Rakan2 siber...
Wednesday, 9 January 2013
Sesat...
Yang buat aku geli hati tu, ada jugak yang dah tinggal 10 minit nak abih kelas baru sampai. Bila tanye nape lambat?.. Dieorg jawab sesat tak jumpa cari makmal,kahkahkah...
Padahal masa orientasi minggu lepas aku tengok pengawas2 dah bawak masing2 ke setiap makmal. Kenalkan ni makmal apa tu makmal apa. Adoiiii sakit betul aku dengan budak2 ni...haha.
Wednesday, 26 December 2012
Catat sejarah...
Minggu ni kan minggu akhir cuti dan ikutkan minggu nilaa aku nak kena basuh makmal dan kemas apa yang patut tapi klu dah gini keadaannya terpaksalaa aku tangguh dulu keje2 aku tu...
Wednesday, 18 July 2012
Hilang...
Aikkkk!!!!...(terkejut ala2 beruk) Biar betul, mana pegi sume gambo2 dalam henset ni? Pikir punya pikir, ingat punya ingat rupa2nya petang tadi henset ni tetiba 'heng' skejap. Aku pun offkan, cabut bateri pastu on smule.
Lepas on smule tu aku tak nengoklaa kot2 ada yang hilang ke apa sebab sebelum ni ok je takde apa2 pun. Aduuhhhh terus hilang segala idea nak buat n3. Tapi nak buat mcmane kan, takpe nanti aku carilaa smule idea lain untuk buat n3 baru,huhuhu...
Tuesday, 29 May 2012
Member baru...
Semalam aku dapat sorang member baru lelaki. Pembantu makmal yang baru dilantik. So masih kosong lagilaa dalam selok belok makmal ni.
Dia masuk tu sebab ganti pembantu makmal pompuan yang bertukar ke skolah lain. Kebetulan masa dia datang lapor diri semalam Cc aku takde sebab dia ada hal kat tempat lain.
Brader makmal sorang lagi pulak ada keje makanya akulaa yang terpaksa bawak member baru ni nengok2 makmal dan kenalkan dia dengan staf2 makmal lain.
Klu sebelum ni dalam ramai2 staf makmal, aku sekerat dua je lelaki tapi dengan masuknya member ni maka bertambahlaa ckit kaum yang nak pupus ni,hehehe...
Sunday, 27 May 2012
Ada jugak yek gitu...
Mase aku duk isi minyak kat shell tadi datanglaa sebuah keta viva klu tak silap aku, berenti depan pam aku sebab nak isi minyak jugak.
Yelaa kan dah singgah shell mestilaa nak isi minyak tak kan nak beli ikan pulak,betul tak?hehe... Dalam keta tu aku nengok cuma ada dua orang dewasa.
Pemandunya lelaki dan penumpang sebelah pulak pompuan. Tak taulaa aku mereka tu sepasang kekasih ke sepasang suami isteri. Menengokkan gayanya muda lagi.
Yang pelik dan janggal pada aku ialah masa dia berenti pastu matikan enjin keta, pemandu (sang lelaki) rilek je duk menyandar dalam keta. Sang pompuan je yang turun pegi kaunter bayar pastu datang kat keta bukak tempat minyak dan isi minyak. Dalam hati aku, amboiii ada jugak lelaki macam ni yek...huhuhu.
Friday, 4 May 2012
Dia berubah sekelip mata...
Ni kesah keje part time aku. Terjadinya mende ni beberapa ari lepas tapi oleh kerana tak berkesempatan maka arini baru boleh aku citekan.
Satu petang tu ada sorang budak tepon aku cakap mintak tolong ambik dia kat megamall sebab dia nak balik politeknik. Masa tu seingat aku dah malam lebih kurang lepas magrib, hampir2 pukul 8.
Masa aku sampai tu aku tengok dia bertiga ngan member dia berjalan ke arah aku. Dari segi berpakaian aku nampak dua orang berbaju kurung, bertudung manakala sorang berseluar jeans dengan rambut pacaknya atau senang cakap macam jantanlaa.
Lepas dieorg naik dan duk kat belakang tu aku pun antolaa ke politeknik. Nak pandang belakang pun tak guna sebab tak nampak, cuma aku sembang2 gitu jelaa ngan dieorg.
