My photo
Mencoret sekadar apa yang dirasakan perlu...

Rakan2 siber...

Monday, 12 March 2012

Kita kena ambik perhatian...

Suka aku baca salah satu tajuk dalam paper metro arini. Fenomena "Ternak anak"... Ramai ibu bapa hanya tahu sedia makan dan minum tetapi gagal beri ilmu keagamaan.

Kita (ibu bapa) sekarang ini hanya tahu 'ternak anak' tetapi yang lain kurang. Mampu memberikan duit belanja tetapi dalam soal asuhan ramai yang lepas tangan. Kata Pegawai Psikologi Kanan UiTM, Sulaiman Selamat.

Beliau berkata, walaupun  tanggungjawab ibu bapa menyediakan keperluan fizikal seperti makan dan minum tetapi peranan lebih besar perlu dipikul golongan berkenaan termasuk melengkapkan anak2 dengan ilmu agama.

Tujuannya sudah pasti untuk membimbing kehidupan mereka supaya tidak lari dari tanggungjawab dan terjebak dengan aktiviti kurang sihat.

Suka atau tidak ibu bapa perlu main peranan dan bukan hanya 'menternak anak', katanya.

Oleh itu aku sebagai bapa, korang jugak wahai bapa2 dan ibu2 serta bakal2 bapa dan bakal2 ibu kenalaa sama2 ambik berat perkara ni supaya zuriat keturunan kita kelak tidak terjerumus dengan perkara yang kurang sihat, Amin.....


Published with Blogger-droid v2.0.4

12 comments:

Telor Power said...

ternak anak hahaha sgt menarik ayat yg dia ganakan

Op Anaz said...

Supaya berbakti kepada agama, bangsa, dan negara....

ikatankasihku said...

tu dia, prof, madya ayen berbicara..
izinkan sy menambah sedikit ya..
"semua ibubapa mahukan yg terbaik buat anak2nya..oleh itu marilah kita sama2 minum milo supaya sihat dan kuat..hihihi~~~

delarocha said...

besar tanggungjawab jadi ibu bapa ni kan, bukan ilmu dunia je, ilmu akhirat pun kena diterapkan pada anak anak.

Mr.Clive said...

betul tu bro...jgn asyik dismiss dorang bila dorang nak bercakap.sebab setelah beberapa kali dismiss dorang,nanti dorang da malas da nak berkongsi... :)

Papa Mifz said...

semoga kito semuo dapat berikan pendidikan agama yg secukup nyer utk anak2 kito kan...amin...

Ayen... said...

Telor Power - hehehe...mgkin itu antara yg terbaik kot.

Ayen... said...

Op Anaz - betul betul betul....ihiks.

Ayen... said...

ikatankasihku - hahahahaha....tp xleh slalu ngat minum milo kang sakit perut pulak.

Ayen... said...

delarocha - cukup berat bg yg memikirkannya tp pade yg x pikir die akan rase biase je,seronok kan....

Ayen... said...

Mr.Clive - kwn setuju ngan awk bang....

Ayen... said...

Papa Mifz - itulaa yg kita harapkan bang sbb zaman skrg terlalu mencabar...