My photo
Mencoret sekadar apa yang dirasakan perlu...

Rakan2 siber...

Wednesday 29 February 2012

Taji tak tumbuh lagi ni...

Pasal periksa amali (eksperimen) tadi. Masuk je dalam makmal, aku bagilaa penerangan ckit sebelum dieorg mula buat eksperimen.

Yang kelakonya cuba korang tengok dalam gambo tu. Oleh kerana aku tak suruh duduk, makanya sume buat sambil berdiri....hahaha.

Patutlaa lepas aku cakap masa diberi cuma 10 minit, masing2 tak sampai 5 minit dah siap,ihiks... Ginilaa budak2 tingkatan satu, klu tak suruh duduk, tak duduklaa dieorg.

Taji tak tumbuh lagi. Cuba tengok bila dah naik tingkatan dua, tingkatan tiga, haaa itu jam korang taulaa eksyennya.

Gambo satu lagi tu yang tengah menunggu kat luar. Masing2 malu nak pandang sebab aku cakap gambo ni akan kluar dalam metro esok,hahaha...

Keseluruhannya mereka semua mendengar katalaa, takde yang berani nak buat bising sebab aku cakap klu bising aku akan potong 2 markah. Tipu sunat takpe kan,kui3...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tak boleh tiru,tak aci...

Minggu ni bebudak sume periksa so aku rileklaa ckit sebab dieorg tak masuk makmal.

Arini tetiba cbuk pulak sebab start pukul 11am ni sampailaa petang nanti aku kena jaga periksa eksperimen kat makmal. Cbuknya sebab budak2 ni kena masuk 20 sahaja dan yang selebihnya kena tunggu kat luar.

Pintu makmal pulak tu kena tutup, takut yang kat luar mengintai,huhu... Setiap orang diberi masa 10 minit.

Mengikut taklimat tadi selepas abih satu kelas, sume kena masuk dalam makmal semula untuk di kuarantin sehinggalaa kelas lain datang dan kelas tadi pegi ke makmal lain pulak.

Aku rasa berat tugasnya nanti sebab nak kena jaga yang buat kat dalam takut meniru dan yang kat luar pulak nak kena pastikan tak buat bising.

Budak2 kan paham2 jelaa dah klu duk menunggu ramai2 mujurlaa tak bising. Apa2 pun aku akan cuba jalankan tugas dengan sebaiknyalaa. Degil2 sangat tengkinglaa makannya nanti,hehehe...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday 28 February 2012

Salah sms lagi...

Lagi pasal orang tersalah anto mesej kat aku. Klu sebelum ni pasal nak tanya petua mcmane nak goreng kuih bom tapi tak nak bagi meletup kan,hahahaa...

Tapi kali ni aku rasa mgkin penganto atau penerima mesej tu orang belah2 utara. Nape aku cakap gitu? Sebab mesej dia berbunyi "depa dh turun pkok pi cept skit(THE BOSS)"...

Betul tak aku cakap tu orang utara. Yelaa dah klu depa,depa pi,pi sume tu. Tak kanlaa orang kelantan cakap gitu, setuju?....ihiks.

Satu kes lagi pasal orang mintak topup ngan aku. "Tpup clcm rm10 ada x?"... Aku tak kenal pun nombor tu.

Tak kenal tu satu hal dah tapi yang geram tu waktu yang dia mintak. Skali dia mesej pukul 2.51am pastu skali lagi pukul 4.57am... Kan time2 gitu orang duk syok tido,huhuhu...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday 23 February 2012

Sori,abang terpakse pegang yek...

Abang ke?kuang3..... Yelaa kan klu pakcik kang nampak tua sangat pulak,hahaha...

Tadi mase dieorg buat eksperimen adalaa bahan kaca yang pecah. Bila dah pecah tu terkenalaa pulak tangan budak ni. Banyak gak darah yang kluar. Tak berenti pulak tu,huhu...

Aku tak pasti samada dieorg ni main2 ke atau pun tak sengaja. Dieorg duk dalam kumpulan belakang, aku ngan cikgu duk kat depan mase tu.

Sedar2 datang kat aku tunjuk tangan dah berdarah. Aku pun ambiklaa first aid dan cuci tempat luka guna dettol ape sume.

