My photo
Mencoret sekadar apa yang dirasakan perlu...

Rakan2 siber...

Thursday, 19 January 2012

Ckit lagi nak sampai kemuncak (2)...

Sambungan dari kesah 1. Balik dari ambik anak2 kompomlaa lewat kan sebab tu tertinggal ni tertinggal. Bila sampai skolah slalunya aku suruh dieorg buat keje skolah dulu baru pegi makan kat kantin.

Tapi oleh kerana dah lambat, dekat2 pukul 3 baru smpai skolah mau tak lapor. Adiklaa duk cbuk nak makan, nak makan. Aku pun ajaklaa pegi makan dulu.

Klu dah kat kantin tu bukan setakat makan nasi je, lepas tu nak pulak rotilaa, sneklaa, keklaa. Ambik tak pandai satu sorang, sekurang2nya 2,3 sorang.

So sekarang ni standard makan tghari aku rm10/rm11 tu tak masuk lagi yang bila balik petang nak beli aiskrimlaa, cekelatlaa ape sume. Botak aku gini,huhu...

Sampai kat kantin dah lewat pastu orderlaa sup  campur je sebab adik ngan kakak nak makan sup campur ngan nasi putih. Haaa kat sinilaa yang aku punya suhu panas badan meningkat smule.

Dahlaa tunggu lama, dekat2 pukul 4 baru dapat. Sampai2 mee sup. Aku pun tanyelaa nape pulak mee sup ni, kan order sup campur. Nak marah lebih2 kang mende biasa duk gurau dengan tokey kantin tu, sabor jelaa yang bolehnya..

Adik pulak duk abah lapor abah lapor sampaikan dia makan nasi putih gitu je dulu sementara tunggu sup siap. Makanya semalam kiteorg siap makan dekat2 pukul 4.30...

Dah waktu aku balik keje pukul 4.30 so kenalaa lewat ckit sebab tunggu kakak siapkan keje skolah dia dulu,huhuhu...


Published with Blogger-droid v2.0.3

6 comments:

ikatankasihku said...

patutnyer letak tajuk kesabaran ku di uji..huhuhuhu....


ape2pon, ni sebahagian dari asam garam kehidupan..

whitecappuccino said...

kesiannya..sabar Ayen!! tu baru anak dua..kalau ramai lagi, maunya pengsan kat kantin tu denga kerenah mereka.

Ayen... said...

ikatankasihku - sepatutnya tajuk tu ek,hehe...

Ayen... said...

whitecappuccino - anak sebenonya 3 org cikgu tapi sorang lagi tu kecik lagi.....ihiks.

a.samad jaafar said...

ingatkan ajak anak panjat gunung hihihihi.. cisss! tajuk tak boleh blah..

Ayen... said...

a.samad jaafar - hahahahaha.....jangan marah bang.