaysia ke Sabah baa.. Bila nak kena hantar surat ni terus aku teringat masa dulu2 waktu tu aku belum dapat kerja gomen ni lagi. Masa tu akulaa salah sorang mat despatch kat Kuantan ni.

Seronok korang tau tak sebab kita dapat kenal ramai orang. Mcmana tak kenal ramai orang, dah kejap pegi pejabat sana kejap pejabat sini. Bukan setakat pejabat gomen/swasta je malah mall pun aku masuk. 

Yang aku selut diaorg ni ialah sampai ke skrg ni pun klu aku bawak keluarga jalan2 kat mall masih ada lagi makwe/amoi yang tegur aku, maknanya diaorg masih ingat lagilaa kat aku ni. Yelaa kan orang ensem memang susah makwe/amoi nak lupa betul tak?huahuahua.... Jangan marah haa,gurau je....

Thursday 24 March 2011

Janggal pulak rasa...

Bukan aku punya tu yek tp yang pasti aku minat kat jam ni...

Aku ni memang dari zaman sekolah dulu2 lagi minat sangat ngan jam tangan. Klu pegi mana2 pun andai tak pakai jam rasa macam tak pakai spender,hehe... Betul ni bukan main2. Usahkan masa pegi jalan2, duk kat rumah pun aku pakai kadang2 tido malam pun pakai jam.

So apa yang aku nak cerita sekarang adalah pasal masalah jam aku ni. Kenapa?.. Sabo nak ceritalaa ni...

Masalah sebenonya ialah jam yang aku pakai ni dah 2 kali terburai nombor2 dia dan dah 2 kali jugaklaa aku pegi repair. Mana taknya bila pakai tangan kanan, buat kerja pulak guna tangan kanan. Menebang pokok, mengetuk paku, tak ke semua tu perbuatan yang boleh buat jam aku pening kan.


Dan yang terbaru ni terburai lagi tapi taklaa seteruk sebelum ni. Oleh kerana tak nak dia makin 'nazak'  maka start petang semalam aku cuba pakai jam kat tangan kiri pulak. Memang betul2 kekok aku rasa sampai ke arini dan saat ini masih terasa lagi kekekokannya,huhu.... 


Tapi takpe aku akan terus biarkan jam aku ni kat tangan kiri. Biasalaa kan memula memanglaa rasa lain, nanti dah lama oklaa... Aku tak tunjuk jam aku sendiri bukan sebab malu atau sebab jam tu beli kat pasar malam ek, tolong ckit. Cuma aku tak berkesempatan je nak snep gambonya...ihiks.

Cepatnya masa...

Klu korang nengok gambo kat atas tu agak2 korang panggil pekan sehari ke pasar malam?.. Ikutlaa???.. Lantak koranglaa kan nak panggil apa sebab aku sendiri pun tak tau jugak,hahaha...

Sebenonya tak ada apa pun cuma tetiba je aku teringat yang arini ari khamis pastu teringat pulak minggu lepas aku pegi kat satu pekan sehari/pasar malam tu. Aku rasa macam baru je semalam aku pegi tup tup arini dah ari khamis semula. Cepatnya laa masa berlalu...

Ish3x....

Baru bulan march dah 2,3 kali bertukar jadual waktu ni. Klu nak cukup setahun agak2 korang berapa kalilaa jadual waktu ni akan bertukar yek,ihiks... Yang ni paling terkini aku dapat. 


Bukan aku nak merungut ye cuma saja2 nak bagitau kat korang tu pun klu korang nak tau. Lagipun aku ni 'kuli' je kan so apa yang orang bagi ambik, apa yang suruh, buat jelaa jangan banyak soal. Betul tak...huhu.

Kad baru...

Aku tau sebenonya korang semua dah lama ada kan tapi takpelaa aku saja je nak cerita sikit pasal aku ni. Klu nak baca silakan klu taknak baca ikut suka koranglaa kan,huhu...
Sebelum ni aku guna kad atm kuning itam ni tapi minggu lepas aku ada bincang nak buat projek sikit ngan member aku so dia kata nak kena ada kad kredit ataupun kad debit. 

Oleh kerana aku taknak bagi aku punya kad kredit aku rasa ada baiknya aku buat kad debit. Lagipun kad atm aku tu sebenonya dah separuh terbelahnya jadi elok sangatlaa rasanya aku tukar kad baru kan.
Pagi tadi kebetulan member aku ajak keluar pegi bank, aku pun apa lagi teruslaa apply kad debit ni. Maka sekarang ni aku dah pakai kad debit yang ni so langkah pertama untuk aku menjalankan projek tu dah berjaya.

Aku harap langkah aku yang seterusnya jugak akan menghasilkan kejayaan yang cemerlang,gemilang dan terbilang,hehehe... Insyaallah......Amin.

Wednesday 23 March 2011

Keputusan SPM keluar arini...