Dah nak cuci tu tak kan laa nak sebelah tangan je, makanya terpakselaa abang ayen ni pegang tangan adik tu yek. Pastu mase nak pakaikan pelekat tu sekali lagi terpakse abang ayen pegang,hehehe...

Korang pun jangan anggap yang bukan2 pulak yek sebab aku bukan nak pegang sangat tu tapi terpakse. Mesti korang cakap elleehhh ye ke terpakse tu,hahahaha.... Betullaa weehhhh, tak tipu ni....ihiks.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Pagi2 dah panas...

Ni bukan panas mentari pagi ok tapi panas dalam hati. Mgkin sesetengah skolah lain perhimpunan cuma ari senin je or senin ngan rabu kan tapi skolah aku ni tiap2 pagi ada perhimpunan.

Lantaklaa dengan perhimpunan tu tapi masalah sekarang ni awak orang nak pegi perhimpunan tu pegilaa tapi janganlaa letak beg2 korang kat depan pintu makmal aku ni.

Bila dah bersusun macam ni kat depan pintu, nak tak nak terpakselaa aku mengalihkan dulu beg2 tu sebelum nak masuk makmal. Pagi2 dah bikin hati Ayen panas,huh!!...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday 21 February 2012

Tak penah dapat ke?

Rupa2nya ramai lagi yang tak tau akan kewujudan duit syiling baru ni kan. Klu yang duk kat kampung, keje kampung apa sume mgkinlaa kan sebab jarang baca paper jarang tengok tv.

Kan pengumuman pasal pengeluaran duit baru ni dah di war2 dalam paper sume dulu, betul tak? Yang aku peliknya pasal auntie ni ialah dia sendiri jual paper tapi tak tau jugak.

Pagi tadi macam biasalaa aku akan berenti kat dia beli paper. Bila aku bayar guna syiling tu dia siap cakap lagi, ayooo kita tak terimalaa duit ni.

Aku terkejutlaa. Eh ni kan duit baru.. Ye ke? Dia tanya balik kat aku. Yelaa ni kan duit baru. Owh sorilaa saya tak taulaa,huhu...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday 16 February 2012

Betul ke orang melaka kasar?...

Member aku sorang ni keje driver. Semalam dia temankan member driver skolah lain pegi ke melaka. Rombongan apa ntahlaa...

Pagi ni dia datang melepak kat aku baca paper. Sambil2 tu dia cakaplaa, orang melaka memang kasar ke haa? Aku cakaplaa klu ikut orang dan member aku masa blajar dulu memang orang melaka agak kasarlaa percakapannya.

Sorilaa klu ada yang tak setuju. Aku cakap ni mengikut pengalaman aku. Member aku ni bagitau semalam dia ngan member tu pegi beli barang kat kedai sorang makcik.

Nilai sume barang tu dalam rm150 lebihlaa. Member dia pun cakaplaa, makcik xleh ke bagi kuih/keropok free sebungkus. Beli banyak dah ni.

Last2 kena leter. Makcik tu cakap nak bagi mcmane, sewa kedai mahallaa apelaa.hehe... Dah gitu masa nak bayar tu pulak bila bagi tiga keping duit 50, siap cakap lagi nak kena check dulu satu2 sebab dia dah kena tipu sebelum ni.

Takut duit palsu kang sape yang rugi katenya. Member aku cakap makcik tu sampai macam nak terkeluar bijik mata check duit tu. Tak taulaa apa yang dia checknya member aku cakap,hahaha...

Memang sepanjang cakap tu takde langsung nak senyum, serius je muka.ihiks... Ada sape2 orang melaka boleh jawab tak. Betul ke orang melaka ni kasar?..

Jangan marah pulak yek sebab aku sekadar bertanya je. Aku tau orang negeri lain pun kasar jugak kan cuma kita kat malaysia ni dah sinonim bila cakap orang melaka je mesti orang akan cakap, bahasa dia kasar. Setuju?...hehe.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday 15 February 2012

Harap2 bertuahlaa nombor plat ni...

Ari ahad ni 19/02 skolah aku ada buat pogrem mengayuh beskal "Smart Fun Ride 2012". Asalnya nak buat untuk staff ngan cikgu skolah aku je tapi tak tau mcmane sampai orang luar pun tau.

