My photo
Mencoret sekadar apa yang dirasakan perlu...

Rakan2 siber...

Sunday, 31 July 2011

Bila tiba Ramadan...

Masjid cik Google...
Selalunya klu aku pegi solat fardhu 5 waktu kat surau taman aku ni paling banyak pun 3 saf je orang yang datang. Pegi lewat ckit pun boleh lagi duduk belakang imam. Tapi malam ni kan malam pertama kita mengerjakan solat terawih sebab esok dah mula puasa, kesannya cukup hebat aku perhatikan.

Walaupun aku pegi macam biasa jugak tapi aku nengok suasananya cukup luar biasa. Penuh dengan kenderaan di sekitar kawasan surau. Kaum muslimin penuh sampai ke tangga masa aku sampai tu. Aku sendiri pun usahkan nak duduk saf belakang imam, nak duduk dalam surau pun tak dapat,huhu...

Makanya solat terawih tadi aku duduk kat ruang luar surau jelaa. Takpelaa kan sekurang2nya sebagai pengajaran kepada supaya malam esok kena pegi awal ckit lagi memandangkan Ramadan ni merupakan bulan paling mulia dan barakah sebab tu semua orang berebut2 nak ke surau untuk bersolat terawih...

Buat yang terbaik...

Insyaallah esok 1 Ramadan seluruh umat islam di negara kita 1Malaysia akan mula mengerjakan ibadat puasa. Oleh itu aku nak mintak maaf banyak2 kat korang semua andai kata ada selama ni komen2 aku yang membuatkan hati dan perasan korang terkecil/terguris.


Aku jugak nak ucapkan selamat berpuasa buat korang semua dengan harapan semoga puasa tahun ni lebih baik dari puasa tahun2 sebelum ni. Juga sama2laa kita berdoa semoga ibadat puasa tahun ni akan mendapat lebih keberkatan dari Yang Maha Esa,Amin...

Friday, 29 July 2011

Banyaknyalaa duit dieorg tu...

Klu nak bercite pasal duit ni memang aku cukup2 sensitif sebab tiap2 bulan tak penah nak cukup. Bukan nak kata aku ni jenis tak bersyukur, aku bersyukur sangat2 dengan gaji yang aku terima setiap bulan cuma setelah bayar hutang itu dan ini tak sampai tengah bulan seterusnya dah mula semput,huhu...

Ok stop cite pasal aku. Sekarang ni aku nak cite pulak pasal orang2 yang banyak duit. Klu kita kat negara 1Malaysia ni menang sekali je RM1 juta dalam peraduan/pertandingan apa2laa pasti akan bergelar jutawan kan. Pastu cakap pulak, banyaknyaaaa mesti makan tak abih tu.
Tapi bila aku baca kat paper pasal gaji pemain2 bola kat liga perdana inggeris sana nun, gaji dieorg tu ratus2 ribu seminggu. Ada yang sampai dekat2 sejuta seminggu. Sekali lagi aku ulang, dekat2 SEJUTA SEMINGGU. Maknanya sebulan gaji dieorg tu hampir 4 juta, giler betul kan. Mcmanelaa idup dieorg dengan duit yang banyak gitu. Klu korang agak2 mcmane?....

Makan2 sebelum Ramadhan...

Memang kenyang giler2 aku ni. Mana taknya baru jap tadi geng2 makmal aku ada buat makan2 sempena nak menyambut Ramadhan minggu depan. Klu ikutkan kiteorg buat ni, masing2 bawak makanan masing2. Aku kena bawak buah2an sebenonya tapi oleh kerana malam semalam dah pukul 10 lebih baru teringat. Nak pegi beli kat mana lagi kan dah malam2 buta.

Makanya arini aku bawak diri jelaa,hehe... Memula tu segan jugak nak pegi makan tapi geng2 yang lain cakap takpe datang je, dah lupa nak beli nak buat mcmane. Pegi jugaklaa. 