Perjalanan ambik masa dalam 10 ke 15 minit jugaklaa. Dieorg bayar sebelum turun van lagi. Sampai je dan yang buat aku terkejutnya tu bila dieorg nak melintas depan aku, aku tengok tiga2 berbaju kurung dan bertudung.
Aku pandang kat belakang dalam van, takde orang. Dalam hati aku kata, rasanya tadi dua orang je macam pompuan dan sorang macam jantan tapi sekarang tiga2 macam pompuan,huhuhu....
Cepat betul dia bertukar karektor kan. Pada aku inilaa manusia zaman sekarang, sanggup buat apa saje demi memenuhi kepuasan diri. Apa2 pun mintak dijauhkanlaa dari diri aku dan jugak zuriat keturunan aku,Amin...
Friday, 20 April 2012
Takut sangat2...
Arini baru aku tau bahawasanya ada jugak budak2 yang takut nak guna mancis. Selama ni bila nak buat eksperimen yang menggunakan bunsen bunner, dalam satu kumpulan ada 4,5 orang so yang berani jelaa nyalakan bunsen bunner tu.
Tapi tadi cikgu budak2 ni mengajar cara2 nak nyalakan bunsen bunner dan untuk dapatkan nyalaan api kaler biru. So dalam satu2 kumpulan tu setiap orang mesti kena cuba.
Yang kelakonya tu sampai ada yang nak menangis hentak2 kaki sebab takut nak nyalakan mancis. Abih separuh kotak mancis pun takleh jugak nyalakan mancis tu. Nak nyalakan bunsen bunner apetah lagi,huhuhu...
Yelaa kan nak kata tak penah masak kat umah takleh jugak sebab kat umah sekarang ni sume dah guna dapur gas. Kesian punya pasal last skali aku pun tolonglaa nyalakan mancis tu. Barulaa senyum semula, klu tak sedih nengok muka...hehe.
Monday, 9 April 2012
Aku ingat dia giler...
On de way nak balik skolah aku lepas ambik anak2 dari skolah dia tadi aku lalu depan sebuah bank tu. Jalan takdelaa sesak sangat masa tu.
Dalam duk mengikut belakang keta lain tu aku tengoklaa ada sorang mamat duk tengah bercakap sorang2 kat celah keta. Pakaian smart, muda lagi orangnya dan ensem pulak tu.
Dalam hati aku, Ya Allah hai kesiannyalaa kat dia ni muda2 lagi dah giler. Masa tu aku nampak dia dari sebelah kanan. Dalam2 duk bercakap tu dia pun berpusing ke arah aku pastu aku nampak sesuatu kat telinga kiri dia.
Rupa2nya dia tengah bercakap henset guna earphone daaaa. Suka aku sorang2 masa tu, tak pasal2 aku kata dia giler...hahahaha.
Friday, 6 April 2012
Lawak betullaa korang ni...
Salam pagi jumaat dari aku buat rakan2 blogger sume. Pagi ni cuaca kat kuantan sejuk ckit sebab sekarang ni hujan renyai2. Bila sejuk2 gini korang paham2 jelaa kan apa aktiviti yang menyeronokkan,hehe...
Selain tu otak pun semestinya beku ckit so takleh laa nak berN3 yang berat2 sangat. Oleh itu aku nak citelaa pasal yang ringan2 je. Semalam masa aku tak tau nak buat apa aku pun jenguk2laa beberapa blog tu.
Dalam duk membaca blog korang tu aku gelak sorang2. Mana taknya, ayat2 yang korang taip tu kelako sangat pada aku. Dari ayat2 korang tu aku dapat rasa yang korang ni berbakat jadi pelawak. Klu pegi uji bakat raja lawak memang sah2 luluslaa aku rasa,ihiks...
Seronok sangat aku baca. Ada yang berlawak secara selamba, ada yang secara blur dan ada jugak secara sinis. Pendek kata macam2laa. Apa2 aku mintak korang teruskanlaa ayat2 lawak korang masa buat n3 sebab barulaa seronok aku nak baca, tak jemu....kui3.
Wednesday, 4 April 2012
Terkasar ckit...
Sekarang ni aku cbuk dengan eksperimen yang menggunakan air batu. So mase cikgu nak guna air batu tadi aku pun ambiklaa dalam peti. Nama lagi batu kan mestilaa keras.
Tarik punya tarik, ambik kau...... patah,huhuhu... Walaupun patah terpaksa jugaklaa guna bekas tu sebab klu tak guna kang takut tak cukup pulak ais.