Bila dah orang luar tau apa lagi Pengarah, Timb. Pengarah, YB2, Polis2 apa sume pun nak join jugak. Sekarang ni dengar cite dah hampir seratus bijik beskal yang akan join.

Aku pulak ingat tak nak join sebab baru2 beskal kena curi tapi member2 lain ajak jugak sebab dieorg cakap dieorg pun guna beskal pinjam.

Nak jadi rezeki aku kat kantin tadi ada sorang cikgu bagi pinjam beskal dia sebab dia takleh nak join, ada hal. Bereslaa klu gitu,hehe...

Dah dia nak bagi pinjam tu ada pulak member sorang tu sound yang beskal cikgu tu harga dia rm3 ribu lebih, klu rosak ke apa ada duit ke nak bayor? kuang ajor betul mulut,hahaha...

Cikgu tu pun cakaplaa nanti masa nak ambik beskal tu dia pegang dulu galaxy tab aku ni sebagai cagaran. Aku pun cakap balik, alaaa nanti masa nak ambik beskal tu aku tinggallaa galaxy tab aku ni kat umah, cerdik tak aku.hahahaha...

Tapi sume tu gurauan kiteorg je, yang penting selain berkayuh nanti aku harap nombor plat beskal aku ni akan menang nombor cabutan bertuahlaa walaupun sebelum2 ni jarang ngat bertuahnya,ihiks....


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday 14 February 2012

Slow je dia perli aku...

Tghari tadi member aku mintak tolong temankan dia pegi klinik jap. Katanya kepala dia ting tong semacam je so takut darah naik. Maklumlaa umur dah melepasi 40an kan,hehe...

Aku pulak dah kebetulan waktu tu takde kelas, temanlaa dia pegi klinik jap. Pegi pun klinik dekat ngan skolah kiteorg je.

Ingatkan tghari kuranglaa orang, rupanya tak. Boleh tahan gak ramainya. Dia duk kat kerusi sana aku duk kerusi sebelah sini. Dalam duk menyandar tu tanpa disedari tetiba aku terlelap,hehe...

Pastu sedar2 member aku dah ada duk sebelah. Tengok2 tak ramai dah, tinggal 2,3 orang je lagi. Slow je member aku sound, ni datang nak teman ke datang nak tido,hahaha.... Celakak betul.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday 12 February 2012

Part time kat Tmn Pertanian...

Kan dalam n3 sebelum ni aku ada cite pasal aku pegi main ATV kat Tmn Pertanian. Tuan punya kelab ATV tu geng2 cikgu skolah aku.

Pendek cite on de way balik dari nengok bola semalam salah sorang dari dieorg tu viber kat aku, tanya nak buat part time kat tempat dieorg tak.

Aku pun apa lagi setujulaa sebab dieorg cakap pagi ni ramai budak politeknik kuantan nak datang main so dieorg pulak tak cukup staf nak handle.

Tugas aku cuma bawak ATV tu jadi kepala duk depan skali pusing track yang dah ditetapkan. Pegi balik pegi balik sebab dieorg kena gilir2 kan.

Yang seronoknya tu ramai awek2 dari jantan,kuang3...hehe. Tapi yelaa bila pompuan kan makanya banyaklaa insiden2 yang menggeletek perut aku ni.

Dah bukan sume pandai bawak ATV tu. Ada yang bawak ckit masuk semak bawak ckit masuk semak, last2 skali tukar orang lain. Bukan apa track ni bukan macam jalanraya, rata. Kang tak pasal2 masuk gaung.

Ada jugak yang terlanggar bukit sampai terangkat tayar belakang,kahkahkahkah... Aku tak nak gelak tapi dah member2 dia yang lain duk gelak, aku pun gelaklaa sama.

Maklumlaa budak pompuan kan bila dah panik memang tak ingat dah mana brek mana minyak. Jadi sapa lagi nak kena tolong?.. Abang Ayeeen jugak....hehe.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday 11 February 2012

Ni kali pertama aku buat...

Ni kesah game bola malam ni. Team peberet aku MU lawan musuh tradisi Levelfoot,hehe...

Terus terang aku memang tak sabar menantikan game ni. Minggu lepas dah lawan dalam piala FA dan aku rasa ramai yang dah tau MU kalah 3-2. Kaw2 aku kena kutuk.

