Bila cakap pasal bos mesti orang akan cakap bos pompuan lebih cerewet berbanding bos lelaki kan. Mungkin kebanyakkannya gitu betul tak tapi mungkin tak semua. Macam aku sekarang ni baru je dapat bos lelaki lepas bos pompuan sebelum ni pencen.
Bos pompuan dulu tegas jugak tapi taklaa cerewet sangat. Bos baru aku sekarang ni mak aiiii. Petang semalam masa miting staf, dari apa yang dia cakap aku dapat rasakan yang dia ni memang jenis yang tegas dan cerewet sangat2.
Apa yang dah diamalkan oleh bos lama betul2 lain dengan cara yang dia nak. Pada aku sepatutnya awak baru masuk, 3-6 bulan pertama awak nengoklaa dulu perjalanan dan perancangan keje lama. Yang ok teruskan dan yang kurang di tambahbaikkan, ni tak terus semuanya nak ikut cara dia.
Yang aku kelakonya tu ada ke staf makmal dia nak buat pertukaran setiap 6 bulan. Terus je geng makmal sound, mana boleh buat macam tu. Klu nak buat gitu sekurang2nya 3 tahun skali sebab dalam setahun pun tak abih lagi kitaorg nak kenal barang2/alat radas.
Inikan pulak nak buat pertukaran setiap 6 bulan. Pulak tu macam sekarang ni dah bulan 8 pun eksperimen tak abih lagi pelajar2 nak buat. Apalaa... Aku ingatkan staf je merungut rupa2nya cikgu yang bermiting sebelum tu pun stress jugak,hehe...
6 comments:
dapat boss baru ye...
may be sheols tak berapa paham konsep kot!
hiks
selamat menyambut hari raya aidilfitri buat ayen dan keluarga!
bos baru, gaya baru
anak buah..standby je la. sabo2
Sabor jer la yer...
miloais - agaknyalaa kak,apa2 pun Selamat Ari Raya jugak buat akak milo sekuarge.....
miss nina - tulaa psl skrg ni masing2 standby je apa akan berlaku seterusnya....huhu
pena rozie - yelaa kak memang tgh bersaborlaa ni....ihiks.
Post a Comment