Arini keputusan SPM keluar. Aku nengok kat dewan tadi penuh ngan pelajar, mak ayah semua ada. Tapi aku tak pegi dekatlaa nengok dari jauh je. Nak pegi dekat kan buat menyibuk je bukannya anak aku yang nak ambik keputusan,huhu...


Dengar2 cerita sekolah aku ni dapat keputusan yang cemerlang. No 1 dalam Kuantan ke dalam Pahang ke tak taulaa tapi yang pasti memang no 1. Tahniahlaa dari aku buat semua tenaga pengajar dan Pengetua serta yang terlibat. Kira2nya keputusan cemerlang ni hadiah paling berharga untuk Pengetua sebab pertengahan tahun ni(bulan 6) dia dah nak pencen.


Apa2 pun aku nak tunggu keputusan Milan Gurlz http://milangurlz.blogspot.com/ ngan Farah Suhaimi http://farahsidekick.blogspot.com/ sebab diaorg ni datang ambik keputusan pagi ni. Aku harap semoga kejayaan mengiringi korang berdua... 

Tuesday 22 March 2011

Orang nak tido dia bangun...

Klu dalam n3 semalam aku kata malas sebab lama sangat cuti tapi arini mengantuk pulak. Walaupun mengantuk Alhamdulillah setakat ni aku masih lagi mampu bertahan untuk tidak tido kat tempat kerja,hehe...

Mcmana tak mengantuk, malam semalam elok2 orang lain semua dah naik tido dalam pukul 12am tu aku pun bersiaplaa jugak nak naik tido tiba2 budak bertuah ni bangun. Dalam hati aku mampus dah malam ni mesti lewatlaa pulak tidonya.


Memang tepat tekaan aku, lebih kurang dekat2 pukul 2am tu dengan riangnya dia masih duk main bola, berlari sana sini. Last2 sekali dah aku sendiri tak tahan sebab esoknya nak kena bangun awal pulak nak pegi kerja, aku pun paksa jugak dia masuk buai.


Alhamdulillah tido jugak akhirnya tapi takleh nak angkat naik kebilik terus. Kena tunggu dulu 15-30 minit baru boleh angkat klu tak mau bangun semula. Maknanya pukul 3am jugaklaa aku tido disebabkan budak bertuah ni,huhuhu...

Monday 21 March 2011

Takut sangat...

Tghari tadi macam biasalaa aku kena keluar ambik anak balik sekolah. Sebelum aku pegi tu datanglaa sorang cikgu nak mintak tolong anto anak dia ke satu tempat sebab katanya kebetulan tempat tu dekat ngan sekolah anak aku. Tapi dia cakap jangan bimbang sebab dia suruh aku bawak kereta dia.


Aku pun malas nak cakap banyak ok jelaa. Tambah pulak anak dia tu pompuan,kuikuikui.... Yang aku nak tergelaknya bila sampai kat satu simpang, lampu isyarat tu bertukar merah aku pun beloklaa ke kiri sebab nak pegi ke simpang sebelah. Nak cepat kan...


Dia nengok aku pusing kiri terus dia tanya 'pakcik nak pegi mana ni???'..(suara terketar2 takut).
Aku pun cakaplaa nak pusing sana sebab nanti lampu sana akan tukar ijau pulak, dia pun 0o0o0o....


Dalam hati aku ni mesti dia ingat aku nak bawak lari dia ni,hehehe... Tak kanlaa aku nak bawak lari awak dahlaa naik kereta ayah awak. Tapi yelaa kan orang pompuan tambah pulak sekarang ni banyak sangat terjadi perkara yang bukan2.


Tapi aku bersyukur sebab setakat ni aku masih lagi boleh berfikir secara waras, masih boleh bezakan mana yang boleh mana yang tak boleh dan mana dosa mana pahala...
  

Malasnya aku rasa...

Minggu lepas sekolah cuti seminggu kan. Time tulaa yang aku paling seronok sekali sebab budak2 tak ada so apa lagi aku datang kerja lepak2, bukak komputer pastu perut lapar pegi makan. Cukup masa balik,hehe...

Tu bukan bermakna aku ni pemalas yek. Dah tak ada kerja kan nak buat mcmana tak kan laa aku nak ambik getak paip pegi siram pokok bunga, nak kena ambik penyapu pegi sapu keliling bangunan sekolah kan.

Cehhh!!! Konon aku ni bukan pemalas.. Memanglaa bukan pemalas cuma kurang rajin je sebenonya,ihiks... 

Abih seminggu maka arini sekolah pun dibuka semula. Korang paham2laa kan klu dah lama duk berehat tetiba nak kena buat kerja semula, aduuhhh!!!.. Malasnyalaa.... Bila dah malas ni idea pun memang sah2laa tak berapa nak masuk dalam kepala,huhu....

Sunday 20 March 2011

Dari Bandung dong...

Pegilaa mana2 pun kan keychain mesti salah satu barangan yang wajib beli untuk member2 buat kenangan. Tak kiralaa pegi bercuti dalam negara atau luar negara.
Tapi keychain ni bukan aku yang beli,hehe... Member aku yang baru balik dari Bandung bagi. Nak harapkan aku buat masa ni rasanya tak mampu lagilaa nak pegi kesane, minum air dia bolehlaa (sirap bandung,kuikuikui...).

