My photo
Mencoret sekadar apa yang dirasakan perlu...

Rakan2 siber...

Friday, 30 September 2011

Suami perkosa isteri???...

Akibat enggan mendengar cakap suami, seorang isteri diheret masuk ke dalam bilik di rumahnya sebelum suaminya memaksa melakukan hubungan seks.

Mangsa yang berusia 29 tahun di perlakukan sedemikian disebabkan kedegilannya yang berkeras untuk pergi ke jamuan makan malam anjuran pejabatnya biarpun ditegah suaminya.

Suami mangsa tidak membenarkan mangsa pergi ke jamuan itu kerana mahu membawanya pulang ke rumah ibunya bagi menghadiri majlis kenduri pada malam sama.

Kejadian bermula apabila suami mangsa melihat isterinya bersiap untuk pergi ke jamuan makan malam anjuran pejabatnya. Walaupun suaminya menghalang namun mangsa tetap berdegil untuk pergi disebabkan sudah membuat bayaran untuk majlis tersebut.

Suami mangsa yang naik angin lalu mencapai kain dan bergelut dengan mangsa sebelum mengikat kedua dua tangan mangsa ke belakang. Mangsa diheret masuk ke dalam bilik dan dipaksa melakukan hubungan seks. Selepas kejadian mangsa keluar rumah dan pergi ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan kejadian itu.

* Agak2 apa pendapat korang bila baca berita2 gini. Aku ni tak reti nak komen sebab klu aku komen kang takut jadi berat sebelah pulak. Korang tolonglaa komen kan yek,hehe...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, 29 September 2011

Spisis supermak ke apa budak ni...

Pagi2 tadi masa aku tengah kemas bilik aku tetiba cikgu masuk bagitau yang paip dalam makmal patah. Abih air melimpah. Masa aku pegi tengok tu budak2 duk kelam kabut tutup lubang paip dengan kain.

Klu tak tutup ngan kain, semestinya air tu memancut keatas. Lepas aku tutup kunci paip kat bawah meja aku dengar cikgu tu tanya mcmane boleh jadi patah gitu. Budak tu cakap tak taulaa saya pegang je.

Dalam hati aku, amboiii... Spisis supermak ke apa awk sampaikan pegang je pun boleh patah. Aku nak marah kang, sianlaa pulak kan lagipun mungkin dia tak sengaja. Takkanlaa tak pasal2 dia nak patahkan paip tu. Nak tak nak aku pun kabolaa kat bos aku pasal tu. Bos aku pun cakap takpelaa nanti dia cari orang suruh repair,hehe...
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, 22 September 2011

Jangan salahkn saya yek...

Semalam adalaa sorang cikgu pompuan tu datang kat makmal aku nak beli topup. Dia nak beli mxis hot tiket 10. Bila aku cek hot tiket 10 habis, klu nak yang 15 ada. Xpe bolehlaa katanya.

Klu topup lain biasanya akan masuk terus dalam akaun tapi hot tiket ni dia akan bagi no pin. Dah dapat apa semua, masalah mula timbul bila dia tak ingat no kod lepas star(*). Yang buat lagi haru ialah aku pun tak tau jugak sebab aku tak penah guna yang gitu,huhu...

Lepas dia cuba beberapa kali, star 121 laa star 122 laa semua tak boleh. Pastu dia cakap xpelaa nanti saya tanya pelajar. Elok dia kluar je dari makmal aku ada budak india lalu, terus dia tanya budak tu. Budak india tu pun bagitaulaa no kod tu.

Bila dia taip je terus kluar 'tidak sah'. Aku rasa mungkin sebab terlalu banyak kali sangat taip kod yang salah. Aku jadi serba salahlaa sebab dia beli ngan aku kan walaupun hakikatnya itu bukan salah aku. Lepas tu dia tanya aku mcmana. Aku cakaplaa yang aku tak taulaa mcmana sebab aku cuma dapatkan kredit/no pin untuk kastemer pastu menjadi tanggungjawab kastemer sendirilaa lepas dapat tu.

Mungkin sebab segan kat aku kot, dia pun cakap xpelaa nanti saya cuba semulalaa. Walaupun aku tau aku tak salah tapi rasa serba salah tu tetap ada, dahlaa dia nak yang 10 takde pastu jadi pulak gini.

Alhamdulillah baru jap tadi dia jumpa aku dan bagitau dah boleh. Dia cakap balik umah semalam baru suami dia bagitau no kod yang betul, maknanya yang budak india tu bagi semalam pun tak betul jugak...kuikuikui.
Published with Blogger-droid v1.7.4