Tunggu aku order bekas baru nanti baru boleh buang yang patah ni. Biaselaa nak buat mcmane kan,hehehe...
Thursday, 29 March 2012
Semua terkejut...
Selalunye rutin pagi aku dalam pukul 830am - 845am aku ke kantin untuk sarapan pagi ngan member2. Tapi semalam aku dah dengar ada suara2 yang berbunyi sebab katanya aku takde kat makmal waktu kedua.
Memang tak dinafikan dalam seminggu tu adalaa 2,3 ari dalam jadual ada kelas waktu kedua. Walau begitu sebelum pegi aku cakap dulu kat cikgu tu dan dia sendiri kata ok, ok.
Takpelaa yang tu tapi apa yang aku nak cite sekarang ialah pagi ni dalam jadual waktu kedua ada kelas. So pukul 815am tadi aku pegilaa kantin.
Masing2 bila tengok je aku ambik polistrin untuk bungkus, sume buat muka pelik. Ada yang cakap, aiii tak nak berkawan ngan orang dah ke sekarang. Ada yang perli buat2 tanya arini ari apalaa. Yang mengutuk usah cakaplaa,hahahaha.... Celakak betul dieorg.
Yelaa memang dieorg sume pelik sebab selama ni aku makan kat kantin, bersembang ngan dieorg tetiba arini aku bungkus pulak. Apa2 pun sebelum nama aku disebut dalam mesorat baik aku buat baik dulu...hehehe.
Tuesday, 27 March 2012
Saya tak merokoklaa...
Tadi lepas abih mesorat staf, aku balik makmal sebab nak kemas apa yang perlu ckit2 sebelum balik. Dah siap apa sume aku pegi opis nak jumpa member.
On de way ke opis aku dengar ada orang duk bersembang dalam satu bilik tu. Apa lagi aku pun masuklaa. Tengok2 ada dua orang tengah bersembang pasal mesorat tadi sambil merokok.
Aku pun tumpanglaa skali. Tumpang bersembang yek bukan tumpang merokok. Bilik tu pulak bertutup so korang paham jelaa. Ikutkan lemas memang lemas dengan asap rokok tu tapi sebab topik perbincangan hangat tahan gaklaa,hehehe...
Abih sembang je kluar dari bilik terus menusuk idung bau asap rokok melekat kat baju. Sampai kat opis adalaa dua orang makwe duk kat kaunter, sorang cikgu sorang juruteknik komputer.
Tak sempat lagi nak bukak mulut dieorg terus tegur aku, abg ayen isap rokok ke? Ish... Mane ada, abg ayen tak isap rokoklaa. Lepas aku cite apa sume barulaa dieorg paham.
Bukan apa, kan kawasan skolah kawasan larangan merokok so bila dah bau tu kang nampak sangat aku merokok padahal aku ni manelaa penah isap rokok. Selain dari rokok penahlaa jugak isapnye,kuang3......hahahaha.
Monday, 19 March 2012
Main pasir kat Teluk Chempedak...
Sabtu lepas sebelum balik umah mak aku, anak2 cbuk ajak pegi pantai Teluk Chempedak nak main pasir. Dieorg dah pegi ngan ibunya pagi tu tapi biaselaa budak2 kan, mane puas so ajak pulak aku pegi sebelah petangnya.
Lama betul dah aku tak pegi ke pantai ni padahal tak jauh mane pun,ihiks... Klu dah duduk tepi pantai makanya macam2 mendelaa aku dapat nengok.
Ada yang main layang2, ada yang buat aktiviti macam aku ngan anak2 dan yang paling best nengok ialah pasangan kekasih yang bermesra2an kat tepian pantai. Main suap2an, cuit sini cuit situ, ada jugak yang main baring2 pendek kata macam2 ada.
Seronok kan maklumlaa sedang bercinta, segalanya indah belaka. Semuanya ni bukan aku intai tau tapi berlaku berhampiran dengan anak2 aku main. Kan salah satu tanda dunia nak kiamat ialah setiap perlakuan maksiat tiada lagi berselindung serta dilakukan di khalayak ramai tanpa rasa bersalah. Nilaa salah satu sebab aku jarang nak bawak anak2 ke tempat gini. Aku tak nak dieorg tengok perkara2 negatif untuk masa depan dieorg.
