My photo
Mencoret sekadar apa yang dirasakan perlu...

Rakan2 siber...

Tuesday, 12 July 2011

Klu abah ilang sabor...

Aku ni klu boleh cuba sedaya upaya untuk kawal kemarahan bila pagi2. Aku dah pesan seminggu ni ibu takde so kakak, kita kena pegi awal sebab abah tak nak dah buat macam biasa kena pegi dulu skolah abah bukak lab pastu kluar pulak anto kakak pastu abah kena balik skolah semula.

Oleh itu esok (arinilaa) kita kluar awal, bolehlaa abah anto kakak dulu pastu abah terus pegi skolah. Ibu lambat takpe sebab ibu masuk keje pukul 8, abah tak boleh sebab abah masuk keje pukul 7.30... Bila cakap semua ok.

Pagi ni dah pukul 6.45 baru ketuk bilik aku cakap nak mandi kat bilik aku. Geram tu datang dah tapi ckit2 je baru. Dah aku siap apa semua aku nengok dia pakai baju kurung skolah. Aku kabolaa kan arini ari selasa kakak pakai sluar trek dengan baju t-shirt pink. Oh ye kakak lupa katanya. Sabor lagi aku.

Pendek cite bila turun bawah nengok jam lagi 5 minit pukul 7 pastu banyak pulak hal itu dan ini. Bibik cakap dia dah kejut awal tapi banyak termenung. Tido awal dah. Dahlaa lambat, berebut pulak buku 'ana muslim' yang beli ngan aku masa balik skolah semalam ngan adik dia. Dia nak bawak pegi skolah adik pulak nak baca.

Selama ni nak marah mcmana skalipun aku akan cuba kontrol sebab aku ni klu dah ilang sabor memang sakitlaa orang tu. Biasanya klu ngan ibu dia kena pot pet pot pet je pagi2. Aku senyap jelaa sebab malas nak masuk campur.

Bila tahap kesabaran dah tak boleh nak kontrol maka pagi ni menangislaa kakak. Sebenonya aku tak suka nengok anak2 nangis bila nak pegi skolah sebab takut ganggu dia nak belajar kan tapi takde arahlaa. Pastu menyesal, biasalaa tu kan mana ada orang menyesal sebelum buat. 

Sampai skolah masa salam apa semua aku mintak maaf semulaa ngan dia dan dia pun ok je. Alhamdulillah... Oleh itu pagi ni aku sampai skolah pukul 7.39 (late)....huhu.

4 comments:

makdara TERdiva said...

mula2 memang bertenang nak melayan perangai anak2.. tapi kalau dah taknak dengar cakap..kena jugak buat sesuatu...

Ayen... said...

MDT - tulaa dah klu terpaksa sangat kan....

op anaz said...

sabo je lah.....hehe

Ayen... said...

op anaz - mmg kena byk sabo klu ngan anak2....huhu.