My photo
Mencoret sekadar apa yang dirasakan perlu...

Rakan2 siber...

Wednesday 31 August 2011

Salam lebaran...

Selamat Hari Raya aku ucapkan buat korang sume. Walaupun dah masuk raya kedua arini tapi aku rasa belum terlambat lagi kan untuk aku memohon ampun dan maaf kat korang sume andai aku ada buat korang terasa/terguris hati semasa sesi komen mengomen, manalaa tau kan. Raya aku macam tahun2 sebelum ni jugak tak ke mana pusing2 kat kuantan ni jelaa,huhu...

Saturday 27 August 2011

Taknaklaa sbb Iman aku tak sekuat mana...


Aku rasa tahun nilaa aku paling jarang pegi bazar ramadan. Klu tahun sebelum2 ni lepas balik keje, arini pegi bazar ramadan sini esok pegi yang sana pulak pendek kata meratalaa. Tahun ni aku hanya pegi yang kat taman perumahan aku ni je tu pun jarang2.

Sebab apa?.. Sebabnya ialah aku tak larat nak nengok 'alur2 dan lurah2' yang boleh mengurangkan pahala pose aku. Yang menunjukkan alur2 dan lurah2 tu pulak bukan cina/india tapi yang jenis kita sendiri, ISLAM...

Member2 kat tempat keje selalu sangat bercite yang dieorg geram kat pompuan2 yang suka pakai seksi bila pegi bazar ramadan. Geram betul geram ke, geram campur seronok tak taulaa pulak aku kan,kahkahkah... Tapi yang pasti klu aku memang terus terang aku cakap aku akan kalah bila nengok mende2 gitu sebab tu baik aku tak pegi. Usah cakap akulaa yang iman tak berapa nak kuat ni, pak aji sendiri pun aku rasa takkan cukup skali pandang bila nengok mende alah tu betul tak,ihiks...

Janganlaa tunjuk sgt muncung tu dik...

Sekarang ni kan dah dekat nak raya so klu orang tetiba jadi ramai giler kat pasaraya tu biasalaa. Kot ye awak letih skalipun janganlaa tunjuk sangat muka tak berapa nak ceria awak tu. Panjang dia punya muncung mulut tu dekat sejengkal, aku rasa klu nak ikat memang boleh sangat2...

Dah lambat kot...

Aku rasa kebanyakan surau/masjid sekarang ni menggunakan khidmat imam2 tahfiz kan untuk mengimamkan solat terawih. Terus terang aku cakap yang aku cukup kagum dengan imam2 tahfiz ni. Umur muda lagi tapi dah boleh menghafal bacaan Al-Quran. Nak2 pulak yang boleh baca dengan berlagu, pergghhhh memang hebat.

Surau kat taman aku pun tak terkecuali memang tiap2 tahun akan menggunakan khidmat imam2 tahfiz. Kekadang bila dengar bacaan masa dieorg mengimamkan solat terawih tu terpikir dalam hati klu laa aku dapat baca macam dieorg kan seronok. Tapi rasanya dah terlambat kot.....huhu.

Thursday 25 August 2011

Bos baru...

 
Bila cakap pasal bos mesti orang akan cakap bos pompuan lebih cerewet berbanding bos lelaki kan. Mungkin kebanyakkannya gitu betul tak tapi mungkin tak semua. Macam aku sekarang ni baru je dapat bos lelaki lepas bos pompuan sebelum ni pencen.

Bos pompuan dulu tegas jugak tapi taklaa cerewet sangat. Bos baru aku sekarang ni mak aiiii. Petang semalam masa miting staf, dari apa yang dia cakap aku dapat rasakan yang dia ni memang jenis yang tegas dan cerewet sangat2.

Apa yang dah diamalkan oleh bos lama betul2 lain dengan cara yang dia nak. Pada aku sepatutnya awak baru masuk, 3-6 bulan pertama awak nengoklaa dulu perjalanan dan perancangan keje lama. Yang ok teruskan dan yang kurang di tambahbaikkan, ni tak terus semuanya nak ikut cara dia.

Yang aku kelakonya tu ada ke staf makmal dia nak buat pertukaran setiap 6 bulan. Terus je geng makmal sound, mana boleh buat macam tu. Klu nak buat gitu sekurang2nya 3 tahun skali sebab dalam setahun pun tak abih lagi kitaorg nak kenal barang2/alat radas. 

