My photo
Mencoret sekadar apa yang dirasakan perlu...

Rakan2 siber...

Friday, 30 September 2011

Suami perkosa isteri???...

Akibat enggan mendengar cakap suami, seorang isteri diheret masuk ke dalam bilik di rumahnya sebelum suaminya memaksa melakukan hubungan seks.

Mangsa yang berusia 29 tahun di perlakukan sedemikian disebabkan kedegilannya yang berkeras untuk pergi ke jamuan makan malam anjuran pejabatnya biarpun ditegah suaminya.

Suami mangsa tidak membenarkan mangsa pergi ke jamuan itu kerana mahu membawanya pulang ke rumah ibunya bagi menghadiri majlis kenduri pada malam sama.

Kejadian bermula apabila suami mangsa melihat isterinya bersiap untuk pergi ke jamuan makan malam anjuran pejabatnya. Walaupun suaminya menghalang namun mangsa tetap berdegil untuk pergi disebabkan sudah membuat bayaran untuk majlis tersebut.

Suami mangsa yang naik angin lalu mencapai kain dan bergelut dengan mangsa sebelum mengikat kedua dua tangan mangsa ke belakang. Mangsa diheret masuk ke dalam bilik dan dipaksa melakukan hubungan seks. Selepas kejadian mangsa keluar rumah dan pergi ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan kejadian itu.

* Agak2 apa pendapat korang bila baca berita2 gini. Aku ni tak reti nak komen sebab klu aku komen kang takut jadi berat sebelah pulak. Korang tolonglaa komen kan yek,hehe...
Published with Blogger-droid v1.7.4

4 comments:

BENA said...

lorrrrrrr. pasal majlis pon nk gado. ish ish ish

Ayen... said...

BENA - majlis tu satu hal,yg sebetulnya sebab x dengar kata.....hehe.

delarocha said...

isteri adalah hak suami... tapi klu bab paksa paksa ni rasanya mcm tak patut je

Ayen... said...

delarocha - setuju....tp mungkin sebab nak marah sangat kot tu yang jd gitu.