My photo
Mencoret sekadar apa yang dirasakan perlu...

Rakan2 siber...

Showing posts with label Aku.... Show all posts
Showing posts with label Aku.... Show all posts

Thursday, 21 February 2013

Dugaan demi dugaan...

Bermula dengan seorang demi seorang anak2 aku masuk wad menyebabkan beberapa ari aku terpaksa tido sama kat wad smpailaa sekarang ni aku pulak yang demam.

Walau aku dah cuba bertahan dengan kuatkan semangat supaya tak demam tapi gagal jugak. Bermula dengan kepala berdenyut2, badan terasa seram sejuk pastu tambah plk dengan selsema.

Sebelum tido aku telan activfast 2 bijik. Bangun esoknya berdenyut semacam jgk kepala aku ni. Pagi ok lagi tapi naik ke tghari smpai petang terus jem badan aku.

Oklaa nanti dah sihat ckit aku akan cite pasal dugaan demi dugaan yang aku hadapi baru2 ni...

Wednesday, 2 January 2013

Selamat kembali...

Arini merupakan ari pertama sesi persekolahan 2013. Bagi negeri akulaa Pahang tapi negeri terengganu, kelantan, kedah sume dah start awal kan.

Bagi aku untuk tahun ni tugasan anto anak2 ari pertama aku serahkan kat ibu dieorg. Sebelum ni kitaorg pegi sama2 tapi oleh kerana tahun ni anak2 aku bukannya baru nak masuk tahun satu makanya ibunya jelaa pegi. Kakak dah masuk tahun 4, adik pulak tahun 2 so masing2 dah biasa dengan suasana persekolahan.

Pagi2 tadi ibu dieorg wasap kat aku bgtau yang masing2 takde masalah. Alhamdulillah kelas masing2 pun dekat dengan pintu pagar. Kelas pun bersebelahan je so menambahkan lagi kesenangan kitaorg nak ambik dieorg,hehe...

Macam aku ni yang bertugas kat skolah, kenalaa datang awal smule. Klu masa cuti boleh datang lambat sebab masuk keje pukul 8am tapi arini kembali masuk 730am. Jalan pulak punyalaa jem maklumlaa ibubapa cbuk nak nganto anak masing2.

Kepala pun kembali serabut sebab klu masa cuti suasana tenang je, takde pelajar kan tapi sekarang dieorg kembali bising....huhuhu. Apa2 pun serabut ke tak nak serabut ke keje tetap kena teruskan. Semoga tahun 2013 ni akan lebih baik dari tahun 2012 buat diri aku,Amin...

Monday, 31 December 2012

Rajin tak aku...

klu diikutkan ari terakhir tahun 2012 ni aku cuti. Dah isi pun borang cuti minggu lepas tapi oleh sebab ada lagi keje yang belum setel makanya aku ubah pikiran dengan datang jugak keje.

Terkejut member2 tengok betapa rajinnya aku,haha... Smpai je skolah pagi tadi barulaa aku kabo kat akak kerani yang aku nak kensel cuti. Tapi bukan kensel sesaje, gantilaa pulak ngan ari lain awal tahun depan,ihiks...

Apa2 pun dah alang2 ni aku nak ucap teruslaa kat kawan2 semua, SELAMAT TAHUN BARU 2013 semoga tahun baru nanti akan lebih bermakna, lebih baik dari tahun 2012... Amin.

Wednesday, 24 October 2012

Cuti besday sultan...

Arini aku cuti,korang ade?hehe... Janganlaa marah, amboiii cepat benor nak marahnye. Aku ni kan dah lama giler tak muncul kat blog ni so skali skale gurau ape salahnye kan,ihiks...



Wednesday, 23 May 2012

Hai...

Takde ape sebenonye yang aku nak merepek arini, cuma nak ucap 'hai' je kat korang sume. Maklumlaa dah lama tak berblog, takut gak korang dah lupa kat aku ni.

Nak buat mcmane kan nama lagi blogger amatur lainlaa korang blogger tegar tiap2 ari ada je cite,hehehe...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, 4 April 2012

Tunggu dan lihat jelaa nanti mcmane...

Kabo sudah, pesan pun sudah tapi nampaknya macam masih tak paham bahasa gak. Entahlaa kekadang aku rasa sedih sangat2 sebab aku dah kabo, pesan secara baik dah tu tapi takleh nak ikut jugak.

