My photo
Mencoret sekadar apa yang dirasakan perlu...

Rakan2 siber...

Tuesday 28 June 2011

Melawat cik siti wan kembang...

Sebelum aku cite pasal besday puteri2 aku ari sabtu baru2 ni, aku nak cite dulu pasal trip skolah aku ke negeri cik siti wan kembang. Oleh kerana cite ni dah nak basi maka aku tak naklaa merepek panjang2. 

Ikutkan aku tak nak ikut sebab ongkos kureng tapi oleh kerana member2 nak jugak aku pegi sampaikan sanggup bayor untuk aku maka kenalaa jugak pegi. Kang klu tak pegi kang takut terasa hati pulak orang yang membayor tu kan.

Sepatutnya ikut jadual kitaorg bertolak dari skolah pukul 7.30am tapi macam biasalaa kan janji melayu, pukul 8am lebih baru gerak. 
Sebahagian daripada anggota rombongan...
Ni abang2 drebarnya. Masa ni berenti makan pagi kat simpang bukit besi...
Kitaorg sampai dalam pukul 2 lebih. Tempat pertama yang kitaorg pegi ialah rantau panjang. Abih kat situ baru pegi ke tempat penginapan.
Geng2 pompuan duk kat umah ni. Sebenonya ni ialah umah cikgu skolah aku jugak. Umah yang dia beli kat sana. Beso gaklaa umah ni, 5 bilik...
Geng2 lelaki pulak duk umah ni. Yang ni baru sewa. Kecik ckit umah ni, 3 bilik tapi oklaa sebab geng2 lelaki tak berapa ramai...
 
 
Malamnya pulak kitaorg pegi pasar malam wakaf che yeh. Geng2 pompuan cbuk membeli dan membelah tapi geng2 lelaki yang tak berapa nak membeli dan membelah ni sampai je yang pertama cari makan dulu,hehe...


Yang pasti memang hiduplaa suasana kat sini, beso pulak tu. Esoknya....
Sebelum balik, pegi pasar siti khadijah dulu dan kitaorg bertolak balik ke kuantan lepas selesai solat zuhur. Alhamdulillah tiada sebarang masalah sepanjang perjalanan pegi dan balik. Kesimpulannya, seronok....

2 comments:

Lina said...

ohhh x ckp pun kat i pegi kelantan...bole i kirim toto 10 bijik hehe

Ayen... said...

Lina - sebab i tau u nak kirim banyak tu yg i x bgtau,kihkihkih....