Malam ni pertemuan kali ketiga untuk musim ni sebab dalam game liga sebelum ni Levelfoot kalah 3-2,hehehe...

So untuk pertemuan malam ni memang aku jangkakan sengit sangat2. Baru jap tadi masa aku duk sembang ngan member tetiba datang gpk skolah aku, dia ni peminat Chelsea. Memang nak sangat tengok MU kalah malam ni,kui3...

Siap nak betting lagi tu. Aku kabolaa tak nak, tak baiklaa dosa. Dia cakap alaaa seringgit je, klu MU menang aku dapat 2 ringgit tu dan klu Levelfoot menang dia yang dapat. Klu seri pulak yang member sorang lagi tu dapat,huhu... Giler.

Yang tukang pegang duit tu pun terus bila dengar klu seri dia dapat, terus cakap baik betting 5 ringgit. Celakak betul.

Aku pun cepat je cakap tak payah nak mengader seringgit sudah sebab klu dosa pun tak besor sangat kan sebab seringgit je,kahkahkahkah....

Aku harap menanglaa MU malam ni sebab klu kalah memang mampusss aku kena kutuk. Mana taknya 2,3 arini aku dah bakor geng2 chelsea ngan levelfoot ni kaw2 dah,ihiks...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday 9 February 2012

Uniform sama tapi hasil tangan lain2...

Gambo kat atas tu adalah dua keping saman parking yang aku kena dalam tempoh empat hari. Dua2 tu jugak aku tak bayar lagi,ihiks...

Saman tu di keluarkan oleh Majlis Perbandaran yang sama. Bukannya satu kena kat kuantan satu kena kat kedah yek.

Tempat/lokasi aku kena tu pulak tempat yang sama tapi cer korang tengok dalam saman tu, satu dia print depan saint thomas dan satu lagi kawasan parking mgs. Lain kan.

Nombor petak dekat2 pulak tu, pandai betul aku kan. Yang kena kali pertama tu kat petak Q1324 pastu yang kena kali kedua kat petak Q1326. Selang dua petak je kan,hehe...

Klu setakat berbeza tempat/lokasi tu oklaa lagi kan tapi sampai warna dan model keta pun berbeza, pada aku teruk betullaa dieorg ni.

Sepatutnya sebelum ambik pekerja, bos dia kena pastikan mata betul2 ok. Takde masalah buta warna ke apa kan sebab dalam saman tu sorang print keta aku kaler hitam sorang lagi print kaler kelabu,huhuhu...

Walau salah ke betul ke saman tetap jugak aku kena bayar, betul?... Ye betul. Pandai korang sume...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday 8 February 2012

Aku xtau nak letak tajuk ape ni...

DOWN betul mood aku arini...

- Tunggu anak2 balik skolah dari pukul 1 lebih, pukul 3.15 baru balik.

- Oleh sebab lama sangat menunggu, sampai je kat keta kena pulak saman parking. Celaka betul.

- Pastu kakak cakap pulak yuran taekwondo belum bayar sebab duit rm50 yang bawak pagi tadi HILANG...

Kesimpulannya aku tak mampu nak berkata apa2...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday 6 February 2012

Orang tersalah anto...

Petang semalam aku terima satu mesej (sms) ni. Bila nengok nombor pengantonya memang aku tak kenal. Maknanya dia tersalah anto mesejlaa tu,hehe...

Yang kelakonya tu, aku baca je kali pertama terus mengekek2 aku ketawa. Sakit perut korang tau tak sebab kelako. Pada akulaa kelakonya tapi pada korang aku tak taulaa kelako ke tak.

Nak baca apa mesej yg dia anto?..















"Aslamkum t, c.su nyiur 7 ni, t pe khbr? Nk tanya petua grg kueh bom supaya x meletup mcmana?"...

Haaa... tulaa mesejnya. Kelako tak? Ada ke nak buat kueh bom supaya tak meletup. Dah nama lagi kueh bom kan,ihiks...

Tak kelako? Takpelaa biarlaa aku gelak sorang je klu korang cakap tak kelako pun,huhuhu...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday 4 February 2012

Nak berkawan tapi tak reti...

