My photo
Mencoret sekadar apa yang dirasakan perlu...

Rakan2 siber...

Tuesday, 5 April 2011

2 eksiden depan mata...

Petang semalam masa aku on de way ke rumah kakak, aku nengok satu aksi yang membuatkan aku serba salah samada nak kesian atau nak gelak. Tapi yang pasti memang aku gelaklaa,hahaha.... Padan muka.

Kat satu lampu isyarat, masa tu aku duk tunggu lampu ijau, aku nengoklaa ada 3,4 bijik motor budak2 muda. Bila lampu dieorg bertukar ijau je terus masing2 memecut. 
Bukan mamat ni ok...
Yang kiri kanan bergerak macam biasa je tapi yang tengah2 tu siap buat aksi macam kat atas ni haa... Takdan berapa lama pastu tetiba dia takleh nak imbang terus motor dia dengan dia2 skali jadi sebijik macam aksi 'ADNAN SEMPIT'.

Jatuh pulak tu betul kat tengah2 simpang lampu isyarat. Bila dah jatuh terus dia bangun angkat motor, kutip barang2 yang jatuh pastu blah.. Korang mesti dapat bayangkan  betapa malunya dia. Aku pulak otomatik gelak,kahkahkahkah...

Skali lagi aku nak cakap padan muka dia, belagak sangat nak menunjuk hebat.....hehe. Tak abih kat situ je tau, waktu aku dalam perjalanan nak balik pulak aku nengok satu lagi eksiden.
Bukan nenek ni yek,hehe...
Kali ni pompuan pulak. Mula2 tu aku kesian jugaklaa sebab pompuan kena langgar dari belakang tapi bila nengok yang cedera teruk ckit tu klu tak silap aku bersinglet, seluar pendek dan yang sorang lagi pun berseluar pendek, rambut macam jantan terus rasa kesian tu menipis.

Kejadian tu berlaku kat highway masa orang tengah balik kerja. Keadaan lalulintas korang paham2laa kan mcmana. Nasiblaa tak kena sapu dek lori2 besar. Ekzos motor patah, segala barang helmet apa semua tercampak masuk longkang. Yang langgarnya tu cina.

Aku rasa memula cina tu nak lari tapi sempat dikejar oleh dua bijik kereta lain. Dah jalan sehala so dia terpaksalaa berjalan kaki untuk datang semula kat pompuan tu nak mintak maaf apa semua.

Pada akulaa yek baik aku atau korang semualaa yang pegi kerja/mana2laa dengan motor sama2laa kita berhati2 sebab betullaa kata orang malang memang tak berbau... 

10 comments:

kak ziana said...

Padan muka sesangat, nape awak tak turunkan window tu tepuk tangan skali..rasakan dia..mujur tak cacat ke mati ke.. AKak pantang orang cam geni. Eh lupa Salam Kenal

miloais said...

utk eksiden yg pertama : padan muka lah
nasib baik tak terus masuk liang lahad
kalo tak aman sikit jalanraya kan????

utk eksiden ke 2 : kesian le... sbb bukan salah dia..
tapi - bab pakaian - huk alohhhhh!~
cuaca panas sangat ke.. sampai kena bersinglet + seluar pendek????

Nadhirah-chan said...

eksiden mat rempit tu memang balasan terbaekk . tapi kalau setakat malu boleh ke nak undangkan rasa insaf dalam diri dia ?

MiLanGurLz said...

perghhh...
kelaazzzz ah gambo nenek uw naek moto!!!
=)

AkuAnakMuda... said...

kak ziana - nak tepuk mcmane kak,kang x pasal2 kwn plk yg jatuh sbb kwn pun naik moto gak......kihkihkih.

AkuAnakMuda... said...

miloais - Bersinglet + seluar pendek tu bkn sbb panas tp stail kot.Die x tau bile tergolek atas tar abih kepale lutut calar balar,hehehe....

AkuAnakMuda... said...

Nadhirah-chan - entahlaa tp kite harap die insaflaa dengan lepas dpt malu tu.....ihiks.

AkuAnakMuda... said...

Milan - bukan senang nak suruh pose gitu.mesti nak naik ngan nak turun ambik mase tu,kihkihkih...

ஐ๑makdara TERdiva๑ஐ said...

nak tumpang gelak sekali la jugak! huahuahua!

AkuAnakMuda... said...

MDT - gelaklaa awk nak gelak,kwn xleh nak gelak lebih2 sgt sbb kwn sendiri pun pegi keje naik moto jugak.....hehe.