My photo
Mencoret sekadar apa yang dirasakan perlu...

Rakan2 siber...

Showing posts with label Aku n kakak.... Show all posts
Showing posts with label Aku n kakak.... Show all posts

Thursday, 1 November 2012

Hari Anugerah Cemerlang 2012...

Ari selasa baru ni aku ke skolah kakak sebab ada Majlis Anugerah Cemerlang. Ikutkan memula tu aku nak ambik cuti tapi pk2 smule tak jadilaa so mintak kebenaran keluar je skejap.

Ikutkan aturcara akan tamat tghari tapi oleh kerana selepas ucapan Yb, Guru Besar sume terus diumumkan anugerah untuk kategori yang kakak terima.

Makanya skejap jelaa aku kat dewan tu sebab lepas kakak terima aku terus balik keje smule,hehe...
Photo: Tahniah syg mendapat Anugerah Murid Potensi.. Ibu doakan agar dirimu makin cemerlang dunia dan akhirat. Teruskan usahamu..
Alhamdulillah walaupun aku perasan keputusan peperiksaan kakak agak menurun sedikit berbanding sebelum ni tapi kakak masih terpilih untuk menerima Anugerah Murid Potensi.

Aku harap kakak akan terus berusaha untuk memajukan diri demi masa depan yang semakin mencabar...

Tuesday, 8 November 2011

Harap berterusan...

Isteri aku pegi ke skolah kakak td sebab arini ada sesi permuafakatan. Klu kat skolah aku ni dipanggil sesi runding cara laa. Mak bapak datang jumpa cikgu nengok keputusan periksa sambil2 tanya prestasi anak2.

Keputusannya alhamdulillah sebab masih boleh maintain. Dapat nombor 4 dalam kelas dan untuk keseluruhan darjah 2 dia nombor 29. Aku perhatikan dari dia darjah 1 dulu sampailaa sekarang dia masih tak mampu nak gapai nombor 1 dalam kelas. Nombor 2,3,4... 2,3,4...

Bukan bermakna aku tak bersyukur dengan apa yang dia kecapi sekarang cuma aku saje je nak dia bersaing dengan member baik dia yang maintain dapat nombor 1. Lagipun aku ngan isteri takdelaa sampai paksa dia untuk kejar nombor 1 tu cuma sekadar bagi semangat untuk dia terus berusaha.

Aku harap untuk tahun depan dia maintain dengan prestasi sekarang ataupun berusaha untuk mempertingkatkan lagi prestasi agar menjadi yang lebih baik demi masa depan dia jugak kan.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, 12 July 2011

Klu abah ilang sabor...

Aku ni klu boleh cuba sedaya upaya untuk kawal kemarahan bila pagi2. Aku dah pesan seminggu ni ibu takde so kakak, kita kena pegi awal sebab abah tak nak dah buat macam biasa kena pegi dulu skolah abah bukak lab pastu kluar pulak anto kakak pastu abah kena balik skolah semula.

Oleh itu esok (arinilaa) kita kluar awal, bolehlaa abah anto kakak dulu pastu abah terus pegi skolah. Ibu lambat takpe sebab ibu masuk keje pukul 8, abah tak boleh sebab abah masuk keje pukul 7.30... Bila cakap semua ok.

Pagi ni dah pukul 6.45 baru ketuk bilik aku cakap nak mandi kat bilik aku. Geram tu datang dah tapi ckit2 je baru. Dah aku siap apa semua aku nengok dia pakai baju kurung skolah. Aku kabolaa kan arini ari selasa kakak pakai sluar trek dengan baju t-shirt pink. Oh ye kakak lupa katanya. Sabor lagi aku.

Pendek cite bila turun bawah nengok jam lagi 5 minit pukul 7 pastu banyak pulak hal itu dan ini. Bibik cakap dia dah kejut awal tapi banyak termenung. Tido awal dah. Dahlaa lambat, berebut pulak buku 'ana muslim' yang beli ngan aku masa balik skolah semalam ngan adik dia. Dia nak bawak pegi skolah adik pulak nak baca.

Selama ni nak marah mcmana skalipun aku akan cuba kontrol sebab aku ni klu dah ilang sabor memang sakitlaa orang tu. Biasanya klu ngan ibu dia kena pot pet pot pet je pagi2. Aku senyap jelaa sebab malas nak masuk campur.

Bila tahap kesabaran dah tak boleh nak kontrol maka pagi ni menangislaa kakak. Sebenonya aku tak suka nengok anak2 nangis bila nak pegi skolah sebab takut ganggu dia nak belajar kan tapi takde arahlaa. Pastu menyesal, biasalaa tu kan mana ada orang menyesal sebelum buat. 

Sampai skolah masa salam apa semua aku mintak maaf semulaa ngan dia dan dia pun ok je. Alhamdulillah... Oleh itu pagi ni aku sampai skolah pukul 7.39 (late)....huhu.

Tuesday, 26 April 2011

Makan kat luar...

Cuba korang bagitau aku apa maksud tulisan jawi tu. Ceh..ceh..ceh... belagok je bunyinya aku ni macamlaa korang tak tau kan,hehe... Alaa saja je tak kan tu pun nak marah. Sebenonya lepas ambik anak aku balik skolah tadi dia cbuk nak beli kaler.

Nak tak nak pegilaa aku ngan dia kat kedai buku hamid bros, cari2 takde. Dah takde tu teruslaa aku ajak dia makan kat kedai ni. Selalunya aku balik makan kat kantin skolah je. 
Sampai masa ambik order bila tanya nak makan apa, tak nak makan nak minum je. Betul ni?.. Betul kakak nak minum je, katanya. Dalam hati aku ni takde selera nak makan mesti sebab kpale cbuk nak beli kaler.
Aku pun orderlaa makan untuk aku sorang, nasi papriks(peberet aku ni,ihiks...). Dia pulak nak minum air peberet dialaa, milo ais. Masalahnya bila sampai je nasi ni aku sempat rasa ckit je selebihnya dia sapu.....huhu.
Sambil makan kat sini boleh jugak layan cite kan,kuikuikui... Asyik makan kat kantin je tak boleh jadi jugak, pagi kantin tengahari kantin pulak tu menu lebih kurang sama je tiap2 ari...