Apa2 pun terima kasihlaa Cc zalie yek sebab sudi bagi kat aku keychain ni. Pasni klu pegi melancong lagi bolehlaa beli lagi,kuang3x.... Awk takpelaa bang, bujang lagi so duit yang banyak tu tak tau nak belanja kat mana kan,ihiks...

Pegi jugaklaa main...

Sambungan dari n3 semalam yang aku kabo ada member ajak main boling tu. Oleh kerana taknak diaorg cakap aku sengaja cari alasan sebab tak join diaorg main boling so malam semalam aku pun pegilaa jugak main.

Petang tu dia cakap main pukul 9 mlm tapi biasalaa kan janji orang melayu, lebih kurang 9.30 mlm baru nak start. Selalunya main 3 game tapi semalam sempat 2 game je sebab pukul 11 nak lepak kat restoren taj pulak nak nengok game Manchester United vs Bolton.

Nilaa antara yang datang main semalam. Sebenonya ramai lagi tapi tiada dalam gambo sebab henset aku tertinggal kat umah semalam so gambo2 ni aku blutuh dari member jelaa.


 Geng2 pompuan yang selalu ada bila main...

 Yang pakai topi tulaa duk cbuk sokmo ngajak aku main. 

Dalam ramai2 semalam yang tengah minum air tu je aku tak berapa kenal sebab tak penah nengok. Seksi ko.. Terganggu konsentrasi aku,hahaha... Oleh sebab terganggu tu dalam hampir sepuluh orang geng lelaki aku dapat no 3 je keseluruhan (kononnyalaa terganggu,hehe...).

Susah nak buang...

Aku rasa semua orang ada sifat baik serta buruk masing2. Sifat korang tu korang punya pasallaa kan tapi apa yang aku nak cerita ni adalaa pasal sifat aku ni haa...


Yang baik tu oklaa tapi masalah aku ni adalaa yang sifat buruk aku. Ikutkan malu nak cerita kat korang pasal keburukan sendiri tapi  bila pikir2 balik manalaa tau kan kot2 korang boleh bagi pendapat/pandangan yang boleh aku ikut.


Sifat buruk aku ialah mudah serik bila terkena. Dalam erti kata lain contohnya, bila skali aku kena tipu sampai bila2laa aku takkan percaya dah. Bukan tu je bila dah tak percaya tu mulalaa akan timbul macam2 syak wasangka terhadap seseorang yang aku dah tak percaya tu, baik dari segi tingkahlaku atau kata2nya walaupun mgkin kadang2 orang tu tak buat pun.


Aku dah cuba untuk berfikir positif. Kadang2 tu boleh kadang2 tu tak boleh tapi selalunya tak bolehlaa,huhuhu... Sebenonya lama dah nak aku nak buang sifat buruk ni sebab aku sendiri pun tak suka apatah lagi orang yang aku bersyak wasangka tu kan tapi susahlaa.


Tiap kali lepas solat memang tak putus2 aku berdoa kepada yang Maha Esa semoga aku dapat buang sifat buruk aku ni namun setakat ni masih belum boleh lagi. Namun aku takkan berputus asa untuk terus berdoa, berdoa dan terus berdoa.Amin.....

Saturday 19 March 2011

Lamanya menunggu...

Walaupun dah berlaku kelmarin tapi aku tetap nak jugak nak cerita. Minggu lepas kan minggu cuti skolah so kitaorg bolehlaa mencari makan kat luar sebab klu ari skolah kena makan kat kantin je.

Tengahari tu dalam pukul 2 gitulaa perut aku ni baru terasa lapar, apa lagi teponlaa member2 ajak kluar makan. Kitaorg pun pegilaa kedai makan kat kawasan tepi laut. Ikutkan nak makan rojak tp malangnya kedai rojak tu tutup maka pegilaa kitaorg kat kedai ni.

Maklumlaa banyak kedai tutup so sudah semestinya orang akan bertumpu kat kedai ni. Dah order makan dan minum, lebih kurang 5 minit tunggu sampailaa minumannya. Yang kitaorg bengangnya tu makanan berejam tunggu baru sampai.

Ada keluarga kat meja sebelah  bayar minum je, makanan kensel sebab tak larat lama sangat menunggunya. Kitaorg ni sebab kesabaran masih ada lagi tu yang tunggu sampai dapat,hehe...


Wajah2 bengang sebab lama sangat menunggu makanan sampai. Walaupun masing2 nampak macam nak senyum tapi senyum tu sebenonya senyum geram tu,kihkihkih...

Tak bengang mcmana cuba korang nengok air dah tinggal separuh tapi makanan tak sampai2. Air merah tu pulak dari banyak2 aisnya sampai cair. Makanan aku tak sempat nak masukkan sebab dapat je terus bedal, lapar ko...huhu.