Inikan pulak nak buat pertukaran setiap 6 bulan. Pulak tu macam sekarang ni dah bulan 8 pun eksperimen tak abih lagi pelajar2 nak buat. Apalaa... Aku ingatkan staf je merungut rupa2nya cikgu yang bermiting sebelum tu pun stress jugak,hehe...

Tuesday 23 August 2011

Sabor jelaa Ayen,bulan pose ni...

Nak marah kang bulan pose lagipun sapelaa aku ni. Cikgu pun tak berapa nak marah sangat takkan aku pulak lebih2 kan. Yang aku pelik tu asal kelas ni je mesti ada barang/alat radas yang pecah. Kelas lain ada jugak tapi taklaa teruk macam kelas ni.

Korang bayangkanlaa dalam sehari...
5 thermometer pecah. Bila pecah klu boleh ambik terus buang dalam tong sampah takpelaa jugak. Tapi mende alah ni mana boleh main buang2 gitu je beb. 
Kan dalam dia tu ada merkuri. Korang nampak tak yang seketul kaler silver yang aku letak dalam beaker tu. Haaa... Andai tangan ada kesan luka pastu kita pegi pegang pulak silap2 akan jadi kanser tau tak. Memanglaa memakan masa tapi yang pasti bahaya...
Bila dah gitu jadinya maka aku kenalaa ambik sulphur powder ni dan tabur kat merkuri2 tadi. Biarkan sekejap bagi dia meresap dalam sulphur powder ni pastu baru boleh buang. Buang pulak bukan boleh buang ikut suka je, kena tanam dalam tanah. Tak ke banyak keje tu...
Tak cukup dengan thermometer, measuring cylinder ni pecah jugak.....huhu. Sebenonya klu dieorg guna dengan betul Insyaallah tak pecah tapi masalah budak2 ni bergurau lebih sangat. Nak tak nak aku pun ambiklaa nama budak2 yang buat pecah barang/alat radas tu.


Pucat muka masing2 sebab bila dieorg tanya nape ambik nama? Aku cakap aku akan bincang untuk kenakan denda dan klu takleh nak bayar maka terpaksalaa tido lokap. Budak tingkatan 1, mau tak pucat.....hahaha.

Monday 22 August 2011

Awal2 je penuh,last2 kosong...

Macam biasalaa kan klu seminggu pertama puasa tu, datang lambat ckit je terawih jawabnya duk sipi2 kat tepi tangga. Masuk minggu kedua makin kurang. Tiba je separuh bulan sampailaa 10 malam akhir ni lapang terus ruang dalam surau,huhu...

Kadang2 klu semangat nak buat tu kurang, pasti dirasakan yang ujian Allah ni memang berat sangat2. Klu sebelum2 ni ujan tak turun pun tapi bila 10 malam terakhir ni asal petang bawak ke malam asyik ujan je. Pada aku ujian Allah laa tu kan, Dia nak nengok kita ni mcmana.

Tapi pada aku oleh kerana sebelum ni aku dah cakap yang klu boleh aku akan cuba jadikan ramadan tahun ni lebih baik dari tahun lepas maka ujan2 pun aku paksa jugak pegi terawih.

Alhamdulillah perjalanan pegi dan balik ke surau tak ujan pun. Sampai umah barulaa ujan turun. Kat situ kan kita boleh pikir yang Allah akan lindung jika kita betul2 berniat baik untuk melakukan ibadat kepadaNya, betul tak.....

Sunday 21 August 2011

Give Away " Saya Giler Bola"...

Lama dah aku tak join GA gini. Cehhh!!! macamlaa sebelum2 ni join sangat,kuikuikui... Macam aku cakap sebelum2 nilaa, bukan tak nak join tapi tak reti. Kali ni tengah duk bosan sorang2 kat umah, pegi jalan2 kat umah miss lyzeer ni pastu tetiba rasa nak cuba jugaklaa buat.
" Cite pasal bola ni aku memang boleh dikatakan agak giler jugaklaa ngan bola. Nak kata pandai main tu takdelaa hebat sangat tapi klu nengok bola memang aku cukup suka. Tak kiralaa main pukul berapa pun aku akan bangun nengok lebih2 klu yang main tu team peberet aku, Glory Glory Manchester United.....hehe."

Saturday 20 August 2011

Baju raya anak2 dah siap...

