My photo
Mencoret sekadar apa yang dirasakan perlu...

Rakan2 siber...

Thursday 28 July 2011

Klu tak kerana kopiah...

Aktiviti harian aku lepas balik keje petang ialah bawak anak2 meronda ngan motor. Selalunya lepas solat asar tu aku akan cabut kopiah tapi tak tau apa ke tebiatnya petang semalam pegi meronda pakai kopiah.

Klu orang nengok memang macam ustazlaa sangat padahal hampeh,hehe... Laluan memang takde yang lainlaa sebab kawasan taman perumahan kan, nak kemana lagi. Selalunya jugak masa aku meronda tak pakai kopiah takde pulak yang mengganggu gugat iman aku ni. Setakat pakcik2 berjoging dengan makcik2, budak main beskal, main bola kat padang permainan tu biasalaa kan.

Tapi bila aku meronda pakai kopiah je terus ada dugaan yang datang menguji keimanan yang dah sedia nipis ni,huhu... Kesahnya masa aku lalu kat depan sebuah rumah tu... 
Awek2 cik Google...
Adalaa beberapa orang makwe yang duk tengah bersembang sesambil menyapu sampah kat laman rumah tu. Aku rasa makwe2 tu belajar kolej pastu dieorg sewa rumah tu ramai2. Takpelaa tu kan tapi yang buat aku tak tahannya tu masing2 pakai seluar pendek. Klu pendek paras lutut ok lagilaa tapi ni pendek macam gambo kat atas tu haa, ala2 boxerlaa senang cakap.

Aku ni pulak oleh kerana pakai kopiah makanya sekali pandang jelaa tu pun sekejap je. Klu pandang lama2 kang mesti makwe2 tu cakap pulak, aiii gatal jugak pak aji ni dahlaa ada anak depan belakang.

Tapi dalam hati aku cakap jugaklaa, masa aku tak pakai kopiah tak nampak pulak makwe2 ni klu tak, boleh pandang lama2 ckit.......huahuahuhua (acah jelaa,gurau je tu). Pada akulaa rasanya ada baiknya jugak aku berkeadaan gitu sebab sekurang2nya timbul rasa malu kan, dan dosa pulak kuranglaa ckit dapatnya,ihiks...

2 comments:

miss nina said...

berani juga diorg seksi2 gitu
bahaya betul
btw ayen,
ingat Allah hati pun tenang

Ayen... said...

miss nina - betul tu ingat Allah hati akan tenang tp bila sesekali nengok yg gitu goyang jgk hati ni,kuikuikui....