Klu yang cina usah cakaplaa, baju seksi yang biase orang pompuan kita buat tido dieorg selamba je pakai kat orang ramai. Dieorg takpelaa kan, tak kira dosa pahala.
Apa2 pun bagi aku terpulanglaa pada diri masing2 nak menentukan cara idup masing2 kan. Siapalaa aku nak menegur, kuasa pun tiada lagipun zaman sekarang silap tegur tak pasal2 kita yang kena balik.
Makanya dengan iman yang serba kurang ni, tengok jelaa yang mana boleh buat penyedap mata....hahahaha. Yang pasti aku bahagia bila nengok anak2 gembira.
Sunday, 18 March 2012
Korang boleh???..
Aku ni klu bab makan sayur memang gagal, tak taulaa nape. Sebab tak diajar dari kecik kot. Tapi tak jugak kan sebab kadang2 ada orang tu masa kecik dulu tak makan tapi dah besar makan pulak.
Macam aku ni klu masakan yang aku nak makan tu ade banyak sayur, ginilaa selalunye aku buat. Klu tak memang slowlaa ckit mood nak makan tu,huhuhu....
Thursday, 15 March 2012
Adoiiilaaa Ayen...
Malam semlm aku ngan adik beradik lain kluar makan sebab nak sambut besday kakak aku. Pendek cite on de way balik tu aku singgah kat shell, nak isi minyak.
Yelaa kan singgah shell mesti nak isi minyak, tak kan singgah shell nak beli kasut.....kui3. Aku klu tengah2 bulan gini biaselaa cash mesti dah kureng.
So apa lagi kad kreditlaa jawabnya. Sampai je, pegi kat pam kluarkan kad bonus link apa sume terus jolok.
Skali jolok dia cakap transaksi gagal. Aku jolok skali lagi pun sama gagal. Dalam kepala aku mesin kad pam ni poblem kot. Pegi kat kaunter dalam, akak kesyer tu cakap ok mesin tu tapi klu takleh tak taulaa.
Aku pun sebab malas nak lama2 terpaksalaa guna cash jugak. Balik semula kat pam dan masa nak masukkan balik kad dalam wallet tu baru aku perasan.
Rupa2nya bukan kad kredit yang aku jolok tadi tapi kad bank daaaaa. Anak sulung aku punya gelak bukan main lagi, apalaa abah ni dia cakap.
Aku sendiri pun memang takleh tahan. Duk gelak sorang2 dalam perjalanan tu. Apalaa bengong sangat aku malam semlm pun aku tak tau,hahahaha...
Friday, 9 March 2012
Beza antara abah ngan ibu...
Macam yang korang taulaa kan setiap pagi jadual menganto anak2 ke skolah akan digalas oleh ibunya sebab anak2 masuk skolah pukul 745am.
Ibunya masuk keje pukul 8am makanya elok sangatlaa lepas anto anak2 terus dia masuk keje. Aku bukan takleh nak anto tapi aku masuk keje pukul 730am.
Tapi pagi ni aku terpaksa anto anak2 sebab ibunya mc, tak sihat. Bila abah menganto paham2laa kan memang nak kena awallaa ckit. Dalam duk kelam kabut tu sampai je kat skolah tengok2 beg makanan tertinggal,huhuhu...
Rupa2nya masa aku pegi skejap tu bibik dah tepon banyak kali nak bagitau beg tu tertinggal tapi aku tak dengar sebab tepon aku duk dalam beg keje kat belakang.
Nasib arini ari jumaat, dieorg balik pukul 12 lebih. Yelaa memang dieorg boleh beli kat kantin tapi sekurang2nya klu ada bekal tu bolehlaa buat alas perut sementara waktu kan.
Tapi mende dah nak jadi nak buat mcmane, betul tak? Nilaa beza antara abah ngan ibu. Takde arahlaa dah abah anto skali skale je,ihiks...
Friday, 2 March 2012
Malunye akuuuu...
Tadi lepas solat jumaat, aku singgah kat Cimb bank jap sebab nak bayor kad kredit. Orang taklaa brape ramai sangat masa tu.
Masuk je pintu aku tengok suasane dalamnya dah berubah. Lagi nampak luas dari kebiasaannya. Dengan bangganya aku terus pegi kat mesin nak bayor tu.
Orang kat mesin sebelah adelaa tapi kat mesin tu takde so dengan romentiknya aku sambil lewa bukak beg duit pastu bukak pulak tab sebab nak tengok nombor kad.