Baju raya anak2 aku memang boleh dikatakan setiap tahun aku mintak tolong kakak aku yang buatkan. Bukan buat saje2 tau walaupun kakak sendiri bayar tetap kena bayar. So 2,3 ari lepas kakak aku ada mesej bagitau yang baju raya anak2 aku dah siap, bolehlaa datang ambik.

Isteri aku pulak sejak puasa ni cbuk sangat2 buat kuih raya yang orang tempah. Dah siap apa semua cbuk pulak nak pegi nganto sana sini. Macam pagi ni dia ke pekan ngan member dia nganto kuih so aku pun ajaklaa anak2 je pegi umah kakak aku ambik baju raya tu.

Gambo kat atas tu bukan baju rayanya yek. Tu contoh je,kuikuikui... Yang betul2 taklehlaa tunjuk lagi, kenalaa tunggu ari raya nanti. Klu tunjuk sekarang kang basi pulak,kuang3x.....ihiks.

Hujan yang turun...

Alhamdulillah bangun2 sahur pagi tadi hujan tak berenti sampailaa ke sekarang ni haa. Sejuk dan nyaman je rasa. Klu dah ujan gini, pulak tu arini cuti makanya kelopak mata pun aduhhh usah cakaplaa. Nak tertutup je kejenya,hehe.... 

Tuesday 16 August 2011

Bayar zakat...

Alhamdulillah petang tadi aku dah selamat membuat bayaran zakat fitrah untuk tahun ni. Pahang tahun ni macam jugak tahun lepas iaitu rm7. Klu ikutkan aku kena bayar untuk 7 orang termasuk mak mentua ngan bibik tapi oleh kerana bibik cakap yang dia tak payah sebab mak dia dah bayar kat indon sana. So jimatlaa sorang,hehehe....

Sunday 14 August 2011

Tido kat wad...

Pagi tadi bibik cakap masa mak mentua aku buang air beso, ada darah kat pempes dia. Nak tak nak aku ngan isteri pun bawaklaa ke bahagian kecemasan hospital. Cek itu cek ini pastu lepas x-ray apa semua kena tido kat wad,huhu...

Biasalaa bila baru masuk wad para doktor pun datanglaa berkerumun dekat2 10 orang jugak aku rasa kat katil dia tadi. Pastu datang doktor cina tu cakap, nak sedut buasir dan terus ikat. Kiteorg pun ye kan jelaa menandakan setuju. Dieorg buat kat katil tu je. Tutup kain langsir katil tu pastu tak sampai 15 minit siap, hebat betul kan. Tapi walaupun siap kenalaa jugak tido kat situ. Tak taulaa pulak berapa harinya tu.

Friday 12 August 2011

Tunggu ok dulu...

Ikutkan nak cite memang banyak benda yang aku nak cite kat blog aku ni tapi oleh kerana kepala otak aku sekarang ni sedang mengalami keserabutan tahap maksimum so terpaksalaa aku pendamkan dulu sehingga selesai segala2nya...huhu.

Monday 8 August 2011

Garang sangat ke aku ni???...

Garang ke muka gini......ihiks.
Klu aku ni garang makanya ramai lagilaa orang lain yang garang. Nape tiba2 aku cite pasal garang?... Kesahnya pagi tadi masa aku duk menyapu makmal tiba2 dapat mesej. Bila nengok mesej tu datangnya dari bos aku tapi yang tukang hantar mesej tu ialah geng makmal aku.


Dalam hati aku terus berkata," aiii tepon orang lain, orang lain yang anto mesej".....huhu. Macam2 betullaa, nape tak anto sendiri?.. Takut ke segan ke... Garang sangat ke aku ni sampaikan bos pun takut nak bgtau sendiri kat aku nak buat itu dan ini...

Sunday 7 August 2011

Jadi pengawas peperiksaan...

Semalam kan sabtu, sepatutnya cuti tapi aku kena jugak ke skolah sebab kena bertugas sebagai pengawas Peperiksaan Perkhidmatan Pembantu Makmal. Calon tak ramai mana dalam 20 orang je termasuk lelaki dan pompuan. Dieorg semua tu dah keje sebagai pembantu makmal cuma tak komfem je lagi. Yang aku pelik ada antaranya nak guna mikroskop pun tak reti,huhu... Nak kira mcmane tu?...

Aku ingatkan calon2 tu terdiri dari sekolah sekitar kuantan je tapi bila nengok senarai kedatangan tu rupa2nya merata. Ada yang datang dari pekan, raub, muadzam shah, jerantut dan meratalaa. Jauh tuuuuu... Tapi rata2 yang ramainya dari sekolah agamalaa.

