My photo
Mencoret sekadar apa yang dirasakan perlu...

Rakan2 siber...

Monday, 2 April 2012

Pakcik duda dapat anak dara...

Akhirnya pada usia 61 tahun, Aminah Alias menamatkan zaman anak daranya semalam selepas selamat diijabkabulkan dengan duda beranak 6 serta mempunyai 40 cucu dan 13 cicit.

Pesara Pembantu Jabatan Kemajuan Masyarakat(Kemas) sejak empat tahun lalu itu kini bukan saje bergelar isteri malah ibu, nenek dan moyang segera, sesuatu yang tak pernah dijangka olehnya namun bersyukur kerana hatinya terbuka untuk menerima Shahrin Dais, 83 tahun sebagai suami.

Aminah berkata masih sukar untuknya menerima kenyataan sebagai isteri pada usia sekarang namun percaya jodohnya sudah ditetapkan bersama Shahrin.

Dia mengaku mempunyai ramai kawan lelaki ketika muda namun sikap anti lelaki yang menebal menyebabkan hatinya tidak terbuka untuk berkahwin.

Namun selepas bertemu Shahrin, saya terus bersetuju untuk menjadi isterinya. Mungkin inilaa jodoh, katanya. Sementara Shahrin berkata dia juga tidak menyangka pertemuan kali pertama dengan Aminah di sebuah warung kopi membawa kepada perkahwinan.

Menurutnya ketika pertemuan kali pertama itu dia terus jatuh hati kepada Aminah sebelum sepakat membuat keputusan mendirikan rumahtangga.


:--> Tahniah dari Ayen buat pakcik Shahrin. Pakcik memang hebat,kui3...


Published with Blogger-droid v2.0.4

7 comments:

Pen Biru said...

heheheh..jodoh..

ikatankasihku said...

akhirnya anak dara yang anti lelaki itu, tewas di tangan seorang duda..inilah di namakan panahan asmara.kuikuikui...

pena rozie said...

salam... dah lame tak berkunjung. Ape khabar ayen yer...

miloais milo said...

jodoh di tangan tuhan....
dalam tak nak tu - kawen jugak akhirnya

eita said...

jodoh kan..
macam tak cayer..

a.samad jaafar said...

Anak dara jugak namanya tuh..! Tahniah le pakcik weih...

wan nurul hezrina said...

tulah aturan Allah kita mmg tak tahu