Abih kat makmal, geng2 pejabat pulak ajak makan sebab dieorg pun buat jamuan jugak. Tak kan nak tolak kan, orang dah kata rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari. Makan pulaklaa aku skali lagi kat pejabat. Sudahnya sekarang ni dah tak larat nak jalan sebab terlalu kenyang so menyandar jelaa sampai balik nak jumaat jap lagi,kuikuikui....

Awalnya aku bukak...

Assalamualaikum... Salam jumaat aku ucapkan buat rakan2 blogger semua. Sebenonya takde apa pun, saja je. Yelaa kan selalunya aku bukak laptop ni lambat. Kekadang pukul 10 lebih kekadang tu dekat2 tengahari tapi arini sampai je kat tempat keje, sapu2 makmal ckit kemas barang2 ckit pastu terus bukak laptop.

Tujuan bukak awal laptop ni bukan kerana blog/Fb tapi sebab topup. On de way datang keje tadi aku singgah bank, tambah duit kat akaun topup aku pastu bila nak anto segala maklumat yang perlu tak boleh. Rupa2nya aku lupa yang akaun aku sendiri dah tamat tempoh so nak tak nak kenalaa anto guna laptop. Tu jelaa nak bagitau........kuang3x,hehe. Semoga korang semua gembira dan berbahagia di hari yang mulia ini,Amin...

Thursday, 28 July 2011

Klu tak kerana kopiah...

Aktiviti harian aku lepas balik keje petang ialah bawak anak2 meronda ngan motor. Selalunya lepas solat asar tu aku akan cabut kopiah tapi tak tau apa ke tebiatnya petang semalam pegi meronda pakai kopiah.

Klu orang nengok memang macam ustazlaa sangat padahal hampeh,hehe... Laluan memang takde yang lainlaa sebab kawasan taman perumahan kan, nak kemana lagi. Selalunya jugak masa aku meronda tak pakai kopiah takde pulak yang mengganggu gugat iman aku ni. Setakat pakcik2 berjoging dengan makcik2, budak main beskal, main bola kat padang permainan tu biasalaa kan.

Tapi bila aku meronda pakai kopiah je terus ada dugaan yang datang menguji keimanan yang dah sedia nipis ni,huhu... Kesahnya masa aku lalu kat depan sebuah rumah tu... 
Awek2 cik Google...
Adalaa beberapa orang makwe yang duk tengah bersembang sesambil menyapu sampah kat laman rumah tu. Aku rasa makwe2 tu belajar kolej pastu dieorg sewa rumah tu ramai2. Takpelaa tu kan tapi yang buat aku tak tahannya tu masing2 pakai seluar pendek. Klu pendek paras lutut ok lagilaa tapi ni pendek macam gambo kat atas tu haa, ala2 boxerlaa senang cakap.

Aku ni pulak oleh kerana pakai kopiah makanya sekali pandang jelaa tu pun sekejap je. Klu pandang lama2 kang mesti makwe2 tu cakap pulak, aiii gatal jugak pak aji ni dahlaa ada anak depan belakang.

Tapi dalam hati aku cakap jugaklaa, masa aku tak pakai kopiah tak nampak pulak makwe2 ni klu tak, boleh pandang lama2 ckit.......huahuahuhua (acah jelaa,gurau je tu). Pada akulaa rasanya ada baiknya jugak aku berkeadaan gitu sebab sekurang2nya timbul rasa malu kan, dan dosa pulak kuranglaa ckit dapatnya,ihiks...

Wednesday, 27 July 2011

Baru reti bahasa...


Lokasi ni kat skolah anak aku. Apa yang aku nak tunjuk ialah pasal papan tanda kaler merah tu 'TEMPAT BERHENTI OKU SAHAJA',hehe... Dulu takde tapi baru je lagi dipacakkan ni. Sebabnya dah banyak kali dalam mesorat pibg duk kata masa nak anto dan ambik anak jangan berhenti kat pintu pagar, boleh mengakibatkan jem teruk tapi degil jugak.

Aku nengok lepas papan tanda ni ada barulaa masing2 tak berhenti kat situ, malu gamoknya kot,kuikuikui... Klu tak masing2 tak reti bahasa. Agak2nya klu boleh masuk keta sampai dekat kelas anak mau dieorg masuk ngan keta2 skali,ihiks...