Gambo takde sebab bukan aku tak nak snap tapi keadaan tak mengizinkan. Ikutkan memang nak snap tambah pulak ada sorang makwe tu lawo siottt tapi takde arahlaa,kuang3x..... Dan dalam ramai2 ada sorang mamat tu betul menarik minat aku.


Aku nengok mamat sorang tu banyak termenung sedangkan orang lain cbuk buat keje. Bila dia nengok orang lain pasang alatradas dia pun pasang pastu duk gitu jelaa. Goyang kaki pastu nengok member lain, klu member pandang dia angkat kening sambil2 senyum.


Yang aku kelako tu, ketua pengawas semalam cikgu skolah aku jugak. Anak dara lagi, comel pulak tu. Mamat tu suka sangat pandang kat dia. Bila dia tak paham dia akan tanya cikgu tu, baguslaa tak paham kenalaa bertanya kan tapi yang kelakonya bila cikgu tu ajar cara guna mikroskop apa semua dia bukan nengok kat alat tu tapi nengok kat muka cikgu tu. Aku perati je. Dalam hati aku gelak sorang2 dengan gelagat mamat tu tapi aku harap dia luluslaa dalam peperiksaan semalam...

Friday 5 August 2011

Lain pulak rasa...

Bazar Ramadan cik google...
Aku rasalaa selama aku mula reti berpuasa dalam idup aku, semalamlaa baru pertama kali aku berbuka tak makan kuih yang dibeli kat bazar ramadan. Selama ni klu aku tak beli pun orang lain akan beli maknanya akan makanlaa jugak kuih masa berbuka puasa.

Yang jadi semalam aku rasa malas nak pegi beli sebabnya dari hari pertama puasa aku pegi beli dan yang kena perabih kuih tu akulaa jugak. Masa nak beli tu bajet dah yang ni untuk orang ni yang tu untuk orang tu. Lepas berbuka je masing2 tak makan. Beli tu pun bukannya banyak, 2 3 jenis je tapi klu biarkan rugi pulak, basi. 

Nak tak nak balik terawih sampailaa kekadang dekat2 pukul 1am aku 'paksa' abihkan sorang2. Petang ni rasanya nak kena pegi belilaa jugak sebab kita dah biasa makan kuih lepas berbuka pastu bila tiba2 tak makan jadi lain pulak rasa,hehe...

Bulan pose pun nipu jugak?...

Benda klu dah jadi tabiat dia tak kira bila. Bulan ramadan ke bulan tak ramadan ke dia tak kisah nak menipu. Sebabnya pada dia dah jadi lumrah macam takde apa2. Aku malaslaa nak bebel panjang2 kang tak pasal2 pulak pahala aku yang kurang.

Tapi janganlaa buat aku ni macam budak2. Budak2 sekarang pun susah dah kita nak bodoh2kan, betul tak? Aku ni sebenonya bukan nak marah kat sape2 cuma aku pelik je dalam bulan yang mulia gini pun masih ada lagi orang nak menipu bila bercakap. Sedih pulak aku rasa...

Fadilat Ramadan...

" Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadan, Allah membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

( Hadis riwayat Abu Sa'id Al Khudri )

Thursday 4 August 2011

Balik awal...

Abaikan gambo ni yek sbb macam takde kaitan je,hehe...
Keseronokan bulan ramadan ni sebenonya banyak sangat2. Selain pahala yang berlipat kali ganda yang kita dapat andai membuat amal ibadat, dengan puasa jugak banyak mengajar kita erti sabor dan banyak lagilaa erti2 yang lain.


Pada aku pulak klu bulan puasa ni waktu keje pun dipendekkan. Klu kebiasaannya masuk keje pukul 7.30am, balik pukul 4.30pm tapi dibulan yang mulia ni oleh kerana tak rehat tengahari makanya masuk keje pukul 7.30am dan boleh balik pukul 3.30pm.


Seronok tak?.. Aku memang seronoklaa sebab aku boleh tido sekejap sementara tunggu solat asar dan dengan tido sekejap tu jugak maka solat terawih malamnya taklaa tersengguk2 macam orang mabuk,hehe...


Tapi aku tau korang tak berapa seronok sebab korang semua tak boleh balik awal macam aku kan, korang kena balik keje macam biasa jugak kan.....kuang3x. Sabor jelaa yek, tak dapet den nak nolong haa...ihiks.