Takpelaa selagi aku boleh dan mampu bersabar aku akan terus bersabar. Apa2 pun aku tetap bersyukur ke hadrat ilahi sebab masih memberi aku kekuatan untuk aku menghadapinya.

Masih mampu bertenang walaupun dalam hati hanya Allah saje yang tau. Budak2 dengan cara budak2, orang tua pulak dengan cara orang tuanya....adoiyaiii.

Takpelaa aku redha sebab pada aku setiap dugaan dan ujian yang Allah turunkan kat kita tu ada sebab2nya. Lagipun kan orang selalu cakap sabar itu separuh daripada iman. Betul tak???... Haaa time kasih sebab setuju,hehehe...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, 8 March 2012

Tiada motif...

Guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari... Ye ke? Tapi yang pasti aku memang jarang sangat2 kencing berdiri. Aku suka kencing sambil duduk mencangkung,ihiks...

Eh apa motif aku buat n3 ni? Ntahlaa takde apa2 pun tapi mungkin sebab aku ni baru balik dari tandas kot. Jangan marah yek sahabat2 sume,hahahaha....


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, 8 February 2012

Aku xtau nak letak tajuk ape ni...

DOWN betul mood aku arini...

- Tunggu anak2 balik skolah dari pukul 1 lebih, pukul 3.15 baru balik.

- Oleh sebab lama sangat menunggu, sampai je kat keta kena pulak saman parking. Celaka betul.

- Pastu kakak cakap pulak yuran taekwondo belum bayar sebab duit rm50 yang bawak pagi tadi HILANG...

Kesimpulannya aku tak mampu nak berkata apa2...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, 5 August 2011

Fadilat Ramadan...

" Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadan, Allah membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

( Hadis riwayat Abu Sa'id Al Khudri )

Thursday, 21 July 2011

Nak bagi sedar...

Aku setuju 100% dengan langkah ini...

"Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah boleh membawa pelajar melawat penjara, pusat pemulihan akhlak dan pusat tahanan demi membuka mata mereka berhubung kesan yang bakal dihadapi sekiranya memilih untuk bergelumang dengan jenayah.

Aktiviti sedemikian bukan saja dapat mengurangkan beban tekanan pelajar di sekolah malah berupaya meninggalkan kesan mendalam terhadap pembentukan sahsiah diri selain dapat membantu mengekang pembabitan pelajar dalam kegiatan jenayah, menurut Presiden Majlis Pemuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Datuk Profesor Madya Mohamad Ali Hasan".

Pada aku ni jelaa cara yang paling berkesan nak bagi dieorg ni insaf dan takut nak buat jahat. Bagi dieorg nengok mcmana hukuman sebat dijalankan apa semua kan. Klu berpeluang aku rasa aku pun nak nengok jugak mcmana keadaan kat dalam sana. Tapi nak masuk nengok sekejap jelaa bukan nak duduk lama kat dalam tu, takuuuttttt.....hehe.

Tuesday, 19 July 2011

Aku jadi 'cikgu'...

Klu aku bertugas kat pejabat mungkin tak merasa pengalaman jadi cikgu tapi oleh kerana aku bertugas kat makmal maka bolehlaa berlagak jadi cikgu skali skale. Biarlaa belajar tak tinggi mana pun kan,hehe...

Aku ni kadang2 klu waktu budak2 masuk makmal pastu cikgu pulak kebetulan kena pegi mesorat ke, ada hal emejensi ke so terpaksalaa aku kena jaga budak2 ni. Macam tadi pulak ada sorang cikgu tu ada hal sebab nak kena anto mak dia ke klinik.

Sebelum pegi tu dia pesan kat aku mintak suruh budak2 jawab soalan dalam buku. Maka tadi aku jadi 'cikgu'laa sekejap,kuikuikui...

Monday, 18 July 2011

Blurrr!!!...

Apa yang korang paham bila nengok gambo kat atas tu. Tak paham?.. Aku pun tak paham,huahuahuahua... 

Acah je sebenonya aku tak tau nak cite pasal apa sebab kepala otak aku sekarang ni tengah buntu dan serabut giler. So aku saje jelaa letak gambo tu sebab aku rasa bila nengok gambo tu aku rasa macam tenang je. Ke korang tak rasa macam apa yang aku rasa?...

Thursday, 23 June 2011

Dia nak ngorat aku...

