My photo
Mencoret sekadar apa yang dirasakan perlu...

Rakan2 siber...

Friday, 13 April 2012

Belum apa2 dah kena...

Seorang wanita berusia 28 tahun terpaksa menempuh detik hitam apabila dia bukan saja dilibas dengan tali pinggang oleh kekasihnya malah belakangnya turut ditekap dengan seterika panas.

Lebih kejam, mangsa yang menggelupur kesakitan di ruang tamu rumah kemudian disimbah air panas oleh lelaki berusia lewat 20-an itu.

Kekejaman teman lelaki mangsa dikatakan berlaku ketika mangsa bertengkar dengan teman lelaki itu bagi menebus semula barang kemas miliknya yang digadai.

Mangsa mendesak teman lelakinya supaya menebus semula barang kemas miliknya itu menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka. Lelaki itu yang hilang pertimbangan bertindak memukul mangsa.

Bagai dirasuk lelaki terbabit kemudian melibas mangsa dengan menggunakan tali pinggang. Mungkin tidak puas hati, lelaki itu kemudian menekap pula seterika panas ke atas belakang mangsa.

Akibatnya mangsa menggelupur kesakitan di ruang tamu rumah. Sebaik menggelupur lelaki terbabit bertindak lebih kejam dengan menyimbah pula air panas ke atas badan mangsa. Melihat teman wanitanya menggelupur kesakitan, lelaki itu terus meninggalkan rumah.

:--> Apa pendapat korang dengan kejadian ni?..Tu baru berkasih kan dah kena gitu, klu dah kawen nanti?huhuhuhu...


Published with Blogger-droid v2.0.4

9 comments:

Telor Power said...

gila lah ada kekasih mcm tu. mcm harammm jer perangai

ikatankasihku said...

tinggalkan aje lelaki macam tu..buat sakit badan je..

whitecappuccino said...

kalau dah kawin dah kena bunuh kot! nauzubillah.!

Papa Mifz said...

napo la kejam bonar tuh...

a.samad jaafar said...

nanti dipujuk2..sejuk la perempuan tu.. mereka ini kadang2 agak aneh..

delarocha said...

elok ditinggalkan ajeee

pena rozie said...

ish... baik tinggal jer awal2. Nanti kite yg jadi giler...

Lina said...

org giler tu

Mr.Clive said...

aku xtau la ape problem dengan otak manusia mcm tu...