My photo
Mencoret sekadar apa yang dirasakan perlu...

Rakan2 siber...

Thursday, 27 October 2011

Klu korang,korang jawab apa...

Sekarang ni kan baik dalam tv ke surat kabo ke memang tak sah klu tak kluar berita pasal rogol. So baru2 ni anak sulung aku adalaa tanya, rogol tu apa ibu?.. Abah, rogol tu apa?.. Ibu dia adalaa jugak jawapannya, orang lelaki buat jahat kat orang pompuan.

Budak2 klu jawab gitu manalaa dia puas hati kan. Tak puas hati ngan jawapan ibu dia tanya pulak kat aku. Kena kat aku langsung tak reti nak jawab apa. Dalam hati aku klu aku jawab diperkosa kang lagilaa dia tak paham. Last2 ermmm...ermmm... sampai ke sudah duk ermmm gitu je,huhuhu...

Kakak ni lagi tak dapat jawapan lagilaa dia duk cbuk tanya. Ibu dia dah takde jawapan, aku pulak lagilaa tak reti nak jawab apa. Takkan laa nak kabo betul2, orang lelaki tu masukkan anu dia kat anu pompuan tu apa sume kan. Ish... tak sampai hatilaa aku nak kabo gitu lagipun klu kabo gitu kang mesti lagi bertambah banyak soklan lain yang timbul.

Akhirnya aku kabo nantilaa tunggu kakak dah beso nanti kakak akan faham. Kat skolah nanti pun insyaallah kakak akan belajar jugak bab2 yang berkaitan dengan tu. Klu korang agak2nya apalaa jawapan korang bila anak2 tanya soklan gitu yek...

Dapat jgk dieorg mandi...

N3 semalam kan aku kabo pagi tu tak jadi mandi sebab ujan, pastujanji klu tghari/petang tak ujan kita pegi semula. Masa duk kat umah tu asal ujan reda je skejap terus ajak pegi. Aduuhhh... Naik rimas aku jadinya.

Tapi memang rezeki dieorg berdualaa. Tghari tu lebih kurang lepas zuhur aku rasa memang cuaca betul2 baik. Nak kata panas tak panas, mendung sangat pun tak jugak. Baik sangat2 cuaca.

Maka aku pun bawaklaa dieorg pegi. Punya suka korang jangan cakaplaa. Dalam pukul 2 sampai sana sampailaa balik dalam pukul 5 lebih. Tu pun lepas puas aku marah, ikutkan dieorg tak nak balik lagi. Dieorg seronoklaa, aku ni yang duk menunggu tepi kolam tuhan saja yang tau betapa bosannya.

Aku tak mandi tu sebab sebelum solat zuhur aku dah mandi so malas dahlaa aku nak mandi kat sana lagi. Tapi yang aku pelik tu walaupun cuaca sepanjang kat sana tak keluar pun matahari tapi korang nengoklaa muka dieorg tu. Gelap kan....

Masa nak salin baju yang paling ketara kakaklaa kat bahagian peha, dia pakai seluar pendek fit so betul2 jelas berbelangnya. Adik pakai seluar panjang, tak nampaklaa. Sampai umah masing2 terus tertido keletihan. Usahkan dieorg, aku yang menunggu ni pun letih tapi takpelaa janji dieorg puas hati kan...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, 26 October 2011

Hasrat nak mandi terbantut...

Kolam cik google tu yek,ihiks...

Sempena cuti Deepavali arini, malam semalam isteri aku offer anak2 mandi kolam. Masing2 memang tak kan lepas peluang punyalaa klu dapat offer gitu. So pagi2 tadi masing2 bersiaplaa untuk pegi ke kolam kat Indera Sempurna Resort.

Elok dalam perjalanan ujan pun turun,huhu... Untuk tidak menghampakan harapan anak2 yang dah xcited nak mandi aku teruskan jugak menuju ke Resort tu tapi sambil2 tu cakap terus terang kat dieorg yang kita pegi dulu, tunggu dalam keta jap dan andai ujan tak berenti jugak kita balik semula. Masing2 cakap ok.

Sambil tunggu dalam keta tu sambil makan roti yang dibawa. Abih roti ujan masih tak berenti so masing2 sepakat balik semula dan skali lagi janji dibuat yang mana andai kata tghari/petang nanti tak ujan kita pegi semula. Skali lagi dieorg setuju ngan cadangan aku dan isteri.

Aku harap sangat2 cuaca akan baiklaa petang nanti. Bukan apa kesian pulak rasanya kat anak2 aku ni sebab hasrat dieorg nak mandi kolam terbantut.
Published with Blogger-droid v1.7.4