Allah itu Maha Mengetahui, Maha Pengasih Dan Maha Penyayang. Setiap apa yang kita buat, setiap apa yang berlaku atas kita sume Dia tau kan. Yelaa tak tau mcmane dah setiap kejadian di atas muka bumi ni telah di tentukan olehNya. Betul tak?hehe... Macam ustaz pulak rasanya.
Bulan ni merupakan antara bulan yang paling aku sesak nafas nak menunggu datangnya 25hb iaitu tarikh kluarnya gaji. Bajet betul2 tergelincir bulan ni, mana tak sesak nafasnya.
Tapi tulaa macam aku cakap tadi Allah itu Maha Mengetahui, Maha Pengasih dan Maha Penyayang so Dia tau yang hamba Dia yang sorang ni wallet tengah mengempis makanya Dia pun murahkanlaa ckit rezeki buat hambaNya tu,huhu...
Murahkan mcmane?.. Masa sarapan pagi semalam, biasanya aku ni sebelum makan akan bayar dulu sebab malas dah nak masuk kantin smule untuk bayar. Tengah syok makan, tokey kantin datang bagi balik duit yang dah bayar sebab katanya ada orang nak blanjer. Alhamdulillah syukur...
Pagi tadi pulak bilik guru atas ada buat potluck so dieorg jemputlaa aku n de geng untuk sama2 menghabiskan segala makanan yang dieorg bawak. Macam biasalaa orang cakap rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari kan.
Makanya free lagilaa sarapan aku arini. Syukur kehadrat Ilahi di atas rezeki yang diberi dan terima kasih banyak2 pada yang sudi blanjer aku pagi semalam dan jugak pagi tadi,Amin... Lain kali klu buat lagi jamuan ke apa jangan lupa jemput aku sebab aku ni bukanlaa makan banyak sangat pun,kuang3....hahaha.
6 comments:
alhamdulillah...murah rezeki ayen..
alhamdulillah rezeki tu..hehe kat sekolah mmg ada je potluck..sekolah KH biasa hr jumaat mesti dorang wat potluck
whitecappuccino - tulaa pasal cikgu,alhamdulillah...
Kalamhati - kat skolah ayen pun slalu gak buat tapi bergilir2,kadang2 bilik guru bawah kadang2 bilik guru atas...
alhamdulillah, kenyang perut apalagi sukahati la kan ;)
babycomel - itu dah semestinye babycomel,hahaha...
Post a Comment