Budak yang pakai skirt tulaa anak ke cucu tak taulaa pada salah sorang makcik dalam n3 aku sebelum ni. Lpeas minum susu tu dia pun datanglaa kat anak aku, baby...

Yang aku kelakonya bila tengok sorang pegi sana sorang lagi ikut. Pastu sorang pegi sini sorang lagi ikut.

Riuh masing2 tapi tulaa bila yang tu bercakap yang ni tak paham yang ni bercakap yang tu pulak tak paham,ihiks...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Bila orang pompuan berkumpul...

Sebelum aku mulakan coretan aku ni terlebih dulu mintak maaf banyak2 yek. Bukan apa, aku taulaa tak sume orang pompuan sama macam yang aku nak cakap ni kan.

Aku sekarang tengah tunggu anak aku tranning taekwondo. Sebelah aku ni adelaa sekumpulan makcik2 termasuk makcik jaga skolah ni duk berkumpul. Siap bentang tikar lagi.

Bila dah berkumpul tu topik2nya mak aiii. Malu aku dengar. Pendek cite, ade sorang budak kecik dalam 2 tahun lebih kot datang nak susu. Ntahlaa anak ke cucu salah sorang darinya.

Member sorang tu pun terus cakap 'bagilaa kopek(buah dadalaa,hehe...) awk tu'. Yang lain gelak, pastu ada yang nyampuk, 'ada lagi susu tu'. Jawab pulak tuan badan, 'ada ckit lagi tapi untuk laki laa'. Masing2 gelak sume.

Aku punya malu tuhan je yang tau tapi dieorg buat macam aku ni takde kat situ. Dahlaa dekat ngan aku, cakap kuat pulak tu masing2.

Sepanjang kat sini dari tadi, banyak lagi topik2 lucah yang dieorg bincang tapi cukuplaa satu topik ni je aku cite, yang lain biarlaa rahsia...hahahaha.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday 3 February 2012

Mati lepas 'projek'...

Seorang lelaki berumur 74 tahun menemui ajal selepas tidak sengaja tertelan gigi palsu selepas mengadakan hubungan seks dengan pelacur berumur 62 tahun di Taiwan.

Duda malang dikenali sebagai Chen itu didakwa sempat membayar sejumlah wang kepada wanita tersebut sebelum dia rebah secara tiba2.

Wanita itu berkata, dia terpaksa memanggil pasukan penyelamat selepas tubuh Chen kaku dengan matanya terbuka.

Hasil pemeriksaan di hospital mendapati gigi palsu warga emas tersebut telah tersekat di tekak lalu menyebabkannya meninggal dunia.

Hahahaha... macam2 betullaa kan, tak padan ngan tua ada hati lagi nak pegi melanggan pelacur. Dah tak pasal2 tercekik gigi palsu,ihiks...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Semoga aku tak termasuk...

"Tinjauan Kesihatan Mobiditi dan Kesihatan 2011 menunjukkan 12% rakyat malaysia berusia antara 18 dan 60 tahun berdepan pelbagai jenis penyakit mental.

Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA) Dr Abdul Kadir Abu Bakar berkata, statistik itu satu angka yang tinggi kerana menunjukkan seorang daripada enam rakyat negara ini ada penyakit mental.

Antaranya ialah Kemurungan - 2%, Sakit Risau - 1.8%, Psikosis - 1%. Menurutnya juga penyakit mental yang serius adalah Psikosis dan Kemurungan".

Oleh itu aku mohon pada yang Maha Esa semoga ditetapkan hatiku ini, diberi ketenangan dan kekuatan agar aku sentiasa mendekatiNya agar aku tidak termasuk dalam masalah diatas....Amin.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday 1 February 2012

Yang aku takut n geli...

Aku tak paham mcmane orang boleh siap pegang, bileh siap letak atas bahulaa kat leherlaa. Eeeeeeee....

Terus terang aku cakap memang dari dulu lagi aku klu tengok dua mende ni, usahkan depan2 klu tengok dalam tv skalipun pasti akan menggeletar badan aku sebab geli.

Aku rasa klu korang bagi aku rm50 skalipun suruh pegang, rasanya tak pegang pun takpe. Ntahlaa sebab apa, mungkin kulit dia tu kot.....hehe.


Published with Blogger-droid v2.0.4