My photo
Mencoret sekadar apa yang dirasakan perlu...

Rakan2 siber...

Saturday, 23 April 2011

Kena datang jugak...

Sebelum ni member aku ada tanya nak tolong jual air tak masa pogrem SmartNiaga arini. Ikutkan memang tiap2 tahun bila ada pogrem ni aku akan tolong jual air untuk kelab staf tapi tak tau kenapa tetiba je aku rasa tak nak datang tahun ni.

Tahun ni pulak pogrem lagi besar sebab diadakan skali dengan karnival form 6 (11 buah skolah terlibat), pastu minggu Sains dan Matematik pun hari ni jugak.

Pendek cerita tak lama lepas cakap kat member yang aku tak nak datang tu dapat pulak berita yang bos panggil staf makmal miting dan hasilnya aku kena bertugas untuk karnival form 6. Tugas aku ialah kena jaga acara 'Rocket Launcher'...
Maknanya aku kena datang jugaklaa bertugas,huhuhu.... Tapi aku tak kesorangan sebab aku akan dibantu oleh rakan setugas, brader Michael ni...

Kat bawah ni aku tunjukkan beberapa keping gambo yang sempat aku rakam masa pogrem pagi tadi untuk tatapan korang semua. Nengoklaa klu rasa nak nengok...
Antara beberapa acara yang dilangsungkan kat padang selain Rocket Launcher. Kat tempat lain banyak lagi tapi dah aku bertugas kat padang so acara lain tu tak dapatlaa aku nak snap gambonya...
Nilaa dia sebahagian daripada Rocket yang telah siap sedia untuk dilancarkan...
Tapak pelancaran rocket2 tadi...
Tahun ni lain ckit peraturannya sebab klu sebelum2 ni Rocket paling jauh akan dikira sebagai pemenang tapi tahun ni Rocket yang jatuh paling hampir dengan tiang kayu belang2 ni akan dikira sebagai pemenang. Jarak tempat pelancaran dengan tiang kayu belang2 ni ialah 50 meter...
Cikgu2 yang bertugas sebagai juri untuk acara ni...
Beberapa Rocket yang sempat aku rakam masa tengah terbang kat udara...
Yang ni pulak yang dah selamat mendarat kat bumi cuma tak tau lagi menang ke tak,huhu...
Dah abih semua Rocket dilancar bermulalaa tugas juri untuk mencari pemenang2 tempat 1-3...
Akhirnya Rocket ni dinobatkan sebagai pemenang sebab dia yang jatuh paling hampir dengan tiang kayu belang2 tu...
 Dah dia nak sangat bergambo kenangan dengan Rocket yang dapat tempat 1 tu so aku layan jelaa,kihkihkih... Abih dan siap kemas2 apa semua dalam lebih kurang pukul 11am aku terus balik sebab tak larat dah berpanas kat padang...

2 comments:

GreenAppleKu.com said...

Takper janji semua happy...

AkuAnakMuda... said...

GreenAppleKu - memang sume hepi pun nak2 pelajar sbb dpt main....