My photo
Mencoret sekadar apa yang dirasakan perlu...

Rakan2 siber...

Saturday, 3 March 2012

Makan gaji butakah aku?...

Arini aku keje sebab skolah aku ganti cuti aritu. Ikutkan klu aku tak datang pun takpe sebab budak2 bukannya masuk makmal pun.

Geng2 makmal lain sumenya tak datang. Aku sorang je datangnya....hehe. Nape aku rajin sangat? Takde yang pelik pun.Sebabnya ialah skolah anak2 aku pun skolah jugak arini.

So klu aku duk melepek kat umah nanti dieorg balik skolah aku kena pegi ambik jugak kan. Dari itu baiklaa aku pegi keje. Lagipun arini guna jadual ari jumaat so pukul 12 dah balik. Bukannya cbuk pun, datang pagi bukak pintu makmal bace paper sambil dengar radio.

Pastu pegi sarapan kat kantin lepak, sembang ngan cikgu2 dah pukul brape dah....ihiks. Abih kat kantin pegi pulak merayap sane sini sedar2 dah nak balik,kui3...

Tapi korang tak boleh cakap aku makan gaji buta kan sebab klu ikutkan aku tak datang pun takpe tapi aku sendiri yang ikhlas nak datang, so? So what? Whats up bro. Lu pikirlaa sendiri,hahaha...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, 2 March 2012

Malunye akuuuu...

Tadi lepas solat jumaat, aku singgah kat Cimb bank jap sebab nak bayor kad kredit. Orang taklaa brape ramai sangat masa tu.

Masuk je pintu aku tengok suasane dalamnya dah berubah. Lagi nampak luas dari kebiasaannya. Dengan bangganya aku terus pegi kat mesin nak bayor tu.

Orang kat mesin sebelah adelaa tapi kat mesin tu takde so dengan romentiknya aku sambil lewa bukak beg duit pastu bukak pulak tab sebab nak tengok nombor kad.

Pakcik jaga bank tu ada kat belakang duk menengok orang kluar masuk. Mgkin kat aku pun dia tengok jugak kot,ihiks...

Dah lama duk berdiri kat situ, dah stanby nak tekan butang2 kat mesin tu skali aku tengok lain macam je mesinnya. Rupa2nya tu mesin nak kluarkan duit daaaaa,huhuhu...

Dengan buat muka tak salah aku pun pegilaa kat mesin sebelah pulak. Pakcik jaga tu tengok je kat aku tapi aku buat macam takde ape yang berlaku sebab malu kan,hahahaha....


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, 1 March 2012

Li Tua Di Langkawi...

Salah sorang pelumba bergambo dengan peminat,hahaha...

Arini pelumba2 beskal Li Tua Di Langkawi sampai ke kuantan. Masa aku nak kluar ambik anak2 balik skolah tadi aku terserempak ngan Cc. Dia baru balik dari kluar ke mane entah.

Dia tanya aku nak ke mane. Aku bagitau nak pegi ambik anak. Dia cakap haaa siaplaa bertape dalam keta sebab beskal dah nak sampai tu. Sume jalan dah start tutup.

Penamat dieorg dalam bandar, skolah anak2 aku pun dalam bandar makanya korang paham2 jelaa. Memula aku ikut jalan dekat, puas menunggu sebab polis asyik lepas keta yang kat jalan utama je.

Aku pun apa lagi pusing balik pastu pegi ikut jalan lain pulak. Alhamdulillah ok. Tapi bila nak balik yang tak oknya. Hampir satu jam aku duk bertape dalam keta ngan anak2. Jalan dah mula tutup sepenuhnya sebab pelumba2 dah hampir tiba.

Walaupun lama duk menunggu tapi aku puas sebab anak2 suka hati dapat nengok dari dekat pelumba2 beskal tu...


Published with Blogger-droid v2.0.4