"Ibu bapa diingatkan supaya mengawasi anak2 mereka dalam menggunakan telefon bimbit pintar selepas kajian terbaru menunjukkan sebahagian besar mereka menggunakannya untuk mengakses gambar dan video lucah.
Kajian itu yang dilakukan oleh YouGov menyelidik tingkah laku web telefon bimbit kanak2 berusia 8 hingga 15 tahun.
Ia mendapati seorang daripada lima atau 21% kanak2 pernah mengakses laman web tidak sesuai menerusi telefon bimbit mereka, meningkat sepertiga di kalangan mereka yang berusia 14 hingga 15 tahun.
Samada mereka tidak sengaja menemui laman web yang tidak sesuai itu, ramai kanak2 dikatakan membaca atau melihat perkara yang mereka tahu hanya untuk orang dewasa".
Aku harap anak2 aku dijauhkanlaa dari mende2 ni sume. Setakat ni Alhamdulillah klu dieorg main lappy/tab aku ni dieorg sekadar google game je walaupun kadang2 bimbang gak takut dieorg tersalah tekan, kluar pulak gambar yang bukan2....huhu.
Bukan apa sekarang ni pun zaman dah serba canggih kan, apetah lagi zaman membesar dieorg akan datang. So sama2laa kita yang ada anak2 ni jaga betul2 dan bagi didikan agama yang secukupnya, Insyaallah...
Rakan2 siber...
Tuesday, 31 January 2012
Mintak dijauhkan anak2 aku...
Nasib dia baik...
Berdebarnya diri aku hanya Allah swt saje yang tau. Mana taknya cuaca dahlaa gelap, awak bawak motor takde lampu.
Mata aku ni pulak memang dah terang klu tak, takkan pakai cermin mata kan,hehe...
Kebetulan masa tu pulak datang motor dari depan so cahaya lampu dia tu lagi menyilaukan mata aku.
Ya Allah... Syukur aku sempat mengelak ckiiiiiiit je klu tak memang kompom dia akan terpelanting atas keta aku dan silap2 jadi arwah kot sebab masa tu aku memang laju.
Punyalaa sekelip mata kejadian tu sampaikan aku tak perasan yang bawak motor tu lelaki ke pompuan ke tua ke muda ke. Berdebarnya aku sampai kat skolah pun tak ilang lagi rasa.
Walaupun perasaan nak marah tu membuak2 tapi Alhamdulillah sebab dia selamat dan aku pulak takde nak kena pegi balai polis, report itu ini.
Sunday, 29 January 2012
Ganggu betul aku nak tengok bola...
Malam semalam aku lepak kat Coffee Street ngan geng2 MU sebab nak nengok game lawan Liverpool. Walaupun keyakinan menang tinggi tapi sayang team peberet aku kalah jugak, celakak sungguh.huhuhu...
Kalah tu kalahlaa kan tapi yang aku bengang tu sebab tiada kekusyukan nak menonton bila nengok gelagat budak pompuan ni. Budak skolah aku ni tapi dia tak perasan kat aku. Baru tingkatan 4 klu tak silap.
Dahlaa duduk betul2 depan aku, dekat pulak tu. Cuaca malamnya memang x dinafilaa sejuk dengan angin yang bertiup ala2 nak hujan gitu. Nasib aku pakai jersey MU lengan panjang,hehe...
Korang bayangkanlaa baju dia pakai tu jenis kain licin, nipis pulak tu tapi taklaa jarang. Bila dah sejuk tu dia kluarkan tangan dia dari lengan baju pastu masukkan dalam baju.
So jadilaa dia macam orang cacat yang takde tangan. Dah tangan semua duk dalam baju, pakwe kat sebelah pulak duk main gurau2. Ish3... malaslaa aku nak cite lebih2.
Memang tak kusyuklaa aku nengok bola semalam. Dahlaa tak kusyuk team peberet aku kalah pulak tu,huhuhu.... Kuang asam betul.


