My photo
Mencoret sekadar apa yang dirasakan perlu...

Rakan2 siber...

Tuesday, 8 November 2011

Harap berterusan...

Isteri aku pegi ke skolah kakak td sebab arini ada sesi permuafakatan. Klu kat skolah aku ni dipanggil sesi runding cara laa. Mak bapak datang jumpa cikgu nengok keputusan periksa sambil2 tanya prestasi anak2.

Keputusannya alhamdulillah sebab masih boleh maintain. Dapat nombor 4 dalam kelas dan untuk keseluruhan darjah 2 dia nombor 29. Aku perhatikan dari dia darjah 1 dulu sampailaa sekarang dia masih tak mampu nak gapai nombor 1 dalam kelas. Nombor 2,3,4... 2,3,4...

Bukan bermakna aku tak bersyukur dengan apa yang dia kecapi sekarang cuma aku saje je nak dia bersaing dengan member baik dia yang maintain dapat nombor 1. Lagipun aku ngan isteri takdelaa sampai paksa dia untuk kejar nombor 1 tu cuma sekadar bagi semangat untuk dia terus berusaha.

Aku harap untuk tahun depan dia maintain dengan prestasi sekarang ataupun berusaha untuk mempertingkatkan lagi prestasi agar menjadi yang lebih baik demi masa depan dia jugak kan.
Published with Blogger-droid v1.7.4

6 comments:

miloais said...

masih awal lagi ni beb...
insyaallah - kalo dia terus berusaha... boleh tu!

gambate ne!

ikatankasihku said...

sama dngn anak sy, yaya..yg penting bg dia semangat ...

Ayen... said...

miloais - tulaa kak milo sebab awal lagi tu yg saya malas nak paksa2 sangat....

Ayen... said...

ikatankasihku - ye ke?Alhamdulillah...sama2laa kita bagi semangat kat anak2 semoga dieorg mencapai kecemerlangan dimasa depan,Amin....

BENA said...

wah bijak la kakak nih . kite dulu no selalu 2 3 4 dari belakang. sedey kan ? huk huk huk

Ayen... said...

BENA - tp yelaa 2 3 4 dr belakang tu dulu,skrg ni dah cerdik sgt2 dah kan........hehe