Tumbuh dalam sinki...

Minggu lepas budak2 ni buat eksperimen berkaitan kacang hijau. Biasalaa kan nama lagi budak2 sambil2 buat eksperimen sambil2 main. Aku tak taulaa dieorg sengaja ke atau tak sengaja pegi letak kacang hijau tu dalam sinki.

Aku datang keje esoknya tetiba aku nengok dalam sinki ada mende ni...
Tumbuh pokok kacang hijau. Aku rasa dua hari jugaklaa aku duk main cabut pokok ni. Mana tak dua harinya dah bila aku cabut yang ni esok kluar pulak yang lain makanya aku terpaksa kena banyak bersabor sebab takde arahlaa klu main ngan budak2, ginilaa kan.huhu...

Tuesday, 26 July 2011

Memang betul2 tido mati...

Sian pulak aku nengok makcik kliner kat skolah aku ni tadi. Dia datang kat aku nak beli topup, aku tanyalaa nape semacam je nampak. Katanya nak tepon anak dia sebab semalam dia anto anak dia ke stesen bas nak balik asrama skolah kat pekan.

Tup tup ada sorang kondakter bas yang dia naik tu tepon bagitau yang anak dia dah sampai kat muadzam shah. Maknanya dah terlajak jauhlaa sebab dia tertido dalam bas,hahaha... So kondakter tu bawaklaa balik tido kat umah dia.

Aku tanya makcik tu anak dia lelaki ke pompuan. Dia kata lelaki, tingkatan 2. Tapi yelaa kan baik lelaki ke pompuan ke klu dah nama anak, mak mana yang tak risau kan...

Monday, 25 July 2011

Hilang...

Datang keje pagi tadi seperti biasalaa rutin harian aku akan menyapu kat dalam makmal ngan bilik persediaan aku. Tapi yang aku terkejutnya....
Penyodok cik Google...
Ada penyodok je...
Penyapu ni pun cik Google punya...
Penyapunya tak tau kemane hilang. Cari dalam stor takde, dalam makmal takde pendek kata sampai sekarang pun aku tak jumpa2 penyapu aku tu. Walaupun penyapu tu hilang tak bermakna aku tak menyapu tadi yek sebab penyapu lain ada lagi tapi yang bulu plastik punyalaa. 

Klu yang bulu plastik pun memang boleh guna jugak tapi paham2 jelaa kan, keras. Aku tak suka guna penyapu bulu plastik sebab keras sangat, rasa macam masa menyapu tu tak feel...hehe. Aku harap klu ada yang terambik tu dia akan pulangkanlaa semula klu tak terpaksa order barulaa jawabnya.

Thursday, 21 July 2011

Bang,ada rokok tak?...

Petang tadi masa aku kluar dari sebuah bank tu, elok je nak naik motor tiba2 datang sorang mamat tu pegi kat brader belakang aku. Pastu aku dengar dia tanya brader tu, bang ada rokok tak?

Memula tu aku ingat member dia saja2 bergurau. Lepas brader tu cakap takde, mamat tu datang pulak tanya aku. Dengan aku sorilaa bro, gua tak isap rokok. Pastu aku nengok dia pegi pulak kat sorang brader yang duk menyandar kat toyota camry.

Brader tu masa tu tengah cakap tepon sambil isap rokok, maka terbuka luaslaa peluang dia nak dapat rokok dan betul agakan aku memang dia dapat apa yang dihajati. Klu tak keje oklaa jugak tapi masa tu dia pakai uniform 'pos malaysia' maknanya mungkin baru balik keje. Bengong betul mamat tu kerana ketagih rokok sanggup buat muka tak malu datang menagih simpati orang ramai. Giler....

Akan cuba yang terbaik...

Alhamdulillah rasanya bulan puasa dah tak lama dah. Tak sampai sebulan pun lagi. Aku mohon semoga Allah swt memanjangkan umur aku untuk aku terus bersama2 korang semua melaksanakan ibadat puasa dan melakukan ibadat2 lain.

