My photo
Mencoret sekadar apa yang dirasakan perlu...

Rakan2 siber...

Thursday, 17 March 2011

Dah jumpa pastu ilang semula...

Kisahnya gini... Masa muda2 dulu aku penahlaa belajar kat ILPKL (jln kuchai lama). Dah abih belajar tu masing2 bawak diri, ada yang kerja kat kolumpo ada yang balik negeri sendiri. Macam aku penahlaa kerja sekejap kat kolumpo setahun dua pastu terus balik Kuantan sampai sekarang,ihiks...

Dalam pada tu aku cubalaa cari sorang sahabat aku ni sebab masa kat tempat belajar dulu aku ngan dia cukup rapat. Kelas sama, main taekwondo pun sama2 pendek kata memang kamcinglaa.

Selama hampir 15 tahun aku cari akhirnya dengan izin Allah jumpa jugak aku ngan dia, korang bayangkanlaa betapa seronoknya aku. Yang boleh jumpanya aku dapat tau suatu hari tu isteri dia termasuk blog lama aku pastu dia baca kisah masa kitaorg ngan geng2 taekwondo lain kat blog aku tu.

Dah dapat nombor phone apa semua, kebetulan aku ada hal kat kolumpo so aku teruslaa singgah umah dia.(gambo aku ngan dia ada sebenonya tp malaslaa aku nak letak kat sini,kang malu plk dia,huhu...)  

Pendek cerita beberapa minggu lepas tu dia ada tepon aku, mengadu menghadapi sedikit masalah dan perlukan pertolongan. Senang cerita pasal duitlaa. Walaupun sebelum ni aku tak penah cerita kat orang tapi oleh kerana aku takut dia kata aku tipu maka aku pun berterus teranglaa bahawasanya aku sendiri pun bermasalah dalam bab2 duit ni so aku mintak maaf banyak2 sebab tak dapat nak membantu. 

Masa aku berterus terang tu dia macam ok seolah2 paham tapi bermula dari saat tu sampailaa sekarang terus senyap tak ada khabar berita. Dah dia buat gitu, aku pun malaslaa kan lagipun aku cakap mende betul, bukan aku tak nak tolong.

So sekarang dia terus senyap dan aku pun ambik pendekatan untuk tunggu dan lihat selama mana atau pun aku akan cuba kontek semula dia bila aku rasa ada masa yang sesuai untuk bertanya khabar bagi mengelakkan hubungan baik ni terus terputus buat selamanya...

5 comments:

Anonymous said...

kadang2 pasal duit2 ni, pun boleh perang sedara-mara..tsk!

Ayen... said...

MDT - Betul sangat2 tu.DUIT punye psl bukan stakat perang je,laki bini pun boleh bercerai berai.huhuhu.....mintak jauhlaa.

Unknown said...

biarkan je la...tak usah nak berkawan dengan orang macam tu..dah dia tak percay kt kita yang kita takde duit

Ayen... said...

Faris - X sampai ati plk kwn nak buat gitu bang sbb kwn ngan die dulu mmg kamcing giler laa org kate,huhuhu....

anieMD said...

tunggu dah lihat jer ayen...
kalau dia betul2 nak berkawan takkan la pasal tu pun nak amik hati...
"semua orang punya masalah duit..."