My photo
Mencoret sekadar apa yang dirasakan perlu...

Rakan2 siber...

Sunday, 24 April 2011

Sepasang kekasih yg kecewa...

Tghari tadi aku, isteri dan anak2 pegilaa jalan2 kat Pantai Teluk Chempedak. Jalan2 tu sebenonya no 2 sebab tujuan utama ke situ nak cari baju mandi anak2 aku yang belum jumpa aritu kan.

Alhamdulillah akhirnya arini jumpa jugak. Dah alang2 pegi kat pantai kan teruslaa ambik kesempatan melihat keindahan pantai disamping cuci mata ckit2 lagipun dah lama aku tak ke situ. 
Pantai Teluk Chempedak ni dekat dengan hutan simpan so masalah yang tak abih2 dari dulu ialah menatang ni... Selain hutan simpan tu terdapat jugak batu2 beso yang cantik dan pengunjung2 yang datang pasti suka melepak kat atas batu tu terutama pasangan kekasih.

Aku pun masa bercinta dulu2 penah jugak rasanya melepak kat atas batu tu,kihkihkih.... Punya besonya batu2 tu usahkan boleh duk melepak kat atas dia, pasangan yang berani mati siap duduk 'mengawan' lagi kat celah2 batu tu.

Aku..??? Sori yek!!!.. Oleh kerana aku ni takut mati masa tu so aku tak sampailaa ke tahap nak duduk mengawan kat celah2 batu tu. Giler apa jangan cari pasal,huhu... 

Berbalik semula pasal tadi, anak2 aku ajaklaa aku pegi kat batu2 tu. Aku ni terus terang cakaplaa rasanya dah berbelas tahun ada dah aku tak pegi kat batu2 beso tu. Pemandangan kat situ klu nak banding ngan dulu memang jauh bezalaa sebab sekarang pihak berkuasa dah perindahkan lagi tempat tu.

Dah anak2 beria sangat nak pegi aku pun bawaklaa. Sampai je separuh jalan kat atas jambatan yang menghala ke tempat batu2 beso ada 2,3 keluarga duk tengah melayan monyet kat situ. Aku pun berhentilaa jugak menengoknya. Yang duk kat situ semuanya tak bawak makanan so monyet tu rileklaa tak buat apa2. 
Tak lama lepas tu datanglaa sepasang kekasih. Kat tangan dia penuh dengan bekal makanan dan minuman yang konon2nya nak pegi menyantap kat batu2 beso tulaa. Sedang elok sampai je kat kitaorg, monyet tu terus terpandang makanan dan minuman yang dia bawak apa lagi teruslaa monyet tu kejar nak ambik.

Kitaorg ni pun apa lagi larilaa jugak kang tak pasal2 kena gigit lagipun yang 2,3 keluarga tadi tu bawak anak kecik. Aku pun bawak anak2 jugak. Makanya hampa dan kecewalaa pasangan kekasih tadi tu nak pegi memadu asmara kat batu beso,hehehe....

6 comments:

miloais said...

lama sungguh tak bercuti2 malaysia kat teluk cempedak...!
dulu selalu gak pegi - ada gerai kat tepi pantai tu yg iols suka singgah makan!

makdara TERdiva said...

MDT penah pegi sorang2 kat TC thn 98 kalau tak silap, berani giler..masa tu konon2 tengah jiwa kacau..haha!

AkuAnakMuda... said...

miloais - Ye ke?tp rasenye gerai yg uols singgah tu dah xde kot sbb sejak bukaknye McD ngan kfc terus gerai2 kat situ kureng disinggahi...

AkuAnakMuda... said...

MDT - buat ape kat kuantan mase tu,study ke?0o0o0o...lepas g situ tenanglaa ek jiwe tu,hehe....len kali klu dtg lg calling2laa AG yek.

dya said...

hehe
kitorang tak pernah lak g kt batu2 besar tu..tapi pernah lah menyusuri jambatan tu..waktu siang lah..waktu malam tengok cam seram je..

tapi klu tapau mcD, makan tepi pantai sambil borak2 memang rase best ;)

AkuAnakMuda... said...

dya - kwn ni klu mlm,usahkan kat batu2 nun,kat tepi pantai pun kwn x pegi......huhu.