Untuk tahun ni aku bertekad Insyaallah aku akan cuba untuk menjalani ibadat puasa dengan lebih baik dari tahun2 sebelum ni. Klu akhir2 ni aku akui semakin jarang untuk ke surau/masjid disebabkan itu dan ini tapi mulai sekarang aku akan cuba untuk kembali berjemaah bersama pakcik2 KOP (Kelab Orang2 Pencen),hehe...

Lagipun bila mengenangkan usia aku yang semakin meningkat ditambah pulak dengan kejadian2 serta malapetaka yang berlaku di dunia akhir2 ni pada aku seakan2 menggambarkan dunia yang kini huni selama ni semakin hampir ke penghujungnya.

Dengan dosa yang tak putus2 aku buat selama aku hidup ni membuatkan aku rasa takut sebab kita tak tau yang bila kita akan mati. Entah esok entah lusa kan. Klu kita tau takpe lagi maknanya bolehlaa buat persediaan awal. Aku berharap dengan niat yang ikhlas dari hati aku ni akan dipermudahkan oleh Allah swt...Amin...

Nak bagi sedar...

Aku setuju 100% dengan langkah ini...

"Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah boleh membawa pelajar melawat penjara, pusat pemulihan akhlak dan pusat tahanan demi membuka mata mereka berhubung kesan yang bakal dihadapi sekiranya memilih untuk bergelumang dengan jenayah.

Aktiviti sedemikian bukan saja dapat mengurangkan beban tekanan pelajar di sekolah malah berupaya meninggalkan kesan mendalam terhadap pembentukan sahsiah diri selain dapat membantu mengekang pembabitan pelajar dalam kegiatan jenayah, menurut Presiden Majlis Pemuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Datuk Profesor Madya Mohamad Ali Hasan".

Pada aku ni jelaa cara yang paling berkesan nak bagi dieorg ni insaf dan takut nak buat jahat. Bagi dieorg nengok mcmana hukuman sebat dijalankan apa semua kan. Klu berpeluang aku rasa aku pun nak nengok jugak mcmana keadaan kat dalam sana. Tapi nak masuk nengok sekejap jelaa bukan nak duduk lama kat dalam tu, takuuuttttt.....hehe.

Wednesday, 20 July 2011

Bestnya keje doktor...

Ni kisah tghari semalam kat sebuah klinik swasta. Masa aku bawak mak mentua pegi tu waktu dah dekat pukul 3pm. Aku masuk je, staf dia tanya encik nak jumpa doktor ke?.. Yelaa aku cakap. Tak kan datang nak jumpa awak pulak....(tp yang ni aku ckp dalam hatilaa,hahaha...)


Yang aku panas hati tu dia cakap klu nak jumpa doktor kena tunggu dululaa sebab doktor kluar makan. Bila aku tanya bila doktor masuk, masing cakap tak taulaa. Dahlaa aku nak cepat sebab nak kena masuk keje semula pastu terpaksa tolak wheel chair mak mentua aku punyalaa jauh sampai ujung bangunan sebab depan klinik dia takde laluan untuk wheel chair, last2 sia2.


Oleh sebab mak mentua tak larat nak tunggu lama terpaksalaa cari klinik lain pulak. Seronok betul keje doktor kat klinik swasta ni kan, gaji mahal pastu keje pulak kurang. Nak kluar makan ikut suka hati pukul berapa pun.

Tuesday, 19 July 2011

Padan muka kau...

"Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menolak permohonan Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz,26 yang mahu menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz, semalam. Mohd Ashraf mengemukakan permohonan pada 25 Mei lalu selepas melakukan pembedahan menukar jantina di Hatyai, Thailand pada 2009".

Dah macamana sekarang?.. 'Anu' dah tukar tapi nama pulak takleh nak tukar,huhu... Klu dia tanya aku, maka aku akan jawab PADAN MUKA KAU.

Aku jadi 'cikgu'...

