My photo
Mencoret sekadar apa yang dirasakan perlu...

Rakan2 siber...

Showing posts with label Segmen brader Ben.... Show all posts
Showing posts with label Segmen brader Ben.... Show all posts

Thursday, 17 March 2011

Salah sendiri...

Setiap blog yang aku penah jenguk/singgah pasti aku akan nampak blog ben ashaari ni kat diaorg punya senarai bloglist. Memula tu aku buat tak tau je sebab aku rasa biasa2 je tapi lama2 terasa jugak nak nengok apa yang hebat sangat brader ben ni. Bila aku pegi jenguk baru aku tau memang dia seorang blogger yang hebat dari aku,hahaha...

Banyak jugaklaa segmen2 kat blog dia yang sebenonya aku minat nak join tapi tak reti,ihiks... Pendek cerita malam kelmarin aku cuba join segmen 'Ben ashaari : Blogger ikut negeri kelahiran' dan akhirnya aku berjaya.

Lepas tamatnya tempoh segmen tu brader ben pun senaraikanlaa blogger2 mengikut negeri kat blog dia tapi yang membengangkan aku bila check2 dalam senarai, nama aku tak ada. grrrr...

Rupa2nya bila check semula syarat2 kat blog brader ben, aku terlupa nak letak 'nama NEGERI' daaaa.... kihkihkih,celakak betul patutlaa tak tersenarai. Lagipun masa aku buat tu tempohnya dah hampir tamat so buat dalam keadaan kelam kabut tu yang jadi terlupa tu.

Apa2 pun aku tak salahkan sapa2 tapi salahkan diri sendiri dan akan dipastikan pasni kena lebih berhati2...

Tuesday, 15 March 2011

Ben Ashaari : Blogger Ikut Negeri Kelahiran...



Sebenonya aku ni dah lama duk peratikan mende2 gini kat blog brader Ben ni tapi nak join  tak reti,ihiks.... Untuk kali ni walaupun hanya tinggal kurang dari sejam lagi nak tamat tempoh aku tetap nak cuba jugak.




Sila ceritakan latar belakang anda ...
Akuanakmuda, bapa kepada 3 orang puteri dan suami kepada seorang isteri. Lahir di Kuantan dan menetap juga di Kuantan.

Profesion anda sekarang ? 

Bekerja ngan Gomen M'sia sebagai 'kuli',huhu...


Blog favourite anda .. kenapa ? 
Dah tentu blog isteri aku,hehe... Blog lain pun aku suka jgk terutama yang boleh bagi aku info2 terkini.

Blog yang anda tak suka nak masuk .. kenapa ? 
Sepanjang penjelajahan aku ke blog2 orang setakat ni aku rasa tak ada lagi yang aku tak suka.

Impian anda terhadap blog anda ... 
Semoga blog aku ni bertambah maju, bertambah glemer(perasanlaa plk,kuang3x...)dan yang paling penting tak dibenci oleh korang semua,hehe....