My photo
Mencoret sekadar apa yang dirasakan perlu...

Rakan2 siber...

Showing posts with label Bola.... Show all posts
Showing posts with label Bola.... Show all posts

Thursday, 5 May 2011

Janganlaa sampai nak gaduh...

Sebut pasal bola jarang sangat orang tak minat nengok. Satu dunia nengok bola. Bukan orang lelaki je tapi orang pompuan pun ada jugak yang minat nengok bola...
Liga paling top sekarang ni yang jadi tumpuan selain liga super malaysia yang aman damai ni ialah liga perdana inggeris...
Cakap pasal EPL, nilaa team peberet aku dari dulu kini dan selamanya,hehehe... Manchester united...
Kat skolah aku ni ramai jugak musuh2 dari team ni, chelsea... Klu kat kantin memang kecoh sokmo bila bercakap pasal bola, ko kata aku. Aku kata kat ko tapi sekadar suka2 jelaa. Baru2 ni masing2 senyap je sebab prestasi team dia merudum tapi sekarang kembali berbunyi.  

Masa prestasi team dia jatuh baru2 ni semua nak sokong liga malaysia. Ada yang kata nak sokong pos malaysialaa, felda unitedlaa tapi sekarang belagok semula. Celakak sungguh,huhu...
Yang aku tak tahannya sekarang aku nengok klu kat fb ni siap bertekak kata macam2 padahal masing2 bukannya kenal pun. Dari apa yang aku baca memang bukan gurau2 biasa tu. Klu kenal bolehlaa kata mgkin diaorg bergurau.

Pada aku tak payahlaa hanya kerana bola sampai kita nak bergaduh gaduh. Lagipun bila dah nak marah paham2 jelaa ko tulis pun mesti yang bukan2 kan pastu orang lain duk baca pulak. Tak sedaplaa...

Wednesday, 16 March 2011

Klu dah minat...

Masa aku menaip ni jam menunjukkan pukul 4.30am. Aku buat apa pagi2 buta ni? Biasalaa bangun nengok team peberet aku, Manchester United lawan Marseille dalam Liga Juara-Juara.


Aku tau ramai yang menyampah dengan team aku ni tapi itu hak masing2laa kan janji aku tak menyampah,ihiks... Klu dah nama team peberet, mainlaa pukul berapa pun baik tengah malam ke pagi2 ari gini ke aku tetap akan nengok.


Nak kata aku ni taksub sangat kat team yang diberi jolokan 'setan merah' ni taklaa sangat tapi nak buat mcmana dah memang minat dari dulu lagi. Tak kiralaa korang nak cakap apa pun yang penting team aku ni menang dan layak ke peringkat seterusnya,kihkihkih....