Klu aku bertugas kat pejabat mungkin tak merasa pengalaman jadi cikgu tapi oleh kerana aku bertugas kat makmal maka bolehlaa berlagak jadi cikgu skali skale. Biarlaa belajar tak tinggi mana pun kan,hehe...

Aku ni kadang2 klu waktu budak2 masuk makmal pastu cikgu pulak kebetulan kena pegi mesorat ke, ada hal emejensi ke so terpaksalaa aku kena jaga budak2 ni. Macam tadi pulak ada sorang cikgu tu ada hal sebab nak kena anto mak dia ke klinik.

Sebelum pegi tu dia pesan kat aku mintak suruh budak2 jawab soalan dalam buku. Maka tadi aku jadi 'cikgu'laa sekejap,kuikuikui...

Monday, 18 July 2011

Blurrr!!!...

Apa yang korang paham bila nengok gambo kat atas tu. Tak paham?.. Aku pun tak paham,huahuahuahua... 

Acah je sebenonya aku tak tau nak cite pasal apa sebab kepala otak aku sekarang ni tengah buntu dan serabut giler. So aku saje jelaa letak gambo tu sebab aku rasa bila nengok gambo tu aku rasa macam tenang je. Ke korang tak rasa macam apa yang aku rasa?...

Sunday, 17 July 2011

Dah x boleh berpisah...

Adik dan Flaxonase ni memang dah tak boleh nak dipisahkan lagi. Sebabnya ialah kecik2 lagi dah kena resdung. Nak buat mcmana kan, dah ketentuan Ilahi. Samalaa jugak macam ibu dia tapi ibu dia tak gunalaa spray ni sebab spray ni untuk budak2 je...

Sebelum ni bangun pagi je bersin tak henti2. Klu bersin saja takpe jugak ni skali dengan hingus2 kluarnya. Sejak guna spray ni Alhamdulillah dah ok tapi takleh berentilaa, klu berenti akan ada semula nak2 bila cuaca sejuk.

Saturday, 16 July 2011

Baby...Baby...

Perut lapar ni tapi nak makan selera pulak takde. Nengok jam kat dinding dah dekat pukul 1.15 pagi. Bukan tak boleh nak tido, ikutkan menguap dah naik letih mulut ni skejap nganga skejap nganga.

Tapi yang jadi masalah sekarang ni...
Budak sorang ni yang tak nak tido2. Itu pasal aku tak bagi dia tido lepas maghrib sebab tau dah dia akan bangun semula pukul 10/11. Bila jadi gini yang jadi mangsa nak melayan dia sampai tengah malam sape lagi klu bukan aku. 


Nengoklaa tu haa rilek je lagi duk nengok tv. Klu nengok cite aku takpelaa jugak sebab boleh ilangkan ngantuk aku ni tapi cbuk nak nengok cite dia.
Baby Tv(channel 618)... Aduuhhhh!!!! Lagilaa buat aku makin menguap,huhu... Pastu dengan suara yang lantang, keadaan masa tu pulak kan sunyi dia pegi hentam nyanyi ngikut lagu twinkle2 little star dalam tv tu. Korang bayangkanlaa.....ihiks. Nasib baiklaa esok cuti.

Wednesday, 13 July 2011

Pospon dulu...

Ikutkan aritu memang aku nak tutup dah aku punya akaun Fb. Sebabnya???... Banyaklaa sebab musababnya dan salah satu darinya ialah 'bosan'. Sampai je masa aku nak tamatkan riwayat Fb aku tup tup tetiba aku nengok ada sorang pompuan add aku.


Bila aku buka akaun dia nengok gambo profile pic rupa2nya laki dia tu orang yang dah berbelas tahun aku cari. Isteri dia ni pulak sama2 belajar Taekwondo ngan aku masa kat IlpKL tahun 90an dulu.
Kenangan dulu2...
Dan sekarang makin ramai geng2 IlpKL dulu baik lelaki/pompuan yang aku jumpa semula. Yang tinggal dekat dengan aku pun ada tapi boleh tak tau,ihiks... Insyaallah nanti klu berkesempatan aku akan jumpa korang semua dan buat masa ni hasrat untuk tutup akaun Fb terpaksa di pospon dululaa,hehe...