15Sekarang ni kan aku dah jarang2 on9 sebab macam aku cakap sebelum nilaa. Malam kelmarin masa aku duk tengah on9 lebih kurang pukul 12 tgh malam klu tak silap tetiba tepon aku terima mesej.
Dia - Hai wak. 
Aku - Aku pun tanyelaa siapa ni?
Dia - S nk bknaln dgr awk blh tk.(nak ngorat org tp ejaan pun x betul)huhu....
Aku - Hahaha...jgnlaa buat lawak mlm2 gini.
Dia - Btul la wak..Ke x sudi.

Aku pun terus tak balas2 mesej dia tu. Entah ye ke tak makwe kan seronok layan rupa2nya jantan,huhuhu... Lagipun pada aku klu pompuan takkan laa dah tgh2 malam tak tido lagi kan.

Ingat kan dah abih rupa2nya malam semalam ada lagi dia anto mesej. "Hai wak"... Aduuhhh!!! ni buat aku rimas ni tapi memang aku tak dan takkan layanlaa awak yek sebab buat masa ni aku masih lagi sayang kat isteri dan anak2 aku...

Tuesday, 21 June 2011

Lama dah rupanya...

Sedar tak sedar rupa2nya banyak hari dah aku tak update blog aku ni,huhuhu... Takde arahlaa berukbeng dah tak pakai pulak tu seminggu dua ni cbuk yang amat sangat dengan eksperimen kat lab so aku malaslaa nak bawak lappy pegi kerja.


Sebabnya klu aku bawak tapi tak berkesempatan nak bukak tak guna jugak, buat letih membawak je kan. Rindu tu memanglaa rindu kat blog korang tapi terpaksalaa aku pendam je perasaan aku ni. Nanti klu dah reda ckit kesibukan aku ni Insyaallah akan aku pegi melawat blog2 korang yek kawan2, jangan bimbang...ihiks.

Tuesday, 14 June 2011

Letih ulang alik...

Aku rasa arini laa ari paling letih buat aku. Letih buat kerja tu biasalaa kan dah nama lagi kerja tapi ni letih duk ulang alik. Mula ngan pagi tadi, ikutkan arini mak mentua aku ada temujanji kat klinik. 

Kebiasaannya aku akan bawak ngan isteri aku sebab klu sorang2 pun boleh cuma cerewet dan lambat ckitlaa sebab nak kena kluar/masuk kerusi roda lagi, nak angkat dia lagi, nak parking keta lagilaa susahnya sebab kawasan klinik tu sempit.

Pagi tadi seperti biasa aku anto kakak dulu ke skolah pastu baliklaa semula. Sampai je kat rumah bibik cakap 'cik puan'(isteri akulaa) dah pegi. Aik!!! Bukan ke nak pegi ngan aku ke? Rupa2nya miss komunikesyen, dia dah mintak tolong member dia temankan,huhuhu... Skali dah ulang alik pegi ke bandar pastu balik rumah.

Tengahari pulak lepas ambik kakak selalunya dia ikut pegi tempat kerja aku tapi arini dia cakap nak balik terus. Kat rumah katanya boleh tido, boleh main ngan adik. Nak tak nak aku pun antolaa balik. Kali kedua ulang alik balik rumah pastu datang semula ke bandar.

Dan kali ketiga memang terpaksalaa sebab lepas anto dia balik kenalaa pergi semula kerja dan abih kerja balik semula ke rumah. Maka arini saja aku terpaksa ulang alik sebanyak 6 kali dari rumah ke bandar dan dari bandar ke rumah. Letih...

Monday, 6 June 2011

Bosan dan boring...

Seperti yang korang sedia maklum kan sekarang ni masih lagi dalam cuti skolah. Korang yang kerja kat opis takpelaa sebab sama je skolah cuti ke tak kan.

Tapi pada aku bila skolah cuti memang seronok sangat2 sebab ilanglaa sekejap serabut kat kepala ni,hehe... Pastu kantin pulak tutup maka bolehlaa pegi makan kat luar, taklaa asyik mengadap makanan yang sama je hari2 kat kantin.
Disebalik seronok tu ada jugak yang tak seronok sebenonya. Yang tak seronoknya ialah bila member2 pun bercuti jugak. Ada yang tak sihat, ada yang kawen, isteri bersalin dan macam2laa. Makanya pergerakan aku pun terbataslaa. Biasanya klu makan kat kantin sorang2 oklaa lagi ni bila kantin tutup nak kluar makan sorang2 kat luar, aduuhhhh!!!! malasnyalaa aku...

