My photo
Mencoret sekadar apa yang dirasakan perlu...

Rakan2 siber...

Friday, 28 October 2011

Apalaa punya orang...

Cite ni pasal aku solat jumaat tadi. Seperti biasa sampai je kat masjid sebelum duduk macam orang lain jugak aku akan solat sunat tahiyatul masjid dulu. Selalunya aku masuk dalam tapi arini terasa nak ambik angin luar.

Luar pun bukannya jauh keluar sangat, betul2 kat tepi pintu masuk. Sebelum solat tu dalam hati aku klu solat jauh ke belakang kang susah pulak orang nak lalu lalang. Aku pun solatlaa betul2 rapat ckit ke dinding dengan harapan orang boleh lalu kat belakang.

Salah sangkaan aku. Dah rapat ke dinding tu pun ada lagi manusia yang lalu betul2 depan aku. Ya Allah..... Bukan dia je, lepas dia lalu tu ada pulak budak yang nak kata kecik tak keciklaa pun mengikut belakang dia. Astarafirullahalazim... Tak kan laa awak tak nampak aku.

Orangnya yang mana satu aku tak taulaa kan sebab kita solat pandang ke tempat sujud, bukan pandang tegak ke depan. Aku harap solat aku tadi tu diterima Allah swt laa sebab kita ni dahlaa tak berapa nak kuat imannya. Bila dah jadi gitu tak banyak, sikit pun pasti terdetik jugak dalam hati berkata kan walaupun 'ish3x'. Betul tak?...
Published with Blogger-droid v1.7.4

12 comments:

Aleen Aiden said...

hee,lepas nih carik port lain plak. :)

Unknown said...

rabun ko mamat tuh..spec keciciran...haha sabo je la bro..huhu

pena rozie said...

Mcm2 perangai zaman sekarang ni...

ewanthology said...

mcm takde tempat lain nak lalu pulak kan..ishhh mcm2

iKhRam said...

teringat masa ngajar dulu.. masa tu mengajar kat surau.
ada seorang anak murid ni baru jer darjah satu. panggil saya

"cikgu, kita kalau orang tengah sembahyang, tak boleh lalu depan dia kan??"

saya pun mengangguk. kagum.

'umar, mana kamu tau nie?"

"ayah saya selalu pesan kat masjid"

kadang-kadang, didikan tu sangat penting. kita nampak perkara tu remeh tp kesannya besar..

tak silap saya, kalau kita lalu depan orang yng tengah sembahyang, sealama 40 hari nikmat ditarik Allah.

besarkan erti didikan ayah anak murid saya tue.!

terpatrisinarabadi said...

kenapala ada jgk yang bersikap mcm tu..sedih

Ayen... said...

aleen aiden - mmg lain kali kena port kat dalamlaa jwbnya,hehe...

Ayen... said...

Papa Mifz - tak pastilaa plk dia tu pakai spec ke tak sbb tgh solat kan so xleh nak nengok,haha...

Ayen... said...

pena rozie - manusia akhir zaman ni memang macam2 perangai kak...

Ayen... said...

delarocha - tu yg kwn pelik tu...

Ayen... said...

iKhRam - baguslaa bg yg ayah2 didik anak gitu tp yg ramai kat masjid skrg ni bawak anak pastu ayah masuk duk dalam,tinggal anak buat bising kat belakang...setuju?hehe...

Ayen... said...

ikatankasihku - ntahlaa...nak cakap pun susah,huhu...