Perkataan terbaik aku rasa dan sesuai buat seorang member aku. Bukan aku nak kata aku ni baik sangat. Terus terang aku cakap yang aku ni pun jahat jugak tapi setakat ni aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana sejahat2 aku pun tak tergamaklaa lagi aku smpai nak buat apa yang ko buat tu.
Klu sebelum ni aku betul2 respek kat ko tapi skrg semuanya ilang gitu je lepas aku dengar kata2 yang ko ungkap kat aku baru2 ni. Pada aku kita kena ingat kita pun ada isteri ada anak2 ada adik ada kakak. Tak bolehlaa... Memang tak boleh pada aku walaupun aku ni lelaki tapi aku memang tak setuju.
Kita masing2 dah ada keluarga, buat apa nak ganggu orang punya. Nak aku nasihat kang ko lebih tua dari aku, lebih terpelajar dari aku. Cuma aku dapat nasihat kat sini jelaa walaupun aku tau ko tak baca pun blog aku ni, INSAFLAA segera sebab ko soroklaa mcmana skalipun lama manalaa sangat lambat laun ko akan terima akibatnya.
Ingatlaa bahawasanya ALLAH itu MAHA BERKUASA. DIA MAHA MENGETAHUI. Ko pun bukannya tak tau bab2 agama ni kan. Setiap apa yang kita lakukan samada baik atau buruk PASTI akan dibalas cuma lambat atau cepat je. Walaupun aku ni jahat jugak tapi tak salah rasanya sebagai seorang sahabat klu kita saling ingat mengingati sebelum terpegi lebih jauh.
No comments:
Post a Comment