Bukan tak boleh nak pegi makan sorang2 tapi aku rasa korang pun mesti tau kan mcmana rasanya bila duduk makan sorang2. Tapi klu korang cakap korang biasa je makan sorang2, tu aku takleh nak kata apalaa sebab mungkin korang dah biasa 'living alone' kot,ihiks...
Bila dah takde member2 ni kadang2 tu klu tak tahan sangat laparnya aku kluar jugaklaa sekejap bungkus tapi kadang2 tu aku sanggup tahan lapar. Balik umah petang baru makan,huhuhu...

Friday, 3 June 2011

Aku bersyukur masih panjang umo...

Pertama skali aku nak ucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi memanjangkan umo aku dan terus memberi peluang untuk aku terus idup bersama isteri dan anak2 tersayang serta membuat amal dibumiNya ini. Kisahnya ni dua malam lepas tapi arini baru boleh cite maklumlaa kan berukbeng dan takde ni, paham2 jelaa.
Lepas maghrib tu macam biasalaa aku anto dua orang ni pegi ngaji. Aku dah pesan kat diaorg yang aku akan ambik lepas solat isyak nanti, klu lambat ckit tunggulaa skejap. 

Pendek cite masuk je kat jalan utama masa tu lampu isyarat kaler ijau, aku terus ke lane tengah sebab nak masuk ke kanan. Lane kanan skali tu untuk yang nak buat u-turn. Masa dah dekat dengan simpang tu 2,3 kali aku nengok kat cermin sisi yang keta kat lane kanan skali ni cukup laju so aku pun slowlaa ckit sebab aku rasa lain macam je keta tu.

Rupa2nya memang ye keta yang duk kat lane kanan skali tu pegi terus. Punya laju dia bawak sampaikan batu2 kecik atas jalan abih terkena kat muka aku. Dengan berkain pelikat, helmet tak pakailaa sebab aku pakai kopiah. Korang dapat bayangkan tak andai aku dilanggar dari belakang masa tu.

Aku sendiri pun tak dapat nak bayangkan, melayang dengan kain2 pelikat. Klu pakai spender ok lagi, buatnya tak pakai lagilaa haru...huhuhu. Tapi aku pakai spender yek masa tu. Waktu tu otometik dalam hati aku terus cakap 'celake punya keta'. Padahal on de way nak ke masjid tu tapi dah geram punya pasal kan,ihiks....

Korang nak tau keta jenis apa tu......
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Keta yang aku impi2kan dulu tapi sekarang tidak lagi sebab tak mampu,huhuhu.... Aku rasa bukan orang kuantan sebab klu dia orang kuantan mesti dia tau kedudukan lorong jalan tu. Lagipun aku nengok plat keta tu plat johor. Apa2 pun aku harap pemandu keta tu akan lebih berhati2 lepas ni sebabnya pada aku cara pemanduan dia memang membahayakan orang lain....

Monday, 30 May 2011

Aku jadi takut...

Bukan aku ni yek...
Sebenonya aku sendiri dah tau bahawasanya diri aku sekarang ni dah betul2 kurus. Muka pun cengkung semacam je. Dahlaa tak berapa nak ensem pastu muka pulak cengkung, korang bayangkanlaa....huhu.

Klu selama ni bila aku nengok muka sendiri kat cermin dan tau kurus, aku buat biasa je tapi bila pagi tadi tetiba ada member tegur aku, kenapa nampak makin kurus sekarang ni???... Ada masalah ke? Jawapan dari aku macam biasa, 'taklaa...takde selera makan'.

Soklan tu seolah2 membagitahu kat aku bahawa aku sekarang memang dah betul2 kurus sebab sampaikan orang lain pun dah perasan dengan kekurusan yang aku alami. Bimbang betul aku sekarang ni, bukan tak nak makan tapi takde seleralaa...

Tuesday, 3 May 2011

Aku blurrr!!!...

Aku dipersimpangan sekarang ni. Aku tak tau nak buat apa. Aku tak tau apa yang aku tengah pikir. Aku bengong. Sedih ada geram pun ada, pendek kata macam2laa dalam diri aku sekarang.

Aku takut jika segala keputusan yang aku ambik nanti akan membuatkan aku menyesal seumur hidup aku. Dah lama aku cuba bertenang, bertenang dan bertenang. Aku berharap sangat2 semoga ada yang menggembirakan buat aku dihari mendatang, Amin....