My photo
Mencoret sekadar apa yang dirasakan perlu...

Rakan2 siber...

Thursday, 21 July 2011

Akan cuba yang terbaik...

Alhamdulillah rasanya bulan puasa dah tak lama dah. Tak sampai sebulan pun lagi. Aku mohon semoga Allah swt memanjangkan umur aku untuk aku terus bersama2 korang semua melaksanakan ibadat puasa dan melakukan ibadat2 lain.

Untuk tahun ni aku bertekad Insyaallah aku akan cuba untuk menjalani ibadat puasa dengan lebih baik dari tahun2 sebelum ni. Klu akhir2 ni aku akui semakin jarang untuk ke surau/masjid disebabkan itu dan ini tapi mulai sekarang aku akan cuba untuk kembali berjemaah bersama pakcik2 KOP (Kelab Orang2 Pencen),hehe...

Lagipun bila mengenangkan usia aku yang semakin meningkat ditambah pulak dengan kejadian2 serta malapetaka yang berlaku di dunia akhir2 ni pada aku seakan2 menggambarkan dunia yang kini huni selama ni semakin hampir ke penghujungnya.

Dengan dosa yang tak putus2 aku buat selama aku hidup ni membuatkan aku rasa takut sebab kita tak tau yang bila kita akan mati. Entah esok entah lusa kan. Klu kita tau takpe lagi maknanya bolehlaa buat persediaan awal. Aku berharap dengan niat yang ikhlas dari hati aku ni akan dipermudahkan oleh Allah swt...Amin...

2 comments:

miloais said...

insyaallah beb...

tak berapa hari jer lagi ni..
10 hari?

Ayen... said...

miloais - lebih kurang tulaa kak,sama2laa kita buat yg terbaik yek.....