Pakcik jaga bank tu ada kat belakang duk menengok orang kluar masuk. Mgkin kat aku pun dia tengok jugak kot,ihiks...
Dah lama duk berdiri kat situ, dah stanby nak tekan butang2 kat mesin tu skali aku tengok lain macam je mesinnya. Rupa2nya tu mesin nak kluarkan duit daaaaa,huhuhu...
Dengan buat muka tak salah aku pun pegilaa kat mesin sebelah pulak. Pakcik jaga tu tengok je kat aku tapi aku buat macam takde ape yang berlaku sebab malu kan,hahahaha....
Thursday, 1 March 2012
Li Tua Di Langkawi...
Salah sorang pelumba bergambo dengan peminat,hahaha...
Arini pelumba2 beskal Li Tua Di Langkawi sampai ke kuantan. Masa aku nak kluar ambik anak2 balik skolah tadi aku terserempak ngan Cc. Dia baru balik dari kluar ke mane entah.
Dia tanya aku nak ke mane. Aku bagitau nak pegi ambik anak. Dia cakap haaa siaplaa bertape dalam keta sebab beskal dah nak sampai tu. Sume jalan dah start tutup.
Penamat dieorg dalam bandar, skolah anak2 aku pun dalam bandar makanya korang paham2 jelaa. Memula aku ikut jalan dekat, puas menunggu sebab polis asyik lepas keta yang kat jalan utama je.
Aku pun apa lagi pusing balik pastu pegi ikut jalan lain pulak. Alhamdulillah ok. Tapi bila nak balik yang tak oknya. Hampir satu jam aku duk bertape dalam keta ngan anak2. Jalan dah mula tutup sepenuhnya sebab pelumba2 dah hampir tiba.
Walaupun lama duk menunggu tapi aku puas sebab anak2 suka hati dapat nengok dari dekat pelumba2 beskal tu...
Wednesday, 29 February 2012
Taji tak tumbuh lagi ni...
Pasal periksa amali (eksperimen) tadi. Masuk je dalam makmal, aku bagilaa penerangan ckit sebelum dieorg mula buat eksperimen.
Yang kelakonya cuba korang tengok dalam gambo tu. Oleh kerana aku tak suruh duduk, makanya sume buat sambil berdiri....hahaha.
Patutlaa lepas aku cakap masa diberi cuma 10 minit, masing2 tak sampai 5 minit dah siap,ihiks... Ginilaa budak2 tingkatan satu, klu tak suruh duduk, tak duduklaa dieorg.
Taji tak tumbuh lagi. Cuba tengok bila dah naik tingkatan dua, tingkatan tiga, haaa itu jam korang taulaa eksyennya.
Gambo satu lagi tu yang tengah menunggu kat luar. Masing2 malu nak pandang sebab aku cakap gambo ni akan kluar dalam metro esok,hahaha...
Keseluruhannya mereka semua mendengar katalaa, takde yang berani nak buat bising sebab aku cakap klu bising aku akan potong 2 markah. Tipu sunat takpe kan,kui3...
Tak boleh tiru,tak aci...
Minggu ni bebudak sume periksa so aku rileklaa ckit sebab dieorg tak masuk makmal.
Arini tetiba cbuk pulak sebab start pukul 11am ni sampailaa petang nanti aku kena jaga periksa eksperimen kat makmal. Cbuknya sebab budak2 ni kena masuk 20 sahaja dan yang selebihnya kena tunggu kat luar.
Pintu makmal pulak tu kena tutup, takut yang kat luar mengintai,huhu... Setiap orang diberi masa 10 minit.
Mengikut taklimat tadi selepas abih satu kelas, sume kena masuk dalam makmal semula untuk di kuarantin sehinggalaa kelas lain datang dan kelas tadi pegi ke makmal lain pulak.
Aku rasa berat tugasnya nanti sebab nak kena jaga yang buat kat dalam takut meniru dan yang kat luar pulak nak kena pastikan tak buat bising.
Budak2 kan paham2 jelaa dah klu duk menunggu ramai2 mujurlaa tak bising. Apa2 pun aku akan cuba jalankan tugas dengan sebaiknyalaa. Degil2 sangat tengkinglaa makannya nanti,hehehe...





















