My photo
Mencoret sekadar apa yang dirasakan perlu...

Rakan2 siber...

Wednesday 16 March 2011

Jangan sekadar nengok tp pikir2kanlaa...

Tengah aku duk buat kerja tetiba datanglaa bos aku. Bukan datang nak marah tau tapi datang nak baca metro,hehe... 



Dalam pada baca tu dia pun berceritalaa pasal tsunami yang berlaku kat jepun baru2 ni. Katanya klu nak ikutkan jepun tu sepertimana semua orang tau merupakan sebuah negara yang hebat dengan teknologinya tapi masih lagi tak mampu untuk menandingi kehebatan Kuasa Allah swt.


Dia kata lagi sebenonya apa yang berlaku ni merupakan bala dari Allah atas kealpaan manusia tu sendiri. Bumi ni bergegar pun mungkin kerana tak tahan dek terlalu panas sebab banyak sangat maksiat yang dilakukan oleh manusia sekarang ni.


Klu kita baca dalam paper macam2 berita. Kes bunuh orang itu bunuh orang ini, bunuh diri sendiri, ayah rogol anak, abang rogol adik dan macam2 lagilaa maksiat yang dilakukan oleh manusia yang hanya pikir keseronokan saja.


Lepas dia pegi, terpikir aku yang ada betulnya jugak kata2 bos aku tu. Dunia dah nak akhir zaman, kita semua patut sedar dan berpikir dengan setiap kejadian demi kejadian yang berlaku.


Oleh itu walaupun aku ni tak berapa nak alim sangat tapi aku cuba jugaklaa untuk menasihatkan diri aku sendiri dan korang semua agar sama2laa kita bertaubat serta lakukanlaa apa yang disuruh, tinggalkanlaa apa yang dilarang semoga hidup kita ni diberkati dunia dan akhirat. Amin.....

2 comments:

miloaiskurangmanis said...

setuju banget nok!

Ayen... said...

miloais - time kasih sbb setuju....ihiks.