My photo
Mencoret sekadar apa yang dirasakan perlu...

Rakan2 siber...

Sunday, 31 July 2011

Bila tiba Ramadan...

Masjid cik Google...
Selalunya klu aku pegi solat fardhu 5 waktu kat surau taman aku ni paling banyak pun 3 saf je orang yang datang. Pegi lewat ckit pun boleh lagi duduk belakang imam. Tapi malam ni kan malam pertama kita mengerjakan solat terawih sebab esok dah mula puasa, kesannya cukup hebat aku perhatikan.

Walaupun aku pegi macam biasa jugak tapi aku nengok suasananya cukup luar biasa. Penuh dengan kenderaan di sekitar kawasan surau. Kaum muslimin penuh sampai ke tangga masa aku sampai tu. Aku sendiri pun usahkan nak duduk saf belakang imam, nak duduk dalam surau pun tak dapat,huhu...

Makanya solat terawih tadi aku duduk kat ruang luar surau jelaa. Takpelaa kan sekurang2nya sebagai pengajaran kepada supaya malam esok kena pegi awal ckit lagi memandangkan Ramadan ni merupakan bulan paling mulia dan barakah sebab tu semua orang berebut2 nak ke surau untuk bersolat terawih...

2 comments:

miloais said...

salam ramadhan dan selamat berpuasa buat uols sekeluarga ye! :D

Ayen... said...

miloais - Ayen jugak nak ucapkan selamat berpuasa buat akak miloais sekeluarga.....