My photo
Mencoret sekadar apa yang dirasakan perlu...

Rakan2 siber...

Showing posts with label Aku n keja.... Show all posts
Showing posts with label Aku n keja.... Show all posts

Thursday, 4 August 2011

Balik awal...

Abaikan gambo ni yek sbb macam takde kaitan je,hehe...
Keseronokan bulan ramadan ni sebenonya banyak sangat2. Selain pahala yang berlipat kali ganda yang kita dapat andai membuat amal ibadat, dengan puasa jugak banyak mengajar kita erti sabor dan banyak lagilaa erti2 yang lain.


Pada aku pulak klu bulan puasa ni waktu keje pun dipendekkan. Klu kebiasaannya masuk keje pukul 7.30am, balik pukul 4.30pm tapi dibulan yang mulia ni oleh kerana tak rehat tengahari makanya masuk keje pukul 7.30am dan boleh balik pukul 3.30pm.


Seronok tak?.. Aku memang seronoklaa sebab aku boleh tido sekejap sementara tunggu solat asar dan dengan tido sekejap tu jugak maka solat terawih malamnya taklaa tersengguk2 macam orang mabuk,hehe...


Tapi aku tau korang tak berapa seronok sebab korang semua tak boleh balik awal macam aku kan, korang kena balik keje macam biasa jugak kan.....kuang3x. Sabor jelaa yek, tak dapet den nak nolong haa...ihiks.

Friday, 8 July 2011

Nak guna jari pulak...

Contoh je ni...
Sebelum ni klu nak masuk/balik kerja, aku ngan staf lain dan guru2 semua guna kad macam kat atas tu je. Opis korang pun aku rasa sama jugak kan. Klu guna kad ni kitaorg cuma sentuh kat dinding dari luar je maka senanglaa ckit bagi yang jarang2 datang lambat macam aku ni kan,hehehe...
Tapi start minggu depan dah tukar pulak guna 'jari'... Bila dah nak guna jari mesinnya kenalaa letak kat dalam opis sebab klu letak kat luar kang ada pulak budak2 yang gatal tangan duk main print jari dia.

Ramai jugaklaa aku dengar yang duk merungut sebab klu sebelum ni nak datang lambat ke nak balik awal ke boleh main kirim2 kad kat member tapi kali ni klu nak kirim pun boleh jugak tapi kena potonglaa jari tu,huhu...

Pada aku mana2 pun tak kesah lagipun sebenonya ada baik dan buruknya jugak mende ni kan. Baiknya pasni tak kan ada lagilaa macam dulu kad tertinggallaa, kad ilanglaa. Dan buruknya pulak aku dengar ramai yang cakap mudah rosak mesin gini.

Mana tak mudah rosaknya dah tau tangan basah pegi sentuh jugak kat situ pastu kot2 jari tu baru je lepas korek idung pegi sentuh pulak kat situ, dah yang orang lain punya mesin tu takleh nak baca.......kihkihkih.

Tuesday, 26 April 2011

Baru aku tau...

Arini aku belajar apa yang selama ni aku tak penah buat iaitu memasukkan gas oksigen dan karbon dioksida ni kedalam tabung uji. Nak buat mcmana kan dah sebelum ni aku kat lab fizik, semua alatradas dan barang2 kering je tapi kat lab sains sekarang ni aku terpaksa bermain dengan gas dan jugak bahan kimia. So pada aku memang sangat2 berbeza.
Nilaa orang yang bertanggungjawab mengajar aku arini, cik zura... Kenapa dia? Sebab dia masih cik? No..no..no.. Sebabnya dia antara staf lab paling lama kat skolah aku pastu dia penah jaga lab ni so memang dia pakarlaa dari aku,ihiks...
Sebelum masukkan gas2 tu rupa2nya kena rendam dulu tabung uji dalam air... Dan Alhamdulillah hanya dengan skali dua je ditunjuk ajor terus aku pandai buat sendiri. Lepas ni bereslaa.... 
 
Dan inilaa hasilnya. Memanglaa nampak kosong, korang ni pun nama lagi gas kan memanglaa tak nampak apa2. Yang atas tu ada gas karbon dioksida dan gambo bawah pulak tabung uji yang mengandungi gas oksigen... 

Saturday, 23 April 2011

Kena datang jugak...

Sebelum ni member aku ada tanya nak tolong jual air tak masa pogrem SmartNiaga arini. Ikutkan memang tiap2 tahun bila ada pogrem ni aku akan tolong jual air untuk kelab staf tapi tak tau kenapa tetiba je aku rasa tak nak datang tahun ni.

Tahun ni pulak pogrem lagi besar sebab diadakan skali dengan karnival form 6 (11 buah skolah terlibat), pastu minggu Sains dan Matematik pun hari ni jugak.

Pendek cerita tak lama lepas cakap kat member yang aku tak nak datang tu dapat pulak berita yang bos panggil staf makmal miting dan hasilnya aku kena bertugas untuk karnival form 6. Tugas aku ialah kena jaga acara 'Rocket Launcher'...
Maknanya aku kena datang jugaklaa bertugas,huhuhu.... Tapi aku tak kesorangan sebab aku akan dibantu oleh rakan setugas, brader Michael ni...

Kat bawah ni aku tunjukkan beberapa keping gambo yang sempat aku rakam masa pogrem pagi tadi untuk tatapan korang semua. Nengoklaa klu rasa nak nengok...
Antara beberapa acara yang dilangsungkan kat padang selain Rocket Launcher. Kat tempat lain banyak lagi tapi dah aku bertugas kat padang so acara lain tu tak dapatlaa aku nak snap gambonya...
Nilaa dia sebahagian daripada Rocket yang telah siap sedia untuk dilancarkan...
Tapak pelancaran rocket2 tadi...
Tahun ni lain ckit peraturannya sebab klu sebelum2 ni Rocket paling jauh akan dikira sebagai pemenang tapi tahun ni Rocket yang jatuh paling hampir dengan tiang kayu belang2 ni akan dikira sebagai pemenang. Jarak tempat pelancaran dengan tiang kayu belang2 ni ialah 50 meter...
Cikgu2 yang bertugas sebagai juri untuk acara ni...
Beberapa Rocket yang sempat aku rakam masa tengah terbang kat udara...
Yang ni pulak yang dah selamat mendarat kat bumi cuma tak tau lagi menang ke tak,huhu...
Dah abih semua Rocket dilancar bermulalaa tugas juri untuk mencari pemenang2 tempat 1-3...
Akhirnya Rocket ni dinobatkan sebagai pemenang sebab dia yang jatuh paling hampir dengan tiang kayu belang2 tu...
 Dah dia nak sangat bergambo kenangan dengan Rocket yang dapat tempat 1 tu so aku layan jelaa,kihkihkih... Abih dan siap kemas2 apa semua dalam lebih kurang pukul 11am aku terus balik sebab tak larat dah berpanas kat padang...