Tuesday, 12 July 2011

Jangan cari penyakit...

Perkataan terbaik aku rasa dan sesuai buat seorang member aku. Bukan aku nak kata aku ni baik sangat. Terus terang aku cakap yang aku ni pun jahat jugak tapi setakat ni aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana sejahat2 aku pun tak tergamaklaa lagi aku smpai nak buat apa yang ko buat tu.

Klu sebelum ni aku betul2 respek kat ko tapi skrg semuanya ilang gitu je lepas aku dengar kata2 yang ko ungkap kat aku baru2 ni. Pada aku kita kena ingat kita pun ada isteri ada anak2 ada adik ada kakak. Tak bolehlaa... Memang tak boleh pada aku walaupun aku ni lelaki tapi aku memang tak setuju.

Kita masing2 dah ada keluarga, buat apa nak ganggu orang punya. Nak aku nasihat kang ko lebih tua dari aku, lebih terpelajar dari aku. Cuma aku dapat nasihat kat sini jelaa walaupun aku tau ko tak baca pun blog aku ni, INSAFLAA segera sebab ko soroklaa mcmana skalipun lama manalaa sangat lambat laun ko akan terima akibatnya. 

Ingatlaa bahawasanya ALLAH itu MAHA BERKUASA. DIA MAHA MENGETAHUI. Ko pun bukannya tak tau bab2 agama ni kan. Setiap apa yang kita lakukan samada baik atau buruk PASTI akan dibalas cuma lambat atau cepat je. Walaupun aku ni jahat jugak tapi tak salah rasanya sebagai seorang sahabat klu kita saling ingat mengingati sebelum terpegi lebih jauh.

Klu abah ilang sabor...

Aku ni klu boleh cuba sedaya upaya untuk kawal kemarahan bila pagi2. Aku dah pesan seminggu ni ibu takde so kakak, kita kena pegi awal sebab abah tak nak dah buat macam biasa kena pegi dulu skolah abah bukak lab pastu kluar pulak anto kakak pastu abah kena balik skolah semula.

Oleh itu esok (arinilaa) kita kluar awal, bolehlaa abah anto kakak dulu pastu abah terus pegi skolah. Ibu lambat takpe sebab ibu masuk keje pukul 8, abah tak boleh sebab abah masuk keje pukul 7.30... Bila cakap semua ok.

Pagi ni dah pukul 6.45 baru ketuk bilik aku cakap nak mandi kat bilik aku. Geram tu datang dah tapi ckit2 je baru. Dah aku siap apa semua aku nengok dia pakai baju kurung skolah. Aku kabolaa kan arini ari selasa kakak pakai sluar trek dengan baju t-shirt pink. Oh ye kakak lupa katanya. Sabor lagi aku.

Pendek cite bila turun bawah nengok jam lagi 5 minit pukul 7 pastu banyak pulak hal itu dan ini. Bibik cakap dia dah kejut awal tapi banyak termenung. Tido awal dah. Dahlaa lambat, berebut pulak buku 'ana muslim' yang beli ngan aku masa balik skolah semalam ngan adik dia. Dia nak bawak pegi skolah adik pulak nak baca.

Selama ni nak marah mcmana skalipun aku akan cuba kontrol sebab aku ni klu dah ilang sabor memang sakitlaa orang tu. Biasanya klu ngan ibu dia kena pot pet pot pet je pagi2. Aku senyap jelaa sebab malas nak masuk campur.

Bila tahap kesabaran dah tak boleh nak kontrol maka pagi ni menangislaa kakak. Sebenonya aku tak suka nengok anak2 nangis bila nak pegi skolah sebab takut ganggu dia nak belajar kan tapi takde arahlaa. Pastu menyesal, biasalaa tu kan mana ada orang menyesal sebelum buat. 

Sampai skolah masa salam apa semua aku mintak maaf semulaa ngan dia dan dia pun ok je. Alhamdulillah... Oleh itu pagi ni aku sampai skolah pukul 7.39 (late)....huhu.